Saturday, 1 March 2008

Guru ganti di SMG

Semalam aku terima panggilan telefon dari Kak Pah.. meminta aku tolong gantikan guru bahasa melayu tahap 3 .. cikgu zaironi kerana beliau ada hal yang tidak dapat dielakkan.. aku sebenarnya adalah guru 'backup'.. guru sementara yang boleh dipanggil jika guru tetap yang sedia ada mempunyai kesulitan untuk mengajar bahasa melayu pada minggu berkenaan.. seperti biasa jika diminta aku jarang sekali menolak.. kecuali jika ada hal yang sememangnya aku tidak dapat elakkan..

Dalam pukul 9.50pg aku sudah mula melangkah keluar menuju ke masjid al-farouk dimana kelas bahasa melayu bagi sekolah malaysia glasgow (SMG) dijalankan.. disebabkan aku diminta untuk mengajar kelas bahasa melayu.. ku minta modul dan rancangan mengajar harian yang telah disediakan oleh zaironi.. kena mengajar pula kata majmuk dan karangan berbentuk keperihalan.. kebanyakkan pelajar terdiri dari yang berumur 12-14tahun.. sebahagian dari mereka pernah aku ajar semasa sesi pertama dulu.. maka kebanyakkan mereka tidak asing padaku..

Kelas dimulakan dengan menyuruh pelajar membaca makna kata majmuk pada lembaran yang diberikan.. dan aku mula menerangkan makna kata majmuk.. maka wujudlah beberapa perkataan seperti.. bandar raya.. antarabangsa.. jawatankuasa.. bumiputera.. sapu tangan.. olahraga.. lemah longlai.. lemah lembut.. kakitangan.. dan berbagai lagi.. puas jugalah menerangkan setiap makna kata-kata berkenaan.. kebanyakan mereka tidak pernah mendengar beberapa kata berkenaan terutama seperti jawatankuasa.. lemah longlai.. bumiputera.. bandar raya.. seronok jugalah.. mengajar budak-budak ini.. kerana sifat mereka yang ingin tahu.. dan berani menjawab setiap soalan yang dikemukakan..

Memandangkan esok hari ibu di sini.. maka aku akhiri sesi pengajaran dengan memberikan mereka kerja rumah.. tugasan untuk membuat karangan sepanjang 2 perenggan berkenaan sambutan hari ibu yang akan mereka sambut pada esok harinya.. disamping berpesan.. jangan lupa ucapkan selamat hari ibu pada ibu masing-masing esok.. beri kad.. atau beri ciuman setidak-tidaknya..

Selesai kelas aku berjumpa dengan kak shafinaz.. dia menjemputku untuk datang ke rumah kak Rai .. majlis hari jadi anaknya Anis.. insyallah jika tidak ada hal.. aku akan sampai jugalah esok.. dan selepas kelas tadi aku pun ke city centre untuk membeli hadiah untuk majlis hari jadi esok.. kerana esok adalah hari ibu.. maka banyaklah jualan di kebanyakan kedai-kedai di city centre.. dan memang ramai sungguh orang tadi.. kebanyakannya datang bersama ibu masing-masing untuk membeli barangan.. tapi takdelah yang murah sangat pun.. sale semasa cuti xmas dan new year yang lepas jauh lebih murah lagi.. aku hanya sekadar mencuci mata dan window shopping sahaja..

Di sini (UK) hari ibu disambut pada setiap 2 Mac.. yang biasanya juga dikenali sebagai mothering sunday. Ia biasanya disambut pada hari ahad ke empat dari hari 'Lent' (3 minggu sebelum easter). Tetapi di Malaysia.. dan juga negara lain.. kebiasaannya hari ibu disambut pada ahad kedua pada bulan Mei.. (http://en.wikipedia.org/wiki/Mother) untuk mengetahui sambutan hari ibu bagi negara yang lain..

Selamat Hari Ibu bagi semua ibu-ibu.. Happy Mothers day..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin