Wednesday, 28 April 2010

Musim Bunga di England & Wales

Kembara menjelajah England dan Wales selama 6 hari..


Bunga rumput di tepi sungai Cam di Cambridge


Bunga Tulip di Hyde park, London


Deretan bunga daffodil putih di Hyde Park, London


Bunga sakura di University of Warwick, Coventry


Bunga daffodil di lereng bukit berhampiran Istana Cardiff, Wales.

Deretan bunga tulip merah kuning di tengah bandar Cardiff, Wales.

Di kala si angin bayu lintas lalu
Dia melambai-lambai merayu-rayu
Memanggil sesiapa sahaja ada di situ
Kepala tak dapat ditoleh buat tak tahu
Mata juga terpukau kaku
Tangan juga pantas memetik walaupun satu

Musim bunga kini ada di mana-mana
Kunjungannya sudah tiba
Setelah dinanti sekian lama
Namun angin sejuk masih betapa
Kadang tak tertahan merasa
Tapi terasa enak seketika
Tatkala bercanda di taman seloka


Monday, 26 April 2010

Up in the sky


From the top of 'London Eye'
View of River Thames and Big Ben
-London 2010-

The river is within us, the sea is all about us.
-Eliot,T(homas) S(tearns)

“A cloud does not know why it moves in just such a direction and at such a speed...
It feels an impulsion...this is the place to go now.
But the sky knows the reasons and the patterns behind all clouds,
and you will know, too, when you lift yourself high enough to see beyond horizons.”
-Richard Bach-


Tuesday, 6 April 2010

A question and what will be the answer??


A friend asked a question (to everyone actually)

"What don't you want him to do??"

She hesitated..

Silence..

She is thinking..

Still thinking.. The question pop-up again in her mind

"What I don't want him to do"

"Don't Leaving me??.. Don't stop loving me??
Don't let me go?? Don't find others to replace me??"

All those questions are very common to be asked for..

But the reality is..

She not afraid of all those questions if that are what he'll do someday.. He will leave her oneday.. We never know when death is around the corner.. So why are we afraid of goodbyes..

She don't have any particular requests for him not to do..

By saying that.. Does that mean that....

She have lost faith?? She have no love for him??

No.. No.. No.. That's not it..

So what don't you want him to do?? The question pop-up again

Still she don't have answers for that..

Inspire by this entry "Apa Jawapan anda?"

She just want him to love her for whom she has been in the past and for whom she will be in the future.. Eventhou the beauty is no longer there and they become wealthier.. richer.. better..
Always be part of each other for all the years that they have been thru and spend together..


The hottest love has the coldest end.
-Socrates-

If you judge people, you have no time to love them.
-Mother Teresa-

I love you, not only for what you are, but for what I am when I am with you.
-Roy Croft-


Saturday, 3 April 2010

Ingatan dan kenangan


Semalam ketika sedang enak menikmati minum petang di bandar Glasgow bersama beberapa orang rakan, kami turut membincangkan beberapa perkara yang sering menjadi ingatan dan kenangan pada mereka yang kami tinggalkan di tanahair.

Sebenarnya ingatan begini sering juga menjadi topik perbincangan kami.. Terutama bila semakin lama masa yang dihabiskan di bumi asing ini.. Semakin terasa jugalah ingatan dan kenangan yang jauh ditinggalkan.

Bila usia meniti pertengahan 30an dan menghampiri 40an.. Banyak sungguh perkara yang kini menjadi ingatan bila saban hari kita meniti hari-hari di sini. Mungkin juga kerana terasa asing berada jauh dari keluarga.. Rindu pada semua yang ditinggalkan dan tidak dapat bertentang mata atau bersama mereka yang kita sayangi menyebabkan kita sering teringat-ingat. Kadang mungkin juga kerana semua itu kini sudah ditinggalkan hampir 20tahun lebih.. kenangan dan ingatan itu semua seolah masih baru sahaja terjadi lewat masa itu.

Dulu ketika usia 20an.. ingatan begini tidak pernah pun terlintas di kepala.. Langsung tidak pernah pun ingat untuk mencari rakan-rakan lama.. atau mungkin ingin mencari sahabat yang dulu pernah rapat.. Tapi bila semakin meniti usia.. jiwa menjadi semakin sensitif.. semakin terasa.. Ini turut dirasai saban waktu..

Apatah lagi pada insan-insan yang telah lama pergi yang pernah rapat dengan kita.. Baik ibu ayah yang telah lama dijemput ilahi.. Baik saudara-mara.. baik sahabat handai yang pernah rapat ketika zaman sekolah dulu.. Semua ini seolah sering menjadi mainan ingatan ketika rasa rindu datang bertandang di sanubari.

Aplikasi 'facebook' kini sudah banyak menemukan kita dengan sahabat-sahabat lama.. zaman sekolah.. zaman remaja.. zaman universiti.. zaman kerja.. Adakala perjumpaan dapat diadakan untuk pertemuan demi pertemuan.. tapi adakalanya sekadar bertegur sapa mesra di muka aplikasi itu sahaja.

Bak kata seorang sahabat.. "Itu namanya kita dah nak semakin tua"... Takpe biar tua pada usia.. asalkan muda di hati ;)

Hakikatnya kita semua pasti akan mula berfikir tentang masa depan.. Tentang apa yang perlu kita lakukan dalam kehidupan seterusnya.. Apa yang mahu kita capai dalam kehidupan.. Matlamat atau hasrat yang masih mahu dicari.... Mahu dimiliki.. Ketika berada kedudukan usia yang agak stabil.. dengan kerja yang sedia ada.. dengan kewangan yang agak stabil.. Adakalanya.. ini turut menyumbang pada rasa-rasa begini..

Aku masih bercuti easter hingga Isnin.. Cuaca pun tak sejuk sangat.. Cuma tak tahan bila angin sejuk mula bertiup jek.. Selain itu aku masih menunggu dapur aku disiapkan.. Buat masa ini memasak terpaksa berkejar di antara dapur dan ruang tamu.. Chef utama cuti sementara beberapa hari ini ;)

"Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift.
That is why it is called the present."

- Kung Fu Panda Movie -

“Memory is a way of holding on to the things you love,
the things you are, the things you never want to lose.”
- Kevin Arnold -


From Nadia : TQ sis ;)

Minggu lepas aku terima award daripada Nadia-ism
Thanks ya Dik Nadia..



Award ini juga au berikan pada semua blog yang tersenarai dalam list blog ini.. Setiap anda mempunyai blog yang menarik.. I always enjoy reading each and every one of it.

7 things people don't know about me:

Alah bab2 nie kalau dah cite mesti orang dah tau kan.. camno nie??

1. Aku berangan nak buat kek pisang petang nie..
2. Dalam peti ais aku ada 3 biji limau yang belum dimakan.. rasa-rasanya bakal di tong sampahkan
3. Di atas meja sebelah aku ada sekeping coklat kit-kat.. Sesiapa nak sila bgtau..
4. Sesiapa nak belanja aku.. aku free jek anytime ahaks ;) (yang nie aku rasa ramai tahu.. tapi ramai gak buat-buat tak tahu)
5. Ada ubi ada batas.. Ada budi aku balas ikut kesesuaian..
6. Dalam banyak-banyak pucuk, aku paling suka pucuk ubi.. pucuk paku.. leh wat pecal ngan masak lemak hehehe ;)
7. Aku tengah fikir hadiah apa yang aku nak mintak kat korang semua bila tiba hari jadi aku nanti.. hehehe ;)

Here are some rules to accept the award:
1.Thank and link the person who gave you the award.
2. Pass this award to 15 bloggers you recently discovered.
3.Contact the blogger and tell them they've won the award.
4. State seven things about yourself.

Dik Nadia.. Thanks again ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin