Wednesday, 6 February 2008

kerja..ohh kerja..

Semalam aku dapat call dari kak zarina.. beritahu yang dia dah dapat kerja cleaner di glasgow universiti.. sebenarnya ramai malaysian yang kerja di situ.. kerana gaji yang lebih tinggi.. cuti 30 hari setahun.. boleh ambik MC.. rate gaji £6.41 utk 1 jam.. kerja pun hanya dari pukul 6.30-9.30pg sahaja..

dia ajak aku kerja di sana.. mungkin dia nak ada kawan kot.. aku mula dulu memang ada tergerak hati untuk mohon kerja di sana.. borang dah lama pun aku ambik sejak tahun lepas lagi.. sebelum cuti xmas.. namun aku tak hantar-hantar lagi sehinggalah sekarang.. namun sejak inciden kena tegur ari tu.. aku dah mula takde mood nak kerja di situ.. kadang rasa kerja diwaktu petang hari memang agak menyusahkan.. kadang banyak seminar dan course yang tak dapat aku attend kerana terikat dengan masa kerja petang..

Hatiku berbelah bagi pula nak minta kerja di glasgow uni.. tapi tak cuba tak tahu kan.. mengenangkan untuk bangun awal pagi dan pergi kerja.. dan lepas itu terus ke uni strathclyde untuk smbg study... larat ke aku?? itu persoalannya.. kalau kerja petang seperti sekarang sekurangnya aku boleh bangun lewat sedikit.. siap2 masak dirumah.. dan terus ke universiti.. dan balik kerja terus balik ke rumah.. yelah kan kita takkan boleh dapat semua yang kita nak dengan sempurna.. ada pengorbanan yang perlu dibuat.. tak kerja pun boleh sebenarnya.. tapi sekurangnya aku dapat duit lebih sikit untuk berbelanje.. kalau hanya harapkan duit elaun.. itu terhad untuk bayar bil2.. sewa rumah.. dan macam2 lagi.. duit elaun yang ada.. aku tak sanggup rasanya berbelanje sesuatu untuk kepentingan sendiri.. rasa bersalah.. sekurangnya bila duit gaji.. aku tak rasa guilty utk belanje barang-barang yang aku minat..

entahlah.. mungkin aku patut cuba dahulu kan.. tak cuba tak tahu.. lagipun bila difikirkan aku hanya perlu tumpukan masa kerja dibelah pg sahaja.. dan petangnya aku bebas untuk study dan buat kerja-kerja lain.. nanti ku fikirkan semula

tadi aku ke Mc Cance building.. bangunan sebelah je.. ambil borang part time cleaner di strathclyde universiti.. tak tahulah.. nak apply mana hehehe.. keje cleaner pun susah nak decide.. camna lak ngan study aku lak.. banyak juga yang belum aku decide lagi nie.. semoga aku dapat buat keputusan yang terbaik utk masa study aku..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin