Friday, 7 November 2008

Majlis Persandingan di Kg Jelin, Jelebu NS

Majlis persandingan dipihak lelaki telah diadakan pada 2hb November 2008 (Ahad) di Kg Jelin, Jelebu, Negeri Sembilan

Aku pula telah ditugaskan untuk membantu menyediakan makanan pengantin disamping kakak iparku Kak Jee.. sejak awal pagi lagi kami telah keluar ke pasar pagi untuk membeli bahan mentah untuk persediaan memasak..

Bertungkus lumus jugalah kami berdua memasak.. syukur juga masakan itu siap sebelum penganti bersanding.. kalau tidak memang terlepas peluang untuk bergambar dengan mereka.. Kelam kabut pagi tu tak usah kata.. memang tak menang tangan..

Aku paparkan gambar disepanjang majlis persandingan tersebut..

Selesai dah kerja aku mengedit gambar nie.. letihhhhhh.........



























Lepas nie aku boleh tukar profesion jadi tukang edit photo ;)

Inilah gambar yang aku ambil dari perspektif pandangan mataku.. setiap shot dilakukan ada sebab musababnya..

Jai & Midah kalau korang baca blog nie.. korang download jelah gambar-gambar nie.. akak dah penat edit..

Akan aku paparkan gambar-gambar lain sepanjang aku berada di Malaysia bila ada kesempatan nanti.. Insyallah..

Majlis Persandingan di Dewan MPS, Taman Gombak

Majlis persandingan sebelah perempuan diadakan di Dewan MPS, Taman Gombak pada 27hb Oktober 2008 (Ahad)

Aku paparkan gambar sepanjang majlis persandingan tersebut..

Ada jugalah terselit gambar aku dalam tu heheheh..



























Thursday, 6 November 2008

Suasana pagi yang berbeza

Aku mulakan kerja hari ini.. setelah bercuti selama hampir 2 minggu.. ditambah dengan tidur sejak petang semalam.. melayan rasa letih dan pening kepala penat seharian di dalam penerbangan dari KLIA ke Dubai dan Ke Glasgow..

Hari sudah semakin sejuk.. daunan yang dulunya kuning dan masih memenuhi ranting pokok juga kini sudah berlainan sekali.. kebanyakan sudah mulai kering dan berwarna coklat gelap.. malah ada juga pokok yang sudah hilang daunnya..

Suasana pagi kali ini amat berbeza sekali.. rasanya seolah aku ketinggalan dalam melewati waktu musim luruh ini.. tidak lama lagi akan bermulanya musim sejuk.. bahang sejuk dan dingin sudah mula melanda.. kain penutup leher dan baju tebal kini menjadi pakaian utama.. lama sungguh aku tinggalkan kedua-dua benda utama itu..

Selama 2 minggu di Malaysia.. aku hanya berpakaian ringkas.. t'shirt dan slack.. kadang kala juga berbaju kurung.. malah semasa keluar malam hari fikiran aku melayang jauh ke Glasgow.. betapa meriahnya suasana malam di bandar.. betapa ramainya manusia memenuhi jalanan dan warung makan.. alangkah aku rindu semua suasana itu.. terkenangkan rumah yang ditinggalkan jauh di Glasgow.. terkenangkan segalanya..

Ketika berkereta ke sana sini dari Banting ke Klang ke KL ke Jelebu ke Tg Malim ke Kuala Pilah Ke Bahau ke Gombak.. semua laluan itu mengingatkan aku perjalanan yang pernah aku ikuti semasa berada di Glasgow.. teringat juga rakan-rakan yang ditinggalkan.. namun ingatanku pada urusan keluarga lebih meminta tumpuan maka aku lupakan semua yang aku tinggalkan di Glasgow.. namun dalam pada itu masih ada beberapa orang rakan yang masih sudi menghubungiku semasa aku berada di Malaysia.. dapat jugalah aku khabar berita tentang perkembangan yang berlaku..

Rumah yang ditinggalkan masih perlu dikemas.. masih ada baju yang perlu dibasuh.. masih ada barangan yang masih terletak di dalam beg.. untuk mengemas aku jadi malas.. rasa mengantuk dan letih masih ada.. apatah lagi kini waktu maghrib sudah masuk mulai pukul 4++ petang.. tapi yang seronok kini aku tidak lagi bekerja petang hari.. dan aku masih belum mahu ke CIS.. perlu mengemas dan menguruskan rumah mana yang perlu.. Insyallah esok aku akan ke CIS.. dengar khabarnya ada sahabat baru yang turut menjadi pelajar PhD di CIS.. baru sahaja tiba seminggu.. dan kini ada seramai 5 orang pelajar dari Malaysia yang mengikuti pengajian Phd di CIS.. pastinya meriah lagi level 11 itu..

Nanti akan aku update dengan segala cerita yang berlaku sepanjang aku berada di Malaysia.. Insyallah

Majlis Nikah Jai & Midah

Alhamdullilah syukur kepada Allah.. Akhirnya kami dapat melihat dan meraikan majlis pernikahan & persandingan adik kami Mohd Aizal & Siti Hamidah yang berlangsung pada 26hb Oktober 2008 pada hari Ahad pada pukul 12.30 tengahari..

Walaupun masih terasa penat letih dan Jetlag.. kami harungi juga urusan majlis berkenaan dengan termampu.. dalam pening-pening kepala jetlag.. aku masih gagahkan diri membantu mana yang termampu.. hingga sempat juga aku lelapkan mata semasa dalam perjalanan balik dari majlis berkenaan.. penat usah dikata.. ke sana sini tanpa henti.. ada sahaja urusan saban hari.. takde seharipun yang kami dapat rehat tanpa berbuat apa-apa semuanya dipenuhi dengan aktiviti urusan keluarga atau sahabat handai..

Aku paparkan gambar sepanjang majlis pernikahan tersebut..













Akan aku paparkan gambar majlis persandingan di entri yang lain.. perlu diedit semula menggunakan photoshop.. letih den.. ;)

Wednesday, 5 November 2008

Failte gu Alba (Selamat datang ke Scotland)

Alhamdullilah.. aku akhirnya menjejakkan kaki semula ke bumi Glasgow..

Gambar ini aku ambil semasa menjejakkan kaki di KLIA pada 23hb Oktober.. masih tergantung kad-kad ucapan aidilfitri

Rasa seolah tidak puas berada di tanahair.. seolah rasa tidak cukup lagi rasa dihati untuk terus bersama keluarga dan juga masih ada beberapa urusan yang tidak kesampaian untuk diselesaikan namun aku telah sedaya upaya menyelesaikan mana yang termampu..

Kepenatan usah dikata lagi.. penat kenduri masih terasa.. itu belum lagi urusan keluarga yang masih berbaki banyak yang tidak dapat aku selesaikan sepenuhnya.. namun aku syukur kepulangan ini turut memberikan aku peluang meluahkan segala rasa hati dan fikiran aku yang telah sekian lama aku simpan dan pendam jauh di sudut hati.. Akhirnya semuanya terpaksa aku luahkan.. terpaksa aku katakan.. terpaksa aku emosi.. cukuplah sekali itu kata-kataku.. harapanku tidak ada lagi dimasa depan.. aku sudah malas.. sudah letih.. sudah tidah mahu lagi memikirkan lagi semuanya.. cukuplah.. mohonku keluargaku sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Apa juga aku syukur pada Allah untuk memberikan aku peluang untuk pulang bersama keluarga walaupun hanya seketika

Sebenarnya kepulangan kali ini pada mulanya aku berat hati untuk pulang.. namun pabila pulang... aku pula berat hati untuk kembali semula ke sini.. mahu sahaja aku lanjutkan tempoh masa di tanahair.. namun aku terpaksa pulang juga memikirkan tanggungjawab dan perkara lain yang turut menuntut kewajipan untuk ditunaikan.. aku pasrah walaupun hatiku terlalu berat untuk kembali ke Glasgow.. aku redha.. cukuplah walaupun hanya 2 minggu sahaja.. aku masih sempat juga bertemu sahabat handai.. walaupun hanya sekejap.. Alhamdullilah terlaksana juga..

Buat Tiny.. akhirnya aku jejak juga kakiku ke rumahmu.. walaupun kita tidak pernah bersua muka.. namun akhirnya kita bertemu juga.. buat Tokma.. saya hanya dapat lalu depan rumah tokma je. nampaklah kolam yang tersergam indah itu.. namun kita sempat juga berbual di telefon itupun sudah cukup buat saya Tokma.. Buat Kak Long.. insyallah ada peluang kita juga.. buat Azza_Irah.. walaupun kiriman itu hanya dapat saya berikan melalui adik azza.. insyallah saya percaya kita akan jumpa juga nanti..

Tidak sangka dalam bersahabat melalui blog akhirnya kita bersua muka juga.. semoga persahabatan ini berterusan dan berkekalan..

Entah mengapa hatiku rindu.. masih rindu.. masih teringat lagi pelukan erat mak.. ciuman mak pada kedua pipi kiri dan kananku.. sempat juga aku minta mak doakan semoga aku berjaya pulang membawa segulung ijazah.. sempat juga mak berpesan padaku..

Sayu.. aku sememangnya sayu.. hatiku sememangnya rindu... masih ramai sahabat yang tidak dapat aku temui.. ada yang dapat aku jumpa namun hanya sekejap cuma.. masa aku benar-benar suntuk dek perlu meluangkan masa untuk menguruskan kenduri.. apatah lagi kesian melihat mak mertua yang tidak dapat bekerja kuat dek kemalangan yang menimpanya..

Namun yang paling utama.. pertemuanku dengan seorang tua sewaktu di tanahair.. secara tidak langsung menjawab beberapa persoalan yang sering bermain dalam fikiranku.. tidak aku sangka disitu aku temui jawapannya.. apa yang aku rasa.. fikiranku turut disebut dan dijelaskan padaku.. malah apa yang turut ada dihatinya turut disebut bersama.. entah mengapa selepas mendengar penjelasan itu.. semua yang selama ini menyerabutkan fikiranku seolah dapat diungkai satu persatu.. hatiku sedikit tenang lenang.. seperti kata pakcik tua itu padaku..

"Anak kena redha.. kena lepaskan.. dan kena terima dengan sabar hati semuanya.."

Kata-kata itulah yang membuatkan aku seolah tersedar dari semua yang membelenggu fikiranku selama ini..

Apa juga.. ketika menjejakkan kaki semula ke bumi Glasgow tengahari tadi.. tulisan ini aku pandang dengan rasa sayu

Failte to Alba (Welcome to Scotland)

Tertulis besar di hampir setiap sudut dinding semasa berjalan kaki menuju ke terminal keluar.. Hatiku berkata.. akhirnya aku kembali semula ke sini untuk meneruskan perjuangan.. meneruskan tanggungjawab.. meneruskan cita-cita.. mengapai impian dan mencapai hasrat.. Insyallah..

Aku telah kembali semula.. Selamat bertemu kembali..

p/s Salam takziah buat keluarga Ida Shafina sahabat karibku zaman sekolah menengah (entri tentang dia pernah aku tulis di blog ini tidak lama dulu) Akhirnya Allah jemput dia dalam bulan syawal.. perkhabaran tentang dia baru sahaja aku terima melalui email dan msg YM.. maafkan aku kerana tidak dapat membalas email dan YM berkenaan kerana tidak berpeluang langsung untuk membuat semakan email semasa berada di Malaysia selama 2 minggu dek kesibukan dengan urusan keluarga. Semoga Allah cucuri rahmat keatas Ida.. tempatkan dia di kalangan orang-orang beriman.. manakan mungkin aku lupa dengan semua kenangan aku dan dia zaman sekolah.. Ya Allah.. kau tempatkan Ida dikalangan mereka yang engkau rahmati.. semoga engkau tenang di sana Ida.. aku tidak pernah bertemu denganmu selepas kita berpisah zaman sekolah.. dan kini aku tidak mungkin akan dapat bertemu denganmu hingga bila-bila.. Namun kenangan antara kita.. persahabatan kita.. suka duka.. sedih gelak ketawa.. akan aku kenang buat selamanya..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin