Tuesday, 3 March 2009

Kembara ke bumi Andalusia : Granada-Alhambra I

Entri kali ini gambar-gambarnya banyak sikit ya ;)

Di Granada kami bermalam selama 2 hari di sebuah apartmen 2 bilik yang terletak berhampiran dengan Alhambra..

Inilah pintu masuk ke apartmen kami

Cuesta De La Glicinia

Bandar Granada

Nun di sana pergunungan Sierra Nevada



Pagi itu selesai sarapan pagi, kami bergerak ke Istana Alhambra.

Alhambra (Bahasa Arab: الحمراء = Al Ħamrā'; yang bermaksud "Istana Merah") adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol (dikenali sebagai Al-Andalus apabila kotanya dibina), menduduki atas bukit teres di tenggara sempadan di bandaraya Granada. Ini adalah tempat tinggal raja-raja Muslim Granada dan mahkamah mereka, tetapi sekarang sebuah muzium yang mempamerkan kecantikan gaya seni bina Islam.

Nama Alhambra, menandakan dalam Bahasa Arab yang merah (Al Hamra الحمراء), ialah kemungkinannya berasal dari warna kering-matahari tapia, atau batu-bata dibuat daripada batu kelikir dan tanah liat halus, yang mana dindang luar dibina. Sesetengah wibawa, however, hold that it commemorates the obor api merah yang mana lampu the work of construction was dibawa pada nightly for many years; yang lain bersekutukannya dengan nama pengasas, Muhammed Ibn Al Ahmar; dan yang lain mengaku asalya dari Bahasa Arab Dar al Amra, Rumah Tuannya. Istananya dibina chiefly diantara 1248 dan 1354, dibawah pemerintahan Al Ahmar dan penggantinya; tetapi juga nama-nama seniman utama yang diberikan kerja sama ada tidak diketahui atau diragu-ragukan.

Kecantikan arabesk dibahagian dalam dianggap sebagai karya, digalangan raja-raja lain, kepada Yusef I, Mohamed V, Ismail I, dll. Selepas bandaraya itu jatuh kepada taklukan Kristen 1492, penakluknya bermula untuk mengubahkan Alhambra. Kerja terbukanya telah digenangi cat kapur, lukisan dan air emas dipadamkan, perabotnya dikotorkan, dikoyakkan atau dialihkan. Charles V (1516–1556) membina-balik portions in the Renaissance style of the period, dan memusnahkan sebahagian besar istana musim sejuk untuk memberikan ruang ke struktur gaya Renaissance yang tidak pernah diselesaikan. Philip V (1700–1746) meng-Italikan biliknya, dan menyelesaikan istananya ditengah-tengah yang dahulunya bangunan Moor. Dia mendirikan sesekat yang menghadangkan semua pangsapuri. Pada abad-abad berikutnya bawah wibawa-wibawa Sepanyol, kesenian Moor bersambung dengan lebih kerosakannya; dan pada tahun 1812 sesetengah menara-menara telah dihancurkan oleh orang Perancis dibawah Count Sebastiani, sementara keseluruh bangunan-bangunan narrowly escaped nasib yang sama. Napoleon telah mencuba untuk menghancurkan kompleks dengan seluruhnya. Sebelum sahaja rancangannya dijalankan, seorang askar yang dengan rahsianya mahukan rancangan Napoleon — komandernya — untuk digagalkan, menanggalkan fius bahan letupan dan dengan itu menyelamatkan Alhambra untuk generasi akan datang.


Alhambra

Di pintu masuk Alhambra

Kaunter tiket 12 euro seorang

Antara pokok-pokok tinggi di kawasan istana Alhambra

Masuk ke perkarangan istana

Taman sekitarnya

Antara runtuhan bangunan


Menuju ke Palacio de Nasrid

Di tepi-tepi ini deretan kedai-kedai kecil

Cenderamata

Memasuki bangunan Istana Nasrid

Senibina islam dan tulisan Allah jelas kelihatan

Jelas kelihatan tinggalan senibina Islam pada setiap sudut istana Nasrid ini

Tulisan-tulisan ini membuatkan mata seolah terpegun melihat senibina islamnya


Sekian dulu untuk kembara di Alhambra bahagian 1..
Akan disambung lagi bahagian 2 esok ya..

Penat tau upload gambar.. Banyak sungguh rupanya.
Piah gambar baring takde.. nak tgk gmbr baring ko telengkan kepala ko ekkk.. 123.. get set teleng wakakakah.. ;)

Sejuk kembali

Saat ini salji sedang turun dengan lebatnya..

Sekali lagi buat kali ke 4 pada tahun 2009 ini..

Kelihatannya lebat dan tanpa hentinya..

Kebanyakan deretan kereta dipenuhi dengan salji itu..

Mungkin pagi esok.. jalanan pastinya penuh memutih.. dan mungkin juga mencair dek hujan yang turun..

Tahun ini kami puas menikmati sejuknya musim sejuk.. walaupun menghampiri musim ini.. namun salji masih setia mengunjungi bumi Glasgow ini..

Patut ler rasa sejuk semacam sahaja dari lewat petang tadi..

Salji datang lagi..

Monday, 2 March 2009

Kembara ke bumi Andalusia : Cordoba

Dari Gibraltar kami meneruskan perjalanan selama hampir 2 jam lebih ke Cordoba..

Kami berpatah balik ke Malaga melalui jalan tepian laut.

Turut kelihatan juga gunung ganang yang luas terbentang.

Melalui lebuhraya kami memecut laju ke Cordoba..


Kami tiba di Cordoba menghampiri pukul 6.00 petang

Cordoba, juga dikenali sebagai Cordova (Bahasa Arab : قرطبة), ialah ibu kota serta bandar raya Provinsi Cordoba, Andalucía, Sepanyol selatan. Terletak di sebelah Sungai Guadalquivir pada 37.88° Utara, 4.77° Barat, bandar raya ini telah diasaskan oleh Claudius Marcellus dengan nama Corduba pada zaman Rom kuno. Pada tahun 2005, jumlah penduduknya 321,164.

Pada hari ini, bandar raya moden yang mempunyai saiz yang sederhana ini mengandungi banyak peringatan seni bina yang menarik tentang zaman ketika Cordoba merupakan sebuah ibu kota yang berkembang maju di bawah Kekalifahan Cordoba yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia. Telah dianggarkan bahawa Cordoba, dengan jumlah penduduk sehingga 500,000 orang ketika itu, merupakan bandar raya yang kedua terbesar di dunia pada abad ke-10, selepas Byzantium.


Ramai manusia sedang melepak di sini

Melalui jambatan 'Puenti Romano' Deretan kereta kuda di hadapan 'Mezquita'

Pokok Limau yang masam..
Hanya boleh dimakan oleh binatang atau dibuat jem 'marmalad' dengan berkilo-kilo gula

Bangunan Al-Mezquita (Masjid yang telah diubahsuai sebagai gereja)

Deretan kedai cenderamata

Antara pintu gerbang utama yang mempunyai senibina yang unik



Rakaman video berhampiran Mezquita (Mosque) de Cordoba







Dari Cordoba kami teruskan perjalanan ke Granada yang mengambil masa lebih kurang 2 jam mengikut jalan yang bengkang bengkuknya.. Akhirnya kami sampai ke apartmen pada pukul 10.30 malam dan terus siap-siap makan malam.. dan berehat untuk perjalanan esok harinya.

Granada di waktu malam dari tingkat atas apartmen 'Cuesta de la Glicinia'

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin