Tuesday, 1 July 2008

Berita malaysia di Metro

Setiap kali menaiki bas ke universiti setiap hari.. aku pasti akan ambil surat khabar metro (free) yang diletakkan dalam sebuah kotak berhampiran pintu bas.. Surat khabar ini memang diedarkan secara percuma pada setiap penumpang yang menaiki mana-mana bas First.. Selalunya surat khabar metro ini jika di awal pagi masih ada lagi beberapa naskhah namun apabila tiba ke tengahari kebiasaannya naskhahnya habis.. hanya kadang kala bernasib baik jika ada bakinya diselitan kerusi.. atau bertaburan di lantai..


Seperti biasa setiap hari aku pasti akan baca surat khabar metro ini.. untuk mengisi masa lapang sementara tiba ke destinasi.. sekurang-kurangya peristiwa terkini yang berlaku di UK ini aku tahulah secara umumnya..

Semalam aku terpandangkan artikel bertajuk besar: Malaysia dalam bahagian MetroWorld berkenaan dengan Anwar Ibrahim. Menjadi isu juga di UK

Bukanlah merasa bangga pun dengan berita ini.. namun terasa juga.. sedikit sebanyak pergolakan dan isu-isu yang berlaku di Malaysia turut menjadi perhatian media di UK ini..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin