Wednesday 20 August 2008

Hujan Lagi

Sudah beberapa hari ini hujan turun tanpa henti.. kadangkala turun sebentar.. berhenti seketika.. panas membahang namun petangnya hujan turun semula dengan lebatnya.. atau ada ketikanya.. rintik-rintik kecil yang sentiasa disertai oleh angin sejuk yang menggila dinginnya..

Hari ini hujan turun lagi.. kini payung menjadi teman setia saban hari.. pasti ada didalam beg.. tidak boleh ditinggalkan lagi.. hujan datang setiap hari.. hendak atau tidak.. suka atau tidak.. ia pasti hadir..

Hujan itu rahmatkan.. saban hari juga menjadi topik perbualan kami di sini.. kebanyakan mereka sungguh sensitif dengan cuaca setiap hari.. bila hujan sahaja.. mereka semua pasti merungut.. leceh.. sejuk dan macam-macam.. kadangkala aku menyampuk juga.. ku katakan hujan di Malaysia lebih lebat.. payung sekecil ini tidak mampu menampung curahan hujan yang begitu lebat.. itu belum lagi dengan bunyi petir dan guruh yang saling sabung menyabung..

Apa juga aku bersyukur.. hujan walaupun hadir.. dengan nama sebutan "shower rain" dikenali.. turunnya hujan seolah-olah percikan air yang turun dari penyembur air mandian di bilik air.. agak-agaklah jika mereka menerima hujan seperti mana lebatnya di Malaysia.. mahu ada yang merungut lebih-lebih lagi..


Hujan.. datang bersama rahmatnya.. Musim hujan begini.. seolah mengamit rasa mengantuk untuk beradu.. malah turut membuatkan aku rindu kampung halaman.. Rindukan keindahan selepas hujan.. dan rintik-rintik hujan yang tinggal di dedaunan..

Segar.. Indah dan istimewa

3 comments:

julietchun said...

KL skang ni pun musim hujan,bila hujan pagi time nak gi keje aku rs cam nk pth balik msk umah tidooo :D

zura aini said...

rasanya satu dunia kot hujan, kecuali arab kot, habislah melimpah air,sana sini banjir. Best tidur oooo. Anak saya cuti sekolah saya balik masa lunch dia baru jaga, sejukkk, tarik selimut.

iina said...

julietchun> yeke kl pun musim hujan.. betul tu kalau ujan memang time paling best utk sambung tidur

zany> yelah agaknya semua tempat hujan kot.. dah nama pun cuti sekolah.. apa lagi nak buat kan.. makan tidur jelah ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin