Tuesday, 22 July 2008

Penamat Kisah gadis dan anak muridnya

Hari-hari di sekolah itu berlalu dengan begitu pantas. Semakin seronok gadis itu dengan pelbagai ragam dan gaya murid-murid. Semakin banyak juga ilmu yang diperolehi. Semakin ramai juga kenalan yang ditemui

Pengajaran diteruskan seperti biasa. Ketika selesainya pengajaran di kelas tahun tiga. Beberapa orang murid berebut-rebut ingin membawa buku latihan ke bilik guru.

"Cikgu.. biar saya bawa buku-buku nie ye cikgu"

"Alah.. bagi sayalah bawa cikgu.. asyik dia je"

Lantas dijawab oleh gadis itu

"Ok.. cikgu bagi kamu berdua bawa sorang sedikit ok.. sama-sama adil dan sama-sama bawa buku ini ke bilik guru"

Jawapan itu sudah cukup membuatkan sebuah senyuman menguntum di bibir kedua-dua murid itu.. Girangnya mereka jelas kelihatan di wajah.. gadis itu hanya sekadar tersenyum memandang. Seronok melihatkan sifat mereka yang begitu teruja untuk membantu.. walaupun hakikatnya.. buku itu masih mampu dikendong di gadis.. namun si gadis membiarkan murid-murid itu membawanya.. mungkin mereka ikhlas membantu.. mungkin kerana inginkan perhatian.. mungkin juga merupakan satu penghormatan..

Bilik guru hari itu lengang sahaja.. kedengaran petikan gitar dari seorang guru lelaki yang duduk tidak jauh dari meja si gadis.. entah lagu apa yang dimainkan.. gadis itu tidak begitu peduli.. namun sekurang-kurangnya dapat menceriakan suasana yang sedikit mendung dan sunyi.

Hari Terakhir

Hari ini merupakan hari terakhirnya di sekolah itu.. pagi ini ketika tiba ke pintu pagar sekolah. hati si gadis dipaut rasa pilu dan sayu. Selama hampir sebulan di sekolah itu begitu banyak kenangan tercipta dan begitu banyak juga pengalaman yang diperolehi.

Hari ini merupakan hari jumaat. Penghujung hari pada minggu itu. Kelas tahun satu merupakan kelas terakhir yang diajarnya. Sejak semalam lagi si gadis telah pun membelikan gula-gula dan sedikit coklat untuk mereka.. rancangannya untuk mengadakan kuiz semasa pengajaran matematik.. bagi yang berjaya.. hadiah itu akan diberikan pada mereka.

Kelas matematik dimulakan.. topik tambah dan tolak.. Sebenarnya pengajaran lebih berbentuk ulangkaji.. dan pertandingan kuiz dimulakan. Kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan.. si gadis menulis beberapa soalan di papan hitam dan 2 orang pelajar wakil kumpulan akan keluar ke hadapan untuk menjawab soalan itu. Kelas menjadi riuh rendah dan kebanyakan pelajarnya begitu berlumba-lumba ingin menjawab soalan.. hampir serentak suara dilontarkan..

"Cikgu.. saya cikgu"

"Sayalah cikgu.."

"Alah sayalah cikgu.."

"Cikgu saya.. saya"

"Cikgu saya.."

Kelas menjadi bingit dan bising.. si gadis terpaksa menjerit-jerit meminta mereka semua duduk dan diam.. Namun semakin kuat pula suara mereka. Ketika itu kelihatan seorang guru lelaki dari kelas sebelah datang menjenguk ke kelas si gadis.. mungkin dia tertanya-tanya mengapa kelas itu begitu bising sekali.. mungkin memikirkan tidak ada guru di kelas tersebut membuatkan mereka bising sekali agaknya..

Si gadis itu hanya mampu tersenyum dan mula mengarahkan semua murid-muridnya diam. Selagi tidak diam si gadis tidak akan memanggil sesiapa pun ke hadapan kelas. Akhirnya laungan dan jeritan mereka hilang dengan amaran si gadis itu. Kelas kembali tenang dan senyap. Si gadis mula memanggil nama demi nama ke hadapan kelas.

Soalan yang dituliskan itu dijawab oleh setiap murid.. ada ahli kumpuan yang membantu memberikan jawapan.. ada yang teragak-agak dengan jawapan yang dituliskan hingga terpaksa berulang kali ke hadapan.. Akhirnya pertandingan kuiz itu tamat.. Kumpulan yang menang bersorak gembira.. dan kumpulan yang kalah menarik muka masam dan kecewa..

Si gadis mula mengeluarkan gula-gula dan coklat yang telah siap dibungkus dengan cantik kepada kumpulan yang menang.. mereka sekali lagi bersorak gembira.. Kumpulan yang kalah hanya memandang dengan kecewa.. namun sebenarnya si gadis itu turut menyediakan hadiah untuk mereka juga.. dan seluruh kelas melonjak gembira.. Hati si gadis menjadi sayu dan girang pada masa yang sama.. seronoknya melihatkan riaksi kanak-kanak yang begitu jujur dalam mempamerkan kegembiraan dan keseronokan tanpa perlu berpura-pura.. Kegirangan dan kegembiraan itu sungguh ikhlas dan luhur..

Peluang yang diberikan untuk mendidik mereka juga adalah pengalaman dan kenangan yang begitu indah bagi si gadis. Doa si gadis.. apabila mereka dewasa.. mereka akan menjadi insan yang berguna dan berjaya..

Kelas itu ditamatkan dengan ucapan "Selamat Pulang cikgu" dan "Terima kasih cikgu"

Hati gadis kembali sayu.. setiap raut wajah mereka dipandang satu persatu.. setiap kerenah dan ragam mereka kini tinggal kenangan buat si gadis..

Ketika tiba ke bilik guru seorang murid perempuan menyerahkan sekotak hadiah kecil yang berbungkus cantik. Hati gadis tertanya-tanya siapakah pengirim hadiah itu? Terdapat sekeping kad kecil di atasnya.. Nama seorang guru wanita tertulis di situ.. Si gadis hanya tersenyum sahaja.. Hadiah itu tidak dibuka.. tapi di simpan untuk dibuka di rumah nanti. Ketika itu si gadis terlihat kelibat guru itu, lantas kakinya melangkah laju bertemu dengannya. Ucapan terima kasih diucapkan dengan memaut bahu guru itu. Terharu hati si gadis dengan ingatan itu. Tiada apa yang dapat dibalas oleh si gadis melainkan sebuah ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Ketika si gadis menunggu ayahandanya di beranda sekolah untuk pulang ke rumah. Si gadis melayangkan pandangannya ke padang sekolah yang terletak berhampiran dengan jalan masuk ke sekolah berkenaan. Begitu ramai ibu bapa datang untuk mengambil anak-anak mereka. Ada yang membawa bekalan makanan dan baju sekolah untuk sekolah agama di petangnya. Ada anak-anak yang menyalin pakaian itu terus di tepi pokok manakala ada pula menikmati makanan tengahari di bawah pepohon itu. Mungkin mereka tidak sempat untuk balik ke rumah dan bersiap-siap untuk sesi persekolahan seterusnya menyebabkan mereka terpaksa makan dan bersalin baju di padang sekolah. Si gadis memandang setiap raut wajah ibu dan bapa.. ada yang suram.. ada yang gembira.. ada yang kelihatan letih..

Teringat si gadis kenangannya ketika dibangku sekolah dahulu.. selalunya si gadis punya masa untuk balik ke rumah menikmati makan tengahari dan bersiap-siap untuk sesi sekolah agama di sebelah petangnya. Malah sempat juga membawa bekalan makanan dan minuman untuk waktu rehat nanti. Kini desakan kehidupan dan kesuntukan masa memaksa manusia mengikut arus perubahan itu.. Beginikah kehidupan dan cabaran seorang pelajar.. inikah kesusahan hidup mereka.. inikah juga rutin harian mereka..

Petang itu si gadis tinggalkan sekolah itu dengan pandangan yang sayup dan sedih.. Entah bila lagi agaknya dia akan berkunjung semula ke situ. Mungkin nanti agaknya.. entah bila.. yang pasti kenangan yang tercipta itulah menjadi asas kepada minat si gadis seterusnya.. Siapa sangka pengalaman itu jugalah menjadikan si gadis mengambil keputusan mengubah kehidupan dan memilih kerjaya mendidik. Walaupun bukanlah anak-anak lagi yang mendapat didikannya.. Namun mendidik dan berkongsi ilmu dengan pelajar yang bakal bergelar guru dan pendidik sudah cukup baginya.

Pesanan dan nasihat serta pengalaman masa lalu si gadis sering dikongsikan bersama anak-anak didiknya.. Syukur dengan secebis kenangan ini.. Sungguh bermakna dan bererti buat si gadis sampai bila-bila..

5 comments:

julietchun said...

Tgk 2org kakak dok tanda kertas exam buat aku pening,tak pernah abih.Student & cikgu sm2 mencabar yek.

Kaktiny said...

bab amik dan hantar buku cikgu... selalu terkenangkan masa tingkatan 5, ada sorang cikgu maths yang sgt sporting.. kalau dia ada kelas di 5sains 1, mesti dia panggil tiny utk hantarkan buku ke kelas tu.. hihihi (keran dia tahu saya meminati seseorang di kelas iteww..kui kui kui - tapi budak cina.. hahahhahahaha)

aku sanjung semua pendidik.. aku sanjung semuanya.. aku tabik hormat pada semua..

iina said...

julietchun> biasalah bab2 tanda kertas memang tension tapi bila tgk anak murid berjaya dan cemerlang itu lebih menyeronokkan

tiny> hehehe.. wah22 jadi SA(secret admirer) ke?? hehehe.. bestkan ingat kenangan lama..

chinta said...

puas kan bila tengok anak2 didik berjaya...dan frust juga kan bila student tak score subjek bila kita bersungguh2 ngajar..

absolutely emy said...

(-_-)y
Terima kasih cikgu.
Saya dah baca cerpen ini sampai habis..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin