Monday, 18 February 2008

Pengorbanan dan kebahagiaan

Sudah beberapa hari ini aku asyik memikirkan 2 perkara ini.. sejak perkara ini aku bangkitkan semasa berdebat dengan seorang kenalan di sini.. aku pula terkena tempias asyik memikirkan.. Namun terpulanglah pada diri masing-masing untuk menentukan hala tuju sebuah keluarga.. setiap orang ada cara mereka.. aku nak komen panjang pun.. buat pening kepala je.. tapi kadang-kadang melihat buat aku jadi simpati ..

Tapi itulah kehidupan.. kadang bila study dibila sudah berkeluarga ini.. banyak perkara yang perlu dikorbankan.. dan perlu difikirkan.. tanggungjawab tetap tanggungjawab.. tapi kadang-kadang ada orang yang merasakan.. study menjadi perkara pertama tapi keluarga tinggal tempat kedua.. bukanlah aku nak mengatakan study itu tidak perlu.. tapi.. kadang.. rasa pelik juga.. study PhD nie bukan macam ijazah atau master dulu.. PhD ini banyak menulis dan banyak menyelesaikan sesuatu.. kadang kita perlu mencari penyelesaian yang kadang berbulan-bulan nak selesai.. aku nie dah masuk setahun.. ini pun masih tercari-cari apa sebenarnya yang hendak kita kaji.. selama ni dah tau dah.. tapi bila kita dah mula nak memfokus apa yang hendak dikaji.. jumpa pula elemen atau komponen lain yang kita terlepas pandang sebelum ini.. terpaksalah pula kita study elemen berkenaan..

kini bila mula untuk menyiapkan laporan setahun yang hanya memerlukan 6 muka surat pun aku dah pening kepala nak susun ayat.. rasa dah yakin dengan semua yang hendak dilaporkan.. tetapi bila membaca lagi artikel yang dah berpuluh kali aku baca..terfikir pula ada elemen lain yang terpaksa aku fikirkan.. terfikir pasal framework lah.. pasal usability elemen lah.. evaluation quantitative dan quanlitative.. macamana nak buat lah.. nak approach responden peringkat mana yang lebih sesuai lah.. mula ingat nak ambik tahun 1 atau 2.. tapi bila study courseware itu semula.. rasanya tahun 3 lebih sesuai untuk diuji.. terfikir juga untuk membuat kesahan questionaire.. hari ini kerja pun kepala asyik memikirkan perkara berkenaan dengan evaluation study.. maklumlah bila buat evaluation yang berkaitan dengan education.. masih banyak persoalan yang perlu dijawab.. nampaknya minggu ini aku kena pergi bertanyakan pendapat dengan abg shah dan nordin untuk mendapatkan idea bagaiman penilaian hendak aku lakukan apabila melibatkan kanak-kanak ini.. bila kena perkara seperti ini kadang rasa rendah diri juga.. banyak sungguh perkara yang kita tidak tahu.. namun.. prinsip aku.. kalau tak tahu kenalah tanya.. dan kenalah banyak membaca..

Namun berbalik pada soal pengorbanan.. biarlah.. ikut masing-masing untuk mencorakkan hidup masing-masing.. aku dah malas nak masuk campur lagi.. kita hanya mampu memberikan pendapat.. kalau rasa tak sesuai dan tak nak terima.. tidak menjadi persoalan pada aku pun.. lagipun bukan aku yang susah akhirnya kan.. yang penting.. aku tahu apa yang terbaik.. dan yakin yang aku pasti dapat selesaikan dan hadapi semua dugaan dengan cara yang termampu dengan keizinan Allah.. insyallah..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin