Monday, 25 February 2008

Jumpa George

Ah.. banyak sungguh perkara yang terpaksa aku fikirkan.. selepas jumpa George tadi.. semakin banyak persoalan berkaitan dengan kajian yang terpaksa aku jawab.. mulanya aku rasa penilaian dan perancangan yang dirancang akan mengikut masa yang aku rancang.. namun.. setelah perbincangan pendek dibuat tadi.. nampaknya skop kajian aku terpaksa diubah.. GeoVEL yang telah dibangunkan mungkin akan digantikan dengan prototype yang lain.. isu tentang pembangunan yang melibatkan dynamic application timbul semula..

Nampaknya balik ke malaysia bulan depan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.. kerana annual review yang sepatutnya di buat pada bulan depan nampaknya akan ditunda pada masa yang akan ditentukan kemudian.. skop kajian nampaknya terpaksa berubah.. dan aku terpaksa membina aplikasi program yang baru.. research question.. juga berubah.. penilaian yang asalnya melibatkan sekolah nampaknya akan dibatalkan.. ahhh tension pun ada nie.. banyak perkara yang perlu aku fikirkan.. laporan perlu dibuat semula.. rasa bagai sia-sia sahaja masa yang telah setahun berlalu.. artikel baru perlu dibaca.. teori perlu dicari.. framework juga perlu dibuat semula...

Tadi aku berbincang semula dengan kak haizan.. kira sesi brainstorming.. bagaimana arah tuju research aku.. kemana arahnya.. kepentingannya.. masalah.. tapi dapatlah juga sedikit idea tentang bezanya pembangunan courseware.. web learning.. dan perbezaan diantara static and dynamic application.. apatah lagi untuk mengaitkan dengn penggunaan VR.. dengan perkaitannya dengan bidang matematik.. untuk disesuaikan dengan subjek space and shape yang melibatkan objek 2D dan 3D.. aspek pengajaran yang bagaimana boleh digunakan..

Secara tiba-tiba terfikir pula.. abiskan aku dalam masa 3 tahun ini.. bila benda baru terpaksa dikaji. dan dibuat semula dari mula.. hati mula risau memikirkan.. 4 tahun kah aku?? biarlah.. aku tak mahu memikirkannya dengan lebih lanjut.. biar persoalan itu aku tinggalkan tanpa jawapan.. yang pasti minggu depan hari yang sama aku perlu melaporkan pada george tentang perkembangan idea yang perlu aku lakukan.. pembacaan journal yang aku dapat.. dan mungkin framework baru yang aku akan cadangkan.. nampaknya aku kena buat solat hajat malam ini.. moga Allah beri aku jalan dan jawapan pada semua persoalan yang timbul pada hari ini.. dan tunjukkan jalan yang terbaik dalam membuat keputusan.. insyallahh

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin