Saturday, 23 August 2008

Cinta dihatimu

Semalam kami berbual panjang tentang kehidupan.. setelah sekian lama menghilangkan diri dari ruangan bilik itu.. Kesempatan itu kami gunakan untuk berbual seketika.. Agaknya dia rindukan perbualan harian kami.. telah beberapa hari aku tiada di bilik itu.. pastinya dia rasa bosan dan dikesempatan itu entah bagaimana sahabat baikku seorang ini membangkitkan persoalan cintanya padaku.. katanya selama ini dia begitu malu dan takut dengan lelaki.. malu untuk mengenali mereka.. segan.. dan acapkali jua ingin melarikan diri..

Ku katakan padanya.. berkawanlah dulu.. ibaratkan bagaimana dia mula mengenaliku.. pastinya pandangan pertama itu berbeza.. lalu komennya tentang diriku pada pandangan pertamanya.. katanya aku terlalu serius.. raut mukaku begitu serius.. aku ketawa.. aku katanya ini bukan kali pertama aku mendengarnya.. sudah kerap kata-kata ini diucapkan kepadaku.. lantasku katakan.. nah.. itu penilaianmu kali pertama.. tetapi pabila kita sering bersama.. dan masa berlalu.. kita jadi rapatkan.. dan kini aku pasti dia lebih mengenali sifatku.. dan juga tidak mustahil dia akan jatuh cinta denganku.. mulanya aku sahaja menguji.. tapi bila berulangkali ku katakan.. "Do you think you will fall in love with me? if I'm a guy?" lalu dibalas dengan anggukan kepalanya.. lalu ku katakan begitulah rasa cinta mampu hadir.. bila kita rasa selesa..rapat.. seronok.. tidak mustahil rasa cinta itu mampu ada dalam diri.. semuanya mengambil masa..

Untuk mencintai sudah tentu ambil masa.. ia tidak mungkin berlaku sekelip mata kecuali cinta pandang pertama.. aku sendiri tidak pasti pengalamannya.. kerana aku sendiri tidak pernah ada satu cinta yang mampu ku katakan pandang pertama dan terus jatuh cinta.. selalunya cinta yang pernah hadir mengambil masa.. aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta.. tetapi aku mudah jatuh cinta bila mengenali seseorang sekian lama.. mengenali hati budinya.. sikapnya.. tingkah lakunya.. pendiriannya..

Aku faham.. setiap yang ingin bercinta dan mencintai pastinya ada ciri-ciri yang diletakkan pada insan yang ingin dicintai.. tapi percayalah.. padabila jatuh cinta kadangkala tidak semua ciri-ciri itu dipenuhi sepenuhnya.. mungkin sebahagian sahaja.. mungkin sedikit sahaja.. mungkin juga tidak ada satupun diantaranya.. namun mungkin juga memenuhi semua ciri itu.. tapi mencari kesempurnaan ke semua ciri itu tidak semudahnya..

Cinta memerlukan pengertian.. perlukan pengorbanan.. perlukan restu... perlukan kejujuran.. perlukan keikhlasan.. perlukan juga persefahaman.. dan perlu juga ada keselesaan.. Apa juga definisi dan keperluannya.. itu pasti berbeza bagi setiap mereka..

Aku katakan pada sahabatku.. janganlah terlalu lama menantikan cinta.. jangan juga terlalu memilih-milih dan berkira-kira.. andai jumpa yang sesuai dan selesa di mata dan hati.. mintalah restu keluarga.. pasti kita semua mahukan kesudahan yang bahgia dan baik untuk kehidupan masa depan.. aku ulangi kata-kata perliku padanya.. jangan tunggu umur 60tahun untuk bercinta Suthanya.. nanti aku sudah terlalu tua untuk ke majlis perkahwinanmu.. aku tidak mahu bertongkat ke situ.. ku katakan begini kerana dalam gurauannya.. dia katakan dia mahu berkahwin dalam usia 50 atau 60 tahun.. aduisss kawan aku sorang nie.. nak kawin dah tua-tua pulak.. ;)

Berulangkali juga ku katakan padanya.. jangan mendoakan dan mengatakan sesuatu yang tidak elok untuk diri sendiri.. kerana dia sering kata tiada sesiapa ingin bercinta dengannya.. nanti dah tua baru nak kawin.. dah bertongkat baru nak naik pelamin (siap dengan gaya nenek tua terbongkok-bongkok berjalan dia tayangkan depanku) aku tergelak-gelak sambil menggeleng kepalaku melihatkan lakonan kawanku sorang nie.. selalu juga aku ingatkan.. katakan yang baik-baik sahaja, kata-kata itu adalah doa.. With God willing.. I believe you will meet someone who will love you.. take care of you.. be with you.. and stay with you forever.. aku sering doakan yang terbaik untuknya..

Apa juga cinta di hati setiap insan punya tafsiran tersendiri.. punya makna dan erti sendiri.. aku juga punya definisi cinta yang sendiri.. walau apa juga ertinya cinta di hati punya pemiliknya.. Cinta di hatimu milik siapa? Pasti anda semua ada jawapannya..

Cinta...

Adakala sukar untukku ertikan maknanya..
Bahgiakah aku dengan rasa cinta ini..
Gembirakah aku..
Tiada siapa yang mampu mengupas makna disebaliknya...

Kasih..

bersama rasa cinta kau wujud bertakhta..
mengetok pintu hatiku..
dengan rasa cinta bertaut indah..
ku usap wajah indah mu..
dan ku peluk hatimu...
bersama rasa kasih dan cintaku
dengan impian yang menggunung agarku tetap bersamamu
hingga ke akhir hayatku di sisimu..
dari dulu, kini dan buat selamanya..

Sayang...

ucapan itu ku sebut saban hari..
kerap ku tanya untuk ku tahu hatimu..
ikhlaskah kau menyayangi ku..
selebar dan seluas manakah sayangmu..

wahai kekasih..

mampukah kau gambarkan pada ku..
supaya resah dihatiku tidak terus beraja..
dan keyakinanku pada rasa sayangmu akan sentiasa utuh disanubari..

Cinta.. kasih.. dan sayang..

ku cuba gabungkan semua rasa itu..
supaya dapat kusebatikan
dalam hati dan sanubari..
dan tinggal kekal bersama jiwaku ini..
mungkinkah ia dapat ku satukan.. dapatkah
atau hanya dapat ku gapai salah satu darinya sahaja...
adakah begitu.. ku harap tidak..
biarlah yang ku sangka panas sepanjang hari akan kekal begitu..
dan biarlah hujan datang keesokkan harinya..
ku panjatkan doa kepada-Nya..
agar rasa itu akan kekal bersama dalam hidup kami...
jua dalam hidup semua insan yang bergelar manusia...
dan bersemadi kukuh dalam diri sahabat-sahabatku..
yang ku anggap kawan baik buat selamanya....

Sajak iniku tulis pada awal bulan disember 2005.. hampir 3 tahun sajak ini ku simpan kemas dalam entri sebuah blog yang dirahsiakan.. pernah aku paparkan seketika.. dan ada juga pernah membacanya sebelum ini.. entah mengapa kali ini aku ingin kongsikan rasa hatiku ini setelah sekian lama..

Cinta, kasih dan sayang.. aku pasti ada yang mengerti hatiku.. hanya mampu ku katakan.. rasa-rasa itu tetap kekal ada di hati..

3 comments:

julietchun said...

Aku pernah terluka,terkecewa, dan sekarang masih mencari pendamping yg setia.Bkn sng utk jth cinta dan bkn sng utk melupakannya,pendapat aku la ni.

Kak Long said...

Cinta? Ntah, dah lama kehilangannya. kalau ada pun sekarang ini ianya dinamakan perhubungan yang rasional.

iina said...

Julietchun> semua kenangan cinta tak mudah dilupakan.. mencari penganti juga tidak mudah.. tapi tidak mustahil kan..

kak long> terpulang definisi sendiri.. jangan langsung tidak ada cinta.. sebab cinta mampu menyemarakkan rasa dan hubungan ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin