Friday, 4 July 2008

Kisah gadis dan anak muridnya-2

Hari-hari seterusnya di sekolah sudah menjadi kebiasaan bagi gadis itu.. ramai juga guru-guru yang bertegur sapa dengannya.. mungkin kerana dia guru baru menyebabkan ramai juga guru yang ingin bertegur sapa.. hanya segelintir guru sahaja yang tahu siapakah gadis tersebut.. dan hanya beberapa orang guru sahaja yang pernah melihatnya datang bersama ayahnya..

Ketika melalui sebuah kelas di tingkat 2 untuk ke bilik guru.. si gadis terpandangkan gelagat gurunya.. kelihatan begitu marah sekali.. ada beberapa orang murid sedang berdiri di atas kerusi.. entah bagaimana guru itu mencampak buku tulis muridnya hingga hampir terkeluar dari pintu kelas itu.. si gadis yang sedang memandangkan guru itu terkejut lalu terhenti langkahnya betul-betul di hadapan pintu itu.. guru itu juga terkejut kerana tidak menyangka perbuatannya sedang diperhatikan.. lalu terus berlagak seperti biasa dan menyuruh murid-murid itu turun dari kerusinya.. si gadis tadi terus pergi dari situ.. namun peristiwa itu terus bermain di fikirannya.. sampai hati betul guru itu.. tapi ya mungkin itu caranya mendidik.. tapi apa juga.. si gadis tidak bersetuju dengan tingkah lakunya.. biarlah.. takkan nak beritahu ayah pulak kan..

Hari itu si gadis dikehendaki mengajar di kelas peralihan dimana hampir seluruh kelas itu terdiri dari bangsa india dan cina.. gamat sungguh kelas itu.. murid-muridnya kali ini betul-betul mencabar kesabaran gadis berkenaan.. dijerit pun tidak dipedulikan.. mengetuk papan hitam juga tidak memberi apa-apa kesan.. disuruh diam makin bising... disuruh duduk berlari.. akhirnya si gadis mengunci kedua-dia pintu kelas.. selagi tidak diam.. si gadis takkan buka pintu itu walaupun loceng balik telah pun berbunyi.. akhirnya.. kelas akur dengan kehendak si gadis.. dan pembelajaran diteruskan walaupun kebanyakan muka murid-murid itu begitu bosan sekali.. geram dan penat pun ada.. sudahlah berkejaran dengan murid-murid berkenaan untuk suruh duduk diam.. kejar pintu depan masuk ke pintu belakang.. akhirnya itulah sebabnya kedua-dua pintu kelas itu ditutup dan dikunci.. biar semua terkurung dalam kelas selagi tidak senyap dan diam..

Selesai kelas itu.. gadis itu berjumpa dengan seorang guru senior di sekolah itu.. dengan fikiran untuk mendapatkan pendapat dari guru berkenaan.. banyak juga tip-tip berguna yang si gadis itu perolehi.. penggunaan suara.. gaya.. kaedah pengajaran.. bahan pengajaran.. sikap dan juga tindakbalas yang sesuai untuk digunakan semasa menghadapi kerenah murid-murid itu.. Nasihat itulah yang terus dipegang oleh gadis itu sehingga kini.. dan nasihat yang sama juga pernah disampaikan oleh gadis itu kepada anak-anak didiknya semasa mengajar bakal-bakal guru di universiti..

Suatu hari hampir ke tengahari.. si gadis merasakan begitu lapar sekali.. selalunya dia begitu malas untuk ke kantin sekolah.. mengenangkan sudah sarapan di rumah dan bakal juga makan tengahari di rumah selepas waktu sekolah.. entah mengapa hari itu si gadis tergerak untuk melangkahkan kaki ke kantin sekolah. Tidak ada sesiapa di kantin itu. Lalu si gadis sekadar mengambil beberapa ketul kuih.. sambil itu si gadis ditegur oleh pakcik kantin sekolah itu..

"Cikgu nie.. cikgu baru ke?"

"Ahah pakcik.. saya baru je mengajar kat sekolah nie.. guru sandaran je"

"Cikgu duduk mana?"

"Saya duduk di Banting"

"Jauh juga tu, abis cikgu datang macamana?"

"Saya tinggal sama kampung dengan cikgu Hassan dan tumpang kereta dia hari-hari"

"Oh yeke cikgu.. cikgu Hassan guru besar tu ke"

"Ahah pakcik"

Entah mengapa pakcik itu terdiam dan mengamati wajah gadis itu.. lantas berkata dengan perlahan-lahan

"Eh.. cikgu nie anak cikgu Hassan ke?"

"Alamak... camna dia tau nie.. baru nak menyamar.." kata gadis itu dalam hatinya..

Gadis itu hanya senyum sahaja.. lantas dijawab oleh pakcik kantin itu "Betullah.. muka cikgu ada iras-irasnya"

Mendengarkan kata-kata pakcik itu, si gadis menjadi malu lalu mahu beredar secepat mungkin dari situ. Lantas gadis itu berkata

"Betullah tekaan pakcik.. cikgu Hassan itu memang ayah saya, berapa ye pakcik kuih-kuih nie.. saya nak bayar"

"Eh takpelah cikgu.. tak payah bayarlah.. pakcik belanje cikgu.. lagipun tak sedap pulak saya terima duit dari cikgu.. anak guru besar sekolah nie"

"Eh pakcik tak payahlah.. biar saya bayar harga kuih tu. Tak eloklah macam tu pakcik saya ambik percuma je"

"Takpe cikgu saya ikhlas nie"

Nak tak nak terpaksalah si gadis itu menerima pemberian kuih pakcik tersebut..

"Terima kasihlah pakcik belanje saya"

Lantas hatinya berkata "kan dah kata.. kalau beritahu je anak ayah.. dah orang serba salah.. aduh.. lecehnya"

Sejak kejadian itu.. si gadis tidak pernah lagi ke kantin sekolah waktu rehatnya.. lebih selesa menghabiskan masa di bilik guru sahaja.. lagipun kadang kala si gadis membawa bekal dari rumah.. jika tidak tunggu sahaja makan tengahari bila sampai ke rumah nanti..

bersambung..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin