Saturday, 2 February 2008

Salji turun akhirnya



Ku tulis nama atas salji yang memutih dan ku pegang salji yang sejuk...














Pagi tadi aku terjaga dari tidur dengan panggilan dari shima.. ajak aku ke carbot.. terus dia sound.. salji penuh kat luar.. dalam mamai-mamai bangun pagi.. aku terus menjenguk ke tingkap.. betul salji turun malam tadi.. ruginya tak bangun lebih awal.. jika tidak pasti aku dah ambil gambar banyak-banyak.. namun sempat juga aku ambil gambar di sebalik tingkap rumah ku.. seronok juga akhirnya salji turun .. alhamdullilah..


Pandangan dari tingkap hadapan.. salji memenuhi jalan .. bumbung rumah dan kereta

Di belakang rumah pula.. salji memenuhi tong-tong sampah dan laluan keretapi.. jangan tak tahu keretapi lalu belakang rumah aku.. hehehe


Aku tak jadi ke carbot.. mengenangkan banyak barang rumah dah abis.. aku ajak pakwe ke chung ying.. tapi dalam perjalanan menuju ke bus stop.. ku lihat queen park penuh dengan salji.. dan budak2 sibuk bermain gelongsor ais.. seronok dan teruja.. aku akhirnya ajak pakwe singgah ke queen park.. sambil ambil gambar.. seronok sungguh.. setelah setahun berada di Glasgow.. akhirnya.. glasgow diliputi salji putih.. sempat juga buat snow ball.. hehehe berangan nak pegang salji.. akhirnya aku pegang salji putih.. nasib baik aku ambil gambar pagi tadi.. balik sahaja dari chung ying... salji pun cair.. dan bukit yang tadinya memutih dah hijau semula.. sekejap sahaja.. syukur ambil gambar awal-awal.. kalau ikut cakap pakwe.. katanya esok-esok ada lagi.. ahh dah takde pun.. hanya sekali detik itu tadi.. walaupun sekejap.. tapi sungguh menyeronokkan.. masyallah.. betapa indahnya alam ciptaan Allah..
Salji memenuhi padang bola sepak di Queen park.. belum terusik dengan tapak kaki manusia.. kira aku yang rasmikan dulu...












Snow ball dijadikan batu peringatan dan diletakkan di tiang batu queen park.. hasil keje cik abang ku..
Antik juga kan




Farmer market di sepanjang pintu masuk ke Queens Park setiap sabtu..


Si anak kecil sedang mengumpul snow utk dijadikan snow ball..



Pandangan di sepanjang Queens Park.. keseluruhan padang dan bukitnya diselaputi salji putih..

Budak-budak dan mak ayah tengah main ice sliding... aku tengok jelah...









Inilah salji..
Bersih, putih, suci dan sejukk....

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin