Tuesday 27 July 2010

Yang lama dan yang baru


Lama definisinya (menurut kamus dewan online di sini)

lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh;
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,


Baru : (definisi di sini)

baru (kata tugas)
1. Bersinonim dengan belum lama ( baharu)
(adjektif:)
Berantonim dengan lama

2. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan segar, mekar, elok, gebu, rangup, mersik,
(adjektif)
Berantonim dengan layu lemau basi

3. Bersinonim dengan semasa
( mutakhir, terkini, terakhir, moden, kontemporari, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kuno

4. Bersinonim dengan apabila saja
( sesudah, sebaik saja, )
(adverba:)

Kata Terbitan : baru-baru ini,


Semua orang suka yang baru..

Kalau nak raya.. semua beli baru kan..
Serba-serbi baru.. kalau boleh nak semua yang terbaru.. baru keluar dari pasaran semuanya..

Tapi ada juga yang suka yang lama..

Terutama barang-barang lama.. antik.. dan yang ada kenangan terindah..
Lagi lama lagi seronok.. lagi lama barang itu kadang lebih mahal dari barang yang baru..

Orang lama dan orang baru.. pun ada beza juga..

Yang lama banyak pengalaman.. yang baru cetek pengalaman tapi tak semestinya kurang pengetahuan.. tak semestinya ilmunya sikit..

Kawan lama dan kawan baru.. pun ada beza..

Kawan lama dah kenal kita dari kita masih hingusan.. sampailah dah beranak pinak..

Kawan baru pulak kita kenal bila hidup dah stabil dan berada.. pandangan mereka pada kita pun berbeza gak.. tapi kadangkala kawan lama pun boleh juga jadi cemburu sebab masih teringat diri kita yang masih hingusan tuh walaupun hakikatnya kisah tuh dah 20 30 thn lepas..

Tudung lama dan tudung baru.. ini pun satu kes gak.. (sila tengok definisi di atas dalam konteks fesyen ye)

Sejak dah duduk sini dekat 4 tahun.. fesyen tudung kat mesia pun dah macam-macam.. tengok gambar sana sini.. tengok semua pakai fesyen terbaru.. koleksi tudung-tudung aku kat sini semuanya masih lama-lama lagik.. tudung bawal.. tudung donatello.. semua tuh dah kena label tudung muzium.. tapi apa nak buat.. itu jelah tudung yang ada.. Sekarang orang semua sibuk pakai tudung arianni ler.. tudung purnama merindulah.. tudung syria lah..

Takpelah.. Raya nie aku pakai jelah tudung 'tie rack' atau tudung silk istanbul yang ada.. huhuhu..

Raya dah nak dekat kan?? Kot ada yang bermurah hati tuh..
Poslah sehelai dua kat aku nie hehehee ;)

Walaupun dah jadi antara orang lama kat sini.. Teringin gak nak pakai yang baru-baru.. ;)
Kot ada yang barang baru-baru nak bagi tuh..
Sila-sila kan lah ye.. Masih belum terlambat nak di poskan ke sini..

Oh ya.. Jangan lupa juga pos kad raya sekali ok..
Pastikan kad raya itu kad raya yang terbaru..
Tak nak yang dijual murah sebab itu kad raya tahun lepas yang tak laku.. hehehehe..

Ok terima kasih atas kesudian anda ye..
Aku sentiasa sedia menerima dengan tangan terbuka ;)

So nanti bolehlah aku buat ayat...
"Baru-baru ini saya telah menerima sebuah bungkusan dari rakan-rakan blog di tanahair"

dan disambung dengan ayat
"Selama kami bersahabat, inilah kali pertama mereka menghantar bungkusan tersebut"

(Harap maklum entri ini mempunyai maksud yang tersirat.. hehehehe..)

11 comments:

Mak Su said...

kah kah kah..... masalahnya maksu ni masih kekal dgn tudung gaya lama sbb rasa yang gaya baru tu, tak serasi dgn maksu.... ;)

julietchun said...

kekdg aku suka brg lama, kekdg aku suka brg baru.

iina said...

Mak su

Rasanya saya pun camtulah juga hehehehe.. adalah beberapa pasang yg org bagi.. pakai2 gitu jelah..

Juliet..

Asyik kekdg jek?? yang selalu ye apa?? ;)

Acik Erna said...

salam iina..ari ni akak tak senyum ..tapi tergelak terus..sian pulak iina..meh sini alamat..akak poskan tudong pearl haya selai..
kat senawang je kedai nya...
tapi..orang pakai tudong baru memacam jenis..akak masih lagi donatello..bukan main susah nak cari sekarang ni..orang dah tak pakai..
tapi..akak masih lagi donatello

iina said...

Kak Erna

Hehehehe.. alah kak sesaje jek.. tapi yelah tudung fesyen tuh mesti dah payah nak dapat.. kolek si tudug2 tuh masih byk kat simpanan saya.. buka apa sebenarnya ada juga beberapa helai tudung fesyen tuh.. tapi agak xselesa sebab lebih pendek kain dia berbanding tudung donatello yang lebih selesa dan tutup dada hehehe.. tapi hati totap gak nak tudung baru.. camno tuh kak hehehe..

Kak pos kad raya jelah kak.. nak minta pos tudung xsampai hati hehehe ;)

Acik Erna said...

iina..bagi alamat nak pos kad raya ni..belum posa lagi akak pos kan..he he..

iina said...

Kak Erna

Bagi email.. nnti saya emailkan alamat rumah saya ;) TQ kak

Acik Erna said...

iina email akak..mak3hero@yahoo.com.
akak kan ada 3 hero..tak termasuk ayahnya..he he..
nama email ni kawan yang buatkan.akak ikut aje..jangan lupa ye..alamat..

Lee said...

Hello Iina, yes, semua orang suka baru....fashions whatever.
My wife jokes I'm so out of date....been wearing RayBan aviators since 22 years old, drink iced coffee since school days, only wears black socks, hardly buy new things, except when my 14 year old jurassic computer had a heart attack, after several bypass too...got a new Apple Imac24.

I still use my Nikon SLR film camera da la 12 years old, back up camera a Yashica Electro 35 already more than 30 years old....
and still same wife, ha ha.
Have a nice day, Lee.

iina said...

Kak Erna

TQ :)

Uncle Lee

you are sentimental person I guess.. stick to whatever that you feel comfortable most.. Well nothing wrong with that as long as it still useful and most of all comes with lots of memories ;)

Have a nice weekend yeah ;)

iina said...

Kak Erna

TQ :)

Uncle Lee

you are sentimental person I guess.. stick to whatever that you feel comfortable most.. Well nothing wrong with that as long as it still useful and most of all comes with lots of memories ;)

Have a nice weekend yeah ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin