Wednesday 13 August 2008

Mee goreng dan roti gulung

Semenjak mula bekerja pagi ini.. seawal pukul 4.45 atau 5.00pagi aku sudah bangun. Minggu pertama dulu terasa sungguh malasnya apatah lagi aku sudah biasa bangun agak lewat.. Rutin untuk berjaga malam juga terpaksa dilupakan.. bukan apa takut aku tak cukup tidur dan tak mampu untuk bangun awal.

Semalam hari yang paling sibuk.. aku mula keluar rumah dari pukul 5.50pg.. tiba di tempat kerja pukul 6.30pg dan mulakan kerja hinggalah ke pukul 9.30pg.. selepas itu terpaksa berkejaran ke kelas di Colville Building untuk kelas pukul 10.00pagi. Masuk lab computer, student semua dah sampai.. dalam 5 orang sahaja.. LCD projektor aku siap bawa balik kemarin.. bila sampai masa nak guna.. kabel power takde pulak dalam beg tu.. tensennya.. so aku ambil peluang suruh mereka buat dulu beberapa task dalam mock paper yang aku berikan. Aku katakan aku terpaksa ke bangunan learning services semula untuk mengambil LCD projektor yang lain.

Mengangkut lagilah projektor tu turun bukit dan naik bukit.. penat tak usah cakap.. asma aku masih ada.. kena pula bawa beg-beg yang berat (beg buku dan projektor) rasa nak patah bahu je masa naik bukit.. risau je asma jadi lebih teruk.. kadang terfikir juga aku nie jenis suka paksa diri.. tak larat pun aku paksa juga.. Alhamdullilah takde apa-apa.. Aku sambung semula kelas hingga pukul 12.20tghri.. berhenti rehat sejam dan sambung semula kelas hampir ke pukul 1.30 ptg.

Aku komen setiap dokumen yang mereka telah email pada aku.. beritahu dimana aku beri markah.. dan jika ditolak markah kenapa.. so far nampaknya mereka jelas dengan apa yang aku beritahu.. kadang senyum sendiri juga sebab dapat ajar minah dan mat saleh nie.. Lama juga tidak mengajar sebenarnya.. tapi kerana perkara itu adalah satu kebiasaan dan pengalaman yang bertahun-tahun.. skill tu datang sendiri.. tengok sekali problem tu dah leh nampak solutionnya.. Akhirnya pukul 3.30 aku selesai kelas.. semua pelajar lulus dengan cemerlang (kalau tak lulus juga tak tahulah sebab aku siap tunjuk kat mana nak gain markah dan kat mana pelajar selalu hilang markah).. semua dapat markah antara 95-100..

Selesai kelas aku terpaksa berkejar ke tempat kerja petang.. masa nielah asma kena balik.. memang rasa sesak nafas... aku terpaksa ambil masa untuk minum kopi.. (ubat tak bawa) tunggu lebih kurang 5 minit.. baru rasa selesa sikit.. badan terasa panas.. so mulalah buat kerja perlahan-lahan aku tak paksa diri.. buat pun lebih kurang je.. janji nampak bersih.. kotor sikit2 tu aku biarkan sahaja..

Balik rumah.. teringat ada perbincangan di rumah kawan berkenaan sekolah malaysia yang akan mula pendaftarannya sabtu ini. Mulanya malas juga nak pergi.. tapi selalu jarang sangat aku tak hadiri perbincangan tu.. datang jugalah jenguk muka.. walaupun badan aku dah segal, sakit penat semua.. masa jalan kaki rasa nak terlelap pun ada.. akhirnya aku balik awal.. balik jalan kaki tu ada 2 3 kali aku rasa aku jalan kaki sambil terlelap.. mata aku tertutup sesaat dua.. aku dah mula risau.. memang aku terlalu letih..

Sampai rumah aku pesan dengan pakwe minta dia buat mee goreng.. bukan apa sejak dah mula kerja pagi ini.. aku dah tak sempat nak buat sarapan pagi.. nak goreng sebelah malam tu malas pulak.. bukan apa petang balik kerja aku dah sibuk masak untuk makan malam.. takkan nak masak malam pulak utk paginya.. aku tak larat.. bangun awal pagi-pagi nak masak pun tak larat juga.. maklumlah nak bersiap awal pagi pun ambil masa 30 minit.. nak mandi.. nak solat..nak bersiap2.. kemas barang.. sebelum aku masuk tidur pakwe tanya semula.. nak masak mee ke? aku jawab masaklah esok nak bawa bekal.. akhirnya letak je kepala kat bantal aku terus lena.. itupun sebelum tidur semua jenis ubat.. batuk, selsema, demam dan vitamin c semua aku telan.. badan dah betul2 letih..

Pagi ini aku bangun seperti biasalah.. ketika sibuk bersiap-siap.. pakwe dah keluar rumah lebih awal sebab nak kejar bas pukul 5.30. Bila ke dapur untuk isi mee goreng dalam bekal.. aku ternampak 3 ketul roti tortilla yang digulung dengan sosej di susun cantik dalam pinggan. Wah sedap sungguh hidangan tu.. ini mesti pakwe yang buat.. aku bungkus sekali roti tu dengan mee goreng yang aku bawa.

Kadang kala bila pakwe memasak atau tolong bungkuskan makanan untuk aku.. mesti sedikit sebanyak aku tersentuh hati.. teringat dulu.. dia pernah potong dan bungkuskan epal hijau untuk aku setiap pagi untuk sarapan semasa bekerja di Malaysia dulu.. adalah kekawan yang jeles hehehe..

Aku juga ingat masa dia bawakan secawan hot coklat untuk berbuka puasa semasa aku sibuk mengadap pc dan menyiapkan assignment di universiti ketika di Edinburgh dulu. Masa itu berbuka puasa pukul 3.30ptg.. mestilah tak perasan ye sebab awal sangat.. Kawan-kawan sama lab masa tu terutama budak-budak cina dari China (masa study dulu geng-geng aku adalah budak2 dari pelbagai negara india, china, oman, iran, mexico, iceland, scottish) siap jeles.. sambil kata apa "your hubby so caring.. he bring you a cup of hot chocolate" sambil memandang pakwe aku dengan senyum manis.. budak-budak cina nie couple.. lelaki perempuan.. yang perempuan tu yang cakap.. sambil pandang bf dia.. hehehehe agaknya suruh bf dia buat camtu kot.. Aku.. senyum sengih jelah.. Dulu dia sentiasa temankan aku di lab komputer hingga lewat malam.. kadang dia duduk melayari internet sambil tunggu aku selesai kerja aku.. sebab itulah tiapkali dia buat sesuatu untuk aku.. aku tidak pernah lupa untuk menghargainya.. kebiasaanya lelaki agak sukar mengambarkan perasaannya.. tetapi sekali sekala apabila ia digambarkan dan ditunjukkan.. aku sentiasa akan ingat setiap detik dan ketikanya.. Syukur alhamdullilah..

Apa pun sebekal mee goreng dan seketul roti gulung itu ku letak di atas meja study di CIS. Setiap kali merasa makanan hasil masakan pakwe.. aku pasti senyum sendiri.. dan pasti menikmatinya dengan penuh rasa kasih dan sayang :)

6 comments:

Kaktiny said...

weeeee... bestnyer yang tersayang buatkan sarapan.. mesti makan pun dgn penuh nikmat kan.. terasa air tangan org yang ikhlas membuatnyer..
(bila ler aku nak merasa abang masakkan utk aku?.. masak air pun tak penah.. hihihihi)

julietchun said...

Patut aku tgk ko senyum sorang2 masa tgh mkn mee tuh,rupanya mmg ada udang di sebalik mee.

iina said...

hehehe.. suruh je dia masak sarapan.. paling tidak pun buat roti kaya ke kan senang xyah masak :)

iina said...

julietchun.. biasalah.. tapi mee yang aku makan takde udang ler.. ada telur goreng je ;)

CikguZue said...

alhamdulillah, ada cik abe yg caring kat sebelah,kan....take care ok

Kak Long said...

kak, jaga kesihatan. kalau dah sakit satu benda pun tak boleh buat. apa2 pun kesihatan keutamaan ok.


baguslah ada cik abang yang romantis dan caring. untung akak.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin