Tuesday 26 August 2008

Kisah bulan puasa

Hari ini aku masih ke tempat kerja petang tadi..

Ketika sedang sibuk menukar plastik sampah di meja boss baru.. (selalu memang time nielah diorang suka sembang dengan aku.. sebab masa nielah aku akan pergi dari satu meja ke meja.. masa inilah diorang ambil kesempatan nak borak dengan aku), dalam kesempatan berbual itu.. aku sempat juga beritahu dia tentang kedatangan bulan ramadan yang akan bermula pada minggu depan.. sebenarnya kebanyakan mereka tahu tentang bulan ramadan ini.. kerana ketika aku sebut fasting month.. terus boss ini sebut ramadan.. aku iakan kembali..

Seperti biasalah pasti soalan bagaimana aku boleh lalui seharian tanpa setitik air dan makanan akan ditanya .. lantasku jawab.. Kebanyakan kami telah dilatih sejak kecil lagi.. dan ini sudah menjadi kebiasaan bagi kami.. kataku.. jika aku sendiri, bermula puasa pada usia dewasa ini.. pasti aku pun akan menghadapi sedikit sebanyak kesukaran untuk berpuasa.. Sudah tentu pada pandangan mereka berpuasa itu kelihatannya agak sukar untuk dilaksanakan apatah lagi melaluinya seharian selama sebulan.. Apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah melalui pengalaman seperti ini.. pasti akan ada rasa kemuskilan yang tinggi.. Aku mengerti persoalan itu.. Namun aku masih ingat kata-katanya.. sudah tentu aku melalui kewajiban berpuasa ini atas dasar 'faith' pada agama yang aku anuti.. dan sudah tentu juga.. atas sebab itu.. pastinya ada limpahan kekuatan 'strength' yang akan dikurniakan oleh tuhan kepada mereka yang berpuasa.. aku jadi terpegun mendengarkan komennya.. seorang bangsa asing yang berlainan agama juga mampu berfikir begitu.. Mendengarkan penjelasannya yang begitu berhikmah.. buatkan aku lebih hormati boss baru ini.. dalam hatiku lantas berkata.. pastinya dia juga antara mereka yang kuat beribadah.. aku tersenyum mendengarkan kata-katanya..

Dalam pada itu juga sempat jugalah aku ceritakan serba sedikit suasana berpuasa di Malaysia.. kemeriahan pasar ramadan yang menjual pelbagai makanan.. yang hanya boleh dilihat pada bulan ramadan.. kemeriahan membeli belah beberapa minggu sebelum menjelangnya hari raya.. Lantas dia katakan tidak jauhnya persamaan itu buat mereka apabila tibanya sambutan hari X'mas.. lantas aku akui kesamaan itu.. sempat jugalah aku ceritakan suasana malam beberapa hari sebelum hari raya.. kemeriahan.. lampu 7 liku yang pasti akan dipasang oleh adik lelakiku.. keseronokan bermain buang api.. mercun.. pesanan mak setiap kali malam raya untuk aku sediakan beberapa kek raya.. yang mana semua itu tidak dapat aku rasai dalam tempoh 3 tahun ini..

Dia yang mendengar kisahku itu sungguh teruja sekali... katanya ini pertama kali dia mendengar cerita begini.. lantas dia kata apa pun.. pengalaman berpuasa dan berhari raya di negara orang pastinya satu pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku.. dan aku setuju sangat dengan pendapatnya..

Secara tidak sedar aku telah memperkenalkan serba sedikit tentang budaya rakyat malaysia pada seorang scottish.. perbualan tadi sungguh bermakna sekali.. aku terus jadi rindu dengan kampung halaman.. namun aku tetap berasa bangga kerana mampu menceritakan kisah bulan puasa dan hari raya itu kepada seseorang yang berbangsa lain, beragama lain dan pastinya mereka yang bukan tinggal di Malaysia.. dia juga teruja mendengar kisahku tadi.. katanya ini adalah satu cerita yang menarik untuk diceritakan pada staf yang lain.. aku tersenyum kembali..

Apa juga aku rasa bangga.. bila berkelana di negara orang ini.. sedikit sebanyak kita lebih menghargai budaya.. agama.. dan kemakmuran negara sendiri.. selama ini tidak pernah terfikir pun untuk berkongsi pengalaman sendiri pada bangsa lain.. tetapi apabila berada di negara asing.. dan mampu menjelaskan dan menceritakan keseronokkan perayaan.. pengalaman.. dan turut juga menjelaskan sebab dan musabab mengapa terhadap sesuatu perkara itu.. pastinya satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan

Malah apabila aku ditanya mengapa harus berpuasa.. dan secara tidak langsung.. otak aku laju memikirkan jawapan.. dan terus menjelaskan sebab dan alasan mengapa kita diwajibkan berpuasa.. manafaatnya.. selama ini bukanlah tidak tahu.. kebanyakan sebab itu telah lama diketahui tetapi oleh kerana pertanyaan begini tidak pernah ditanya oleh orang lain, kenapa dan mengapa.. secara tidak sedar kita mengambil sikap tidak ambil peduli.. tetapi bila persoalan begitu ditanyakan.. barulah kita menyedari dan muhasabah diri.. atas mengapa itu wajib dilakukan..

Aku bersyukur.. berkelana ke negara orang menjadikan aku berfikir kembali akan asal usul sesuatu perbuatan dan kejadian.. aku mendapat peluang untuk bermuhasabah dan memikirkan sesuatu perkara yang selama ini sering aku ambil mudah.. bila kita jadi jauh dari keluarga dan negara.. memang benar kita jadi lebih menghargai..

Apapun.. aku gembira dengan perbualan petang tadi.. aku tersenyum mengenangkannya.. sedikit sebanyak.. sedikit ilmu dan maklumat telah aku sampaikan pada insan lain.. dan aku juga belajar dari perbualan tadi.. aku juga belajar dari apa yang ada di sekelilingku.. dan Insyallah moga Allah bukakan lebih banyak ruang dan peluang untuk aku terus belajar dan menghargai setiap sesuatunya..

3 comments:

julietchun said...

Byk pengalaman bleh citer kat anak cucu sok nih,ssh sng di tmpt org.Aku nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Akak said...

Salam Iina...

Apa khabar? Semuga sihat dan ceria selalu...

Nanti Iina singgah blog akak amik award yea, jgn lupa k..

iina said...

julietchun> ye betul cucu cicit semua leh cite.. pengalaman nenek p belajar kat obersea.. wah cam dah tua je aku nie.. selamat berpuasa juga ekk

akak> alhamdullilah sihat.. dah makin ok sikit.. tq akak ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin