Saturday, 23 February 2008

Anak buah baru

Kemarin aku dapat berita dari pakwe yang kak ngah dah bersalin.. cuma tidak diketahui anak lelaki ke perempuan.. hari ini barulah dapat cerita yang detail.. anak perempuan.. nama belum tahu lagi... mak dan abah sejak dari hari khamis sudah berada di rumah kak ngah.. dan abah telah pun pulang ke kampung pada hari jumaat... dan mak pula.. hari ini baru balik ke kg..

Mendengar berita tentang berita kelahiran anak buah.. seronok juga cuma bila berada jauh di sini.. perkhabaran itu hanya sekadar disambut dengan rasa yang biasa.. yelah kalau di malaysia tu sudah tentu aku dan pakwe sudah menjenguk kak ngah di rumah.. teringat dulu semasa aku bertunang dengan pakwe.. kak ngah pun tengah mengandung anak yang ketiga.. erin.. dan bersalinkan erin sebelum aku kawin.. kini.. bila jai pula yang bertunang.. kak ngah mengandung lagi.. dan bersalin juga anak yang perempuan.. ya mungkin itu hanya kebetulan.. tapi sedikit sebanyak bila difikirkan.. itulah ketentuan tuhan..

Isnin depan aku akan jumpa George.. untuk membincangkan laporan yang telah aku siapkan.. dan insyallah tarikh review akan ditentukan.. harap secepat mungkin.. dan bolehlah aku rancang semua perkara yang hendak dilaksanakan.. balik ke malaysia dirancang pada hujung bulan 3 dan pada pertengahan bulan 4 pula pakwe balik menyusul hingga hujung bulan 4. cukuplah aku dapat balik sebulan ke malaysia.. lepas itu.. hujung tahun balik lagi untuk tempoh yang lama.. jika diizinkan Allah.. berpuasa dan beraya aku kat kampung tahun ini.. tapi.. aku terpaksa beraya seorang tanpa suami.. kerana pakwe terpaksa kerja... dan hanya boleh cuti sebulan sahaja.. sedangkan aku.. terpaksa berada lama di malaysia kerana akan mula mengambil data di 7 buah sekolah di seluruh malaysia.. insyallah.. jika semua perancangan itu dapat dilaksanakan.. kadang kita tidak tahu aral melintang yang akan menimpa.. balik ini pun aku bukan sekadar balik sahaja.. kena pergi ke semua sekolah berkenaan.. untuk berjumpa guru besar.. jumpa guru math.. lihat kemudahan sekolah.. nak setup projek GeoVEL itu.. sama ada nak run sebagai web based.. kena setup dalam server sekolah.. jika tidak kena burn as CD courseware.. dan sebagainya.. insyallah.. aku doakan Allah mudahkan niatku.. disamping untuk berjumpa keluarga.. mak dan ayah..

kadang bila terasa yang masa untuk pulang ke malaysia itu hampir tiba.. rasa seolah jarak bukan lagi faktor.. yelah.. dulu terasa juga yang UK dan Malaysia itu satu jarak perjalanan yang jauh.. tapi bila difikirkan rasa seolah dekat sahaja.. mungkin hatiku dah kuat sangat nak balik.. so jarak dan masa bukan lagi isu..

Buat sahabat yang nak balik.. Rusdi dan Shima.. selamat kembali ke Malayia.. jangan lupa pulak nak balik UK nie.. dah seronok balik malaysia.. makan semua yang teringin.. jumpa semua sahabat dan keluarga.. aku pun ramai juga kawan-kawan yang nak kena jumpa nie.. masa nielah nak suruh diorang belanja makan heheheh.. sure ok ye kan.. :)

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin