Wednesday, 2 July 2008

Jumpa Sidi

Pagi ini aku terima sms daripada Sidi.. katanya sedang menunggu flight ke Glasgow dari Birmingham.. Aku hampir terlupa yang dia akan datang berjumpa denganku hari ini.. bukan apa sebab ada barangan untuk Sidi yang aku bawa ketika balik ke Malaysia bulan 5 yang lepas..

Lama juga aku tidak berjumpa dengannya.. kali terakhir sebelum bertolak ke UK penghujung tahun 2006.. hampir setahun lebih juga..

Dia sampai di Buchanan Bus Station lebih kurang pukul 9.30 pagi tadi.. ketika dia hubungi aku masih berada dalam bas 66. Untuk ke Buchanan bus station aku terpaksa menunggu bas yang lain di hadapan Mark & Spencer Argle Street. Tidak lama bas 240 tiba dan aku terus ke Bus Station.. Tercari-cari juga Sidi.. apatah lagi mengangkut 2 tin susu dan barangan persediaan bersalin.. akhinya aku nampak dia di hadapan cafe berhampiran pintu masuk..

Aku ajak dia ke department.. berjalan kakilah kami dari bus station ke CIS.. sambil berbual tentang keluarga.. tentang bandar Glasgow sendiri.. lama tak jumpa kawan lama.. dulu kami sering ditugaskan mengajar subjek multimedia bersama.. jika ada 4 kelas.. 2 kelas adalah kelas aku dan bakinya adalah kelas sidi.. dan pembahagian membuat nota dan tutorial juga sering kami buat bersama.. itu belum lagi kadang kami melepak bersama membincangkan hal2 keluarga.. research dan lain-lain..

Sudah lama aku tidak berbincang ilmiah dengan rakan lama.. dulu semasa di UPSI perbincangan berkenaan kajian adalah antara topik utama kami.. tadi ketika membincangkan tentang study masing-masing.. aku rasa teruja seketika.. secara tidak langsung minda aku bergerak pantas mencari jawapan.. ya aku jadi rindu dengan rakan-rakan lama.. ketika berbual dengan sidi membuatkan aku rasa seronok dan secara tiba-tiba aku mendapat maklumat baru dan ilmu baru berkenaan pembangunan framework menggunakan program cake-php.. bagus juga dapat membantu aku dalam menghasilkan design dan framework research.. aku harus meneliti lagi skrip itu.. mungkin dapat membantu dalam menghasilkan tool yang aku sedang rancang..

Tengahari kami ke Lemon Tree.. aku ajak kak haizan sekali memandangkan mereka dulu sama-sama menghadiri kursus BTN .. lagipun Sidi dulu pun study di UTM.. rancaklah perbualan mereka tentang rakan-rakan yang pernah mereka kenali di UTM skudai.. adalah geng bersembang panjang.. Kami kembali ke CIS hampir ke pukul 2.15ptg dan mengambil barang-barang kami.. Akhirnya aku putuskan untuk solat Zohor di tempat kerja sahaja

Lebih kurang pukul 2.30ptg aku dan Sidi pun bergerak keluar dari bangunan Livingstone Tower.. awal-awal lagi aku dah tunjukkan jalan ke Buchanan Bus Station.. dan aku terpaksa mengikut haluan lain untuk ke tempat kerja..

Sebentar tadi aku hubungi semula Sidi.,. Alhamdullilah dia selamat sampai ke Birmingham.. selamatlah jugalah 2 tin susu dan barangan lain yang aku angkut dari Malaysia.. yelah.. penat-penat ambik dari rumah Sidi di Behrang 2020.. bawa ke glasgow.. dan akhirnya sampai ke tangan tuannya.. Alhamdullilah.. tidaklah sia-sia aku membawanya jauh-jauh .. Apatah lagi Firul sedang mengandung 4 bulan.. Insyallah selamat semuanya..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin