Saturday, 31 July 2010

Hampir 4 tahun berlalu

Aku tiba di Glasgow pada pertengahan bulan Januari 2007. Hari Ahad pada musim sejuk. Isninnya aku dibawa oleh seorang rakan ke University of Strathclyde untuk urusan pendaftaran dan berjumpa dengan 'supervisor'ku. Selesai mendapat bilik untuk belajar, urusan di jabatan dan pendaftaran universiti, aku diperkenalkan dengan 2 orang rakan berbangsa Malaysia di bilik yang berhampiran denganku.

Di situlah perkenalan kami bermula. Dia aku kenali sebagai Kak Izan. Memandangkan rumah kami juga berhampiran dan kami sama jabatan cuma berbeza kumpulan kajian.. Dia satu-satunya melayu/malaysia dalam kumpulan 'planning' dan aku pula antara 3 orang malaysia tergolong dalam kumpulan kajian 'information lab'.

Dulu biliknya seperti bilikku juga.. berkongsi 3 orang.. 2 malaysia dan seorang pelajar dari India. Di situlah aku sering menumpang solat zohor dan asar. Di situ juga aku sering melepak bila mahu makan tengahari atau minum petang atau kadang-kala teringin berbual sebentar. Selepas itu dia pindah ke meja terbuka dalam kelompok 'planning-group' berhampiran dengan meja pencetak warna dan hitam putih. Selepas itu rutin aku ke meja dia makin kerap.. kerana setiap kali singgah untuk mengambil cetakan pastinya aku akan berhenti seketika sekadar untuk bertanya khabar atau berbual-bual.. Ahh.. aku rindu akan semua kenangan itu.

Banyak juga yang kami harungi bersama.. Ketika buntu dan susah hati dengan pengajian dan kesulitan dalam menyelesaikan tugasan.. pada dialah tempat aku mengadu.. Kadang pada dia juga aku berbincang tentang fakta-fakta atau isu berkaitan dengan kajian.. Kadang sekadar meluah rasa apa yang tersimpan dalam hati aku.. Banyak juga yang kami lakukan bersama.. Teringat ketika aku diberikan ujian maha hebat pada tahun kedua aku di sini.. Dengan dia juga aku pernah menangis.. Ketika blog ini pernah dijadikan 'target' utama.. Pada dia juga aku luahkan rasa sedih aku.. dan dia juga menangis bersama dengan aku.. dan aku tahu.. dia pernah melakukan solat hajat untuk kekuatan semangatku.. Ah.. terlalu banyak kami lalui bersama.. Susah senang.. suka duka.. jerih payah..

Pada tahun kembaraku.. 2009.. bersama dia jugalah aku paling banyak mengembara.. Bermula dengan kembara ke St Andrew.. Dundee dan Oban.. Di ikuti dengan kembara ke beberapa negara Eropah.. Kami bersama ke Istanbul.. Kemudian ke Rodez & Toulouse Perancis, Andorra dan Barcelona Sepanyol. Kembara kami yang terakhir bersama ketika mengelilingi England & Wales pada bulan April yang lalu.

Bila sering mengembara bersama-sama.. maka kami lebih tahu tentang keluarga masing-masing.. Suaminya juga adalah rakan baik suamiku.. Rumahku dan rumahnya sudah terlalu biasa menjadi tempat lepak kami.. Makan minum tidur itu semua perkara biasa yang sering kami kongsikan. Tidak hanya hubungan sama jabatan di Universiti.. tapi juga hubungan keluarga yang juga erat antara kami.

Apa agaknya yang tidak pernah kami lalui dalam kehidupan di sini?? Bekerja sambilan.. menjadi orang kuat 'memasak' untuk kebanyakan aktiviti komuniti di sini.. Kalau dia diminta memasak.. biasanya nama aku akan naik bersama.. menjadi ajk untuk Sekolah Malaysia di sini.. Anak-anak beliau jugalah anak murid aku di Sekolah Malaysia Glasgow.. Aku mengajar Bahasa Melayu pada 2 orang anaknya.. Panggilan 'Auntie Lina' sudah sinonim untuk aku..

Semalam dia berangkat pulang ke tanahair.. Sebenarnya sebak dan kesedihan mengenangkan dia akan pulang telah aku rasakan hampir 2 minggu yang lalu. Terasa sungguh sunyi di jabatan bila dia tidak ada.. Tidak ada lagi dia yang aku sering nampak di ruangan terbuka itu.. Tiap kali mengambil cetakan pasti mataku akan meleret ke mejanya.. Kosong tidak berpenghuni.. Sedih sudah tentu.. tapi aku juga akur setiap pertemuan juga pasti punya perpisahan..

Selama 3 kali raya di sini.. rumahnya adalah rumah pertama yang wajib aku pergi setiap kali raya.. sama ada raya aidilfitri atau pun aidiladha.. Tahun ini?? Pastinya aku rindukan semua itu juga.. Solat raya bersama di masjid Al-Farouk.. menjamu juadah pagi raya.. semua itu pastinya takkan dapat aku lupakan buat selamanya..

Jika dia mengadakan jamuan di rumahnya.. pastinya akan ada aku sebagai chef kedua.. itu sudah biasa pada aku.. sama jugalah bila ada jamuan di rumah aku.. maka dia juga akan ambil alih sebagai chef kedua di rumah aku..

Malah blog ini juga dia sering mengikutinya.. saban hari dulu.. untuk melayan lagu-lagu yang berkumandang.. Hanya kini aku sudah mula jarang menulis.. dek kesibukan dengan pengajian di tahun akhir.. Apatah lagi mood untuk menulis tidak lagi serancak seperti dulu.. Aku mohon maaf andai pada mereka yang sering mengikuti blog ini sering rasa bosan kerana jarang sangat entri terkini yang aku selitkan.. Sebenarnya banyak perkara yang ingin aku tulis dan luahkan.. tapi pengalaman lama banyak mengajar aku.. kadangkala tidak semua kita boleh luahkan secara terbuka.. Adakalanya perlu kita tapis dan luahkan secara umum sahaja.. nantilah bila habis pengajian ini.. akan aku luahkan apa yang telah aku lalui.. cuma buat masa ini.. semua itu tidak boleh aku luahkan lagi.. masih banyak yang perlu dilaksanakan dan diselesaikan.

Dia kini dalam penerbangan pulang ke tanahair.. InsyAllah semoga persahabatan ini terus berkekalan hendaknya.. Terasa sungguh bila seorang demi seorang sahabat baik mula pulang ke tanahair.. tak mampu dihitung lagi.. dan sedikit sebanyak ia turut meninggalkan kesan mendalam pada aku.. InsyAllah.. aku tahu perjuangan harus diteruskan.. walau apa juga.. dan InsyAllah.. ada rezeki.. pertemuan.. dan panjang usia.. pastinya kita akan bertemu semula..

To Kak Izan.. All the best.. I'll always miss you.. and always cherish all the memories we had together and any future memories that we'll have as well..


"The rain may be falling hard outside,
But your smile makes it all alright.
I'm so glad that you're my friend.
I know our friendship will never end."
- Robert Alan-

We are friends and I do like to pass the day with you in serious and inconsequential chatter.
I wouldn't mind washing up beside you, dusting beside you,
reading the back half of the paper while you read the front.
We are friends and I would miss you, do miss you and think of you very often.
- Jeanette Winterson-

The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion,
who can stay with us in an hour of grief and bereavement, 
who can tolerate not knowing... not healing, not curing... 
that is a friend who cares.
- Henri Nouwen -

Tuesday, 27 July 2010

Yang lama dan yang baru


Lama definisinya (menurut kamus dewan online di sini)

lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh;
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,


Baru : (definisi di sini)

baru (kata tugas)
1. Bersinonim dengan belum lama ( baharu)
(adjektif:)
Berantonim dengan lama

2. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan segar, mekar, elok, gebu, rangup, mersik,
(adjektif)
Berantonim dengan layu lemau basi

3. Bersinonim dengan semasa
( mutakhir, terkini, terakhir, moden, kontemporari, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kuno

4. Bersinonim dengan apabila saja
( sesudah, sebaik saja, )
(adverba:)

Kata Terbitan : baru-baru ini,


Semua orang suka yang baru..

Kalau nak raya.. semua beli baru kan..
Serba-serbi baru.. kalau boleh nak semua yang terbaru.. baru keluar dari pasaran semuanya..

Tapi ada juga yang suka yang lama..

Terutama barang-barang lama.. antik.. dan yang ada kenangan terindah..
Lagi lama lagi seronok.. lagi lama barang itu kadang lebih mahal dari barang yang baru..

Orang lama dan orang baru.. pun ada beza juga..

Yang lama banyak pengalaman.. yang baru cetek pengalaman tapi tak semestinya kurang pengetahuan.. tak semestinya ilmunya sikit..

Kawan lama dan kawan baru.. pun ada beza..

Kawan lama dah kenal kita dari kita masih hingusan.. sampailah dah beranak pinak..

Kawan baru pulak kita kenal bila hidup dah stabil dan berada.. pandangan mereka pada kita pun berbeza gak.. tapi kadangkala kawan lama pun boleh juga jadi cemburu sebab masih teringat diri kita yang masih hingusan tuh walaupun hakikatnya kisah tuh dah 20 30 thn lepas..

Tudung lama dan tudung baru.. ini pun satu kes gak.. (sila tengok definisi di atas dalam konteks fesyen ye)

Sejak dah duduk sini dekat 4 tahun.. fesyen tudung kat mesia pun dah macam-macam.. tengok gambar sana sini.. tengok semua pakai fesyen terbaru.. koleksi tudung-tudung aku kat sini semuanya masih lama-lama lagik.. tudung bawal.. tudung donatello.. semua tuh dah kena label tudung muzium.. tapi apa nak buat.. itu jelah tudung yang ada.. Sekarang orang semua sibuk pakai tudung arianni ler.. tudung purnama merindulah.. tudung syria lah..

Takpelah.. Raya nie aku pakai jelah tudung 'tie rack' atau tudung silk istanbul yang ada.. huhuhu..

Raya dah nak dekat kan?? Kot ada yang bermurah hati tuh..
Poslah sehelai dua kat aku nie hehehee ;)

Walaupun dah jadi antara orang lama kat sini.. Teringin gak nak pakai yang baru-baru.. ;)
Kot ada yang barang baru-baru nak bagi tuh..
Sila-sila kan lah ye.. Masih belum terlambat nak di poskan ke sini..

Oh ya.. Jangan lupa juga pos kad raya sekali ok..
Pastikan kad raya itu kad raya yang terbaru..
Tak nak yang dijual murah sebab itu kad raya tahun lepas yang tak laku.. hehehehe..

Ok terima kasih atas kesudian anda ye..
Aku sentiasa sedia menerima dengan tangan terbuka ;)

So nanti bolehlah aku buat ayat...
"Baru-baru ini saya telah menerima sebuah bungkusan dari rakan-rakan blog di tanahair"

dan disambung dengan ayat
"Selama kami bersahabat, inilah kali pertama mereka menghantar bungkusan tersebut"

(Harap maklum entri ini mempunyai maksud yang tersirat.. hehehehe..)

Friday, 23 July 2010

Happiness


If it makes you happy
It can't be that bad
If it makes you happy
Then why the hell are you so sad
-SHERYL CROW, "If It Makes You Happy"-

I kept looking for happiness, and then I realized:
This is it. It's a moment, and it comes, and it goes,
and it'll come back again.
I yearn for things, but at the same time I'm just peaceful.
-NICOLE KIDMAN, Vanity Fair, Oct. 2007-

Keep me away from the wisdom which does not cry,
the philosophy which does not laugh and
the greatness which does not bow before children.

-Kahlil Gibran-

Dimana ada kanak-kanak..
Di situ ada gembira dan gelak ketawa..

Sunday, 18 July 2010

Adakalanya langkah terhenti seketika


Semalam

Mengenangkan kenangan silam cukup indah. Mengingati yang indah-indah itu cukup membahagiakan. Membayangkan setiap kejadian dan peristiwa juga cukup mengasyikkan. Menginginkan itu semua terjadi semula cukup untuk mencipta harapan. Mengharapkan merasai detik-cetik itu walau sedetik cuma cukup untuk membangkitkan kerinduan. Bak kata seorang sahabat "Hidup tidak selalunya indah.. tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan" dan pada aku "keindahan itu tidak pernah berubah.. yang berubah persekitaran dan makhluk yang hidup di sekitarnya" Indah itu ada dimana-mana.. Yang buruk juga ada indahnya.. cuma mata yang memandang itu berbeza pandangannya.. Ada yang melihat dengan mata di kepala.. dan ada juga yang melihat dengan mata hati pula.


Namun apa juga yang wujud pada pandangan kita.. takkan sentiasa sama dengan pandangan mereka.. kita memandang dari satu atau pelbagai sudut semata.. Mereka pula melihat dengan penilaian yang mampu membangkitkan pelbagai andaian nantinya.. Kita mengatakan ini.. mereka pula melihat bukan sekadar ini tetapi itu dan itu pula. Manusia.. kita semua diciptakan punya rasa dan fikiran.. Kita dibangkitkan dengan rasa dan ghairah jiwa.. Kita disatukan dengan pemikiran dan rasa yang saling berbalah sengketa.. Namun dalam itu semua kita masih punya nilai agama.. Pegangan utuh yang tetap kita pegang sebagai panduan hidup di hari muka.


Hari Ini...

Aku berfikir semula atas semua yang pernah terjadi. Kehidupan hari ini dan hari-hari mendatang nanti. Siapa tidak mahu punya kesudahan yang indah dan gembira. Siapa pula yang mahu yang sedih dan muram sepanjang hayatnya. Pemikiran dan rasa turut mengundang pelbagai rencananya. Semua rasa.. semua pemikiran.. semua pandangan.. semua kesimpulan.. semua permintaan.. Ya ia suatu yang pasti dinantikan.. Ia juga suatu yang diharapkan.. Ia juga suatu yang diinginkan.. Ia juga suatu yang diimpikan..

Yang masih tinggal adalah harapan dan kepercayaan. Yang masih ada adalah kekuatan dan semangat.. Yang diperlukan adalah motivasi dan sokongan.. Yang dipegang adalah ketentuan dan keredhaan.. Yang pasti apa juga pengakhiran adalah satu ketetapan.. Buruk atau baik.. Pastinya punya sebab dan hikmah di hujung setiap penantian.

Aku.. dia.. mereka.. kita semua bersatu dalam alam ini. Kita dipertemukan sebagai insan-insan yang hidup dalam kelompok dan golongan yang berbeza pendirian.. Kita punya hak untuk memilih yang mana baik dan buruk sebagai pilihan. Itu.. ini.. begitu.. begini.. Semuanya punya timbal balik dan maklum balas yang punya pelbagai kesudahan. Setiap yang kita miliki dan kehendaki juga punya keburukan dan kelebihan tersendiri. Cuma kadangkala kita tidak pasti sama ada ia mencukupi atau tidak sebagai kepuasan peribadi.. atau mungkin kerana kehendak yang masih belum dipenuhi.. atau juga kerana mahu mengejar impian yang ingin dikecapi..


Esok...

Dan bila esok.. Masih adakah ruang untuk segala-galanya?? Cinta.. keluarga.. kehidupan.. masa depan.. impian.. harapan.. kehendak.. keinginan.. Andai kita bertemu lagi.. Masih adakah nafas yang kita hela saban hari sebelumnya.. Masih adakah rasa kasih sayang pada semua yang kita sayangi dan cintai.. Masih adakah pandangan yang kita lihat berbeza-beza pendapatnya.. Masih adakah pemikiran yang kita pegang dan amati sentiasa.. Masih adakah jiwa yang mengasihi penciptaNya.. Masih adakah kehendak untuk mengapai semua yang diimpikan sekian lama.. Masih adakah harga diri dinilai dengan peribadi tersendiri.. Masihkah.. Masih ada kah semua itu menjadi harapan diri..

Kadang bila langkah terhenti di situ.. Mata memandang ke belakang mengimbas semua yang pernah terjadi.. Mencari-cari dimanakah salah dan silap yang perlu diperbaiki.. Mengambil ikhtibar kesilapan silam yang mengajar kesabaran dan ketabahan.. Mencari kekuatan dan semangat yang pernah wujud tatkala cabaran mendatang mengajar kematangan.. Bila mahu meneruskan langkah.. kaki seolah kaku mahu terus berhenti di situ. Badan pula lesu membisu.. Mata mulai memandang ke depan.. Fikiran melayang jauh mengenangkan.. Rasa pula mengharapkan satu pengertian.. Jiwa tahu apa yang bersatu dek kepala dan hati saat itu. Lalu hadirlah angin lalu mengingatkan waktu yang dibiarkan berlalu detik demi detik di situ. Kaki terpaksa juga melangkah ke hadapan.. Rasa terpaksa pula dipendamkan.. Fikiran terpaksa juga memihak pada yang perlu dilaksanakan.. Hati juga akhirnya akur bahawa itulah yang perlu dilakukan..

Di sini aku mencari.. Di sini juga aku terus memperjuangkan.. Di sini juga aku memikul segala yang dibebankan.. Di sini juga aku akan tetap meneruskan.. Di sini juga aku tahu bahawa itu semua tidak mustahil dimiliki.. Di sini juga aku bersedia menghadapi apa juga yang bakal terjadi.. Di sini juga aku percaya meminta itu hanya kepadaNya.. kerana dialah satu-satu tempat untuk segala permintaan dan pengharapan..

"I know you will do it.. Whatever it is.. Whatever it will be.. I know.. I always know and I'll always believe"

Tiba-tiba aku tersedar..
Langkah ku terhenti kerana memandang dirimu dan diriku..


Tuesday, 13 July 2010

Attention to those in the house: No cooking for today!!



Dengan hormatnya aku mengisytiharkan hari ini hari cuti bagi sebarang aktiviti memasak di rumah..

Dengan itu wahai pakwe tercintai.. Jangan lupa belanja makan..

Bagi bunga, kek, coklat dan hadiah sekali ok ;)

Dinda pasti menerima dengan tangan terbuka
(Harap maklum sms telah dihantar sehari sebelum sebagai peringatan ya)

“And in the end, it's not the years in your life that count.
It's the life in your years.”

-Abraham Lincoln-

It takes a long time to grow young.
-Pablo Picasso-

Yes Pablo.. I know I always look young ;)

Saturday, 10 July 2010

Di kejauhan itu


Hidup tidak selalunya indah..
Tapi keindahan itu tidak pernah berubah.
.

Live in the sunshine, swim the sea, drink the wild air…”
-Ralph Waldo Emerson-

“Voyage upon life's sea, To yourself be true,
And, whatever your lot may be, Paddle your own canoe”

-Sarah Bolton-

Model: Kawan baik aku (nama dirahsiakan)
Lokasi : Ferry point, Bowness on Winderemere, Lake District, England
May, 2010
.

Wednesday, 7 July 2010

Bermula dengan A430

Dulu zaman sekolah aku tidak pernah ada kamera.. Kamera sendiri yang aku miliki aku beli sebelum majlis pertunangan dulu.. itu cite lebih 10 tahun lepas.. Kamera zaman tuh masih pakai filem lagi.. ingat lagi kan.. ada yang 24filem.. ada yang 36.. Ambil gambar pun kena budget-budget jek.. Yang penting-penting jek sebab nak jimat filem.. Masa tuh tak tahu lagi camna rupa bentuk gambar yang diambil.. bila dah dicuci baru perasan.. ada yang setengah badan jek.. ada yang sekerat jek.. ada yang kaburlah.. macam-macam lagi..

Ketika aku datang ke Ediburgh tahun 2001 dulu pun aku masih pakai kamera berfilem.. kamera digital dah ada masa tuh.. tapi masih mahal harganya.. Ada beberapa orang kawan yang dah mula pakai.. tapi aku masih maintain pakai kamera pakai filem lagi..

Menjelang tahun 2006 aku mula pakai kamera digital.. Itu pun kes nak datang semula ke UK.. kalau tidak tuh.. memang takde beli kot hahaha... Entah tak pernah terbit minat nak ambil gambar nie kot.. Cuma dari dulu aku memang suka ambil gambar panorama.. Pernah beberapa kali kunjung ke pantai timur.. semasa lalu di 'Tok Bali' dalam perjalanan ke sebuah sekolah menengah di sana untuk menyelia latihan mengajar beberapa orang pelajar aku (bakal guru).. Pemandangan di situ cukup indah.. hingga membuatkan aku teringat panorama yang sama ketika aku di Edinburgh dulu.. Sejak itu terbit niat untuk membeli kamera digital..

Kamera digital pertama yang aku miliki adalah berjenama Canon.. A430.. Minat untuk memilikinya setelah dibuat perbandingan oleh seorang adik penjual di Low Yatt.. Dia tunjukkan kualiti cetakan bagi beberapa jenama kamera terkenal ketika itu dan kamera canon yang memberikan cetakan warna yang paling menarik. Sejak itu aku kekal menggunakan jenama canon hingga sekarang..



Kamera itu hanya 4 megapixel jek.. masa tuh orang lain dah mula pakai 8 dan 10 megapixel.. hahaha.. Bila aku pulang ke tanahair thn 2008.. Untuk majlis kenduri kahwin adik ipar aku.. Atas rungutan pakwe aku.. kamera tuh tak leh zoom jauh ler.. scrin lcd kecil ler.. Itu namanya suruh beli kamera baru hahaha.. Kamera lama itu aku bagi kat adik bongsu aku.. memandangkan keluarga aku takde kamera digital langsung..

Akhirnya aku ke Low Yatt semula.. ke kedai yang sama ketika aku membeli kamera canon yang pertama tuh (so far kedai itu antara kedai yang harganya berpatutan.. siap leh tawar menawar lagi).. Akhirnya aku beli juga canon powershot A2000IS dengan 10 megapixel dan 6X optical zoom.. Sebab beli kamera nie.. LCD skrin dia 3"inci.. ikut piawaian pakwe aku.. hahaha... bukan sebab gambar dia cantik ke apa pun.. Paling utama kamera ini masih menggunakan bateri 2AA.. Aku masih tak minat guna bateri lithium.. ketika itu bateri lithium nak beli kena tunggu order dulu ler... kalau kat sini senang-senang jek beli kat ebay atau amazon.



Kamera itu masih kekal bersama dengan aku hingga kini.. hampir kebanyakan gambar-gambar yang aku ambil dan dipaparkan dalam blog ini menggunakan kamera itu.... Kamera yang senang nak dibawa kemana-mana.. selalu dalam beg sekolah aku.. malah aku boleh letak dalam jaket aku je bila berjalan-jalan..

Tapi baru-baru nie.. pakwe dah mula bising balik (Alahai.. Biasalah ikut standard dia kan bila sampai masa nak tukar kamera).. sebab dah ramai kawan-kawan aku mula pakai kamera SLR.. ada yang beli Nikon D40.. D60.. dan terkini 2 orang kawan aku beli Nikon D90.. dan sorang lagi pulak beli Lumix FZ38 (bkn slr ok.. tapi ada ciri2 slr)... Aku???

Boleh dikatakan rata-rata rakan-rakan aku semua memiliki kamera dslr.. Aku masih berkira-kira... Soal duit mungkin antaranya tapi bukanlah perkara yang besar sangat.. hehehe.. tapi memikirkan nak bawa kamera besar tuh di leher buatkan aku fikir banyak kali.. Pergi ke Paris baru-baru nie.. bila diminta bawa camcorder JVC aku yang berat 280g (suku kg) tuh pun pakwe aku dah merungut-rungut.. semuanya masuk beg tangan aku.. Alasan dia.. lenguhlah gantung kat leher.. Kalau kamera 1/2 kg tuh camno??

Di Glasgow ada bengkel fotografi anjuran komuniti di sini... Sudah ada beberapa bengkel dijalankan untuk tambah ilmu berkenaan foto ini. Ada seorang rakan pernah tanya aku.. "Kak Ina.. jomlah join bengkel nie"

Aku?? " Nak join boleh.. tapi kamera aku pakai tekan jek.. semua set digital.. takde nak setting-setting.. semua main tekan-tekan jek..hehehe"

Sebenarnya walaupun digital.. aku masih juga gunakan beberapa setting tertentu mengikut keadaan cahaya.. situasi dan lokasi.. Orang lain suka guna fitur 'Auto' pada kamera masing-masing kan.. tapi aku jarang sangat pakai fitur nie sebab gambarnya kurang menarik dan biasanya setting untuk cahaya tidak sesuai.. tempat tak patut guna flash tetiba jek ada flash hahaha.. So aku dah lama guna setting menu yang disediakan dalam kamera tuh.. paling mencabar (mencabar ke guna digital???) bila guna program.. kat sini kita boleh tukar setting yang kita suka.. aku selalu juga gunakan setting nie.. dan adjust ikut iso yang sesuai.. digital zoom yang aku nak.. dan lain-lain lagik kan.. apa susah.. tekan butang jek.. tet tet tet dah sudah.. hehehehe... Hasilnya?? seperti yang anda semua dah biasa tengok lah kan..

Menulis entri ini bukanlah bermakna gambar-gambar yang aku ambil tuh semuanya cantik.. ada juga yang kelabu dan kabur.. cuma kadang-kadang ada juga yang cantik kan.. dan menarik (toce.. toce pada yang puji.. tak puji pun terima kasih gak)..

So sekarang nie tengah fikir-fikir lagik.. yang mana satu jadi idaman hati.. Aku ingat nak beli jek kamera tengah-tengah.. yang ada ciri2 DSLR dan compact digital.. lagik senang kan.. Canon SX20IS ke.. Lumix FZ38.. Fujifilm FinePix S200EXR ke Nikon Coolpix P90 ke.. tapi akukan peminat tegar Canon.. ;)

Apa pun sebenarnya.. aku akui.. untuk mendapatkan gambar yang menarik atau cantik.. selain daripada kualiti kamera yang dimiliki.. kreativiti jurufoto pun kena ada juga.. camna nak fokus.. apa nak fokus.. apa yang nak dilihat dan bagaimana kita melihatnya.. Aku ye soalan utama setiap kali aku ambil gambar adalah.. "Inilah yang aku lihat.. dan aku mahu mereka melihat sebagaimana aku lihat sekarang ini"


Panorama dalam perjalanan pulang ke Glasgow dari Manchester..
Corak awan yang menarik

Belon Udara di tengah-tengah lebuhraya M6 ke Glasgow


Ok.. Nak sambung berangan pegang kamera Canon 550D.. Opppsss... Ikut hati mati.. Ikut nafsu binasa.. tapi ikut yang sederhana.. InsyAllah selamat hendaknya... ;)

Saturday, 3 July 2010

Tengah malam sabtu

Tibalah hari dan masa yang ditunggu-tunggu.. Selepas tayangan filem kedua 'New Moon' pada bulan November 2009, kini tibalah pula tayangan filem ketiga 'Eclipse'.

Mungkin ada yang mengatakan aku nie peminat fanatik atau istilah ye 'Twi-Hard'. Semuanya bermula dengan 4 buah buku twilight saga.. Aku akhirnya 'fell head over heels' dengan buku-buku siri tersebut.

Malam tadi aku menjadi antara jutaan peminat-peminat siri ini turut sama menonton filem ini yang buat pertama kalinya ditayangkan di seluruh UK. Tiket tayangan tengah malam menjadi milikku setelah tempahan awal dibuat secara online. 4 buah skrin disediakan untuk tayangan awal filem ini dan mulai 9 Julai filem ini akan ditayangkan sepenuhnya di UK.

2 tiket dewasa 'Eclipse' pada 3 Julai 2010 waktu 12.01pagi,


Cinema Odeon Glasgow Quay,
Screen 1, seat G 24 & 25

Tepat pukul 12.30 malam, filem ini mula ditayangkan. Bagi mereka yang sudah membaca buku 'Eclipse' kebanyakan kami sudah tahu jalan cerita filem ini. Melihatnya di layar putih lebih kepada visualisasi setiap watak-watak, peristiwa dan kisah cinta di antara Edward, Bella dan Jacob.

Filem ini dimulakan dengan babak dalam hujan lebat, seorang remaja lelaki berasal dari 'Fork' dikejar oleh seseorang dalam bentuk bayang-bayang.

Diikuti dengan kata pembuka dari Bella yang membacakan sajak dari Robert Frost.. Fire and Ice

Some will say the world will end in fire,
Some say ice,
From what I've tasted of desire,
I hold with those who favor fire.
But if it had to perish twice,
I think I know enough of hate
To say that for destruction ice
It also great
And would suffice.

Hampir kebanyakan babak-babak penting yang diceritakan secara terperinci dalam buku tersebut ada dalam filem tersebut, cuma sedikit perubahan dilakukan pada beberapa babaknya.. seperti babak lucu antara Edward & Bella yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini tidak ada..

Dalam filem ini, adegan Bella lari mengikut Jacob menaiki motor terjadi selepas berlaku konfrontasi antara Edward & Jacob sekembalinya Edward & Bella dari Florida selepas melawat mak Bella. Sedangkan dalam novel asal, Bella lari mengikut Jacob pada waktu yang berbeza ketika Edward pergi memburu dan Bella tinggal dalam jagaan Alice.

Satu lagi babak yang tidak diketengahkan dan aku rasa penting dalam buku itu ialah ketika Bella bertemu dengan Jacob selepas dia mengalami cedera parah (patah tangan kanan) akibat peperangan antara mereka dan 'newborn vampire'. (Pernah aku jadikan entri di sini).

Jacob membuat pengakuan (dengan mengambil contoh kisah raja Soloman dan 2 orang wanita yang berebut seorang bayi).. bahawa kasih sayang dan cinta itu tidak bermakna bahawa mencintai kita seharusnya memiliki tetapi mencintai dan menyayangi juga bermakna dengan melepaskan pergi.

Jacob mengatakan Edward seperti dadah buat Bella dan mengetahui bahawa Bella tidak mampu hidup tanpa Edward. Dia boleh menjadi sesuatu yang lebih sihat dari dadah itu..

Bella mengakui bahawa Jacob adalah sebuah matahari peribadi buatnya. Jacob mampu mengimbangi kepulan awan dan matahari itu sebaiknya. Dia akan sentiasa mengingati Jacob sebegitu.

Namun Jacob mengetahui dia mampu menghadapi kepulan awan-awan itu.. tetapi matahari itu tidak mampu menandingi 'gerhana' yang hadir.

Pada aku di sinilah tajuk 'Eclipse' itu sebenarnya ditonjolkan.. kenapa buku ini dinamakan 'Eclipse' dan mengapa perkataan gerhana dipilih mewakili keseluruhan buku itu. Seperti 2 buah buku sebelum ini, Stephenie turut menonjolkan dan menjelaskan dalam bukunya kaitan antara tajuk 'twilight' dan 'New Moon'. Ini adalah sesuatu yang aku dapati amat menarik tentang buku-buku twilight, penjelasan sebegini memberikan intipati yang cukup istimewa mengapa buku-buku itu diberikan tajuk sedemikian.

Sayangnya.. babak dan ayat-ayat ini tidak ditonjolkan langsung dalam filem ini. Hanya sekadar kata-kata Bella 'Until your heart stop beating' mengakhiri pertemuan Bella dan Jacob ketika itu.. pada aku cukup meninggalkan kesan tetapi tidak seperti ayat-ayat asal dalam buku berkenaan.

Keseluruhannya.. Aku tetap berpuashati dengan filem ini terutama dengan kesan-kesan khas antara 'wolf' dan 'newborn'. Pelakon-pelakonnya membawa watak mereka dengan unsur-unsur kematangan. Yang agak ketara adalah wajah Edward yang kelihatan lebih matang dari 2 filem sebelumnya.. Malah beberapa sesi temuramah antara 3 pelakon utama ini mengakui.. filem 'Eclipse' adalah sebuah filem yang jauh berbeza daripada 2 filem sebelum ini. Jika Twilight ditonjolkan sebagai pengenalan awal kepada watak-wataknya dan begitu remaja, filem New Moon pula  memperlihatkan lakonan setiap watak itu secara lebih mendalam tetapi filem 'Eclipse' pula membawa setiap watak itu kepada satu dimensi yang lebih matang konfliknya dan berbeza pendekatannya.

Bella dalam filem 'twilight' diketengahkan sebagai seorang remaja perempuan yang 'fragile' dalam memulakan kehidupan barunya di 'Fork'. Persekitaran dan rakan-rakan yang baru, dunia yang baru serta konflik hubungannya dengan ayah kandungnya. Dia lalu jatuh cinta dengan seorang remaja lelaki yang kacak serta mempunyai rahsia tersendiri.. Dia seorang 'vampire'. Bella dalam filem ini ditonjolkan sebagai remaja yang masih mencari identiti diri dan mulai mempercayai bahawa cinta untuknya telah ditemui. Dia mulai mengharapkan inilah pilihan yang perlu dibuat untuk kehidupannya di masa depan.

Filem 'New Moon' pula mengenengahkan Bella sebagai remaja yang mulai 'settle-down' dengan persekitarannya. Namun atas kejadian yang menimpanya pada malam hari lahirnya... mengubah perspektif Edward terhadap Bella. Bella ditinggalkan.. Dia patah hati dan kehilangan segala-galanya.. Hidupnya sekadar berkisar tentang dirinya semata-mata dan dia temui sinar kehidupan setelah berkawan baik dengan Jacob. Walaupun begitu Bella tidak pernah melupakan Edward dan sentiasa menaruh harapan Edward akan pulang kepangkuannya semula. Akhirnya Edward kembali kepada Bella selepas tindakan Bella menyelamatkannya daripada Volturi di Italy. Bella dalam filem ini ditonjolkan sebagai seorang yang mempunyai konflik diri dengan merasakan dia tidak cukup sempurna sebagai teman Edward. Dia kehilangan keyakinan diri akibat perpisahan tiba-tiba yang terjadi di antara dia dan Edward. Di akhirnya Bella menyedari dan menyakini inilah pilihan untuknya. Dia tidak akan berpaling lagi daripada membuat pilihan.

Filem 'Eclipse' menonjolkan Bella sebagai remaja yang lebih yakin akan cintanya. Dia begitu pasti bahawa kehidupan sebagai seorang 'vampire' adalah pilihan yang terbaik untuknya bersama Edward. Kehilangan Edward dalam hidupnya dulu sudah cukup membuktikan bahawa dia tidak mampu hidup tanpanya di samping soal usia yang semakin bertambah sedangkan Edward sentiasa kekal berumur 17 tahun. Kali ini Bella juga menghadapi konflik tentang pilihan yang ada.. dia dipersembahkan dengan pilihan lain yang selama ini tidak pernah menjadi persoalan kepadanya. Kehadiran Jacob mengubah perspektif Bella. Keazaman Jacob turut membuatkan Bella serba salah. Jacob menyediakan pilihan untuk Bella hidup seperti manusia yang normal.. menginjak tua.. dan memiliki keluarga dengan rantaian anak-anak dan cucu cicit serta Bella tidak perlu mati untuk bersama dengannya. Sedangkan bersama Edward, Bella harus melalui mati demi untuk bersama Edward dan perlu menukar seluruh kehidupannya dengan meninggalkan semua insan yang dia kenali dan sayangi.

Buku keempat, Breaking Dawn pula akan memberikan perspektif lain pula tentang pilihan yang perlu Bella buat terhadap kehidupan masa depannya yang bukan sekadar untuk dia dan Edward malah untuk anak yang sedang dia kandung nanti. Filem keempat akan diadaptasi kepada 2 buah filem. Pastinya juga akan memberikan cerita dan visualisasi yang cukup menarik untuk ditontoni. Kemungkinan besar aku akan menontonnya nanti di tanahair..

Apa juga, Eclipse adalah buku yang aku paling gemari kerana adanya konflik hubungan dan ertinya kasih-sayang. Namun buku keempat juga menarik terutama apabila watak Bella bertukar menjadi vampire diketengahkan nanti. Kelebihan kuasa luar biasa Bella (diperolehi selepas dia menjadi vampire) jugalah yang menyelamatkan mereka sekeluarga dalam peperangan terhadap Volturi.

Harapnya, korang semua enjoy menonton filem ini yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 8 Julai (berdasarkan tarikh tayangan di GSC online) dan aku akan menonton semula filem ini pada minggu depan.. :)

Entri nie bertujuan memberi sedikit penjelasan tentang siri buku twilight yang sering menjadi tajuk entri sejak kebelakangan ini.. Setidak-tidaknya korang semua tahu serba sedikit.. Takdelah tertanya-tanya dan mana tau kot-kot terbuka hati nak tengok pulak kan ;)

Selamat berhujung minggu ye ;)
Juliet & KTS.. Kensel ler bawak korang sebab aku tak tido pun dalam panggung tau hehehe..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin