Wednesday, 9 July 2008

Sarapan

Tiba ke department.. tiba-tiba aku rasa begitu lapar.. pelik juga kerana tidak pernah begini.. Rupanya aku lupa nak bersarapan.. sibuk dengan mengoreng mee maggi(aku dah tak tau nak masak apa.. hehehe apa tah lagi aku hanya ada masa 10 minit sebelum pakwe balik nak makan.. terus ambik maggi.. goreng siap dengan mushroom, kubis bunga, brocolli dan telur.. sedapnya..hehehe). Ye hari ini aku bawak maggi p sekolah.. kalau mak aku tau ler.. sure kena bebel.. dan boleh aku terus lupa untuk sarapan pagi (The crunchy & nuts cornflake with honey.. itulah sarapan aku ari-ari pun.. walaupun aku masak best-best.. nasi goreng ke mee goreng ke.. aku tetap sarapan cornflake je.. hehehe)

Wah camna aku boleh terlupa nie.. mungkin kerana sibuk berkemas barang-barang untuk ke universiti.. termasuklah bekal yang aku bawa setiap hari.. hanya sekali sekala sahaja aku beli roti dari Gregg.. atau Sushi dari Tesco.. selain itu bekal adalah wajib setiap hari.. nasi goreng.. mee goreng.. bihun goreng.. sup sayur.. nasi berlauk semalam.. itulah rutin setiap minggu.. jarang sangat aku bawa kuih atau jemput-jemput.. bukan apa makanan begitu selalu tidak mengenyangkan apatah lagi aku perlukan tenaga untuk bekerja petang nanti..

Akhirnya baked mini cheddars berperisa cheese & onion menjadi santapan aku.. nasib juga ada bekalan roti tear & share brioche dengan custard filling awal-awal lagi menjadi simpanan ketika lapar masih berbaki di dalam laci.. nasib juga ada instant hot cocholate.. teh berperisa halia & madu serta strawbery & mango juga ada.

Itu belum lagik dengan coklat pemberian Suthanya yang masih berbaki.. Alhamdullilah rakan sebilik semuanya murah dengan makanan.. Kadang Suthanya rajin membeli anggur atau pisang dan biasanya akan berkongsi dengan kami.. kadang aku juga rajin membeli donut di Gregg dan berkongsi dengan mereka.. kemarin Richard bawa cup cake dan kongsi dengan kami.. katanya dia buat sendiri.. malah Mas juga kadang berkongsi makanannya dengan kami.. Memang kami murah rezeki dengan makanan.. syukur.. hanya kadang kala aku harus berhati-hati dengan Richard.. kerana dia adalah Vegan iaitu tidak makan semua produk yang berasaskan binatang.. baik susu.. telur.. dan sebagainya..

Hidup di UK ini apabila membeli barangan makanan kami harus meneliti kandungan bahan-bahannya.. oleh kerana kebanyakan produknya mempunyai tanda vegetarian.. Alhamdullilah agak mudah untuk membeli tanpa was-was kerana pasti tidak ada kandungan berasaskan lemak-lemak binatang.. namun kadang kala perlu juga berhati-hati dengan kandungan beralkohol.. sebab kadang kala mereka turut menggunakan wine terutama produk seperti kek dan cookies.. Bagi mereka yang vegetarian mereka masih boleh mengambil produk tenusu.. hanya mereka tidak memakan daging.. tetapi bgi mereka yang vegan.. semua produk berasaskan binatang tidak mereka ambil.. baik susu.. cheese.. telur dan sebagainya.. totally vegetable.. dan Richard salah seorang daripadanya..

Macamanalah aku leh lupa sarapan nie hehehe.. patutlah badan rasa semacam je.. memang banyak perkara yang sedang dalam fikiran aku buat masa ini.. sebab itu kot..Nasib masih ada roti dan biskut.. untuk isi perut sebelum waktu lunch tengahari ini..

2 comments:

CikguZue said...

salam ziarah.

waktu sarapan, biasanya saya pun buat yg ringkas je. makan bread atau nan pun ok je. sbb my hubby perut arab. hehehe....tak kisah asal makan.

iina said...

oklah tu senang nak buat sarapan.. pakwe saya perut melayu.. dan fav dia mee.. mee goreng adalah menu wajib setiap minggu without miss.. sampai saya teror ler gorg mee hehehe.. pastu kena sarapan heavy sebab dia keje dr pg sampai ler ke mlm.. nak tak nak kena something heavy.. yang pasti nasi dan lauk mesti ada juga selain sarapan yang disediakan :) lagipun sebab saya bawak bekal sekali.. kenalah masak juga nak xnak kan..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin