Thursday 28 January 2010

Cintakah itu?


Benarkan aku untuk bermadah seketika..
Benarkan aku untuk mencipta cerita..
Benarkan aku berkhayal sambil bercinta..
Dusta atau cereka..
Aku hanya sekadar bercerita..


Cinta..

Sesiapa pernah jatuh cinta..
Atau sedang bercinta..
Atau masih ada cinta
Atau putus cinta..
Kehilangan cinta..
Tapi kecintaan pada tuhan Allah s.w.t. tetap kekal hingga bila-bila..

I love You

Aku cinta padamu..
Aku ulang-ulang bait kata-kata ini berulang kali dalam otak kepala..
Seolah ungkapan itu masih terngiang-ngiang bergema tanpa henti..
Bukan tak pernah didengari ungkapan itu.. Dulu.. pernah aku dengari.. Kini masih ada.. cuma agak jarang sekali..

"Tak boleh cakap selalu perkataan itu" kata dia

"Kenapa pulak?" tanya aku

"Nanti boring.. sekali sekala cakap baru best" kata dia lagi

"Yeke.. alasan!! Hari-hari cakap pun takpe.. itu yang best apa" kata aku lagi sambil menarik muka

"Alah takkan nak cakap hari-hari.. Bukan tak tahu apa dalam hati kan" Dia berkata lagi endah tak endah

"Emm.. ikut sukalah" kata aku dengan nada selamba.. dengan hati tidak kisah.. dengan kepala berhenti berfikir.. dengan mata yang tidak berkaca..

Aku tidak ambil hati langsung.. Aku tidak mahu terlalu mengambil kisah.. Aku juga tidak mahu terlalu mengharap.. Kecintaan itu bukan untuk diungkapkan jika tidak memberi apa-apa makna.. Kecintaan itu kadangkala tidak perlu untuk dinyata dengan bait-bait kata.. Kecintaan kadang hadir dari perbuatan dan lirikan mata.. Kecintaan juga datang dalam pelukan erat.. tanpa sepatah bicara..

Itu definisi cinta pada aku.. Bercinta indah.. Berkata cinta payah.. Mengapai cinta tidak mudah.. Memegang cinta bergelora.. Berpisah dari cinta airmata.. Kehilangan cinta tidak terdetik dek jiwa lara.. Kematian bukan pemisah utama.. Rasa cinta sentiasa ada buat selamanya..

Port Dickson Tahun 2002

Kami berpisah selama 2 minggu.. Atas desakan urusan kerja dan syarat utama untuk terus bekerja.. Tuntutan latihan memaksa kami berpisah.. Tak lama hanya 2 minggu sahaja.. Berkursus dan berceramah.. Latihan dan berkumpul membina idea..

Seperti hari-hari biasa di pejabat.. latihan dan kursus yang diikuti memenuhi jadual harian kami.. Setiap hari ada ceramah yang perlu kami hadiri.. Makan minum berjadual 6 kali sehari.. Petang beriadah dan bertanding bersama.. Kadang menang.. kadang kalah.. tapi sokongan tetap diberikan tanpa putus asa.. berjaya atau tidak kami tetap bersalaman di akhir pertandingan.. ucapan tahniah.. syabas.. bagus tidak pernah lekang di bibir kami.. Kumpulan 7 itu angka kumpulan kami.. Glemer seketika kerana diangkat sebagai kumpulan kerja yang paling bekerjasama di akhir tempoh 2 minggu itu..

Dimana agaknya cinta berkisah dalam cerita ini?? Takkan cerita berkursus dan berlatihan menghadirkan cinta.. Ada kisah cintanya.. tapi bukan di antara mereka yang sedang berlatihan.. tidak.. kisah cinta ini hadir antara aku dan dia..

Tit.. Tit.. Tit.. bunyi sms yang masuk ke handphone aku (Harap maklum bukan bunyi sebenar ya)

Tengah buat apa tuh.. Tak rindu ke??

Aku baca sms yang tertera di skrin kelabu berulang kali.. Nak senyum pun tak tahu patut atau tidak.. Nak ketawa pun tak tahu apa yang mengelikan hati.. Nak sengih pun tak tahu untuk apa disengihkan.. Akhirnya aku tergelak kecil.. Menahan rasa geli hati yang aku sendiri tidak pasti sebab apa.. sebab pertama kali dapat sms berbau romantik dari dia..

Dulu berulangkali aku minta dia menghantar sms.. malah pernah juga berkali-kali aku offer diri untuk mengajarnya cara-cara menghantar sms.. Tak pernah dia endahkan.. "Tak penting" katanya.. Kali ini kerana perpisahan yang agak lama.. 2 minggu menyebabkan dia ada rasa rindu.. Dalam terpaksa dia belajar cara menghantar sms itu..

Cintakah itu?? Ya.. antara tanda-tanda yang jelas dan ada bukti..

Beberapa malam selepas hari pertama berkursus.. Masih di PD.

Jam menghampiri waktu tengah malam.. Seperti hari-hari yang lalu setiap malam.. Panggilan telefon dibuat untuk bertanya khabar dan hal ehwal kehidupan setiap hari. Dia sedang memandu untuk pulang ke rumah.. Melalui lebuhraya utara selatan dari KL menuju ke sempadan negeri Perak. Kerana menerima panggilan daripada aku.. Dia berhenti seketika di tepi jalan.. Lampu kecemasan dihidupkan.. Sedang enak berbual.. Aku terdengar bunyi dentuman kuat datang dari arah belakang..

Perbualan kami terhenti seketika.. Tiada suara yang berkata-kata.. Aku panggil namanya berkali-kali.. Masih tidak ada jawapan.. Aku sudah serba salah.. Tidak tahu apa yang terjadi.. Bunyi apakah tadi itu tadi.. Talian tiba-tiba hilang.. Putus tanpa sempat berkata apa-apa.. Aku cuba hubungi dia.. Percubaan pertama.. Tiada jawapan.. Ok cuba lagi.. Masih tiada jawapan.. Cubaan ketiga.. Sama tiada jawapan..

Aku pandang telefon di tangan.. kepala mula berfikir pantas untuk menganalisa apa yang terjadi tadi.. Sesuatu terjadi itu pasti.. Tapi apa?? mengapa? Aku buntu dalam mencari jawapan.. Yang aku tahu aku perlu sabar menunggu panggilan..

Tidak lama aku terima panggilan telefon dari dia.. Aku jawab saat deringan pertama..

"Hello" kataku dengan nada sedikit cemas

"Tadi dengar tak bunyi kuat" terdengar suara dia berkata perlahan-lahan..

"Dengar bunyi cam kaca berderai.. Nape tadi?" tanyaku dengan lebih cemas..

"Kereta kena langgar dari belakang.. separuh kereta nie remuk" katanya dengan berhati-hati

"Ya Allah.. tak apa-apa ke??" tanyaku dengan lebih cemas.. Nak menangis pun ada masa nie..

"Abang ok.. cuba rasa pening-pening.. badan cam terhuyung hayang jek" katanya lagi..

"Kena langgar dengan apa?" tanyaku lagi

"Lori minyak BP.. rasanya pemandu dia mengantuk.. dia tak perasan kereta parking tepi hiway nie. Nasib dia sempat elak" katanya perlahan..

Perbualan kami diteruskan dengan beberapa butiran perkara-perkara yang lain.. Syukur Alhamdullilah ada adik beradik yang tinggal berhampiran.. Aku pula jauh di tempat lain.. Kalau aku di rumah masa tuh.. rasanya waktu itu juga aku pecut menaiki lebuhraya utara selatan itu.. Malam itu aku tidur dengan seribu satu rasa kerisauan.. Dalam keadaan terlalu risau aku berjaya tidur dengan tidak lena..

Bila insan tersayang hampir diragut jiwanya di sebelah telinga.. Pastinya kita akan tahu erti kehilangan dan kerinduan.. Syukur Alhamdullilah.. hayatnya masih ada.. Jika tidak malam itu.. Aku pun tidak tahu bagaimana dapat ku hadapi hari demi hari..

Cintakah itu?? Aku lebih menghargai cinta sejak malam itu.. Cinta bertambah kerana tahu kehilangan itu terlalu hampir.. Cinta dihargai kerana hampir terlepas pergi..

Ini antara puluhan ratusan ribuan jutaan kisah-kisah yang mampu membuatkan kita menghargai cinta yang ada.. Mungkin tidak seindah kisah-kisah cinta agung dunia.. tapi cukuplah keagungannya di memori sendiri. Masih ada kisah-kisah lain yang juga mencetuskan cinta.. tapi tiba-tiba jemariku jadi kaku untuk terus menekan kekunci hitam putih ini..

The End.. (buat masa ini ye..)

Inspire by Uncle Lee love story memories..
Reading your writing always make me smiling non-stop..
Keep on writing yeah..


Wednesday 27 January 2010

I Love You


Nak cakap sesuatu boleh??

Ok.. Go ahead..

I
Love
You


I Love You

Ungkapan ini..

Dari siapa??

Untuk siapa??

Untuk apa??

Ikhlaskah?

Mainan kata-katakah?

Memujuk hatikah?

Emmm... cinta.. love..



"He's like a drug for you, Bella." His voice was still gentle, not all critical.

"I see that you can't live without him now. It's too late. But I would have been healthier for you. Not a drug; I would have been the air, the sun."

The corner of my mouth turned up in a wistful half-smile, "I used to think of you that way, you know. Like the sun. My personal sun. You balanced out the cloud nicely for me."

He sighed. "The cloud I can handle. But I can't fight with an eclipse."


Jacob and Bella; page 531, Eclipse.



"Sleep my Bella. Dream happy dreams. You are the only one who ever touched my heart. It will always be yours. Sleep, my only Love."

He started to hum my lullaby, and I knew it was only a matter of time till I succumbed, so I closed my eyes and snuggled closer into his chest.


Edward and Bella; page 173, Eclipse (Twilight Saga Novel) by Stephenie Meyer.


I love you...

Yeah I know you love me

but do you really love me??

Will it ever be the same..

Knowing this before and again knowing it now that you love me..

Would it always be love??


Sunday 24 January 2010

Terasa..


Pernahkah bila sesuatu terjadi pada diri kita sama ada ditimpa musibah atau menerima berita kegembiraan, kadangkala hati kita tertanya-tanya kenapa ada di kalangan sahabat yang rapat atau pernah rapat tidak sedikit pun bertanya tentang keadaan yang menimpa diri kita itu. Yelah paling tidak pun mungkin sekadar bertanya tentang musibah yang kita alami.. paling tidak pun mengucapkan tahniah atas kegembiraan yang kita perolehi.. Mulanya kita rasa tidak kisah.. kerana untuk apa kita mengharapkan penghargaan atau simpati daripada orang.. tapi hati tidak dapat menipu diri sendiri.. apatah lagi kata-kata itu seharusnya datang daripada sahabat yang paling rapat atau pernah rapat dulu.. tapi sedikit pun tidak menjadi isu besar kepada mereka..

Sebenarnya persoalan ini terjadi pada diri aku.. Mulanya aku tidak kisah sangat.. kerana hati berkata untuk apa mengharap simpati orang.. atau belas kasihan orang.. atau untuk apa kita mengharap penghargaan orang.. Ya.. Jika mereka itu orang lain yang tidak pernah rapat dengan aku.. Mungkin sahaja hati aku tidak kisah langsung.. tapi bila ia datang daripada mereka yang pernah jadi sahabat baik aku.. Aku tidak dapat menidakkan rasa kecil hati aku.. Bukan mengharapkan.. tapi rasa sedih.. sebab sukarkah walau hanya untuk berkata simpati atau bertanya khabar.. Sedih kerana persahabatan yang sekian lama pernah terbina.. susah senang yang pernah dilalui bersama.. segala masalah yang dulu pernah dikongsi bersama.. Kini seolah semua itu tidak menjadi persoalan lagi.. Begitu kejamkah hati seorang sahabat?? Atau sudah kini terlena dengan kesenangan dan kekayaan diri hingga lupa dengan mereka yang suatu ketika dulu pernah ada di sisi dikala kesusahan melanda diri..

Aku rasa ini terjadi pada sesiapa sahaja.. Sesiapa yang pernah berkawan.. bersahabat.. berteman.. pasti pernah lalui apa yang aku rasa ini.. Lainlah jika persahabatan itu benar-benar telah sampai pada satu titik noktah.. putus.. tamat.. Tapi andai persahabatan itu masih ada.. Salahkah walau hanya untuk bertanya khabar.. Salahkah walau hanya untuk bertanya?? Ini yang sering menjadi persoalan diri aku kadangkala..

Ya.. Aku akur manusia berubah.. terus berubah.. dan akan berubah.. Tapi takkan sampai simpati diri turut dikorbankan tanpa sedikit pun mencemari keegoan diri.. Egokah? Macho kah? Banggakah? Entah aku sendiri pun tidak tahu pada jawapan persoalan itu..

Tak mengapalah.. Bertanya atau tidak.. Ingat atau tidak.. Aku biarkan sahaja itu jadi pilihan mereka.. Setidak-tidaknya mereka tahu apa yang aku rasa.. Mahu bertanya atau tidak lagi selepas ini.. Aku harap hati aku tidak akan lagi tertanya-tanya.. Mungkin kerana aku masih menaruh harapan persahabatan itu masih ada.. Atau mungkin aku seharusnya mula menganggap persahabatan itu sudah sampai ke penghujung noktahnya.. Tak kisahlah.. Itu pilihan yang setiap kita berhak memilihnya..

Cuma aku mampu katakan.. Aku hanya manusia.. Aku punya hati.. Punya perasaan.. Punya akal fikiran.. Punya nilai diri.. Punya budi bahasa.. Punya pendirian.. Tipulah jika aku tidak terasa hati.. Tipulah jika aku tidak merasa apa-apa..

Tapi aku juga tahu aku tidak seharusnya terus merasai dan mengharap pada sesuatu yang tak pasti... dan paling utama tidak seharusnya menanti pada situasi yang tak kunjung jadi.. Kehidupan harus diteruskan..

Aku percaya jika wujud kegagalan pada satu perjuangan.. itu bukan penamatnya lagi.. Aku harus terus melangkah meniti melewati dan mengharungi kegagalan itu.. Aku percaya ada sinar kegembiraan di penghujungnya.. Cukuplah dengan segala kenangan yang pernah tercipta.. Yang indah.. Yang sedih.. Yang gembira.. Yang duka.. semua itu lumrah hidup manusia..

Terasa hatikah?? Ya aku akui aku terasa hati.. Terasa hati kerana dia adalah seorang sahabat yang pernah aku hargai.. Terasa hati kerana aku fikir dia kenal siapa aku dan tahu bagaimana aku.. Kenal siapa keluargaku.. Kampung halamanku.. Tapi.. Kini aku mengerti.. Cukuplah untuk aku fikir lagi perkara begini.. Cukuplah.. Bebanan fikiran aku sudah tidak tertanggung memikirkan desakan hati ini.. Cukuplah aku katakan di sini rasa hati aku.. Aku harap dia mengerti.. Aku harap juga aku tidak akan terasa hati lagi.. "Peace babe.. Peace.."

Buat mereka sahabat-sahabat yang lain.. Aku hargai setiap mereka yang pernah bertanya dan mengambil berat.. Walaupun hanya sekadar bersapa ringkas.. bertanya serba sedikit.. Terima kasih.. Aku amat hargainya.. Amat hargai.. Terima kasih buat semua sahabat...

Mulakan hari dengan senyuman.. Hadapi dengan kesabaran..


Layan diri makan ayam panggang dengan mash potato dan coleslaw lagik best..


Apatah lagi buatan tangan diri..
Lagik puas hati..
Sesapa nak terasa hati sebab tak dapat rasa..
Sorry ler ye.. itu untuk pakwe tercinta sahaja..
Teringin nak rasa??
Tunggu aku ye mood rajin nak masak datang balik..
Buat masa nie resign buat seketika ya..
Nak resepi??
Nanti bila ada mood rajin aku bagi ya..
Jangan terasa hati tau.. hehehe
;)


Tuesday 19 January 2010

Suatu ketika dulu yang diingati


Semalam..

Dia memandang ke langit yang biru.. Mengintai melihat pada cerahnya langit.. Kepulan awan putih kelihatan bergerak perlahan amat perlahan.. Dia memandang jemari tangan yang kaku dan beku.. Digerakkan perlahan-lahan.. diurut dengan selembutnya.. Masih terasa sejuk dingin jemari-jemari itu..

Kedinginan ini membuatkan dia teringatkan suatu kisah kenangan masa lalu.. Jauh di puncak gunung itu.. perjalanan yang berselang seli.. berliku-liku.. berpusing-pusingan.. Semua itu minta diingati.. Sejuk.. ada di mana-mana.. Tapi kenapa kesejukan ini mengundang satu kenangan lama.. Bukan satu.. bukan juga dua.. tetapi beberapa ingatan dan kejadian yang pernah dilalui.. Teringat semangat yang dulu pernah diberikan.. Teringat kata-kata azimat yang pernah dituturkan.. Teringat bicara ikhlas jujur yang pernah diperdengarkan.. Teringat janji setia yang pernah diungkapkan..

Semua itu hanya kenangan.. sekadar kenangan.. Hati bertanya kembali untuk apa diingati?? Untuk apa dikenang lagi?? Kepala berkata perlahan.. Sahaja untuk diingati kala hati begitu berkecamuk dengan emosi.. Sahaja untuk hati menilai kembali pendirian diri.. Sahaja untuk hati mengingati yang mana benar dan mana salah letak situasi.. Sahaja atau sengaja tanya semula hati.. Kepala hanya senyum sinis tanpa sepatah bicara lagi..

Hari ini..

Ada yang mengatakan sudah ada beza gaya.. Ada yang mengatakan sudah agak ketara perubahan riaksi muka dan kata.. Ada juga yang mengatakan mungkin kerana kesuntukan masa.. Kesibukan yang begitu ketara.. Masa yang serasa tidak cukup saat.. minit dan waktunya.. Biarlah apa jua..

Setiap kita kadangkala perlukan masa dan ketika.. Setiap kita juga kadangkala perlu mencipta perubahan untuk kebaikan bersama.. Setiap kita juga kadangkala perlu mengasingkan diri untuk kepentingan utama.. Cukuplah rasanya masa-masa lalu yang telah banyak dihabiskan dengan percuma.. Masa berlalu dengan pantas kini serasa tidak cukup jarum berdetik saatnya.. Tuntutan kini sudah semakin ketara.. Persoalan.. Jawapan hampir saban hari ditanya dan diminta.. Kadang tidak tahu bagaimana mahu memberikan satu kepastian yang jelas untuk menjawab semua persoalan yang ada..

Esok

Aku percaya nanti suatu hari.. mereka itu semua akan mengerti sendiri.. Bila tiba masa dan situasi yang sama buat mereka pula.. Nanti juga aku pasti hati mereka akan berkata dan merasa apa yang pernah dilalui.. Ketika itu pasti semua yang diperlekehkan.. yang dikata.. yang dibual-bicara.. akan terjawab persoalannya.. Kadang apa yang terjadi tidak perlu dijelaskan dengan kata-kata.. malah juga tidak perlu dijelas dengan perbuatan kerana fitrah manusia memang begitu.. Bertindak balas atau berdiam diri.. keduanya mengundang pelbagai spekulasi.. Pelbagai riaksi.. Pelbagai ramalan diri.. Perlukah untuk diberi erti akan semua itu?? Biar situasi dan pengalaman yang menjawab satu persatu..

Kehidupan mesti diteruskan.. Sebab kelak yang mengalami dan melalui.. Sebab akibat.. Tanggungan dan keperluan.. terletak di bahu sendiri.. Bukan di bahu mereka.. Melihat takkan sama dengan memikul bebanan.. Berat di bahu sendiri takkan sama dengan berat mata mereka yang memandang.. Senyuman juga masih diteruskan.. cuma riak muka kini sudah tidak mampu untuk terus ceria dan ketawa.. Ada perkara utama yang perlu dipikul dan dilaksanakan.. Semua itu terletak di bahu yang memegang bebanan tanggungan.. Ini kata aku.. untuk diri aku.. dan mungkin juga untuk diri mereka jika dirasakan perlu..


"
Mereka yang telah menjiwai maksud kebenaran akan sentiasa menambah pelajaran hidup dan nasihat bagi hati untuk memperkuatkan keimanan. Sebaliknya orang yang tidak menjiwai maksud kebenaran, hanya akan menambah goncangan ketakutan bagi diri mereka sendiri. Sebesar mana pun keberanian seseorang dalam menghadapi dugaan, semua itu tidak akan bermanafaat tanpa diiringi dengan keimanan yang kukuh. Seorang pemberani yang sejati adalah orang yang memiliki daya tahan yang tinggi, tabah, mempunyai keyakinan yang kuat, tenang, dan berlapang dada dalam menghadapi dugaan. Sedangkan seorang yang pengecut justeru akan menyembelih dirinya sendiri berulang kali, setiap hari dengan pedang ketidakpastian, kebohongan, khayalan dan mimpi.

Jika kita mahukan sebuah kehidupan yang tenang dan tidak bergoncang oleh badai kehidupan, maka hadapilah semua permasalahan dengan keberanian dan ketabahan. Dengan keberanian dan ketabahan, tidak akan ada sesuatu yang membuat diri anda gentar meghadapi orang yang tidak mempunyai keyakinan sama sekali, jangan terpancing dengan tipu daya yang mereka perbuat. Jadilah seperti besi yang kukuh menghadapi berbagai peristiwa, kuat menghadapi angin krisis dan tegar melawan badai. Sungguh kasihan mereka yang memiliki hati yang lemah, betapa berat goncangan hidup yang menimpa mereka berkali-kali dalam setiap harinya."

Ibnul Qayyim menyebutkan bahawa nilai manusia itu boleh diukur dengan cita-cita yang ia miliki, lalu apa lagi yang ia kehendaki selain bercita-cita setinggi mungkin? Salah seorang bijak bestari mengatakan "Beritahukan kepadaku tentang apa yang difikirkan seseorang, maka akan aku beritahukan kepadamu siapa sebenarnya orang itu!"

Sungguh Allah akan memberikan perlindungan
kepada orang yang menginginkannya
Allah juga akan memberikan perlindungan terbaik
bagi orang yang menginginkannya


Penyair lain mengatakan:

Banyak manusia yang tidak berhasrat memiliki
pakaian atau hadiah yang baik.
Mereka juga tidak berkeinginan
memiliki kerajaan yang megah.


Di tengah laut, sebuah perahu terbalik dan seorang ahli ibadah terlempar ke laut. Maka dia pula mula berwudhu' dan mencuci anggota tubuhnya satu persatu. Dia berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidungnya, lalu menyemburkannya. Ia berusaha untuk mencapai daratan dan ternyata ia selamat. Kemudian ditanyakan hal itu kepadanya. Katanya "Aku ingin berwudhu' sebelum meninggal agar mati dalam keadaan suci"

Sungguh mengagumkan
kau tidak melupakan risalah suci
walau tanganmu sudah berada dalam bara api.
Kau abaikan kepedihan matamu saat itu
padahal kematian sudah berada di pelupuk matamu.


Petikan dari La-Tahzan : Jangan bersedih (Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

Tuesday 12 January 2010

Hijau Tenang



Semalam..
Teringat halaman rumah di tanahair
Teringat bunga-bunga orkid hasil tangan ayah
Moga ia tetap mekar segar di halaman itu
Menyemai kerinduan yang jitu

Semalam..
Teringat pokok-pokok buahan
Yang kini sudah mula berputik dan berbuah
Dulu rumah itu kosong bertanah lapang
Kini pada tahun-tahun lalu
Halaman itu sudah penuh dengan pepohon rendang
Nyaman segar bagai berpenghuni riang
walaupun hakikatnya penghuni tetap nun jauh di seberang



Melihat kehijauan..
Hati inginkan kedamaian..
Inginkan ketenangan..
Tenanglah hati..
Hadapi dengan kekuatan diri..


Sunday 10 January 2010

Salji di luar, Hujan di dalam


Semalam satu insiden yang takkan aku lupakan seumur hidup.. Mungkin ada yang sudah tahu daripada status 'facebook' aku semalam.. Rasa bagai mimpi pun ada.. Rasa seolah ia tidak pernah terjadi..

Hujan dalam rumah.. Itu yang aku rasa.. tinggal dalam rumah flat tingkat 1 pun aku mampu merasai wujudnya hujan di tingkat itu.. walaupun di atas rumahku ada 2 lagi rumah lain..

Kesnya mudah 'paip bocor'. Memang kebanyakan rumah sekarang ini mengalami gangguan bekalan air akibat paip air yang beku semenjak musim sejuk melanda.. termasuklah rumah jiran aku ini.. rasanya sudah seminggu rumahnya tidak ada air.. cuma rumah aku masih bernasib baik bekalan air masih ada seperti biasa..

Bermula dengan bunyi rintik-rintik perlahan akhirnya menjadi lebih laju dan mula turun deras hingga hampir setiap genap dinding kiri dan kanan dipenuhi air yang turun dengan laju.. kemudian air mula menitik deras di tengah dapur.. Aku dah mula panik.. mula mengambil bekas untuk menadah air supaya dapur tidak banjir.. tapi semakin lama air turun semakin deras.. dan perlahan-lahan aku nampak siling dapur mula merekah.. Masa nie aku dah mula bertambah panik dan seperti yang aku jangkakan dalam masa beberapa saat sahaja siling itu runtuh di depan mata.. Nasib aku sempat berlindung di sudut dapur dengan pandangan tidak percaya.. Badan aku terus jadi kaku.. pandangan mata aku juga kelabu.. "Ya Allah.. betulkah yang terjadi ini" hanya itu yang bergema dalam ruangan kepala aku.. Panik sudah tentu.. rasa nak menangis pun ada... Air mula membanjiri dapur.. Kali ini air turun betul-betul seperti air paip pada tahap maksima.. Air mula memenuhi lantai dapur.. bertakung di sana sini.. dan mula bergerak ke ruang tengah rumah.. Aku mula terpekik minta dia menahan air yang mengalir perlahan menuju ke ruang tamu..

Masa ini baru aku tahu rupanya dia betul-betul panik daripada aku sebab dia tak tahu nak buat apa melainkan berkata.. "biarkan.. biarkan.. ini bukan rumah kita". Aku pandang muka dia dengan rasa tak percaya.. Rasanya kalau dia dekat dengan aku mahu sahaja aku pegang badan dia goncang kuat-kuat.. "Dah gila ke???" Aku hanya mampu berkata dalam hati.. Rasa panik aku mula menjadi rasa marah.. dan keadaan yang kelam kabut begitu membuatkan suara aku makin tinggi minta dia buat sesuatu.. Akhirnya dengan pantas dia mengambil kain tuala dan mula menyekat pintu dapur mengelakkan air itu bergerak lebih jauh ke ruang lain..

Aku?? Termenung aku melihat keadaan rumah yang sudah kelam kabut.. Nak buka pintu dapur tak sanggup kerana aku tahu pastinya keadaan berselerak ya amat.. Aku ambil masa untuk bertenang sambil kepala aku mula berfikir "Apa nak buat.. apa nak buat nie" Aku dengan pantas mula mengambil kain dan mula mengelap kapet yang basah ditenggelami air.. Tangan juga pantas mengambil kertas surat khabar dan meletakkannya di atas kapet supaya air itu boleh menyerap ke atas kertas-kertas itu. Kepala masih memikirkan dapur yang berselerak.. air paip masih turun dengan laju di dapur.. kedengaran bunyi air turun dengan laju tanpa henti.. Seperti hujan yang turun paling lebat sekali..

Aku nekad untuk buka pintu dapur dan melihat ke dalamnya.. walaupun aku tak sanggup sebenarnya.. Aku masuk ke dapur dan mula berbuat sesuatu.. Aku ambil tong sampah yang besar.. aku mula letakkan di tengah dapur di mana air turun paling laju... kemudian mula meletakkan bekas-bekas lain pada ruangan yang lain.. Aku rasa dalam masa beberapa minit sahaja bekas itu mula penuh.. Bertungkus lumus mengangkat dan membuang air di singki dapur supaya air tidak terus bertakung di lantai.. Kaki tangan jari muka dan badan aku dah mula basah.. sejuk tak usah dikata.. bayangkan berada dalam air sejuk selama hampir 2 jam di dapur.. Aku mula mengelap.. mengemas.. mengutip segala batuan.. sampah sarap yang mula terapung-apung di permukaan dapur.. Walaupun sebenarnya ia tidak sedikitpun mengurangkan bilangan air yang bertakung.. tapi aku tidak mahu putus asa.. dan aku tidak mahu membiarkan.. Kepala mula berkata.. "come on.. keep on going" walaupun sebenarnya badan aku dah mengigil kesejukan.. Tangan dan kaki dah mula kebas sejuk.. Ketika itu pun sebenarnya aku masih risau.. Jika siling itu akan runtuh lagi.. Risau juga dengan keselamatan diri sendiri.. tapi hati kuat menyakinkan aku.. InsyAllah selamat hendaknya.. Doa aku berkali-kali dalam hati..

Cik abang aku?? Entah aku sendiri pun tak tahu kemana dia.. tapi aku tahu dia sibuk ke rumah atas.. Rasa nak marah jiran atas pun ada.. rumah dia punya pasal tapi rumah aku yang teruk.. Adilkah?? Emmm.. rasa nak marah disimpan cuma rasa nak nangis semalam itu amat ketara.. Tidak lama wakil tuan rumah datang melihat dapur.. tidak lama plumber pun sampai.. Aku rasa selepas itu air mula berhenti mengalir.. Masa nie cik abang baru nak bantu aku kat dapur.. Nak marah?? Aku rasa kemarahan aku dah tak cukup ruang.. sebab tumpuan aku lebih untuk memastikan keadaan tidak bertambah teruk.. Aku begitu obses untuk bersihkan dapur.. Aku tidak mahu berhenti selagi keadaan yang kelam kabut dan berselerak itu dibersihkan..

Aku rasa kerana dia tengok aku mula mengemas.. mengelap.. menadah dan membuang air yang bertakung.. perlahan-lahan aku nampak dia mula berbuat sesuatu.. Aku rasa dia panik.... Nasib aku bertindak lebih pantas.. Kalau aku biarkan dia.. Tak mustahil semalam satu rumah banjir.. Sesiapa pun akan panik.. tapi dalam panik itu kadangkala kita perlu bertindak dan berfikir dengan pantas.. itu yang aku buat semalam.. aku rasa semalam tidak ada sesaat pun aku biarkan berlalu tanpa berbuat apa-apa.. selepas satu tindakan aku uruti dengan tindakan yang lain.. tangan kaki dan jari aku mula berbuat sesuatu walaupun mungkin ia tidak memberikan apa-apa kesan setidak-tidaknya bila badan mula bergerak.. ia akan membuatkan otak mula berfikir secara rasional..

Hampir ke pukul 4.00 petang air berhenti mengalir.. Aku mula mengelap dapur.. membuang batu-batu dari siling yang runtuh.. mengelap dapur terutama lantai dapur yang bertikar getah.. ruangan dapur yang separa berkapet sudah basah dengan air.. batu-batu kecil kelihatan di sana sini.. kerusi ada yang terbalik.. Aduhai.. Aku mengucap entah beberapa kali.. Perlahan-lahan badan mula bergerak lebih pantas.. mengemas dan membersihkan seadanya.. Cahaya di luar semakin kelam menandakan sudah masuk waktu maghrib.. Dapur mula gelap.. Semasa paip bocor tadi.. bekalan elektrik terputus seketika kerana berlaku lintas pintas.. Aku minta dia untuk menghidupkan semula suis elektrik utama.. supaya kerja-kerja pembersihan dapat diteruskan..

Kami sekadar membersihkan ala-kadar kerana lampu dapur masih tidak berfungsi. Sebenarnya kami tidak berani nak hidupkan lampu kerana kedudukan lampu itu betul-betul berhampiran dengan siling yang berlubang. Pastinya litar elektrik sekitar kawasan itu basah dan tidak mustahil akan berlaku litar pintas jika sesiapa cuba menghidupkan mana-mana suis elektrik di dapur. Seluruh genap dinding dapur itu basah.. termasuklah soket elektrik yang terletak di dinding kiri dan kanan dapur. 'Boiler' peti pemanas di dapur juga dimatikan suisnya.. Bermakna sepanjang malam itu rumah kami tidak dapat dipanaskan secara central.. Nasib juga ada pemanas elektrik di ruang tamu.. Hanya itu yang menjadi penyelamat kami dalam kesejukan bawah takat beku di luar.

Bekalan air juga disambung semula setelah dimatikan untuk proses baik pulih paip di rumah jiran.. Cuma air panas tidak berfungsi buat sementara waktu.. Nasib juga ada baki lauk semalam yang telah dipanaskan tengahari sebelum kejadian.. Kami pindahkan sebahagian perkakasan elektrik memasak ke ruang tamu.. Malam itu kami makan pizza.. Nasib juga ada kedai makan 'zaytoun' bersetentang dengan rumah kami.. Taklah risau sangat.. Lagipun ada jiran terdekat yang hanya selang beberapa pintu yang telah menelefon lebih awal malam itu..

Hari ini proses pembersihan telah dibuat sebahagiannya.. Masih ada baki siling yang tergantung di tengah dapur yang menunggu masa sahaja untuk runtuh seterusnya.. tapi dihalang dengan kayu penyidai di tengah rumah.. Rasanya kalau diturunkan kayu itu, aku jamin mesti siling yang separa terjuntai itu akan jatuh.. Biarlah.. Nanti satu hal pulak nak bersihkan semula.. Buat masa ini.. Semua sistem pemanasan central boleh beroperasi semula.. Pemanas berjalan dengan baik.. cuma rumah terasa agak sejuk sedikit kerana kapet masih basah dan sejuk..

Ajaib.. tapi kisah benar... Rasa bagai mimpi je apa yang telah terjadi.. Terima kasih pada semua sahabat yang telah menelefon.. menghantar mesej.. Yang menawarkan rumah untuk memberi kami menumpang bermalam cukup kami hargai.. Alhamdullilah rumah ini masih selamat untuk diduduki.. Hanya ruang dapur sahaja yang agak terjejas teruk.. Ruang lain Alhamdullilah masih boleh digunakan..

Satu kisah di awal tahun 2010.. Sudah ditakdirkan untuk terjadi.. Bukan salah sesiapa.. Keadaan cuaca yang semakin buruk menyebabkan banyak kes-kes begini terjadi.. Maklumlah pertama kali musim sejuk sebegini teruk sejak 20 tahun yang lalu.. Siapa menjangka semua ini terjadi.. Kami tetap bersyukur sebab masih boleh menggunakan pemanas utama.. Ada bekalan air di rumah berbanding beberapa rumah yang lain yang terputus bekalan air hampir 2 minggu dan ada juga beberapa rumah yang mengalami kerosakan 'boiler' pemanas rumah..

Salji di luar.. dan hujan di dalam.. Sampai bila-bila pun aku takkan lupa..

Sekali lagi terima kasih buat semua yang mengambil berat.. dan setiap satunya aku amat hargai..

Friday 8 January 2010

Aku ada?


Aku tidak punya bicara untuk berkata
Aku tidak punya khabar untuk menyampaikan berita
Aku tidak punya rasa untuk meluahkan segala
Aku tidak punya cerita untuk dikongsi bersama

Yang aku ada..
Tidak mampu dicoretkan seadanya
Dengan huruf dan kata
Segala yang terbit di jiwa
Secara tiba-tiba
Aku rasai kehilangan
Yang meratapi kerinduan

Tuesday 5 January 2010

Manisan kering dari si gadis manis Kanako

Hari ini hari pertama pengajian untuk tahun 2010..

Selepas bercuti hampir 10 hari lamanya sejak 24 Disember.. Cuti ini menjadi peluang untuk merehatkan minda dan badan.. Rehat semampu boleh. Paling utama dapat bangun lewat sikit.. dari hari-hari biasa yang sudah terbiasa terjaga pukul 5 pagi.. Bila cuti, bangun pun boleh terlajak sesuka hati.. hehehe.. bukan selalu pun kan.. Kini rutin dulu berulang lagi..

Hari pertama ini juga menyaksikan salji turun lagi dengan lebatnya pada awal pagi.. Keluar rumah awal pagi tadi.. lautan salji ada dimana-mana.. Jalan raya masih putih bersih.. penuh salji di merata tempat.. Cuma yang tidak seronok kesejukan kini sudah lebih daripada tahap beku.. Semalam suhu jatuh hingga -7 darjah.. Hari ini aku rasa suhunya tidak banyak berubah..

Berjalan kaki menuju ke universiti kaki dah terlalu kebas beku.. seolah aliran darah tidak mengalir langsung.. di ketuk-ketuk kaki pada muka jalan serasa tidak ada kesan apa-apa.. deria rasa di kaki rasanya seolah hilang sementara.. Tak sabar untuk tiba ke universiti untuk membuka kasut dan meletakkan kaki berhampiran pemanas berangin yang ada di bawah meja..

Hari ini kami bertiga sebilik menerima sekotak manisan kering yang dibawa dari Jepun. Manisan ini pemberian rakan kami dari Jepun yang dibawa oleh abang-abangnya semasa cuti x'mas yang lalu.

Ia dikenali sebagai manisan 'Higashi' yang bermakna manisan kering.. Bercorak topeng muka penari-penari Jepun.. Serta berwarna.. melihat manisan ini membuatkan aku teringat kuih putu kacang kita.. Hampir ada kesamaan dari segi tektur manisan itu..


Higashi (Japanese: 干菓子 or 乾菓子, dry confectionery), is a type of wagashi, which is dry and contains very little moisture, and thus keeps relatively longer than other kinds of wagashi. This word can be said as the antonym of namagashi, and the definition can include rakugan, konpeito, senbei, arare, and so on (though usually senbei and other alikes are not sweet and thus the word kashi/wagashi is not so fitting).


Narrower definition of higashi is ones made generally with one or more kinds of sugar, particular sorts of flour, and some other additives, while there are some made solely of sugars.


The flour used in higashi is usually made of rice, which has many different varieties of its own. Flours made of other ingredients, like azuki, soybean or green pea and starches are often used too.


Those made with wasanbon, Japanese premium fine-grained sugar made with traditional method, are commonly regarded as finest ones.


The most common and well-known higashi is rakugan, but the definition of the word is somewhat vague and sometimes not suitable for a certain type of wagashi, so the word 'higashi' would be better in some cases.


Higashi are often served at Japanese tea ceremonies

Sumber Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Higashi_(food))

Rasa sayang pulak nak makan manisan ini.. Kalau buat frame pun lawa jek.. hehehe


Inilah manisan 'Higashi'
Yang dibeli dari Isetan Tokyo, Jepun.
Kami siap dapat beg kertas Isetan lagi
Thank you Kanako ;)

Monday 4 January 2010

Muda Selalu..

Salam di tahun baru.. 2010..

Sekejap betul masa berlalu.. Rasanya baru sahaja kaki melangkah menjejaki lapangan terbang Glasgow 3 tahun yang lalu.. Masih jelas terbayang di mata rasa dan perasaan bila melihatkan bumi UK buat kali kedua selepas hampir 5 tahun meninggalkannya pada penghujung tahun 2002 dulu..

Masih jelas lagi sambutan tahun 2002 yang disambut dengan meriah pada malam Hogmanay di Edinburgh tahun itu.. Namun sejak berada di sini 3 tahun ini tidak pernah pun aku pergi menyambut tahun baru di dataran George Square pada malam Hogmanay.. Cukuplah aku rasa kemeriahan malam tahun baru di Edinburgh dulu.. Bagi aku.. sambutannya sama sahaja di mana-mana.. Sesak dengan manusia.. Yang bersorak.. Yang mabuk.. Yang menari di sana sini.. Yang terhuyung hayang.. Yang saling berpelukan dan berciuman..

Kenangan malam tahun baru juga pernah aku rasakan dulu.. di Dataran Merdeka.. Zaman bercinta dulu.. cuma bezanya mungkin di tanahair.. sambutannya agak tertib sikit kot.. namun masih aku ingat melihat beberapa remaja yang mabuk di hadapan KLCC selepas sambutan tahun baru itu.. Jalan terhuyung hayang ke sana ke mari seolah hilang arah.. Sejak itu aku jadi malas mahu keluar di malam tahun baru.. Lebih selesa duduk di rumah.. Paling tidak pun menonton wayang lewat malam bersama tersayang lebih bermakna..

Tahun 2010.. sejak masuknya abad ke 21.. kini sudah 10 tahun kita dalam abad itu.. Zaman teknologi berkembangan dengan pesatnya.. Seperti mana kata seorang rakan dalam perbincangan kami.. semakin tinggi dan pesatnya pembangunan teknologi.. Akhlak, nilai, sikap manusia juga berubah seiring dengan pembangunan teknologi itu.. Peribadi manusia berubah.. Ada yang menjadi lebih maju.. ada yang menjadi lebih teruk.. ada juga yang menjadi lebih baik.. Kerosakan akhlak juga menjadi-jadi.. Jenayah juga meningkat.. Ya seiring dengan perkembangan teknologi kan..

Umur juga bertambah lagi.. Dulu aku datang ke UK pada usia pertengahan 20an.. dan Datang semula pada usia awal 30an.. Beberapa tahun lagi nak masuk 40 tahun dah.. waa.. wa.. Sekejap sahaja ku rasakan usiaku masih 17 tahun..ehemm.. ehem... Namun yang utama.. kemudaan masih terserlah hehehe.. walau apa jua usianya.. Yang utama kita tahu apa yang mahu kita gapai dan cari dalam kehidupan..



Bila begini..
Buat aku sentiasa muda lagi..
Sebelum nie pun aku memang muda apa.. hehehe..
Jangan jeles ya..
Senyum selalu..
Moga terus kekal muda belia..
Tapi banyak pengalaman..
Serta kaya ilmu pengetahuan..
dan Sentiasa merendah diri..
;)


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin