Thursday, 21 August 2008

Selsema dan Perjuangan

Hari ini selepas kerja aku ke CIS.. ketika menunggu bas 44 untuk ke city centre aku terima SMS ini

How r u? I did not see u many days. U are not well? Hope u get well soon. Someone miss u ;)

Aku tersenyum panjang.. hehehhe.. sampai kak Ina yang duduk sebelah aku tegur.. "Sms dari siapa Na"

"Alah kawan baik ler kak sapa lagi"

"Suthanya ke?"

"Ahah dialah" Lalu aku tunjukkan sms itu kepada kak Ina..

Rindu pulak minah nie dengan aku.. yelah dah 4 hari aku tak ke CIS.. sejak Jumaat lepas.. sebab demam. Selasa pula aku ke universiti tetapi aku ada kelas pagi itu hingga ke pukul 3.30ptg.. sepatutnya aku rehat selama 1 jam untuk makan tengahari.. tetapi malangnya student yang ada di situ tak nak rehat.. tension ye aku.. terpaksalah aku melayan kerenah mereka.. ada yang nak buat assessment ler.. nak minta aku tunjukkan solution ler.. nasib baik juga aku bawa sushi yang aku beli dari tesco.. aku hanya makan di dalam lab sahaja.. penat dan letih usah dikatalah.. Lagipun memandangkan kelas yang terakhir.. dengan bilangan pelajar yang 11 orang itu.. macam-macam kerenah.. email tak success ler.. formula tak reti guna ler.. insert picture tak boleh ler.. photo tak appear ler.. terkejar-kejar aku dari satu meja ke meja yang lain.. uihh.. membuatkan aku teringat zaman muda-muda masa mula mengajar dulu (macam ler dah tua bebeno ye). Apa juga.. tua pada umur.. tapi muda dihati hehehe..

So aku pun reply sms Suthanya.. "I'm on my way to university. I know you miss me. So you have to buy me lunch today"

Tak lama bas pun sampai.. dan aku panjangkan langkahku ke CIS selepas beberapa hari menghilangkan diri.. sempat jugalah aku buat minuman hot coklat dan instant sweatcorn sup yang sedia ada dalam laci study aku.. melayan jugalah kerenah Suthanya sekejap.. berbual seketika.. katanya dia bosan kerana hanya dia dan Richard sahaja di bilik.. Mas sedang bercuti mengelilingi eropah selama 2 minggu mengikuti tour Kelana Convoy. Aku pulak badan tak berapa sihat sangat.. so aku lebih banyak duduk di rumah study dari rumah sahaja.. bukan apa sebab bila tenghari je mesti badan semacam je.. batuk dan selesema menjadi-jadi.. sebab itu aku lebih suka duduk di rumah.. at least kalau nak cari ubat semua ada di dapur..

Seperti aku katakan tadi.. tengahari je.. batuk dan selsema aku datang balik.. waaa tensen ye aku.. tahan tak tahan.. akhirnya aku ambil keputusan balik rumah.. bukan apa tiba-tiba kepala menjadi terlalu berat.. dan rasa mengantuk datang tanpa boleh ditahan-tahan lagi.. aku seolah-olah mamai sangat.. aku ucapkan selamat tinggal kepada Suthanya dan aku terus balik ke rumah.. sedang menunggu dan duduk dalam bas pun aku boleh terlelap.. aku betul-betul tak tahan.. pelik sebab rasanya aku tidak mengambil sebarang ubat selsema.. yang jenis mengantuk tu.. tapi rasa mengantuk itu terlalu kuat.. sampai rumah.. salin baju.. aku terus tidur.. dengan tak makan tengahari.. aku lena hampir ke pukul 3.00ptg.. masa untuk pergi kerja.. aku gagahkan diri juga.. esok aku harus berikan jawapan untuk keputusan aku kepada John.. sebab itu aku gagahkan diri juga.. andai esok aku berhenti.. sekurang-kurangnya aku tidak mengambil kesempatan untuk ponteng kerja.. aku bukan jenis yang main tinggal kerja begitu sahaja.. aku lebih suka cara baik.. kalau nak berhenti pun.. biar semua pihak puas hati.. aku tidak mahu bertindak terburu-buru.. Insyallah.. esok aku harus putuskan keputusan itu..

Esok juga merupakan hari terakhir James di Legal House.. dia akan berpindah ke Edinburgh.. tidak ada lagi kawan yang berbual dan rajin bertanya tentang aku lagi di legal House.. sedih juga.. selama hampir setahun di situ.. Jameslah satu-satunya yang sering tegur aku.. kadang kala siap tinggalkan makanan lebihan daripada kursus latihan yang dijalankan untuk aku.. tiada lagi lah kata-kata "How you doing Lina" yang saban waktu aku dengar dari James.. kadangkala bila letih.. melihat muka James yang sentiasa tersenyum mampu membuatkan aku sedikit lega dan tersenyum.. Perpindahannya ke Edinburgh menyebabkan aku bakal kehilangan seorang rakan yang baik.. namun aku pasti itu adalah untuk kebaikannya.. dia sudah bosan berulang-alik setiap hari.. kos perjalanan yang hampir ratusan setiap bulan.. keletihan dan masa yang terbuang oleh perjalanan yang jauh.. kini semua itu dapat dielakkan dan dijimatkan. Aku tumpang gembira untuk James.. tadi juga James ajak aku dinner malam esok.. katanya esok malam selepas waktu kerja dia dan beberapa staf di Legal House akan keluar minum di Pub.. Katanya selepas waktu kerja.. lagipun aku tamat kerja pukul 6ptg.. mereka mungkin keluar lebih awal lagi.. serba salah juga untuk menolak pelawaan itu.. tapi memikirkan untuk masuk ke Pub.. melihat mereka minum arak.. wine.. champagne.. beer.. whisky.. membuatkan aku lagi serba-salah.. pening kepala aku bila terpaksa berhadapan dengan situasi begitu.. pengalaman dinner di sebuah pub di Aberdeen semasa konferens tahun lepas sudah cukup bagi aku.. itu belum lagi mata yang memandang sinis.. seorang gadis muslim bertudung masuk Pub.. itu sudah tentu.. sudah banyak insiden minum arak ini aku hadapi.. semasa majlis x'mas party tahun lepas juga.. air-air ini juga disajikan.. baik di legal house dan juga di universiti (di bawah department learning services untuk meraikan kami yang menjadi tutor). Namun jika ikutkan hati aku memang teringin untuk pergi atas dasar meraikan perpindahan James itu.. lagipun dia rapat denganku.. kalau orang lain.. jangan haraplah aku nak pergi.. tapi.. aku tak pasti.. kemungkinan besar untuk aku pergi mungkin tidak akan terjadi.. mungkin sekadar aku ucapkan selamat maju jaya sahaja petang esok.. semoga kami berjumpa lagi.. Kawan datang dan pergi kan.. tapi kenangan bersama mereka sentiasa ada di sanubari..

Aku terlupa.. pagi tadi aku terima satu email daripada kak Ramlah memaklumkan kemalangan yang dihadapi oleh seorang rakan di tempat kerja di Malaysia. Kami sama fakulti. Suaminya meninggal dalam kemalangan itu.. dan dia sendiri juga sedang dirawat.. Innalillahirojiun.. Semoga arwah suaminya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.. Sedih mendengar perkhabaran ini.. rasanya mereka berkahwin dalam tempoh kurang dari 5 tahun.. mendengarkan perkhabaran begini, membuatkan aku terfikir juga.. andai itu yang terjadi pada diriku.. bagaimana pula penerimaanku.. Takziah untuk keluarga Asma Hanee..

Apa juga kehidupan harus diteruskan.. Jodoh, pertemuan, hidup dan mati adalah hakikat yang harus dihadapi oleh semua yang hidup.. itulah dugaan dan cabaran kehidupan.. adakalanya duka nestapa.. gembira ceria. Semua itu untuk menguatkan semangat kita.. meneruskan kehidupan.. berjuang menuju kejayaan.. kemanisan kejayaan itu lebih bermakna jika semua dugaan dan cabaran itu kita mampu lalui dengan sekuat dan secekal mungkin.. Dulu aku juga pernah menangisi kehidupan dan nasib diri.. tapi bila tahun berganti.. dan masa berlalu.. rasa-rasa itu sudah menjadi terlalu tepu dan lali.. putus asa.. alhamdullilah hingga kini masih belum mampu singgah kekal dalam diri.. hanya sekali sekala ia singgah sementara dan aku jadi hanyut seketika.. itu lumrah sebagai insan biasa.. tidak sentiasanya kita kuat dan cekal.. tapi bila leka dan alpa.. aku syukur kerna punya sahabat, teman, kekasih dan keluarga yang sentiasa mengingati dan menyokong setiap perjalanan itu.. kadang tidak dinafikan aku juga jatuh dan rasa tidak mampu bangun lagi.. tapi melihatkan dan mengenangkan bahawa semua itu ada hikmahnya.. ada sebabnya.. ada alasannya.. aku teruskan juga kehidupan.. teruskan juga senyuman.. teruskan juga perjuangan.. kadang singgah juga rasa dan fikiran yang cuba merobek harapan dan meruntuhkan semangat.. namun.. cuba sedaya mungkin untuk disingkirkan..

Insyallah.. kuatkan semangat.. fikirkan yang manis dan keindahan.. aku tepis kekusutan dan segala yang buruk untuk singgah kekal dalam diri.. Insyallah.. buat semua sahabat.. teruskan hidup.. cekalkan jiwa.. kuatkan semangat.. kita teruskan perjuangan.. teruskan impian.. dan terus mengejar harapan..

8 comments:

zura aini said...

kawan yang baik adalah kawan semasa susah dan juga senang.
Kawan saya akan ke Leeds bulan depan, husband & wife buat pHD kat situ. Nanti saya confirm balik dengan dia,kalau betul iina boleh tambah kawan baru, wife dia saya tak kenal tapi kawan ni buat master sama saya.

iina said...

zany.. saya ok je.. saya pernah ke leeds dulu.. tak jauh dari leed iaitu bradford ada kawan sama fakulti, study disana.. insyallah boleh je kalau nak tambah kenalan kan ;)

raihan hassan said...

smoga dh ok..siannye kwn tu iina..agak2 aku knl tak dia ne..moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..amacam trip ke sheffield?jom ler...

iina said...

rusdi.. rasanya ko tak kenal sebab dia lecturer baru..tulah sedih dgr cite..

Trip insyallah.. lepas raya ler.. leh aku rasa ko masak (hehehe ann yang masak ler tu) special untuk kami ;).. tunggu keta baru aku hehehe.. baru ke. cik abg tu sibuk nak beli keta.. dr ari tu tak nampak byg lagik.. ada nanti sampai ler aku kang ;)

julietchun said...

N3 nih aku kategorikan dalam Muhasabah diri,kalo DR.Tuah/Datuk Fadilah Kamsah bc nangis dorang,tkt takleh cr mkn lg bila iina blk Mesia nti :D Chaiyoook.

MaDaM LiEzA said...

yang paling menyayat hati .. arwah sempat selamatkan anak dia yg berusia lebih kurang setahun dengan menghulurkan anaknye depada org ramai walaupun arwah tersepit masa tu .... sebelum arwah dan isteri ditenggelami air dlm terusan wan mat saman

MaDaM LiEzA said...

sori akak tiba2 mencelah.... saya selalu gak view blog akak... saya Lieza PPQ kat UPSI....saya kenal akak mngkin akak tak berapa cam saya

iina said...

julietchun> diorg masih leh cari makan.. muhasabah diri tu utk diri sendiri je.. paling2 tidak pun utk stud kat upsi ;)

lieza> thanks lawat blog akak.. camna leh jumpa nie ekk hehehe.. sedihnya dengar cerita tu sebab akak tak tau cite penuh sgt hanya email dr kwn akak je.. thanks again

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin