Sunday, 6 July 2008

Kisah gadis dan anak muridnya-4

Esoknya.. gadis itu kembali ke kelas itu.. kali ini dia telah pun bersedia dengan kelengkapan alat tulisnya.. 2 kotak pensil, sepekat pemadam dan beberapa batang pembaris diletakkan di atas meja. Pengajaran diteruskan seperti biasa.. mata pelajaran matematik dimulakan.. hari ini murid-murid diterangkan berkenaan tambah dan tolak.. kali ini si gadis ingin mempamerkan aksi lakonan. Lima orang pelajar diminta ke hadapan kelas. Pada masa yang sama angka 5 ditulis pada papan hitam.. kemudian si gadis meminta 2 orang murid lain datang ke hadapan berdiri dalam kumpulan tersebut dan si gadis mula menulis + (tambah) dan angka 2. Maka ditanya oleh si gadis pada kelasnya berapakah jumlah terkini yang ada dalam kumpulan tersebut. Keseluruhan kelas menjawab 7 dan si gadis juga menulis = dan angka 7 pada papan hitam.

Lakonan itu tidak berhenti di situ, kali ini si gadis meminta pula kumpulan murid 7 orang tadi menolak keluar 4 orang daripada ahlinya. Angka 7 ditulis pada papan hitam dan tanda - (tolak) serta angka 4 juga turut dituliskan. Sekali lagi kelas ditanyakan dengan jumlah terkini yang ada dalam kumpulan tersebut dan keseluruhan kelas menjawab 3 dan jumlah itu turut ditulis oleh gadis itu di papan hitam.

Kesimpulan dari aksi lakonan itu tadi diterangkan kepada murid-murid. Konsep tambah dan tolak juga dijelaskan lagi. Beberapa soalan pendek ditulis pada papan hitam dan beberapa nama murid dipanggil untuk menuliskan jawapannya. Setelah setiap soalan itu dijawab, si gadis membincangkan jawapannya dengan kelas. Bagi jawapan yang betul pujian diberikan manakala jawapan yang salah.. si gadis meminta murid yang sama untuk membetulkan jawapan itu. Sekurang-kurangnya murid itu belajar dari kesilapannya dan dibantu oleh rakan-rakan dalam kelas itu.

Sebelum menamatkan kelas si gadis memberikan beberapa soalan latihan untuk dibuat sebagai kerja rumah. Pensil, pemadam dan pembaris disediakan untuk mereka. Agak ramai juga rupanya mereka yang tidak mempunyai pensil. 2 kotak pensil itu hampir habis. Hanya pemadam dan pembaris sahaja yang diminta berkongsi. Akhirnya si gadis memutuskan untuk memberikan pensil itu kepada mereka dengan pesanan "Cikgu bagi kamu pensil itu, simpan dan gunakan sebaiknya. Jangan dihilangkan pula. Anggap sahaja hadiah daripada cikgu" sambil dijawab dengan senyuman dan ucapan "Terima kasih cikgu"

Kembali ke bilik guru, seorang guru senior menghampirinya. Guru itu memberitahunya bekalan pensil serta alatan tulis lain boleh diambil sahaja dari stor sekolah. Tak perlulah beli menggunakan duit sendiri. Kata guru itu lagi, dia terlupa memberitahu gadis itu. Gadis itu hanya menganggukkan kepala mengiakannya. Namun dalam hati dia berkata

"Aku dah beli pun takpelah.. aku anggap itu adalah hadiahku kepada murid-murid tadi. Semoga mereka akan belajar dengan lebih tekun lagi"

Ketika sedang sibuk membaca di mejanya, sehelai kertas kecil diedarkan pada semua guru yang ada di bilik guru ketika itu. Rupanya undian untuk memilih guru pilihan sempena hari guru. Setiap guru diminta untuk mengisikan nama guru yang difikirkan layak sebagai calon. Si gadis tertanya-tanya siapakah yang mungkin sesuai untuk dicalonkan. Tidak semua guru dikenalinya. Lantas si gadis bertanya kepada beberapa guru wanita yang hampir sebaya dengannya dan mereka mencadangkan seorang guru senior yang akan pencen dalam tahun ini. Lagipun guru itu juga dikenali sebagai ustaz di sekolah itu. Akhirnya nama guru itu menjadi pilihan si gadis. Helaian kertas yang diedarkan itu dimasukkan dalam sebuah kotak yang disediakan.

Hari ini Hari Guru..

Inilah pengalaman pertamanya menyambut hari guru sebagai seorang guru. Beberapa hari sebelum itu si gadis telah diberikan tugas tertentu sempena sambutan hari guru tahun itu. Beberapa acara bersama murid dan guru juga diadakan. Pagi itu sesi perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri selangor dan lagu guru malaysia. Begitu bersemangat sekali gadis itu. Setiap wajah guru yang dipandangnya mempamerkan riak gembira. Kebanyakan pengajaran dan kelas dibatalkan dan diganti dengan aktiviti sukan dan acara sambutan. Seluruh murid-murid begitu gembira sekali.

Selesai nyanyian lagu diikuti dengan ucapan guru besar. Ketika ucapan itu ada beberapa orang guru mula memandang wajah si gadis. Pelik juga dirasakan. Mungkin mereka ingin melihat riaksi si gadis. Pada si gadis.. ucapan ayahandanya didengari dengan tekun dan khusyuk. Setiap kali mereka memandang si gadis, hanya senyuman sahaja yang menguntum di wajahnya. Terbit rasa bangga pada si gadis. Tidak semua anak mampu bekerja dan bersama ayahnya dalam satu organisasi. Apatah lagi mendengar ucapan-ucapannya. Apatah lagi begitu dihormati oleh guru-guru yang lain.

Sambutan hari guru diteruskan dengan acara sukaneka bersama murid dan guru-guru. Si gadis turut bermain dalam acara itu. Salah satu acaranya si gadis diminta untuk memasukkan buah kelapa sebagai penganti bola ke dalam jaring yang digunakan untuk bola jaring. Jenuh juga mengimbangkan diri untuk menjaringkan buah kelapa itu. Berat jangan cakaplah.. tapi akhirnya si gadis berjaya juga menjaringkannya. Gamat jua dengan gelak ketawa guru-guru wanita dan murid-murid yang ada.

Ketika mengumumkan acara seterusnya pengerusi majlis telah menyebut nama si gadis. Entah bagaimana bukan sekadar nama gadis berbintikan ayahnya disebut.. malah nama atok gadis itu jturut disebut sekali

"Sampailah masa untuk acara penyampaian hadiah, diminta cikgu Haslina untuk mengiringi cikgu Hassan untuk menyampaikan hadiah"

Sabor jelah.. kata gadis itu dalam hatinya.. Seorang guru wanita disamping gadis itu berkata "Aihh nama you disebut.. glamer betul nie" sambil disambut dengan senyuman malu oleh gadis itu "Tulah.. tak pasal-pasal glamer terus" dan si gadis terus ke depan untuk menjemput ayahnya untuk menyampaikan hadiah tersebut.

Sepanjang melangkah ke hadapan pentas.. hampir setiap guru mengusiknya.. ada yang tersenyum.. ada yang tersengih.. ada yang ketawa.. namun si gadis hanya mampu tersenyum dan berlagak biasa.. lagipun apa nak disegankan.. itu bukannya orang lain ayahandanya sendiri..

Selesainya sambutan hari guru.. si gadis turut menerima hadiah daripada beberapa orang murid yang ada.. ada juga dikalangan murid-murid yang dikenalinya.. seronok dan teruja si gadis.. Bukanlah seronok kerana menerima hadiah tetapi keseronokan menjadi sebahagian daripada warga guru.. Barulah si gadis mengerti dan menghargai betapa jasa seorang guru itu harus dikenang seumur hidup.. Besarnya pengorbanan mereka dalam mendidik dan mengajar.. Ibarat rangkap lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Bersambung..

2 comments:

mashi said...

wat novel terus le ina... apa salahnya..

iina said...

hehehe.. dalam proses akan datang kalau aku lebih2 rajin.. nie saje nak try n error.. sebab cite kisah sendiri.. Insyallah ada peluang aku buat

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin