Ayah after 40 days..
We finally set up the 'batu nisan'..
2012..
A year that I'll never forget..
Sudah sebulan lebih Ayahanda pergi..
Namun Allah berikan nikmat bertemu dia 2 kali dalam mimpi..
Benarlah hubungan itu tidak terhenti semasa hayatnya..
Dia masih berpesan dan menasihati seperti dulu..
Dia masih tersenyum manis seperti mana tiap kali berbicara..
Adakala terlupa melaksanakan rutin Yassin untuk dia..
dan dia datang tersenyum seolah mengingatkan..
Benarlah 'life never be the same again'
Namun hidup harus diteruskan..
Kini hari ini..
Genaplah setahun lagi Allah berikan pertambahan usia..
Tahun ini buat pertama kalinya..
Sambut hari lahir tanpa ayah di sisi..
Tidak ada yang aku mahukan sebagai hadiah fizikal dari sesiapa..
Hanya aku doakan Ayahanda sejahtera di sana..
Allah ampunkan dosa-dosa Ayahanda..
Allah rahmati dan pelihara Ayahanda..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan lahir ke dunia pada tarikh hari ini..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mengenal dunia dan mencapai impian seperti hari ini..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mengenal baca, kira, tulis hasil dari didikan seorang cikgu bernama Ayahanda..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan tahu erti berdikari dan tanggungjawab seawal usia anakanda dewasa
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mampu pergi jauh merantau dan mencari ilmu hingga keluar negara
Anakanda turut nasihat Ayahanda pada 12 tahun yang lalu..
'
Engkau diberikan peluang untuk ke sana.. kenapa kau tak mahu pergi'
Adakalanya bila kita mempunyai sesuatu atau masih bersama seseorang..
Kadangkala kita terlupa dan terleka menghargai masa yang kita pernah ada bersama mereka..
Hanya tatkala kita kehilangannya..
Barulah kita mengerti erti kepunyaan dan ruang masa yang telah diberikan itu..
13 July 2012..
Selepas 5 tahun..
Kini aku sambut hari lahir ini di tanahair tercinta..
Semoga Allah permudahkan urusan dan perjuangan seterusnya..
InsyAllah..
p/s Maaf andai gambar pusara di atas mengganggu emosi atau rasa sesiapa..