Wednesday 9 July 2008

Kisah gadis dan anak muridnya-5

Hari ini si gadis ke kelas tahun 3. Matapelajaran Sains adalah pengajaran untuk hari ini. Si gadis turut menerangkan tentang peranan suhu dalam kehidupan. Bagaimana ais, air dan juga hujan boleh terjadi. Pelbagai contoh diberikan kepada murid-muridnya.. entah bagaimana si gadis bertanya pada murid-muridnya

"Apakah pekerjaan ayah dan ibu kamu semua?"

Lantas jawab si murid "Ayah saya hanya nelayan cikgu"

"Ayah saya hanya bekerja kilang"

"Ayah saya juga seorang nelayan cikgu"

"kami dari keluarga yang susah cikgu.. ayah saya pagi-pagi sudah ke laut.. kadang dapat kadang tidak"

Setiap jawapan murid membuatkan gadis tersentak.. dia terfikir sejenak.. Dia juga hampir terlupa kedudukan kampung telok gong itu terletak dalam daerah Pelabuhan Klang.. sudah tentu berhampiran dengan laut..

Seingat si gadis.. hanya kisah begini didengari dalam cerita-cerita akhbar dan mungkin lebih dekat dengan mereka dari pantai timur.. tetapi pabila mendengar kisah yang sama dari daerah ini membuatkan si gadis termenung seketika.. Fikirnya kerana kedudukan kampung ini yang tidak jauh dari bandar Klang.. pastinya cara hidupnya tidaklah sepayah mana.. namun rupanya si gadis ini tersilap jangka..

Barulah dia mengerti mengapa ada dikalangan mereka tidak mampu memiliki alat tulis.. Kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang agak susah.. jika itulah pekerjaan bapa mereka.. mengertilah si gadis..

Setiap wajah murid-murid dipandang satu persatu.. helaian pakaian mereka juga turut diperhatikan.. ada yang sudah agak lusuh.. ada juga yang agak baru.. kasut mereka turut menjadi perhatian si gadis.. ada yang kotor.. ada yang hampir haus tapaknya..

Di sinilah si gadis mengerti kepayahan mereka dalam menimba ilmu.. kesusahan mereka.. semangat juang mereka turut dikagumi oleh si gadis.. semoga mereka mampu berjaya dalam hidup dan mengubah kehidupan..

Bersambung..

2 comments:

Daffodil said...

bakal novelis nih..

iina said...

bakal je hehehe.. betul2 xtau lgik.. tunggu syahmi p sekolah dulu kot.. baru leh sambung cite

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin