Sunday 8 March 2009

Abadilah dirimu di sana

Sebuah coretan rasa.. luahan hati.. dan perkongsian jiwa.. atas pemergian seorang Anakanda bernama Amir Yusuf yang amat dikasihi dan disayangi.. Kami turut sama-sama menyayanginya.. tapi yang pasti kasih sayang kami.. tidak akan dapat menandingi kasih sayang dan cinta daripada Ayahanda Fajar, Bonda Anis dan kekanda Najla.

Maafkan saya andai coretan ini menguris hati kalian semua.. Andai ada nada bahasanya yang kurang menyenangkan.. maafkan saya sekali lagi.

Ketika sedang sibuk menyelesaikan tugasan belajar dengan emosi yang separuh rajinnya pada hari jumaat.. Aku terima sebuah panggilan.. Melihatkan nama yang tertera pada skrin telefon itu aku tahu datang dari salah seorang teman yang rapat.. lantas aku jawab panggilan itu dan kedengarannya sebuah tangisan yang berselang seli dengan ucapan yang tersekat-sekat.

Aku diberitahu tentang sebuah pemergian.. Yang sama sekali tidak kami jangkakan.. Kesedihan rakan yang menyampai berita itu.. turut terkesan di hatiku.. kepala dan fikiran mula mencari-cari tindakan yang sepatutnya aku lakukan.. dengan masih menggenggam telefon bimbit di tangan, aku mula mencari seorang rakan baik di jabatan yang sama.. Melihat tempat duduknya yang kosong membuatkan aku mula tertanya-tanya dimanakah agaknya dia berada.. mungkinkah di tandas.. atau di 'pantry' membuat air kopi.. atau berjumpa 'supervisor'.. Kaki mula melangkah pantas kembali ke bilik.. ketika mahu sahaja duduk di kerusi semula.. bayangan sahabat itu hadir di sebalik pintu bilik yang diketuk perlahan.. Lantas dia datang memelukku dengan erat dan seraya serta merta mulutku mengucapkan.. 'Sabarlah' dan kami mula menahan tangisan kami..

Berita itu sungguh mengejutkan.. Sebenarnya kami mula mendapat berita tentang anakanda ini pada hari rabu dari panggilan rakan yang sama.. Kedengaran suaranya yang agak cemas ketika memberitahu perkhabaran itu.. Lantas aku bertemu dengan rakan yang sama di jabatan dan memaklumkan perkhabaran yang serupa.. Kami putuskan untuk menghubungi kedua ibu bapanya.. dan kami saling bertukar khabar berita..

Lantas terlintas untuk menulis entri Tabahlah hati secara spontan.. Entah mengapa seorang rakan lagi menghubungiku tentang entri itu.. katanya.. bait kata-kataku dalam entri ini sungguh meruntun hatinya.. Perkataan demi perkataan yang tercatat di situ membuatkannya menangis ketika membacanya.. Seolah dia merasakan sesuatu yang tidak enak.. Aku lantas berfikir panjang.. Apa agaknya perkataan yang aku tulis itu kedengarannya begitu sayu?? Hingga mampu membuatkan hati seorang rakan itu cukup terusik.. lantas dia cadangkan padaku untuk mengadakan 'Solat Hajat' di kalangan rakan-rakan rapat yang sama universiti dengan kami.. Aku katakan persetujuanku dengan cadangan itu.. lantas memintanya menghubungi seorang lagi rakan bagi menghebahkan cadangan itu dikalangan rakan-rakan yang lain.. Petang itu juga email dihantar memaklumkan 'Solat Hajat' itu yang diadakan pada petang Khamis pada pukul 1.30 petang selesainya solat zohor berjemaah.

Khamis itu kami beramai-ramai berkumpul di surau universiti mengadakan solat hajat dan bacaan yassin memohon kesejahteraan kesihatan anakanda Amir Yusuf.. Malah ketika doa yang dibaca selesainya bacaan yassin itu.. Ustazah yang mengumandangkan laguan doa itu turut tersekat-sekat bacaannya.. Kalimah doa seolah tidak dapat diteruskan dek terlalu sebak.. Serentak itu juga tangisan dan sedu sedan kedengaran perlahan.. Airmata mengalir tanpa dipinta.. keheningan itu terasa.. Detik yang berjalan terasa sayu dan syahdu.. Masing-masing tidak dapat menahan rasa.. Dikalangan kami juga punya anak kecil seperti anakanda Amir Yusuf.. Walaupun berbeza usia tapi kami turut merasakan kesedihan yang sama..

Allah Maha Mengetahui segala-galanya.. Anakanda Amir Yusuf kembali berjumpa Pencipta pada pukul 12.51 tengahari.. Tidak lama berbual dengan rakan tadi.. dan berbincang tentang agenda dan persiapan yang dapat kami bantu.. Aku terima panggilan semula dari rakan yang menghebahkan berita pemergian itu.. Katanya dia bersama seorang lagi rakan akan ke hospital untuk menemani bonda Amir Yusuf.. Mereka sedang berjalan kaki menuju ke hentian bas.. katanya mereka juga masih tidak pasti mahu menaiki bas atau teksi.. dan kedengaran ada kekalutan di sebalik suaranya.. Mungkin masih terkesan dengan berita yang menyedihkan.. hingga menyebabkan fikiran turut menjadi kelam kabut.. Aku ditanyakan sama ada mahu mengikut mereka.. Sudah tentu perlawaan itu tidak aku tolak sama sekali.. Bila ditanya mahu ke sana menaiki apa.. mereka masih belum dapat membuat keputusan.. dan aku serahkan telefon itu kepada seorang lagi rakan.. Perkataan 'Mengucap banyak-banyak' disebut dengan tegas.. 'Jangan kelam kabut.. Yang pergi itu sudah pasti.. yang hidup ini kenalah beringat' disebut lagi mengingatkan.. Aku mengerling memandang rakan itu.. "Hai.. budak berdua itu cuba bawa bertenang" kataku dalam hati..

Kami putuskan untuk ke hospital bersama.. tapi memandangkan kami masih belum solat zohor lagi.. kami minta mereka tunggu kami selesai solat dan barulah kami pergi bersama ke hospital itu.. Lantas aku hantar pemberitahuan tentang pemergian itu pada rakan-rakan yang lain melalui email.. Selesai menghantar email.. aku lantas menyiapkan diri berwuduk dan menunaikan solat zohor. Sebuah panggilan diterima dari seorang rakan lain menanyakan tentang khabar yang sama.. memandangkan kami mahu solat dan mengejar masa untuk bertemu 2 lagi rakan kami.. perbualan terpaksa dipendekkan dan disambung kemudiannya..

Selesai solat.. aku hubungi mereka semula.. rupanya mereka di 'International office' untuk mendapatkan senarai koroner muslim bagi urusan membawa jenazah keluar dari hospital untuk dibawa ke 'central mosque'. Ketika sampai.. bayang setiausaha dan pegawai pejabat itu langsung tidak ada.. Rungutan dikalangan rakan mula kedengaran.. sebenarnya sudah banyak insiden yang terjadi yang membuatkan ada dikalangan rakan yang merasa kurang senang dengan sikap mereka ini.. Melayan kami seolah seperti anak tiri.. Bila tiba kelibat si setiausaha.. ketika senarai itu diminta katanya.. dia harus tunggu ketuanya balik dari mesyuarat.. APA?? untuk mendapatkan senarai pun perlu tunggu ke?? Apa tidak adakah senarai itu dalam simpanannya.. Kami hanya mahu senarai itu.. kerana kami sendiri juga yang perlu membuat panggilan bukannya mereka?? Seketika.. kami mula keliru.. takkan nak dapatkan senarai pun perlu menunggu hingga ketuanya selesai mesyuarat yang pastinya tidak kami ketahui berapa lama?? Takkan pula nak tunggu di situ tanpa berbuat apa-apa.. lantas kami cuba mencari jalan penyelesaian yang lain.. Akhirnya panggilan demi panggilan yang dibuat pada rakan-rakan yang lain memberikan penyelesaian yang baik.. Tidak perlu kami tunggu senarai itu.. kerana ia boleh sahaja kami perolehi dari 'central mosque' sendiri.. Waktu ini kami sudah mula terasa marah.. langsung tidak ada kesungguhan mahu menolong kami.. hanya kata-kata.. "I'll let him know about this when he finish the meeting and then I'll ask him to call you back"

Kami keluar dari bilik itu dengan rasa sungguh tidak puashati dan masih mengomel kecil tentang insiden tadi.. Memikirkan penyelesaian lain telah pun kami perolehi.. Kami ambil keputusan untuk terus ke hospital menaiki sebuah teksi milik pemandu pakistan. Itu pun ketika cuba menahannya.. terpekik terlolong rakan-rakan kami.. Sungguh teruja untuk tiba cepat ke hospital.. Kami tiba juga ke hospital Yorkhill.. Mulanya kami hilang arah.. tapi setelah panggilan dibuat pada bonda.. kami temui arah tujuan kami..

Sampailah kami ke wad PICU di tingkat 2.. Terserempak dengan Ayahanda yang sedang sibuk bersiap untuk pergi mendaftarkan sijil kematian di pusat pendaftaran yang terletak berhampiran universiti kami. Kami mula menanggalkan jaket-jaket kami dan meletakkan beg kami di sudut bilik menunggu.. 3 rakan pergi menemui bonda.. dan kemudiannya mereka menyuruh kami semua seramai 5 orang untuk masuk ke bilik dimana anakanda itu ditempatkan.

Berbasah basi sebentar dengan Bonda Amir.. Tanyakan perkhabarannya.. Bertanyakan tentang cerita di sebalik pemergiaanya.. Akhirnya.. kami berpeluang melihat wajah Amir Yusuf dari dekat.. Sejenak mata terpegun memandang raut mukanya yang bersih dan jernih itu.. Mataku tidak berkedip sedikitpun.. Tangan mula mengusap pipinya yang lembut.. dan matanya yang tertutup.. memegang dahi dan kepalanya sambil mengusap perlahan..

Tidak lama kami bersama melagukan bacaan yassin di sisi Anakanda Amir Yusuf.. beberapa kali juga bacaan menjadi tersekat-sekat dan sedu sedan berlagu bersama alunan yassin.. Mata juga berkaca-kaca menahan sedih.. Airmata mengalir tanpa hentinya.. Tidak dapat kami tahan rasa hati kami.. Tidak dapat juga kami tahan kesayuan hati kami..

Aku perhatikan setiapkali sebelum bonda melagukan bacaan yasin itu buat anakanda pastinya dia akan cium pipi Amir dengan kasih sayangnya.. Kadangkala disebut juga kata-kata 'Rindu' yang mengambarkan betapa bonda amat merinduinya suara Amir Yusuf.. Teringat bait kata-kata yang sama pernah diungkapkan oleh ayahandanya.. pada beberapa tulisannya di blognya.. Semalam aku dengar sendiri kata-kata yang sama disebut bonda.. "Rindu sangat kat Amir Yusuf.. rindu nak dengar suaranya" dan kami hanya mendengar tanpa berkata apa-apa.. memahami kehendak hati seorang bonda.. memahami seluas angkasa kasih sayangnya.. dan segenap pelusuk alam kerinduannya yang tanpa sempadan..

"Dia lahir pada hari jumaat dan dia pergi juga pada hari jumaat"..

"Hari ini genaplah usianya 8 bulan 7 hari"..

"Alangkah seronoknya Amir Yusuf kerana ramai makcik datang melawat Amir"..

Itulah bait kata-kata yang diucap oleh bonda Amir Yusuf.. Kata-kata yang punya makna yang cukup mendalam pada kami..

Di penghujung penantian kami.. kami sempat juga mengambil kesempatan untuk mencium anakanda.. Terserlah bau wangi yang ketara.. Sungguh wangi tubuh Amir Yusuf.. Merenung semula wajah Amir Yusuf.. terbit lagi rasa sayu.. Seorang rakan berkata.. "Inilah wajah ahli syurga.. Yang pasti tempat untuknya sudah disediakan di Syurga"

Menghampiri ke pukul 6.00 petang, ayahanda Amir Yusuf tiba dengan keranda berwarna putih bersih.. yang masih kemas berbalut plastik. Anakanda Amir Yusuf dibalut dan bedong oleh ayahanda dan bonda.. Dibedong seperti anak kecil yang baru lahir itu.. begitu kemas sekali bedongan yang dibuat oleh mereka berdua.. perlahan dan kemas.. teratur dan tertib.. Kain putih milik hospital itu digunakan untuk membalutnya.. selesai membedongnya.. Ayahanda mengangkatnya sambil mengendongnya dengan perlahan.. lama ayahanda memandang wajah Amir Yusuf.. dia peluk anakanda dengan sekemasnya.. Seolah serasa tidak sanggup mahu meletakkan anakanda pada keranda yang diletakkan pada kakinya.. Detik ini semua mata yang memandang sayu.. Airmata mengalir lagi.. melihat wajah ayahanda dan bonda yang seolah begitu berat sekali menahan rasa. Anakanda dimasukkan ke dalam keranda dengan kemas dan perlahan.. Lalu ditutup dengan perlahan dan dipegang dengan seeratnya

Seorang jururawat di situ memaklumkan yang dia akan menutup tirai pada setiap katil pesakit di wad itu supaya nanti bila anakanda dibawa keluar tidak akan ada yang melihatnya.. Malah laluan keluar kami juga ditetapkan untuk tidak melalui laluan yang biasa.. kerana laluan itu terpaksa melalui tempat lalu-lalang orang ramai.. Maka satu laluan lain dibawa oleh jururawat itu yang memerlukan kami mengelak dari bertemu dengan orang ramai..

Kami turun ke tingkat bawah mengikut laluan yang disediakan buat kami. Ketika keluar dari bilik itu.. semua tirai telahpun ditutup kemas.. dan kelihatan seorang perempuan separuh usia sedang berdiri tidak jauh dari kami seolah menghormati pemergian kami.. Terdapat beberapa orang jururawat dan doktor di kaunter tengah wad itu.. Semuanya memerhatikan kami.. dan sudah tentu memerhatikan ayahanda yang membawa anakanda itu.. Semuanya berwajah sayu.. apatah lagi kami yang mengiringi bersama dengan ayahanda dan bonda Amir Yusuf.

Kami tiba di 'Central Mosque' ketika solat mahgrib berjemaah. Ayahanda dan rakan-rakan lelaki memasuki masjid untuk menunaikan solat maghrib dan kami kaum wanita pula membaca yassin secara berjemaah dalam kereta bersama bonda. Selesai solat maghrib itu.. kami bersama-sama mengiringi Amir Yusuf ke bilik menyimpan jenazah berhampiran pintu masuk masjid. Sebuah tempat penyimpan terletak di sudut kiri pintu masuknya.. Masa dan perancangan pengebumian esok hari mula diberitahu kepada kami..

Malam itu juga majlis tahlil diadakan di rumah ayahanda dan bonda Amir Yusuf.. Aku tiba dengan dia bersama. Ramai yang datang bertandang dan menjengah mereka berdua.. Baik lelaki dan wanita.. sama-sama mengucapkan kata-kata takziah dan membantu sedaya mungkinnya..

Sabtu.. pada pukul 11 pagi.. Anakanda Amir Yusuf dimandikan bertemankan ayahanda dan bonda serta beberapa orang rakan taulan yang setia.. Aku tidak dapat hadir lebih awal kerana menyediakan makanan untuk jamuan ringan selesai nanti urusan pengebumian yang diadakan di rumahku sendiri. Ini permintaan aku sendiri pada malam tahlil itu.. memandangkan pastinya ayah dan bonda sibuk dengan urusan anakanda.. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar.. Semua rakan taulan sudi sama membantu dan memasak bersama makanan yang ada.. tidak ada berlebih pun.. semuanya dibawa pulang oleh mereka tadi..

Aku tiba ke masjid menghampiri ke pukul 1 petang. Sudah ramai yang datang rupanya.. Kami solat zohor berjemaah.. dan kemudiannya solat jenazah berjemaah juga.. Sekejap sungguh solat jenazah itu.. mungkin agaknya cara di sini agaknya..

Selesai solat kami turun ke tingkat bawah masjid untuk melihat anakanda Amir Yusuf buat kali terakhirnya.. Keranda putih semalam diletakkan berhampiran pintu masuk di sudut belakang masjid itu.. Selesai menjengahnya.. kami beramai-ramai mula bergerak ke tanah perkuburan 'Cathcart' yang terletak tidak jauh dari kawasan 'Mount Florida'

Melihat detik-detik dari mula anakanda diturunkan ke liang lahat.. kemudian dikambus dengan menggunakan penyodok tangan oleh ayahanda dan rakan-rakan.. kemudiannya.. dikambus selebihnya menggunakan jentera penyodok yang telah ada di sisi kuburan itu.. Talkin dibacakan.. dan kami turut sama menghayati bacaannya..

Ketika itu airmata mengalir deras tanpa hentinya.. Berterusan mengalir dan menitis.. Sedu sedan kedengaran kali ini dengan jelas sekali di kiri dan kananku.. semua rakan di sisi menangis perlahan.. menahan sendu sendiri.. memandang wajah bonda yang ketara cuba menahan rasa sedihnya.. matanya mula berkaca.. merah.. sedih.. Wajah ayahanda juga sama.. ketara kelihatan sayu dan sedihnya..

Kala selesai talkin dibacakan oleh wakil dari masjid.. Kali ini kedengaran pula doa dibacakan oleh ayahanda.. Bonda sudah tidak dapat menahan airmatanya.. tangisannya kali ini dilepaskan sambil menahan getaran sedan.. Semua yang melihat turut menangis sama.. Aku berdiri di hadapan mengadap mereka juga tidak dapat menahan airmata.. malah sendu sedan juga datang pada suara sendiri..

Airmata terusan mengalir tanpa henti.. Hujan juga turun renyai-renyai seolah mengiringi pemergiaan Amir Yusuf buat selama-lamanya.. Pemergiaan yang abadi.. Syurga tempatmu wahai anakanda Amir Yusuf..

Yang pastinya kasih sayang pada anakanda Amir Yusuf tidak akan ada penghujungnya.. Tidak akan luput dalam ingatan mereka.. dan juga dalam ingatan kami.. Berjuang selama 8 bulan dan 7 hari, kini anakanda damai di sana.. Dirimu juga disayangi dan dikasihi oleh kami semua.. tidak hanya terbatas di bumi Glasgow ini tapi juga melata di segenap pelusuk nusantara.. Dimana-mana juga.. Kasih sayang yang tidak ada tepinya..

Aku juga ingin memohon ampun andai coretan ini ada kedengarannya menguris hati ayahanda dan bonda Amir Yusuf.. Tidak sama sekali niat hati ini.. Hanya berkongsi rasa hati.. berkongsi luahan rasa.. dan berkongsi kasih sayang pada seorang anakanda.. dan berkongsi menyelami hati rakan yang sama-sama berjuang di medan ilmu..

Semoga Allah permudahkan perjuangan ilmu kita.. Bersama mengecapi kejayaan yang diharapkan.. Insyallah..

Tabahlah hati.. Sabarlah hati.. Walaupun kata-kata ini mungkin kedengarannya terlalu biasa diucapkan.. Maafkanlah.. kerana kata-kata itu juga buat kami semua yang mengenali Fajar, Anis, Najla dan Amir Yusuf..

Seperti kata-kata yang aku coretkan pada sebuah gambar di 'facebook' seorang rakan baik..

Ya hujan renyai yang turun petang tadi seolah mengiringi pemergian anakanda Amir Yusuf.. Angin sejuk yang meniup seolah mendamaikan jiwa setiap yang mengiringi pemergian Amir.. Kita yang tinggal ini.. harus teruskan kehidupan dan perjuangan kita.. Tempat dia sudah pasti di Syurga.. Tempat kita? Hanya Allah sahaja yang mengetahui.. dan masih punya masa untuk mencipta kebaikan dan mentaati suruhanNya. Sama-samalah kita ambil pengajaran dari sejarah ini.. dan seharusnya percaya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatunya.. dari tanah kita datang dan pada tanah jua kita kembali..

Al-fatihah..

17 comments:

ibundo said...

dapat merasakan sebuah kehilangan. sayu dan sedih.......

MARIA said...

Innalillahiwainnalillahirajiun!!!! Tokma pernah kehilangan kakak yang paling tokma sayang (sebab arwah yg paling rapat dan mesra), lepas tuh anak saudara, masih muda lagi. Dan dua hari lepas dapat kabar kawan sepejabat dulu meninggal (jatuh pengsan ketika bersukan).

Al-Fatihah!!! buat sikecil semoga rohnya ditempatkan di syurga paling atas...sikecil yang tiada langsung punya sebarang dosa.

Xis said...

Al fatihah untuk anakanda Amir Yusuf...

Benar - kasih sayang pada Amir Yusuf bukan hanya di bumi Glasgow, malah dari timur ke barat bumi ini, di mana saja mereka yang setia mengikuti perkembangan Amir semasa hayatnya.

Alhamdulillah dan terima kasih buat kalian semua di bumi Glasgow yang telah banyak membantu menguruskan perjalanan majlis pengkebumian anakanda Amir Yusuf. Begitu terharu sekali..

SHIMI said...

Memang menyentuh hati. Walaupunsaya hnya mengkuti kisah ini dari tanahair. jiwa dan perasaan ini seperti turut sama disana.

Al Fatihahuntuk Amir Yusuf
Moga damai disana...

rudy bluehikari said...

ALfatihah.

TErima kasih utk bingkisan manis jadi kenangan sepanjang hayat hidup kami shbt2 di seluruh dunia.

iina said...

Kak Pah

Kita sama merasakan kehilangannya

Tokma

Selalu sgt kan kita dgr berita kehilangan.. teringat kata-kata seorang rakan semalam.. kenalah skrg nie selalu sgt kita dgr cerita kematian dan kehilangan.. dulu kecik2 takde lak dgr.. saya jawab itu tandanya usia kita dah menginjak tua dan mungkin juga masa kita pun dah tak lama..

Xis

Kami sama2 menyayangi beliau.. dan kami cuba membantu sedaya mungkin kerana di bumi ini kami semua adalah sama bersaudara dan sama berjuang di medan ilmu ;)

Shimi

Terima kasih kerana sudi baca tulisan saya.. semoga anakanda damai di sana

Rudy

sama2.. kita semua akan sentiasa ingat kenangan ini.. inilah istimewanya kerana mampu mencipta rakan dan tulan walau dimana juga kita berada

rudy bluehikari said...

Salam sdr iina, saya dihubungi oleh seorang shbt dari Durham yang ingin menguhulur sumbangan khairat kpd Fajar. Mohon hubungi sdr hadijah di hadijah.jaffri@dur.ac.uk.

Azma Sulaiman said...

Salam...

Tak terbendung air mata tatkala membaca luahan utk kali terakhir dari Fajar.. sukar utk saya luahkan betapa rawan bertakuk dihati Fajar sekeluarga..

Maha Suci Allah, mendamaikan insan bernama Amir Yusuf di tempat yg paling mendamaikan .. Semoga roh Amir Yusuf dirahmati Allah dan memimpin tangan2 ayahanda, bonda dan saudara mara menuju ke alam syurga.. Maha Suci Allah memberikan dunia keindahan buat Amir Yusuf

MARIA said...

Tokma setuju dengan kata2 iina...waktu kita untuk dijemput mengadap yang Esa sudah hampir sebenarnya. Cuma masa yang menentukan cepat dan lambatnya.

Anonymous said...

Al-Fatihah untuk anakanda Amir Yusuf

Kita sama² kehilanganya, kita berkongsi rasa yang sama, biarpun dipisah lautan. Kasih sayang dan persaudaraan tiada batasan. Moga kita terus menyematkan kenangan ini di sudut hati yg paling dalam. Damailah dia.

Anonymous said...

Alfatihah buat anakanda Amir Yusuf.

Terima kasih.

iina said...

Rudy

Saya dah hubungi saudari tu.. Thanks ya ;)

Azma

Terima kasih.. kami di sini dan semua sahabat handai turut merasai kehilangannya bersama.. semoga ada kekuatan utk kami dan kita semua

Tokma

betul tuh kak.. masa kita pun dah tak lama kan kak

eiyda said...

iina..
Bila eiyda baca entry ni..terus sebak..airmata tak henti2 bercucuran..sedih dan pilu turut dirasai..
Semoga roh anakanda Amir Yusuf ditempatkan di syurga yg paling teratas..Amin

iina said...

MaMaMi

Insyallah.. Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui.. Kita semua bersama menyelami dan merasai semua rasa-rasa itu

Bubble

:) sama2..

Eiyda

Sama2 menyelami hati dan perasaan mereka.. sama2 merasai tapi takkan sama dengan apa yg mereka rasa.. Insyallah saya yakin mereka tabah dan kuat.. aminn

Unknown said...

salaam.

blog hopping.
dari seorang teman, ke fajar seluas angkasa, langsung ke blong saudari...

terlalu menyentuh hati.

salam takziah buat keluarga Amir Yusuf. tolong sampaikan ya kerana saya tak bekesempatan meninggalkan jejak di fajar seluas angkasa.

ukhwahfillah,
tunfrida.

iina said...

Tunfrida

Salam kenal, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.. Insyallah saya akan jumpa fajar hari sabtu ini semasa majlis maulidur rasul peringkat sekolah malaysia glasgow.. nanti insyallah saya sampaikan ;)

ibu,mommy,mom... said...

I stumbeled upon this blog.I cried when reading about Arwah Amir Yusof...Inalillahiwainahirajiun..
Semoga Allah tabahkan jiwa ibu and ayahanda Arwah Amir.
Seandainya kita tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan mereka berdua.Astagfirullahulazim.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin