Friday, 22 February 2008

Akhirnya.. 1st year annual report siap

Akhirnya setelah berjaga malam sehingga pukul 4pagi semalam.. hari ini tepat pukul 12.20 tghri aku telah berjaya menyiapkan laporan tahunan annual aku.. laporan yang diminta hanyalah sekadar 6 muka surat sahaja tapi aku telah menyiapkan hampir 14 muka surat.. itu pun termasuk bibliography.. dan appendix yang mengandungi diagram dan capture screen projek GeoVEL aku terpaksa aku keluarkan dan disimpan dalam file yang berasingan..

Sebenarnya kalau hendak diteliti lagi.. masih ada ruang untuk ditambah.. tapi selagi diteliti selagi itulah aku akan menambah lagi ayat dan perenggan dan semakin bertambah pening pala aku untuk mencari idea untuk terus menulis..

Bila terpaksa menulis barulah aku ketahui.. betapa banyak sungguh perkara yang selama ini aku terlepas pandang.. apatah lagi semasa membaca pelbagai jurnal dan artikel .. maka aku menyedari bahawa banyak sungguh komponen yang aku tidak ambil berat atau tidak berpeluang untuk meneliti dengan lebih terperinci.. tapi aku belajar sesuatu yang baru dalam penulisan laporan ini.. untuk menulis dan menerangkan methodologi kajian rupanya banyak sungguh elemen penilaian yang perlu difikirkan.. statistical analysis apa nak buat.. ujian pre dan post test.. ujian kesahan.. ujian annova .. itu belum lagi termasuk usability study yang punya ciri experimental design yang tersendiri yang aku skip dari penerangan.. namun aku kena consider juga untuk dimasukkan dalam questionaire..

Namun memang pengalaman yang berguna dan mencabar daya pemikiran dalam menyiapkan laporan setahun ini.. macamana pula agaknya bila hendak menyiapkan thesis PhD yang lebih detail lagi.. itu belum lagi proses menjalankan research.. apabila aku ingin mengintergrasikan penilaian dan pengukuran dalam konteks pendidikan dan juga kebolehgunaan dalam bidang computer sains.. maka banyaklah elemen yang terpaksa dimasukkan.. sedangkan penilaian dalam bidang pendidikan sahaja sudah banyak elemennya.. apatah lagi aku mengabungkan penilaian yang juga dalam usability and human computer interaction.... memang banyak benda yang perlu dipertimbangkan.. dan rasanya mungkin aku perlu edit semula report yang telah aku buat.. biasalah.. takkan nak tunggu semuanya sempurna .. yang penting aku sudah pun dapat menyediakan apa yang sepatutnya.. laporan yang diminta adalah sepanjang 6 muka surat sahaja.. tapi aku dah sampai 14 muka surat.. tunggu George komen isnin nie.. jika ok.. insyallah Jumaat depan aku akan kena present detail laporan itu nanti..

oklah.. masa untuk bersiap-siap untuk pergi lunch dengan kak haizan kat Mr T.. dan terus pergi kerja.. selepas itu kena hadiri pula majlis perjumpaan dengan pengarah Malaysian Student Department, MSD, En Ahmad Nazri Sulaiman dan juga Atache Pendidikan bagi kawasan Scotland, Puan Azimah Aziz. Ikutkan hati malas nak pergi.. tetapi kerana dapat email semua ajk sekolah malaysia glasgow kena hadiri perjumpaan tersebut kerana akan ada meeting dengan pengarah MSD berkaitan dengan sekolah malaysia glasgow.. minggu lepas semasa meeting sekolah.. aku telah dicadangkan untuk dilantik sebagai pengetua sekolah.. nasib aku tolak awal-awal kerana komitmen study yang kadang aku tak dapat nak bahagikan masa.. akhirnya asmaheran di lantik buat masa ini sebagai penolong pengetua.. sementara kak pah memegang jawatan tersebut.. eloklah.. as pun tak study.. ikut hubby study.. dia pun guru bahasa melayu sekolah menengah di malaysia.. sama seperti kak Pah.. aku?? walaupun boleh nak kendalikan jawatan itu.. namun komitmen study.. aku tak dapat nak terima.. biarlah jadi penyokong dari belakang sahaja.. setakat nak bagi pandangan tentang pengajaran dan pembelajaran.. sikit2 berdasarkan pengalaman insyallah ler.. so.. nanti aku fikir balik masa kerja nanti.. kalau rasa larat aku pergi perjumpaan itu.. cukuplah untuk memberi sokongan untuk sekolah malaysia glasgow..

Semalaman berjaga menyiapkan laporan.. teringat kata kak ramlah.. bila saat idea dan ilham itu datang untuk menyiapkan sesuatu.. kita ambil lah masa itu sekejap untuk menyiapkan.. kerana bila idea itu tiada dan buntu.. walau semalaman atau seharian kita mengadap Pc atau membaca.. hanya pandangan kosong dan bosan yang akan kita hadapi.. kadang seharian.. kadang berminggu.. kadang juga berbulan.. insyallah.. setiap sesuatu permasalahan itu ada penyelesaiannya.. aku sentiasa yakin dan sentiasa fikirkan yang positif insyallah.. aminn

p/s: ada orang tu kan.. suruh edit diagram tak letak warna.. yayang pun lagi teror bab-bab warna nie.. mama siap bagi 20 batang pensil warna -warni.. geram je.. tau tadi.. suh yayang je yang color diagram tu.. sure colorful..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin