Saturday, 23 February 2008

Perjumpaan dengan Pengarah MSD





Semalam ada perjumpaan dengan pengarah Malaysian Student Department, MSD, En Ahmad Nazri Sulaiman dan juga Atache Pendidikan bagi kawasan Scotland, Puan Azimah Aziz. Mulanya malas juga nak pergi.. tapi pergi jugalah untuk memberikan sokongan pada komuniti di sini..

Aku sampai pun dah lewat hampir 6.40ptg.. habis kerja semalam pun lewat kerana masuk lewat.. hehehe makan tengahari di MRT dengan kak haizan sampai lupa masa.. bukan apa orang baru lepas solat jumaat kan.. so lamalah menunggu makanan.. Ketika aku sampai, rupanya mereka belum sampai lagi. Jika diikutkan masa perjumpaan bermula pukul 5.50ptg.. kerana berlaku traffic jam yang teruk di city centre.. mereka sampai agak lewat juga.. hampir 7.15 ptg.. nasib juga sampai lewat.. jika tidak jenuh juga nak menunggu..

Perjumpaan itu adalah diantara pelajar-pelajar dan penyelidik (PhD).. mereka nyatakan hasrat untuk meminta pelajar Phd di sini untuk mengadakan seminar bagi membentangkan semua penyelidikan yang sedang dibuat oleh penyelidik di sini... bagus juga.. sekurangnya ada juga pengkongsian ilmu dikalangan penyelidik dan pelajar.. boleh menambah ilmu dan membuka minta.. teringat isu yang dibangkitkan oleh pengarah MSD.. tentang cetas cetus.. bahawa ada pihak yang mempersoalkan hasrat kerajaan untuk menghantar pelajar-pelajar ke luar negara.. dimana dikatakan kebanyakan pelajar ini apabila pulang.. kebanyakkan mereka tidak mempunyai methodologi kajian yang cukup kuat.. hanya banyak melibatkan quantitative research dan tidak menekankan qualitative research.. terfikir juga dengan isu yang dibangkitkan ini.. namun dijawab oleh abg shah.. sebenarnya soal kajian sesuatu bidang itu.. kekuatan itu bukanlah ditentukan oleh pihak luar.. bila individu itu nanti Viva.. isu itu sepatutnya dipersoalkan semasa sesi viva berkenaan..

Tapi pada aku.. bukanlah soal dimana kajian itu dibuat yang sepatutnya dipersoalkan.. walau dimana pun di malaysia ke.. di UK ke.. di new zealand ke.. di australia ke.. mana jua.. setiap bidang ada kepakaran masing-masing.. ada kelebihan masing-masing semuanya terpulang pada school of taught supervisor dan university berkenaan.. kita tidak bolehlah pukul rata kata semua pelajar kat UK nie tak tahu nak buat methodologi kajian... dan hanya pelajar yang study di Malaysia sahaja yang strong dalam bab berkenaan.. setiap kajian.. setiap university mempunyai kekuatan masing-masing.. dan setiap supervisor bagi penyelidik itu mempunyai cara masing-masing dalam melaksanakan kajian.. jangan pula kita pandai-pandai nak menyamakan dengan cara kita.. berdasarkan pengalaman aku sendiri yang melihat ramai kawan-kawan dan senior yang membuat PhD masing-masing ada pengalaman masing-masing.. ada yang berjaya.. ada yang tidak.. tak kira sebenarnya di Malaysia ke di UK ke.. teringat kata En. Khairul.. sekarang timbalan dekan di fakulti ftmk tempat aku kerja.. sebelum aku pergi sambung PhD.. en khairul dah pesan pada aku.. sambung Phd ini.. 50% adalah usaha dan 50% lagi adalah ketentuan tuhan.. teringat juga pesan kak ramlah.. lina.. jika ada rezeki kita.. insyallah kita pulang dengan Phd dan berjaya menamatkan study kita.. tapi kita usahalah setakat mana yang kita dapat.. dan bertawakal.. sebab inilah perjuangan terakhir diperingkat pengajian yang perlu kita buat.. kadang bila mendengar cerita rakan yang berjaya.. yang gagal.. yang tergantung.. yang tidak selesai.. banyak mengundang rasa yang pelbagai.. namun aku ambil pendekatan.. fikir yang positif.. tak perlu fikir yang negatif itu.. tanamkan bahawa insyallah kita boleh buat.. bila rasa down je.. fikir yang baik-baik.. bayangkan yang kita dapat laksanakannya..

Teringat semasa Kak Yah datang untuk konvo PhD nya pada tahun lepas.. seronok sungguh rasanya melihat orang yang telah selesai PhD dan akhirnya graduate.. tapi bila mendengar cerita kak yah.. dia juga tamat Phd dalam tempoh masa 4 tahun.. selesaikan semua correction di sini sebelum pulang.. dan akhirnya berpeluang untuk datang konvo.. ketika itu aku rasa sebenarnya ia tidak mustahil.. dan ya.. ketentuan tuhan dan rezeki yang telah Allah tentukan untuk kita.. sebenarnya setiap sesuatu yang berlaku itu Allah dah tentukan.. cuma kita perlulah berusaha dan bukanlah goyang kaki.. biasalah jika kita teralpa.. terleka.. terabai.. tapi harus jugalah beringat..

Insyallah.. jika ada rezeki aku nanti.. dan ketentuan Allah.. aku juga boleh berjaya seperti kak yah.. melihat dia konvo dengan baju konvo Phd.. dengan semangat.. membuatkan aku yakin bahawa tidak ada yang mustahil di dunia ini.. yang penting kita perlu yakin dan perlu juga berusaha.. insyallah..

2 comments:

Anonymous said...

Hi, look here

iina said...

Hati-hati.. link here to spyware.. klik akan pop-up ke spyware page..

aku dah klik.. tapi nasib dah ada pengalaman dulu.. terus klik ctrl alt del terminate page tu..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin