Sunday, 10 February 2008

Main Salji Hari 1 : Navis Range-Fort William

Sebenarnya aku baru sahaja balik dari main snow di 2 puncak gunung.. Ben Navis dan Mount Cairngorm.. Puas sungguh main snow hingga mengigil kesejukkan.. namun pengalaman yang paling menyeronokkan..

Malam jumaat sebelum masuk tidor.. pakwe beritahu yang dia cuti pada hari sabtu dan ahad.. selalunya agak sukar juga dia nak dapat cuti sabtu ahad serentak... selalunya dia mesti keje.. tapi bila dia beritahu awal-awal.. malam itu juga.. aku bangun dari tidur dan terus logon ke enterprise website dan book keta.. konon-konon plan asal nak pergi dating berdua je.. nak dijadikan cerita.. semasa nak ambil kereta.. kereta kecil takde.. kereta yang aku book tu dah ada org lain sewa.. so dia offer aku zafira mpv.. kereta yang aku drive semasa pergi ke Inverness bersama dengan shima masa cuti xmas yang lepas.. mengenangkan kereta 7 seat.. pulak tu orang yang nak pergi 2 orang je.. so aku pun decide ajak azlan.. azril, jaslina dan syahmi.. kebetulan semuanya free weekend.. dan dengar je nak pergi main snow.. semua excited abis nak ikut.. maklumlah.. bukan sellau dapat peluang nak pergi berjalan.. apa lagi.. azlan pun datang tidor rumah aku.. dan malam itu aku sibuk masak untuk bawak bekal pada hari sabtu..

Bertolak awal pagi sabtu dalam pukul 8pg dari Glasgow melalui Loch lomond ke Fort William .. singgah di Glencoe.. kemudian singgah di Ben Navis.. dan akhirnya bermalam di Invernes

Semasa di Ben Navis.. kami berguling2.. main snow.. macam tak pernah jumpa.. seluar baju abis basah.. termasuk ler kasut aku.. best betul main salji hehehe..

Berhenti lagi.. semata-mata nak ambil gambar gunung yang penuh dengan ais

Berhenti sekejap di Glencoe .. tak jadi naik ke sebab gondola dia open air.. ada budak kecik.. bahaya..


Di pintu masuk ke Gondola.. Navis Range


Semasa dalam gondola menuju ke stop centre








dan lagi ...


3 Jejaka sedang bersuka ria..














Kakiku beku dan basah



Pemandangan sekitar

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin