Saturday 31 January 2009

Me..

The rule: Use Google Image to search the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people.

The Age of Next Birthday

Jangan jeles ekk korang

Place I'd like to travel Tempat nie wajib kena ada dalam senarai idak karang ada yang majuk ngan aku ;)
Sejak duduk sini.. aku duk ingat2 tempat ini.. bilalah nak balik ekkk.. doakan aku selesaikan tanggungjawab aku ekk

A favourite place Best ooo lepak2 sini

A favourite food Terutama kat medan mara TM tu..

A favourite thingBiasalah orang pompuan nie kan ;)

Nickname I had

Special nickname aku nie ;)

Favourite colour Warnanya ok.. bukan tupperware ye ok.. aku bukan pengumpul tegar tupperware tau.. walaupun dah melambak dlm kabinet dapur tu ;)

College major Major aku..

Name of my love tapi kalau korang nak tahu lebih kurang ginilah rupanya ;)

A hobby Membaca jambatan ilmu Ini ari-ari oooo

A Bad Habit
Kadangkala dah terlebih happy.. letih

My Wishlist
Ini semestinya
Buat gini best pe heheheh ;)



Sekian takde nak bagi hutang kat sesiapa

Friday 30 January 2009

Resepi Kek Keju Tak percaya

Bahan

Crust
150 gm digestive/oreo/choc chips/others biscuits, hancurkan
90 gm butter, cairkan

Filling
250g cream cheese
2 medium eggs
4 sudu makan castor sugar
1 sudu the vanilla essence
1 biji peach (dari tin) - cincang kasar (kalau nak.. tak nak pun boleh)

Cara Membuatnya

Gaul biskut dengan butter yg dicairkan.
Tekan/padatkan pada loyang bulat 6" yg telah dilapik kertas minyak.
Biarkan di dalam peti sejuk sementara siapkan filling.
Panaskan oven pada 170celcius.
Mix cream cheese bersama gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu continue mix @ low speed.
Masukkan vanilla essence.
Masukkan peach yang telah dicincang, gaul rata.
Tuangkan ke atas biskut yg telah ditekan ke dalam loyang.
Bakar @ 160-170celcius selama 20-25minit atau bahagian tengahnya beku.
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang

Topping
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar gula ising
1 sudu besar mentega
(Kalau malas.. beli jek whipped cream yang dah siap.. spray atas lapisan atas kek keju yang telah dibakar)

Cara Membuatnya
Pukul mentega dengan gula dan susu cair hingga putih dan likat.
Sapu di atas kek keju yang telah dibakar
Hiaskan dengan buah ceri atau buah-buahan serta coklat yang telah dihiris.
Biarkan semalaman dalam peti sejuk dan barulah dimakan keesokan harinya.

Jika nak lihat pelbagai resepi cheesecake bolehlah ke sini

Jika nak buat cheesecake yang tidak dibakar ini resepinya (Dari majalah somerfield)

Ingredients:

100g (3.5oz) digestive biscuits
50g (1.75oz) Somerfield butter
200g (7oz) light soft cheese
25g (1oz) caster sugar, plus a little extra for the coulis
284ml pot Somerfield double cream
1 Somerfield lemon
200g (7oz) Somerfield strawberries plus 100g (3.5oz) per person
1 Somerfield orange
Somerfield baking paper

Method

Crush the biscuits, melt the butter and stir in. Line the base of a 20cm (8in) loose-bottomed spring release tin with baking paper. Press biscuit mix in.

Mix together the soft cheese and 25g (1oz) sugar with an electric mixer and add the cream, continuing to whisk. Gradually add the juice of the lemon. Place the mixture in the tin, level and leave to set overnight in the fridge.

For the coulis, place 200g (7oz) of the strawberries into a food processor, add the juice of the orange and sugar to taste. Process until smooth.

Arrange the remaining strawberries over the cheesecake. Serve with the strawberry coulis.

Enjoy ikut resepi mana nak buat.. aku ikut mana yang senang nak buat jek.. ;)

Tak percayakah?

Untuk bacaan 18SX sahaja.. Jika tak cukup umur sila 'adjust' usia anda ya..


Setelah sekian lama ia terbiar di situ.. menghampiri ke minggu kedua ia diam tidak berusik.. Hati sudah teringin lama.. fikiran pula asyik memikirkan.. badan pula asyik lesu dan letih.. rasa pula kejap ada kejap tiada.. antara mahu dan malu..

Rasa bersalah pula menerjah ke kalbu.. otak asyik mengatakan bila?? bila?? Hati pula asyik menyalahkan.. dimana janjimu?? dimana?? dimana? Rasa pula asyik membentak mahu? balik-balik alasan.. alasan?? alasan??

Akhirnya aku mengalah.. aku gagahkan juga langkahku.. menuju ke situ.. kulihat satu persatu.. ku pegang.. ku belek antara mahu dan kaku..

Ku ambil si pemutar baru.. yang masih berbungkus elok dalam kotak itu.. aku cari bekas hitam besar.. puas diselongkar tak jumpa pula.. rasanya baru sahaja aku lihat kelibatnya minggu lalu.. pelik.. sungguh pelik.. masa perlu hilang sembunyi.. masa tak mahu.. selamba di situ memandang kaku.. Jumpa pula si kecil hitam.. kecil pun kecil lah.. hanya itu yang ada menunggu..

Ku mulakan satu persatu.. membuka bungkusan merah .. mematah hancur satu demi satu kepingan.. jari mula rasa kebas dan kelabu.. ku gengam-gengam.. ku raba-raba.. ku rasa-rasa.. masih belum hancur sepenuhnya.. masih bersisa ketulannya.. namun aku pasrah dengan kudrat yang termampu..

Si pemutar baru menjalankan tugasan pertamanya.. aku buat ikut rasa binasa.. ikut hati mati.. ikut suka-suka tak malu.. jadi atau tidak.. tawakal sahaja.. janji ada.. janji terlaksana..

Selesai itu.. bersatulah ia.. ku perkemaskan sedaya ada.. jari mula singgah ke bibir.. merasa nikmat rasa manis masam secukupnya.. lalu si pemanas dibuka dan dibiar seketika.. bila sudah sampai ketikanya.. ia ku semadikan buat beberapa seketika.. buka dan tutup entah berapa kali jadinya.. risau andai aku terleka.. pasti terlupa.. pasti lain rasa.. pasti indah khabar dari rupa..

Penantian suatu penyiksaan.. hati menderita pedih.. mata asyik memandang masa.. jari asyik mengetuk meja.. mulut kumat kamit menahan nafas yang turun naiknya.. kaki mula melangkah.. kepala mula tercari-cari.. tangan pantas memegang dan merasa.. jari pantas menekan mengagak lembut kerasnya.. cukupkah?? sudahkah?? lama lagikah?? ohh.. banyak sungguh persoalannya bermain di minda

Melihat permukaannya yang tidak rata.. ada kehodohan di sana sini.. ada gelembung udara situ sini.. tak licin bak telur dikupas.. serata bak bukit yang ditarah peneroka.. aku terpaksa cari jalan menyembunyikannya.. bagaimana? guna apa? Otak mula memikirkan cara.. kaedah.. teori.. methodologi.. konsep.. hipotesis.. semuanya.. hampir sahaja mengambil alat kira-kira.. jika ada si 'sempua' pasti juga aku guna.. nasib takde.. jika tidak pasti glamour aku jadinya

Otak teringatkan si putih rasa.. guna sahaja 2 bahan yang ada.. ada baki si kuning keras dan si putih kristal.. bersatu kembali mesra.. mulanya kuning buruk.. akhirnya muncul jua si putih cantik intan berseri..

Kini si putih berseri menjadi penutup dan pelindung utama.. supaya yang buruk tersembunyi pasti.. diganti pandangan indah menawan.. dan si merah pula tersenyum menanti.. tak sabar berdiri di atasnya.. pasti lebih mengiurkan jadi tandingan.. mencerlah bergaya.. memukau mata..

Selesai sudah kesepian.. sebuah penantian.. semua kerinduan.. seribu keinginan.. hasrat dan impian nan satu.. malah cita-cita turut jadi taruhan utama.. hilang juga rasa bersalahku.. dan sengaja ingin ku tunjuk sebagai bukti nyata.. aku mampu melakukannya.. jangan tidak percaya.. jangan sangsi.. jangan kecewa.. jangan cemburu.. kerana aku boleh.. engkau pun boleh.. mereka pun boleh.. pastinya semua boleh.. kerana dimana ada kemahuan di situlah ada jalan.. disitu senantiasa ada penyelesaian..

Kek keju ku..

Kenapa?? Tak percaya ke?

Percayalah.. Aku yang membuatnya.. hehehehehe ;)

Esok baru boleh makan tau.. Kena simpan semalaman dalam peti ais dulu ya..

Thursday 29 January 2009

Aku tahu


Aku tahu dan aku fahami
Kelemahan dan kekurangan diri
Kadangkala mencipta sepi
Kadangkala menagih simpati
Saat diri seorang sendiri

Aku tahu
Rintihan hatimu
Kala sendumu mengalir rindu
Kala airmata menitis sayu
Inginku pegang tanganmu
Mengatakan aku sentiasa ada disitu
Bersamamu.. menemani hatimu yang syahdu

Tabahkan hati..
Kuatkan semangatmu kala ini
Melihat tak sama merasai
Memandang takkan serupa menempohi
Namun aku tahu dikau punya kekuatan diri
Mampu hadapi hari demi hari
Hadapi cabaran dengan jati diri
Yang takkan luntur dimamah mentari
Takkan hilang walau mengigil dek dingin dinihari
Takkan luput ditelan zaman duniawi

Aku tahu engkau juga tahu
Siapa dia, kamu, engkau dan aku
Mencari keikhlasan hati tanpa jemu
Mencari kejujuran antara engkau dan aku
Yang senantiasa cemburu
Sentiasa mencipta keliru
Berupaya merekacipta celaru

Usah pedulikan semua itu
Kuatkan semangatmu
Kerana aku tahu dan engkau pun tahu
Dimana lebih dan kurangnya bersatu
Seimbangkan jiwa, hati dan nafsu
Kerana aku mahu
Sebuah senyuman menanti kepulanganku

Ketika aku dengar esakan linangan airmatamu.. hatiku turut sayu dan sendu.. namun kita harus kuatkan hati dan jiwa.. Sabarlah.. Tabahlah..

Wednesday 28 January 2009

Wanita dan memasak?

Kenapa tanggungjawab memasak itu berikan kepada wanita?? Kenapa bila seseorang wanita itu tidak pandai masak dia akan dilabelkan sebagai tidak memenuhi ciri-ciri seorang isteri yang ideal?? Wanita dilihat sebagai individu yang seharusnya lebih layak berada di ceruk dapur.. hingga ada kata-kata "Walau setinggi mana jawatan si wanita.. di ceruk dapur jugalah tempatnya". Tanyalah kebanyakan budaya negara mana pun.. pastinya wanita dilihat sebagai mereka yang sinonim dengan masakan..

Dulu semasa aku masih bekerja dengan 'Legal House', manager di situ pernah bertanya denganku

"Did you husband cook for you?"

dan aku jawab.. "Sometimes but mostly I'll do the cooking".

John memandang aku dengan muka yang sedikit berkerut dan berkata kembali

"I always be the one who cook in the house, my wife never cook in her life".

Aku yang mendengar sedikit terkejut dan John sambung kata-katanya dengan pesanan

"Your husband should cook for you.." dan aku menjawab dengan sebuah senyuman sahaja dan sebuah pemikiran.. ada kebenaran kata-katanya itu.

Tadi petang semasa aku sedang memasak tomyam (masakan yang paling aku suka.. sebab senang dan cepat), si adik berkata padaku.. "Kak, saya nie tak pandai masaklah.. semua mak yang buat"

Aku mendengar hanya tersenyum sahaja.. dan lantas menjawab..

"Alah yang penting mesti tahu asas memasak, cukuplah.. dan selagi boleh diterima tekak tu kira dah oklah tu kan"

Teringat kata-kata ibu saudaraku dulu.. dia pernah menceritakan padaku tentang kisah anak buahnya seorang isteri.. ketika mula kahwin.. si jejaka mengatakan tidak kisah andai si gadis tidak tahu memasak katanya "Boleh beli kat kedai jek..tak pandai masak takpe" itu kata masa bercinta memanglah semuanya ok jek.. tapi menurut ibu saudaraku.. bila sampai ke usia meningkat tua.. si jejaka sudah mula merungut .. katanya sudah tidak tahan lagi bertahun-tahun makan kedai.. tak tahan makan luar.. dan mula teringin isterinya mula memasak sendiri makanan.. Nah?? dulunya yang tidak kisah.. kini kisah.. yelah selama mana kita tahan bertahun makan diluar.. selama mana tahan perut dengan makanan kedai yang kadangkala tidak tahu tahap kebersihannya.. tahan dengan kuantiti ajinomotonya.. tahan dengan puluhan duit yang dibazirkan.. dan kebenaran isu memasak ini juga aku lihat berlaku dalam lingkungan keluargaku sendiri.. sebuah penceraian berlaku atas dasar kerana si perempuan tidak mampu memenuhi selera dan perut si suami.. emmm..

Mengenangkan itu semua.. teringat aku semasa mula mengenali pakwe.. Aku telah diminta untuk menyediakan makanan semasa dating kami yang pertama dan beberapa dating kami selepas itu, aku diminta untuk memasak beberapa masakan tertentu.. Rasanya kalau orang lain mesti dah 'reject' pakwe camtu kan hehehehhe..

Masih aku ingat membawa bekalan nasi putih, sayur goreng, sambal sotong dan ikan goreng menaiki komuter ke Klang.. Kami duduk di tepi bukit berhampiran istana lama Klang sambil menikmati makan tengahari yang aku masak ketika itu.. itu belum lagi permintaannya untuk aku sediakan nasi minyak pada dating kami seterusnya.. hingga terpaksa aku telefon mak di kampung minta resepi.. sampai kena perli dengan mak..katanya.. "Ko nie mintak resepi nie mesti takde orang lain yang suruh ko masak kan.. mesti si dia kan" Aku senyum sengih jelah dalam telefon menahan telinga mendengar kata-kata perli mak ketika itu ;)

Dahysat juga melayan permintaan pakwe.. itu belum lagi permintaan mee goreng.. bihun goreng.. kue tiaw goreng.. adeihh tah macam-macam lagi.. orang lain pergi dating ajak makan kat luar lepak-lepak.. aku pula pergi dating kena paksa rela masak untuk bekalan berdating kami.. namun itu hanya fasa pertama dating kami.. setelah aku 'lulus' heheheh (kalau tak lulus pun aku apa kisah pun) cuma rasa tercabar dengan permintaan yang aku kira pelik ketika itu kerana belum pernah lagi ada lelaki yang meminta aku memasak untuk mereka kerana.. kebanyakan pakwe-pakwe lain sebelum ini yang aku kenali.. kebanyakannya pandai masak dan malah ada pernah memasak untuk aku ;)

Namun aku bersyukur kerana pakwe aku sememang pandai masak.. dan bukan setakat itu malah mampu buat kuih sendiri ketika aku sibuk dengan study.. Siapa kata wanita sahaja yang perlu tahu memasak.. lelaki pun sama.. bukankah nanti memudahkan urusan rumah tangga bersama.. tidaklah tanggungjawab itu digalas oleh sebelah pihak.. Namun hingga kini aku pasti seronok andai ada permintaannya meminta aku masak

"Na.. buat laksa abang nak makan"

"Na.. buat rendang daging abang teringinlah"

"Na.. buat ayam goreng KFC abang nak makan"

"Na.. goreng mee.. abang laparlah"

"Na.. masak ayam masak lemak cili api"

"Na.. buat maggi goreng"

Semua permintaan itu pastinya akan aku turutkan dan teringat pesanan mak semasa aku mula kawin dulu.. ada 3 perkara yang perlu aku jaga kata mak

"1- Jaga makannya.. masaklah makanan kegemarannya.. layan dia makan berhidang dan jangan sekali-kali biarkan dia makan tanpa berhidang" - Yang ini kadangkala kalau sempat aku hidanglah.. kalau tak sempat dia ambil sendiri dari periuk.. selalunya aku akan cuba hidang makanan itu di atas meja jika kelapangan ;)

"2- Jangan sekali-kali merendahkan martabatnya.. jangan sekali-kali membangga diri dengan kelebihan akademik.. kerja yang diperolehi.. mentang-mentang ko belajar tinggi dari dia.. ko ungkit segalanya.. bangga diri.. jangan sekali-kali buat begitu"

"3- Jaga hubungan zahir batin.. terutama yang batin itu.. penuhi kehendaknya.. kerana lelaki ini mudah bosan dan cari lain andai tidak dipenuhi.."

3 perkara ini sentiasa aku pegang.. dan aku sentiasa ingat pesanan mak padaku.. Mungkin korang ada pesanan lain yang kita dapat kongsikan bersama ;)

Ya wanita dan masakan tidak dapat dipisahkan.. kita tak perlu menjadi chef terkenal dan glamour untuk menambat hati suami.. cukuplah dapat memenuhi citarasanya... dan memasak makanan kegemarannya ;) tapi andai dapat si suami pula memasak sekali sekala bagi meringankan bebanan isteri.. pun sudah cukup bermakna buat si isteri dan tiap kali dia sediakan makanan itu... pastinya sebuah ciuman manis akan singgah sebagai ucapan terima kasih ;) terutama bila kesibukan study melanda.. dan tumpuan seharusnya diberikan lebih banyak pada saat-saat yang benar-benar sibuk.. ketika ini bantuan begitu amatlah aku hargai sangat-sangat

Soalan yang sentiasa berlegar dalam kepalaku tiap kali dalam perjalanan balik ke rumah dari universiti

"Hari ini nak masak apa ekk"

Itulah wanita dan masakan...

Senyum kerabu

Senyum Selalu

Buat mengubat rindu
Yang sentiasa bertamu di kalbu
Aku rindu ayah, mak,adik, dia, mereka dan kamu

Lamanya tak makan nasi kerabu.. Teringin nie teringin ;)
Tukang masak favorite I pergi bercuti ke Spain semingguu..
Kak balik nanti leh ke buatkan nasi kerabu tak kak?? Leh ahh.. kan kak ;)


Inilah kad ucapan terima kasih dan hadiah balasan yang aku tinggalkan pagi semalam di SDS..
(kad buat sendiri tau)


Mulai hari ini aku cuti kerja 3 hari (dipaksa cuti tau kerana perlu habiskan cuti sebelum hujung januari.. Akukan pekerja dedikasi.. cuti pun kena paksa ambik hehehe)..Dapatlah aku golek-guling lelama sikit pagi hari ;)

Lewat petang nanti ada 'temubual' penting tentang 'research' aku.. Moga everything goes wellll.. Insyallah aku akan 'senang hati' buat report.. Insyallah caiyok caiyok ;)

Monday 26 January 2009

Hadiah buat si tukang cuci ;)

Pagi tadi sedang khusyuk dan tawaduk membersihkan apa yang patut di sekitar pejabat 'Staff Development Service', aku terlihat sebuah bungkusan merah di atas meja.. Mulanya aku buat tak tahu sahaja.. namun bila aku toleh semula dan melihat balik empunya nama.. Aku terkejut seketika..

Diterjemahkan dalam bahasa melayu..

Kepada Si Tukang Cuci..

Terima kasih kerana membersihkan pejabat kami


Mulanya aku toleh kiri dan kanan heheheh .. kot-kot ada tukang cuci lain di situ.. dan seingatnya hanya aku sahaja yang ditugaskan membersihkan sekitar pejabat itu setiap hari bekerja..
Kesimpulannya.. Hadiah itu untuk aku lah kan ;)

Selepas melihat hadiah berkenaan.. Terus semangat untuk bekerja hehehhe cewahhh lebih terasa lagi.. kerana tak sangka aku dihargai sebegitu rupa..

Sampai di CIS.. aku buka bungkusan hadiah itu dan ini yang aku dapat..

2 kotak coklat pemberian mereka..

Nampaknya aku kena cari kad ucapan terima kasih dan membalas semula pemberian mereka ;)

Sunday 25 January 2009

Stinkfrucht

Semalam ke kedai cina.. aku nampak ini..


Stinkfrucht Dourian


Kami pun menjamah.. bolehlah.. rasa tidaklah semanis buah yang segar.. Harganya setiap ulas menghampiri ke 1GBP 'convert' dekat RM5.30, nak makan punya pasal kan.. Hilang jugalah hajat yang teringin tu..

Tapi kalau disimpan lebih lama boleh buat tempoyak nie..
Tapi den tak makan tempoyak de.. akan aku korbankan untuk bubur kacang hijau esok petang ;)

Saturday 24 January 2009

Tenet

Bagi tak menipiskan tangan si Piah Ngesot.. maka entri ini ditulis dalam bahasa melayu hehehehe.. nan ado yolah ko Piahh...

Dah lama kami tidak berdating berdua.. Menjejak kaki ke panggung wayang Odeon di Spring Quay kali terakhir tahun lepas.. Lama sungguh kami tinggalkan kegemaran kami di masa lapang.. Semenjak 'Sky Movie' menjadi siaran tontonan utama kami di rumah.. aktiviti ke panggung wayang sudah tidak lagi menjadi agenda masa lapang..

Namun hari ini.. aku paksa rela pakwe.. itu pun sebab selepas diberi kata-kata azimat

"Jomlah tengok wayang.. Ina belanja.."

Apa lagik pakwe den.. senyum sengih jelah... tapikan.. mana boleh aku sahaja yang belanja.. demi sebuah keadilan.. cewaahhh.. aku juga paksa rela dia belanja aku di Lemon Tree.. hehehee ;)


Yang best.. siap tapau bekalan makanan ringan lagik tu.. jimat cermat tau.. bukan apa takat beli popcorn dengan air pepsi tu.. yang sudah tentunya lebih mahal dari beli kat supermarket.. baiklah aku bawak sendiri makanan dari rumah.. ;)

Akhirnya cerita ini yang kami tengok ;)
Tiket wayang pun dicetak atas kertas resit jek.. jimat belanja ke?? harga sama gak.. Dulu leh gak simpan tiket wayang dalam kertas keras tu.. tapi yang nie.. tiket resit?? buang dalam tong sampah jelah lepas tu..

Underworld 3 : The rise of the lycans yang mula ditayangkan di seluruh UK mulai 23 Januari.


Aku bagi 4* untuk filem ini.. jalan cerita taklah membosankan.. banyak juga aksi-aksi yang menarik tapi kebanyakan telah dijangkakan.. kalau sesiapa yang pernah menonton siri television peperangan antara golongan 'vampire' dan 'lycan' ini pastinya dapat menjangkakan jalan ceritanya.

Underworld 3 is a prequel story that traces the origins of the centuries old blood feud between the aristocratic vampires known as Death Dealers and their onetime slaves, the Lycans.

In the Dark Ages, a young Lycan named Lucian emerges as a powerful leader who rallies the werewolves to rise up against Viktor the cruel vampire king who has enslaved them. Lucian is joined by his secret lover, Sonja, in his battle against the Death Dealer army and his struggle for Lycan freedom.


Balik ke rumah aku sambung tengok ujibakat 'Americon Idol' yang kini sedang ditayangkan ;)

Jangan ada sesiapa bertukar jadik 'Vampire' ngan 'Lycan' lak memalam niee..
Malam minggu malam untuk berpoye-poye okay ;) Bukan malam untuk menghisap darah atau mencari mangsa korban darah tau..

Change of music

I'm changing my mood of music and melodies..

The malay song is still available here.

I always love english song and back home whenever I'm doing my work that need concentration I prefer listening to english song to boost up my mood and energy..

It's one of those steps that I'm starting to change my way and my style from now.. don't worried I'll still stay the way I write my entries in Malay.. just that i'm currently in mood of writing in english for a while.. (yelah kot-kot karang ada yang pengsan nak faham bahasa english aku nie heheheh.. speaking glaswegian tau)

Enjoy it.. as much as I enjoy it too ;)

Friday 23 January 2009

I have right..


I have the right:

to be treated as an intelligent, capable and equal human being

to make mistakes

to ask for explanation

to state my own needs and set my own priorities

to ask for what I want

to decline responsibility for other people's problems

to say 'NO'

I'm OK, you're OK

Read that out loud.. and that are the rights that all of us have within us..

Today I read aloud those sentences deeply and meaningfully.. and I'm trying to believe it and so should you.. my friends.. ;)

Merah itu..


Merah itu menyala..
Yang merah itu sedap rasanya..


Korang semua tak nak kan.. kan..
Biar aku dan si baby tiger menikmatinya berdua ;)
Cedap dan manisnyaaaa

Thursday 22 January 2009

Baiki diri


Semalam aku hadiri bengkel 'Introduction to assertiveness'. Merupakan sebuah bengkel pendek selama 3 jam bagaimana berkomunikasi secara berkesan dengan meletakkan ciri-ciri 'assertive' dalam memberikan memberikan respon kepada individu

Yang menarik perhatianku kenyataan ini

"Aku 100% bertanggungjawab dengan setiap perbuatan yang aku lakukan"

"Individu lain juga bertanggungjawab 100% terhadap tindakan yang dia lakukan"

"Tetapi dalam setiap perhubungan, setiapnya hanya perlu berkongsi 50% sahaja dari tanggungjawab itu"

"Kita tidak boleh menyalahkan 100% diri kita atau individu lain atas sesuatu perbuatan atau kejadian itu kerana setiap kita punya tanggungjawab sendiri atas setiap perbuatan yang dilakukan"

"Akhirnya.. kita ok.. saya ok..dan harapnya dia ok sahaja"

"Mereka yang bersifat assertive ini mempunyai ciri keyakinan diri yang tinggi dan mampu berfikir secara rasional"

Bengkel yang hanya selama 3 jam ini tidaklah mampu mengubah ciri-ciri yang sedia ada dalam diri kita dalam sekelip mata.. namun pendedahan awal kepada ciri-ciri yang bagus dalam memberikan respon bersifat assertive adalah sesuatu yang menarik pada kami ;)

Orang lain tidak berhak untuk menyakiti hati kita.. dan kita ada hak untuk mengatakan tidak pada sesuatu yang mampu menyakiti dan membahayakan diri kita..

Andai ada orang bertanya pada anda 'Blog engkau nie boringlah'

Bagaimana kita boleh berikan soalan yang sama tapi dalam bentuk yang lebih baik nada?

dan bagaimana pula kita nak respon dalam bentuk yang baik nadanya.. andai soalan itu singgah pada blog kita??

Apa respon korang?

Tuesday 20 January 2009

Sebuah Pemergian

Sudah 2 hari aku tidak menjengah ke CIS.. beberapa urusan lain perlu aku selesaikan dan bantu dalam 2 hari ini.. Menyelesaikan urusan si adik bagi memastikan keselesaan dan semua keperluannya berjalan dengan baik hendaknya.. Alhamdullilah dan insyallah.. dalam minggu ini semuanya dapat diselesaikan yang termampu mungkin..

Aku turut terima sebuah perkhabaran sedih tengahari tadi.. Al-fatihah buat ayahanda khairyn yang telah pulang ke rahmatullah pada pukul 8.45pagi waktu malaysia hari ini bersamaan dengan pukul 12.45 malam waktu UK..

Menjengahnya bersama seorang sahabat untuk memberikan sokongan dan kekuatan.. membuatkan aku terusan berada di rumah seorang sahabat ini bagi membantu yang terdaya.. berada seharian di luar rumah dengan beberapa urusan yang perlukan perhatian.. agak meletihkan juga.. namun dalam menyaksikan airmata sebuah pemergiaan.. turut mengundang titisan yang sama di kelopak mata.. kematian menginsafkan kita.. ada iktibar dari setiap pemergian itu.. Mendengar kisah kehilangan rakan-rakan yang yatim piatu.. Betapa aku bertuah mampu melihat dan berkata-kata pada mak dan ayah membuatkan aku begitu menginsafi diri..

Sebuah pemergian yang meninggalkan erti yang mendalam buatku.. Sedangkan dulu pemergiaan arwah tok dan nenek sudah cukup membuatkan aku begitu sedih.. apatah lagi dulu aku amat rapat dengan arwah nenek.. dan aku juga tidak dapat membayangkan andai aku kehilangan mak.. pastinya ku lihat dunia dari sudut yang amat berbeza..

Berada dalam kelompok mereka yang sudah kehilangan salah-satu mereka (mak dan ayah) dan mereka yang juga kehilangan kedua-duanya.. mendengar mereka menyingkap kenangan pemergian itu membuatkan aku kehilangan kata-kata.. membuatkan aku tersentap hati.. dan membuatkan aku merasa betapa aku masih beruntung kerana mampu memiliki mereka buat sementara ini hingga dipanggil ilahi suatu hari nanti..

Semenjak genap 2 tahun usia aku disini dan melangkah masuk ke tahun 3.. mengenangkan tinggal setahun tempoh yang ada.. membuatkan aku kini amat terasa betapa cepatnya masa berlalu.. betapa banyak lagi yang perlu diselesaikan.. ohhh baru aku kini rasakan tekanannya.. banyak perkara sudah mula aku fikirkan satu persatu.. semuanya kini mengundang banyak kerisauan dan andaian..

Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusan.. Amin..

Beberapa perkataan menjadi sebutan kami hari ini ;)

"Hati yang tulus ikhlas" kata Cik Ika

"Cahaya keimanan" kata Cik Mol

"Telagaku telah kering" kata Cik Sue

"See you in heaven" kata Cik Azu

"Mutton cross the road.. and you make my blood go upstair" kata Cik Ati

"Cuba try test" kata Cik Ani

Kata aku?? "'Smile Always ;)"

Monday 19 January 2009

Salji turun lagi

Dalam bas tadi aku terima kiriman ini

"Salam akak. Kalau tgh2 boring tu, ambiklah pic snow yg tgh trn dgn lebatnya ni. Msk dlam blog. Hehe. Ni tgh boring ngadap mesin. Ok kak"

Masa tu memang salji sedang turun dengan lebatnya.. amat lebat berkeping-keping.. semua jalanan putih sejati jadinya.. semua kereta diliputi kepingan salji yang amat lebat sekali.. malah tingkap hadapan bas juga dipenuhi kepingan salji yang memutih..


Inilah gambar yang sempat aku ambil dari dalam bas. Keadaan bas yang tingkapnya penuh dengan wap air dan berkabus tebal amatlah mengehadkan pandangan namun dapat juga menjengah melihat keluar tingkap melalui ruangan yang tidak berkabus.. itupun amatlah terhad pandangannya.. namun masih mampu menikmati indahnya suasana petang itu melihatkan jutaan kepingan salji turun memenuhi bumi.

Untuk tidak menghampakan si pengirim pesanan itu.. Aku paparkan beberapa keping gambar yang sempat di ambil.. Ketika ini aku berada di kawasan Stobhill Hospital menemani seorang adik yang baru sahaja sampai dari Malaysia yang akan menjalani 'attachment' disini.

Berangan juga nak ambil gambar semasa salji itu turun dengan lebatnya.. tapi dalam bas kan.. takkan lak nak terjun dari bas pula semata-mata nak bergambar punya pasal.. walaupun hajat dihati tu memang nak ler sesangat.. adik yang di sebelah pula terpegun dan sungguh teruja sekali kerana inilah pertama kalinya dia melihat salji turun selebat itu.. ;)

Jika tidak hujan.. pastinya kepingan salji itu akan kekal hingga esok pagi.. tapi jika hujan malam ini.. pastinya salji itu akan mencair dan hilanglah salji yang pertama pada tahun 2009 ini.

Harapnya salji akan turun lagi minggu ini ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin