Tadi semasa di department aku berbual dengan Suthanya.. student Phd dari Thailand yang sama bilik dengan aku.. selalu juga aku berbual dengan dia.. pasal gaji.. pasal life di Thailand.. pasal perbezaan hidup antara Malaysia dan Thailand.. bukan jauh pun.. seberang sempadan je.. tapi memang banyak perbezaan.. hari ini topik kami cerita pasal hantu.. mulanya kerana bunyi angin yang datang dari tingkap ditepi meja aku.. hari ini memang angin kuat sungguh.. hingga tingkap bising berbunyi dengan tiupan angin yang bolos dari tepi tingkap.. saja aku bergurau dengannya.. jika di malam hari.. sure dia akan takut dengar bunyi begitu.. apatah lagi tinggal sorang-sorang.. bukalah cerita pasal pengalaman dia.. dan pengalaman aku sendiri.. rajin jugalah bercerita dengan si suthanya nie.. kalau ajak borak tu lama jugalah borak.. lagi pun mungkin cara dia untuk improve english dia.. kemarin kami borak pasal buah-buahan.. dia cerita yang ayah dia sekarang tengah sibuk tanam pokok rambutan.. terus aku cakap.. keliling rumah aku di kg penuh dengan pokok rambutan.. lepas tu.. terus tanya pasal buah nangka (jackfruit).. belimbing (starfruit).. mangis (mangosteen).. siap belajar vocab baru.. mula terpingga2 si suthanya nie.. tapi bila aku buka laman web yang ada gambar buah tu.. barulah dia faham apa yang aku maksudkan.. seronok juga melayan dia kadang-kadang..
Hari ini.. semasa berbual pasal cerita hantu.. dan pengalaman kami.. secara tiba-tiba suthanya cakap dengan aku.. if I were your student.. I will like to be in your class.. terkejut juga bila dia kata begitu.. lalu ku tanya dia kembali.. why do you say that.. it's because you like to tell story.. and I will like to be in your class.. tergelak aku dengar.. terus teringat pengalaman lama semasa mengajar dulu.. memanglah.. aku tidak nafikan.. di dalam kelas aku memang suka bercerita dengan student.. kadang kisah cinta.. kadang cerita pengalaman manusia.. kadang cerita pengalaman orang lain.. selalunya cerita itu akan aku kaitkan dengan topik yang aku ajar pada hari itu.. selalu lebih bercorak motivasi.. kadang sekadar untuk membakar semangat mereka.. kadang untuk menghilangkan mengantuk.. seronok bercerita ini.. student bila aku buka je mulut bercerita.. semua segar bungar je... pulak tu kena kisah cinta ke.. kisah pengalaman sedih ke.. mulalah muka masing2.. heheheh.. tapi itulah. kadang semua itu bukannya boleh dibuat-buat... aku mengajar kerana minat.. dan kerana niat untuk mendidik anak bangsa sendiri.. dari dulu aku nyatakan pendirian aku pada pakwe.. jika boleh ina nak mengajar sampai bila-bila.. dah tua pencen pun masih nak mengajar juga.. sebab benda yang disampaikan adalah ilmu.. adalah pengetahuan adalah pengalaman.. bukannya ina buat benda bukan-bukan..
Mungkin juga bak kata orang dimana tidak tumpahnya lauk.. jika tidak ke nasi.. ayah adalah seorang pendidik.. berpuluh tahun menjadi seorang guru.. dan semasa aku mengambil kursus teknologi maklumat dulu..dan pada masa yang sama adik ku mengambil kursus business management.. mak pernah menyatakan kekesalannya.. tidak seorang pun anak-anaknya yang mengikut jejak langkah ayah.. tapi.. aku masih ingat didalam sebuah kelas terakhir.. aku lupa nama kelas itu., tapi yang mengajarnya adalah Prof Dr Halimah Badioze Zaman kitaorg panggil HBZ je.. shortform.. secara tiba-tiba aku terfikir untuk mengambil diploma pendidikan.. secara tiba-tiba aku terlintas untuk menjadi pendidik.. entah mengapa hati terdetik begitu.. mungkin kerana minat...
Masih aku ingat.. pertama kali aku bekerja dulu.. sebenarnya rezeki aku murah semasa aku mula bekerja.. aku mula dapat kerja sebelum aku tamatkan ijazah aku.. masa itu aku ada 1 semester lagi.. sebenarnya ijazah aku sepatutnya tamat dalam tempoh 4 tahun.. kerana ketika itu berlaku perubahan dalam pengijazahan yang dipendekkan dari 4 tahun ke 3 tahun.. maka ramailah group kami yang decide nak abis dalam 3 tahun.. aku.. antaranya.. namun bila sampai ke tahun akhir.. aku decide untuk tambah lagi 1 semester.. ketika itu semua subjek major dah abis.. hanya tinggal 2 subjek luar fakulti.. yang mana kelasnya hanya seminggu sekali sahaja.. ketika itu aku pun decide untuk kerja.. banyak juga interview yang aku hadiri.. masih aku ingat.. bagaimana aku interview untuk menjadi multimedia designer di KUB.. ada 3 peringkat temuduga.. bermula dengan temuduga.. diikuti dengan menduduki ujian bertulis.. dan akhirnya saringan temuduga peringkat ke 2.. ramai rakan dari UKM dan UTM hadiri interview berkenaan.. nama aku takde dalam senarai yang dipanggil pun.. tapi sebab ikut kawan.. mereka kata boleh masuk je interview nie.. so aku pun decide pergi.. dalam tak sangka aku lepas ke peringkat saringan terakhir.. dan pada ketika itu.. hanya aku dan 2 rakan yang lain dari UTM yang datang dari bidang multimedia.. yang lain dari bidang sains komputer.. dan network.. puas jugalah nak yakin interviewer masa tu.. tapi dah memang sifat aku.. kalau kena interview.. memang aku akan buat sehabis baik.. kadang boleh jadi meleret.. dah banyak interview yang aku pergi.. dan biasa.. orang yang masuk selepas aku akan cakap.. kenapa lama sangat tadi heheheh.. biasalahkan.. mungkin kerana aku jenis yang outspoken.. kadang interviewer tu yang teruja nak tanya macam-macam.. ramah sangat kot heheheh..
seminggu selepas interview dengan KUB.. aku juga minta kerja dengan sebuah kolej di ampang masih ada cawangannya di situ kolej PTPL.. masih aku ingat semasa interview kat sana.. ari nie aku interview.. esok dia panggil aku untuk mula kerja di Kajang.. semasa itu.. cawangan PTPL baru dibuka di kajang.. entah mengapa.. petang selepas aku interview dengan PTPL.. aku terus telefon pejabat KUB untuk mengetahui keputusan interview tempoh hari.. masih aku ingat lagi kata-kata perempuan yang jawab telefon itu.. dukacita dimaklumkan.. begang pun ada juga masa tu.. sebab gerak hati aku mengatakan sebenarnya aku dapat kerja berkenaan.. kecewa memanglah.. tapi nak buat macamana.. takde rezeki
Keesokkan harinya.. aku dapat telefon dari bahagian HR kolej PTPL ampang.. meminta aku mula bekerja esok.. di kolej PTPL cawangan kajang.. seronok dan teruja.. aku terima jawatan itu dengan senang hati.. maklumlah sedih dan kecewa kena reject dengan KUB.. mengenangkan jawatan pun mengajar peringkat sijil dan diploma.. aku terima kerja berkenaan... dengan rela hati.. lagipun mengajar bukanlah benda asing bagi aku.. sejak dari zaman sekolah.. aku sering mengajar kawan-kawan sekampung.. dan juga anak-anak kampung.. kebanyakkan mereka akan datang ke rumah.. bukan aku minta pun.. kebanyakkan mereka datang minta aku tolong.. so nak dijadikan cerita.. bila aku mula kerja keesokkan harinya.. aku terima panggilan telefon dari KUB.. meminta aku laporan diri kerja esoknya.. telefon itu dijawab oleh rakan serumah.. nak buat macamana.. aku dah terima kerja mengajar itu.. lagi pun lebih dekat dengan rumah.. masa tu tinggal di fasa 2 bandar baru bangi.. esoknya aku tak datang lah.. aku terima lagi panggilan telefon dari KUB.. suruh juga aku lapor diri hari keduanya.. masa itu terfikir.. macam desperate je diorang nie.. tapi.. masa itu aku fikir.. takpelah aku mengajar di kolej PTPL.. mungkin ini rezeki aku...
Akhirnya aku tolak tawaran kerja dari KUB itu.. dan diganti oleh rakanku juga dari UKM.. Masni.. teringat dulu.. ketika dia baru memulakan kerjanya.. dia pernah telefon aku dan beritahu betapa ruginya aku menolak kerja tersebut.. dan betapa dia juga tension kena buat kerja-kerja multimedia.. yelah.. aku tahulah kenapa dulu aku diminta untuk datang juga ke KUB.. kerana thesis tahun akhir aku.. memang aku buat pasal courseware.. untuk sekolah bestari.. projek besar UKM dengan kementerian pelajaran ketika itu.. so memang KUB nak develop satu projek yang lebih kurang begitu.. Ingat lagi aku.. bagaimana Masni beritahu aku yang gajinya mencecah hampir 3k.. dengan boleh outstation ke sana sini.. dan masih juga aku ingat bagaimana dia mengatakan aku menolak tuah..
Akhirnya dari PTPL kajang .. aku berpindah ke HQ PTPL di Shah Alam.. dan berpindah ke Tg Malim.. bermula dengan tutor.. sambung master di edinburgh.. kembali ke UPSI sebagai pensyarah.. dan sambung PhD di Glasgow.. sudah 8 tahun aku bersama UPSI.. dan 10 tahun juga aku berkecimpung dalam bidang pendidikan..namun.. bagiku.. rezeki ada dimana-mana.. aku merasakan sebenarnya aku telah lama ditakdir untuk mendidik.. mengajar ini adalah satu kepuasan bagiku.. kadang bila tension.. bila masuk ke kelas.. aku mampu melupakan semua masalah.. kadang aku mengajar kerana datangnya dari hati.. dari minat.. mungkin dari situlah.. pelajar melihat kejujuran dan kesungguhan ku.. jika ku terima jawatan semasa di KUB dulu.. mungkin aku tidak akan berpeluang untuk sambung belajar di UK.. bukan sekali.. malah 2 kali.. rezeki kan.. teringat kata ayah.. sebenarnya.. Allah dah tentukan perjalanan hidup kita.. walau kemanapun kita pergi.. apa juga yang kita hadapi.. sebenarnya rezeki itu Allah dah tentukan.. cuma kita kena berusaha dan hadapi semua dugaan..
Ya sememangnya aku rindu mengajar.. kerana dengan mengajarlah aku mampu membuka dan berfikir dengan lebih terbuka.. kadang saban hari mengajar aku juga belajar dari pelajar.. berkongsi pengetahuan.. berkongsi pendapat..berkongsi hasrat,, berkongsi semangat.. tapi terpulanglah pada diri masing-masing kan.. setiap orang ada caranya tersendiri.. masih aku ingat.. setiap tahun aku pasti akan dapat pelbagai hadiah dah ucapan semasa hari guru setiap tahun.. alhamdullilah mereka tidak pernah lupa.. dan juga setiap student tahun akhir yang aku jumpa.. pernah mengatakan.. padaku.. Puan.. sepanjang saya berada di UPSI nie.. kelas puanlah yang paling saya suka.. (bukanlah nak puji diri sendiri).... kadang bila mereka berkata begitu.. buat aku terfikir.. mengapa ya.. mengapa mereka boleh fikir begitu.. pernah juga rakan-rakan berkata denganku.. kadang lalu tepi kelas you.. selalu dengar student ketwa.. riuh rendah kelas.. tengok dari luaran macam seorang yang tegas dan serius.. malah student juga ramai mengatakan begitu bila pertama kali aku masuk ke kelas.. tapi bila di akhir semester.. apabila mereka berjumpa dengan aku kembali.. mereka pasti kata.. mula kenal puan ingat puan serius.. tapi rupanya puan nie kelakar.. selamba.. dan seronok dengar cerita-cerita puan.. barulah tahu puan ini macamana.. memang pun.. selalu bilik aku tu.. jadi tempat lepak student-student... kadang diorang suka singgah untuk bertanya khabar... untuk menceritakan masalah.. kadang masalah dengan lecturer lain pun aku tahu.. macam-macam..
Itulah.. dulu masa bekerja tak sabar nak sambung belajar dan bosan dengan kerja yang tidak pernah ada hentinya.. kini bila dah mula belajar.. aku pula rindu mengajar semula.. mungkin kerana semester ini aku tidak mengajar mana-mana kelas.. buatkan aku jadi rindu untuk mengajar.. insyallah.. semoga aku dapat selesaikan PhD aku dengan sebaiknya.. dan kembali mendidik anak bangsa dan menyampaikan ilmu .. insyallahh
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
1 comment:
seronoknyer mengajar....
Post a Comment