Friday, 15 February 2008

Bayangan tanahair..

Sudah beberapa hari ini aku asyik teringatkan kampung halaman.. semenjak mimpi aku sampai di airport untuk balik ke malaysia.. bermula pagi itulah hati aku dah mula asyik teringat kampung.. teringat mak dan ayah.. teringat rumah yang ku tinggalkan di behrang2020.. teringatkan kampung mak dan abah di jelebu.. teringatkan wan di kg.. teringatkan kubur arwah nenek dan tok yang lama tak ku jejaki dan ku lawati.. ahh semua itu asyik bermain di fikiran.. apatah lagi rasa untuk balik sudah terlalu kuat dan tidak dapat ku bendung lagi.. apatah lagi beberapa rakan karib juga akan pulang ke malaysia di penghujung bulan ini.. membuatkan rasaku untuk pulang menjadi bertambah kuat..

Namun masih banyak perkara yang belum aku selesaikan sebelum pulang.. annual review pada penghujung bulan ini.. yang masih belum dipastikan lagi.. mungkin juga akan ditangguh hingga ke awal bulan 3.. laporan 6 muka surat perkembangan research ku.. permohonan untuk epu dan eprd yang perlu aku buat.. questionaire yang masih belum ku siapkan.. ahh banyaknya perkara yang perlu aku selesaikan.. kalau ikutkan hati.. mahu saja aku balik.. hari ini juga.. cukuplah untuk jumpa mak dan ayah... dan menatap wajah mereka.. dan memeluk mereka..hanya itu yang aku mahu lakukan ..

entahlah.. kadang ada insan lain yang mungkin tidak pernah kisah akan soal keluarga bila berada di luar negara.. namun bagiku.. walau dimana bumi ku pijak.. hatiku sentiasa ada pada mak dan ayah.. memanglah boleh bertanyakan khabar berita menerusi telefon namun.. aku sudah biasa sejak dari dulu.. menjenguk mak dan ayah setiap bulan.. menjadi rutinku untuk pulang ke kampung.. apatah lagi bila aku tension.. bosan dan tertekan.. berjumpa dengan mak.. meluang masa berbual dengannya sudah cukup untuk membuatkan hatiku lega sedikit..

masa berlalu sungguh pantas.. setahun sudah berlalu.. sudah bertahun lamanya ku rasakan perjalanan studyku.. dari sejak zaman sekolah rendah.. hinggalah sekolah menengah.. masuk ke matrikulasi UKM.. setahun di KL dan setahun di kuala pilah.. sambung ijazah IT di UKM .. melanjutkan master di edinburgh.. dan akhirnya sampai ke sini Uni. of Strathclyde, Glasgow. Ijazah tertinggi dalam bidang pengajian.. namun untuk memperolehinya.. tidaklah semudah yang disangka.. amat jauh berbeza dengan laluan ketika ijazah dan master dulu.. hanya perlu baca buku.. study utk exam.. buat assignment.. buat presentation.. namun PhD.. tiada itu semua.. tapi memerlukan penjelajahan dan penerokaan bidang ilmu.. pengetahuan.. yang kadang tiada penghujungnya.. lagi banyak yang dibaca.. makin banyak pula yang kita rasa kita tidak tahu.. makin banyak juga yang kita keliru.. dan kadang rasa rendah diri wujud betapa banyak sungguh perkara yang kita tidak tahu.. walaupun selama ini sudah hampir 10 tahun aku mengajar bidang ilmu IT.. dari peringkat matrikulasi.. sijil.. diploma.. ijazah dan master.. kadang bila difikirkan.. betapa luasnya ilmu pengetahuan itu.. sudah 100 jurnal dan artikel yang ku baca.. untuk menyiapkan literature review.. namun setiap hari jua aku jumpa ilmu dan jurnal yang baru.. itulah pencarian ilmu tanpa sempadan..

Dulu semasa mula mencari ilmu.. ilmu itu diberikan oleh guru.. disampaikan dengan cara visual dan verbal.. dengan mengambil nota dan meghafal setiap baris ayat.. setiap makna.. dan setiap proses.. bila sampai masa exam.. diluahkan dan ditulis semula.. dalam bentuk ayat yang kita ingat dan fahami.. namun.. kini bila peringkat ilmu ini pula yang dicari.. ilmu bukan lagi diberikan oleh sesiapa.. tapi ilmu itu perlu kita cari sendiri.. pengetahuan dan rangka proses perlu dicipta.. koding pengaturcaraan perlu dibina dan difahami.. sistem perlu dibangunkan.. makna dan pengertian perlu difahami dan ditulis semula dalam bentuk pemahaman yang kita sendiri lakarkan ayatnya.. mengaitkan 2 teori sahaja.. konstruktivism dan multiple intelligence terutama yang memfokus pada visualization.. dan mengaitkan dengan realiti maya sudah cukup memeningkan kepala aku.. apatah lagi perlu memahami konsep mental model.. kerangka kerja yang perlu dibina.. methodologi yang perlu diketahui.. sudah cukup kadang membuatkan aku teraba-raba yang mencari apa yang sebenarnya hendak aku kaji.. yang hendak aku buktikan.. yang hendak aku capai.. kadang rasa terlalu sedikit yang aku tahu.. kadang rasa tidak tahu yang mana perlu aku ambil tahu.. namun itulah pencarian ilmu

Teringat kata pakwe.. Phd ini pencarian ilmu.. ilmu tu kena kita cari.. kena kita kaji.. kena banyak membaca.. melihat.. memanglah aku tidak nafikan sama sekali.. namun.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

Insyallah.. aku sentiasa yakin.. dimana ada usaha di situ ada daya.. sentiasa berfikiran positif.. sentiasa ingat yang kita mampu lakukan.. sentiasa mendoakan dan membayangkan yang terbaik.. apa pun.. setiap sahabat yang aku ada.. alhamdullilah... aku punya kawan dan sahabat yang sentiasa menyokong perjalanan hidup.. jika ada suami atau isteri iaitu pasangan kita memanglah satu bonus.. namun kadang kita tidak mampu meluahkan semuanya.. kadang hanya sahabat yang lebih memahami.. dan keluarga juga... mak dan ayah adalah insan yang paling dekat dengan kita.. walaupun kita dah berkawin dan beranak pinak sekali pun.. mak dan ayah lebih mengetahui diri kita sebenarnya.. kerana merekalah yang melahirkan kita.. mereka juga yang membesarkan kita.. manusia memang berubah apabila dewasa.. namun bagiku.. doa mak adalah doa yang paling aku percaya keberkatannya.. walaupun aku sudah berkahwin.. doa mak sentiasa menjadi harapanku.. kadang bila tension .. mak juga tempat mengadu.. mak juga yang kita minta mendoakan kebahgiaan..

Insyallah.. semoga Allah permudahkan perancanganku.. semoga aku dapat pulang jumpa mak dan ayah.. hatiku terlalu rindu sebenarnya.. orang lain mungkin rasa .. ahh tidak ada apa makna rindu itu.. namun padaku.. selagi mereka ada dan bernyawa.. selagi itu aku perlu laksanakan tanggungjawab.. selagi itu aku mahu membahgiakan mereka.. kerana bila mereka sudah tidak ada.. ketika itu tidak ada apa lagi yang dapat kita lakukan.. kadang ketika ini aku sering teringat arwah nenek.. teringat suatu ketika bila dia masih ada.. aku akan sentiasa balik kg dan jumpa arwah nenek.. kadang hanya untuk mendengar cerita.. kadang hanya untuk merasa air kopinya.. kadang hanya untuk menghulur duit belanja.. teringat juga.. kala saat akhir aku memandikan arwah nenek diberanda rumah.. dan saat aku menatap wajahnya kali terakhir sebelum kain kapan menutupi wajahnya.. dan saat tubuh arwah nenek ku lihat buat kali terakhir diliang kubur.. dan saat tanah terakhir dikambus.. dan kayu nisan ditegakkan.. ketika itulah aku faham makna ibu dan ayah... dan waktu itu juga aku rasa bagaimana rasa kehilangan.. semasa memandikan arwah nenek.. aku terfikir sejenak.. bagaimana insan yang aku mandikan ini adalah mak... berderai airmataku mengenangkan andai saat itu tiba buat ku.. dapatkah ku tahan airmataku.. dan dapatkah aku menerima pemergian mak satu hari nanti..

Teringat kata mak ngah ku ketika itu.. kini mak ngah dah jadi anak yatim piatu.. tiada mak dan ayah.. dan sejak itu jugalah aku berjanji untuk membahgiakan mak dan ayah ku.. kerana.. aku sudah lihat dan rasa bagaimana ayahku kehilangan mak yang melahirkannya dan ayah yang membesarkannya.. walaupun ku lihat ayah begitu tenang menghadapi semua yang terjadi.. namun dari riak wajahnya.. aku tahu ayah begitu sedih dengan pemergian arwah nenek.. dan aku.. hanya aku satu-satunya cucu perempuan yang memandikan arwah nenek dahulu.. dan hanya emak sahaja dikalangan menantu yang memandikannya.. hanya aku dan mak sahaja dikalangan keluarga yang memandikan arwah nenek.. namun sehingga bila-bila aku takkan lupa.. pengalaman itu.. perasaan itu.. kehilangan.. kesedihan..

Teringat juga hari pertama aku berpindah ke rumahku yang dahulu di bowman street.. selepas hampir 10 hari menumpang di rumah mas.. hari pertama dan malam pertama aku tidur di rumah itu.. malam itu juga aku mimpi bertemu dengan arwah nenek.. teringat aku bagaimana arwah nenek duduk disebelahku.. dan aku masih ingat bagaimana aku memeluknya seerat-erat mungkin.. sambil mengatakan aku rindu pada nenek.. ina dah lama sangat tak jumpa nenek.. hingga ke saat aku menulis ini.. aku masih seolah terasa betapa eratnya pelukan arwah nenek ketika itu dan bagaimana manisnya senyuman dia saat itu.. dan sebenarnya setiap kali aku menziarahi kubur arwah nenek.. setiap kali itu juga airmataku pasti akan mengalir.. mengenangkan kenangan aku dan arwah nenek.. mengenangkan kata nasihatnya.. teringatkan katanya yang lemah lembut..

Sememangnya sudah sampai masa untuk aku pulang.. bebanan dihatiku banyak yang perlu aku selesaikan.. banyak juga yang perlu diuruskan.. semoga Allah mudahkan segalanya.. aminnn

2 comments:

Anonymous said...

Mama sabar22 ya, Cuba amalkan doa Surah Al InshiraH 94 baca 3 x & Ayat Seribu Dinar setiap hari kali bangun pagi nk p mulakan study or kerja. Insyallah tuhan akan permudahkan study, ilmu akan masuk dgn mudah, hati akan tenang & tabah , murah rezeki serta apa yg kita lakukan akan menjadi mudah.Yyg sokong mama 1000%.Semoga semuanya berjalan lancar.Berkatila usaha mama selama ini Amin ya Allah amin. Moahsss mama yyg cyg cgt mama luv u

Anonymous said...

Sorry mama , ada termiss psl doa tu semua kena amal kan baca 3 kali .
1. Surah Al Inshirah 94 - Baca 3 kali ( http://sity29.blogspot.com/2005/09/surah-al-insyirah-doa-lapangkan-hati.html)

2. Ayat Seribu Dinar - Baca 3 Kali (http://amalan.ahrasis.com/bilma'na/9.%20Ayat%201k.pdf)

Luv u mama moahsss

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin