Friday, 4 July 2008

Kisah gadis dan anak muridnya-3

Kkringgg.. kringg.. loceng berbunyi kuat.. si gadis ketika itu sedang berdiri di beranda tingkat 1 berhampiran bilik guru. Deringan loceng itu membuatkan si gadis berpaling melihatkan telatah murid-murid yang sedang bermain pada waktu rehat. Yang menarik perhatiannya ketika loceng itu dibunyikan semua murid yang sedang bergerak secara tiba-tiba berhenti seperti patung.. ada yang sedang berjalan berhenti.. ada yang sedang berlari berhenti dengan aksinya.. ada yang sedang minum terhenti.. semuanya seolah-olah patung.. suasana menjadi sunyi seketika.. suara yang tadinya bising dengan pekik laungan lenyap.. nasib sahaja tidak ada kamera waktu itu.. pasti si gadis akan merakamkan suasana itu.. tersenyum seketika si gadis dengan pemandangan itu.. lantas.. loceng dibunyikan sekali lagi..

Kringggggg...

Akhirnya semua murid-murid yang berhenti umpama patung tadi mula bergerak semula.. masing-masing mula berlari ke kelas masing-masing.. ada yang menghabiskan makanan dan minuman.. ada juga yang menamatkan permainan mereka.. waktu rehat sudah pun tamat.. masa untuk kembali ke kelas semula..

Si gadis kembali ke bilik guru.. membuat perancangan harian pengajarannya.. di sinilah si gadis belajar membuat persediaan mengajar.. sebuah buku diberikan dan setiap langkah pengajaran harus ditulis sebelum pengajaran dibuat.. ketika mencari idea untuk pengajaran untuk kelas bahasa inggeris.. si gadis terlihat kelibat ayahandanya di pintu masuk bilik guru itu. Kedengaran salam diberikan oleh guru-guru yang lain kepada ayahnya. Satu demi satu salam itu dijawabnya.

Mulanya si gadis berbuat tidak tahu.. meneruskan penulisan rancangan mengajarnya seperti biasa.. namun disebalik kerlingan ekor matanya kelibat langkah ayahnya semakin hampir.. secara tidak sedar, langkah ayahnya semakin hampir ke meja gadis itu.. dan ayahnya mula mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.. kelihatan sebuah dompet yang di pegang kemas dan diselak-selak. Sekeping duit kertas RM5 diletakkan di atas meja si gadis sambil berkata

"Nah duit nie.. buat belanje waktu rehat nanti"

Mata si gadis terpaku pada duit kertas yang diletakkan.. kepalanya terus ditundukkan malu.. ke semua guru yang berada dalam bilik itu terpegun memandangnya.. "Abislah kali ini.. semua cikgu dah tau dah.. ayah nie pun.. ada ke bagi duit.." katanya dalam hati..

Lalu si gadis menjawab.. "Yelah yah.. terima kasih" hanya itulah kata-kata yang dapat dilafazkan.. mulut terus terkunci.. kepala juga masih ditundukkan.. kebetulan ada seorang guru lelaki di hadapan mejanya.. selepas sahaja ayahnya berlalu keluar dari bilik itu.. Si guru lelaki mula memerlinya.. "Ooooo.. anak cikgu besar ye.. patut ler" sambil senyum sumbang dengan gelak-tawa perlinya..

Si gadis hanya mampu tersenyum sahaja.. malas untuk berkata apa-apa.. entah dari mana datangnya kedengaran suara dari seorang guru lelaki di meja sebelah.. "Lepas nie kena cakap hati-hati depan cikgu Haslina.. nanti kena report dengan cikgu besar" sambil tersenyum-senyum.

Si gadis hanya tersenyum.. dan berkata "Takdelah.. takkan lah saya nak report yang bukan-bukan pulak.." sambil terus menulis rancangan mengajarnya..

Sejak peristiwa itu si gadis itu menjadi bualan guru-guru di bilik guru.. memang tidak ramai yang mengetahui siapa gadis itu hinggalah peristiwa itu.. yelah kan.. bila dapat tahu anak guru besar menjadi sebahagian daripada guru di sekolah itu.. pasti mereka juga tertanya-tanya siapa gadis itu.. iras mukanya.. perangainya.. semua menjadi perhatian.. namun si gadis masih tetap seperti biasa.. selamba dan mengajar seperti biasa.. malah si gadis juga pernah ditanyakan tentang sikap ayahnya di sekolah dan di rumah.. perbezaannya..

Sikap ayah berbeza di sekolah.. dia seorang yang begitu tenang.. begitu berhati-hati bila berkata-kata.. mengarah dengan lembut dan menunjuk ajar juga dengan lembut.. kata si gadis.. karektor ayah di rumah jauh berbeza.. di rumah ayah begitu serius dan tegas.. garang juga kadang kala.. jarang juga berlembut.. melihatkan karektor ayah begitu.. membuatkan si gadis mengenalinya dengan lebih rapat.. patutlah mak sering katakan.. "Perangai ko dengan ayah ko.. sama je" Barulah kini gadis itu mengerti dimana perangainya yang satu itu diwarisi..

Esoknya.. ketika mengajar di sebuah kelas matematik.. si gadis telah meminta murid-muridnya menulis di buku latihan setiap soalan yang dituliskan di papan hitam.. entah mengapa.. setiap murid-murid itu bertanyakan sesuatu yang menjadi asing padanya

"Cikgu.. ada pensil tak?"

"Pensil? cikgu takde bawak pensil. Kan kamu kena bawa pensil sendiri ke sekolah"

"Saya takde pensil cikgu"

"Saya pun takde pensil juga cikgu"

Rupanya bukan sekadar seorang dua yang tidak mempunyai pensil.. malah beberapa orang murid juga mengajukan soalan yang sama. Si gadis mula keheranan.. kemana perginya pensil-pensil mereka ini... bagaimana mereka ini semuanya menulis jika tidak ada pensil langsung..

"Abis kamu semua guna pensil siapa?"

"Selalunya kami guna pensil yang cikgu lain sediakan"

Akhirnya si gadis meminta mereka meminjam pensil rakan-rakan mereka.. namun situasi itu sudah cukup membuatkan si gadis itu kehairanan.. selesai kelas itu tadi si gadis itu bertanya pada guru senior di bilik guru.. mengapa murid-murid itu ada yang tidak mempunyai kelengkapan alat tulis.. bukan sekadar pensil.. malah pemadam dan pembaris juga tidak ada. Kata guru itu.. kebanyakan mereka adalah daripada keluarga yang susah.. agak sukar mendapatkan barangan kelengkapan tulis.. kebiasaannya setiap guru akan menyediakan alat tulis itu dalam setiap kelas.. selesai sahaja menggunakannya guru-guru itu akan meminta murid-murid itu memulangkan kembali alat tulis itu untuk disimpan..

Lewat petang itu setelah tiba ke rumah.. si gadis ke pekan Banting.. petang itu juga dia membeli semua kelengkapan alat tulis.. pensil.. pemadam.. pembaris untuk persediaan mengajar esok.. Lagipun tidak semua kelas begitu hanya beberapa kelas sahaja.. namun pengalaman itu membuatkan si gadis merasa sedikit terkejut.. yelah adakah ketidakmampuan keluarga mereka hingga begitu sekali.. hingga tidak mampu membelikan mereka alat tulis atau mungkin mereka sendiri tidak peduli atau mungkin juga tidak tahu.. entahlah.. persoalan itu terus menjadi persoalan.. malah si gadis juga tidak berani bertanyakan persoalan itu kepada ayahnya..

Bersambung..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin