Tuesday, 1 July 2008

Bunga-bungaan

Ketika melangkah melintasi Dataran George Square.. aku terbau wangian rumput yang baru sahaja dimesin.. begitu ketara bau itu hingga menyebabkan mataku mula mencari-cari lapangan rumput yang ada dan terlihat pekerjanya sedang mengutip rumput yang telah pun selesai dipotong ke dalam plastik hitam..





Entah mengapa aku terpandangkan deretan kotak-kotak yang bertingkat-tingkat mengandungi bunga-bunga pelbagai warna.. rasanya bunga-bunga itu baru sahaja ditanam.. kebiasaan harian ku ketika melewati dataran itu.. pasti aku terpandangkan deretan bunga-bunga itu..



Hari yang agak cerah untuk memulakan langkah ke universiti..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin