Tuesday, 19 August 2008

Kena ambil cuti

Minggu ini adalah minggu ke 4 aku bekerja di Glasgow Universiti (slip gaji pun dah dapat pagi tadi.. gaji pun dah masuk.. untuk seminggu bekerja bulan lepas).. diam tak diam dah nak sebulan aku kerja di situ.. Itu bermakna setiap hari bekerja.. aku akan pergi 2 universiti setiap hari.. awal pagi ke Glasgow Universiti untuk bekerja.. dan lewat pagi sedikit aku terus ke Strathclyde Universiti pulak.. itulah rutin hidup aku kini.. semenjak dah bertahun bangun lewat je.. lepas subuh je sure tidur balik hehehe.. kini lepas subuh.. terus siap2 dan terus tunggu bas..

Tunggu bas sahaja pagi-pagi selain aku ada 2 orang malaysian yang tunggu bas sama aku..hehehe kalau takde tu tau ler cuti ke ponteng ke .. lepas tu bustop satu lagi berduyun-duyun lagik kekawan malaysia naik.. lepas tu satu lagi bustop ada 2 orang lagi kekawan.. dekat GU je ada hampir 17 orang malaysia yang bekerja di situ.. so apa lagi.. mana-mana kekawan yang belum mintak lagi.. meh beramai2 kerja kat GU hehehe.. aku nie pun masuk ke GU atas desakan Kak Ina.. beria-ria suruh isi borang.. itupun aku saja lambat-lambatkan hantar borang.. hampir tiap hari kena call reminder.. bila nak hantar borang nie na.. wahh... akak aku dah bising.. akhirnya aku bawak borang tu pergi rumah dia... isi depan mata dia.. terus bagi kat dia hehehhe.. dengan suka hatinya dia tolong hantarkan borang tu.. dan alhamdullilah aku dapat kerja tu.. terima kasih kak Ina.. jasa mu tetapku kenang sampai bila-bila ;)

Hari ini aku disuruh ambik cuti sebelum 15 september.. kerana selepas tarikh itu student sudah mula mendaftar dan universiti akan menjadi lebih sibuk berbanding sekarang dimana kebanyakan student masih bercuti musim panas.. Inilah pertama kali aku bekerja dalam hidup aku.. baru je kerja dah kena suruh ambik cuti.. Dalam 10 tahun pengalaman aku bekerja.. inilah satu-satunya kerja yang aku diminta.. tak boleh tidak.. kena ambil cuti.. tak boleh kalau tak ambil.. baru kerja sebulan.. aku dah dapat cuti 3 hari.. so apa lagi.. aku ambillah cuti 3 hari itu bermula 1 september 2008.. bermakna selama 3 hari mula berpuasa itu aku akan bercuti.. wah seronoknya.. sedangkan aku dah bekerja hampir setahun di legal house.. sepanjang aku bekerja aku hanya ambil cuti 2 minggu sahaja semasa balik ke malaysia dulu.. itupun selepas 8 bulan bekerja baru aku ambil cuti..

Dulu pun cuti aku terlalu banyak.. hingga sebelum aku sambung study cuti aku masih berbaki beratus hari.. yelah selama 30 hari cuti setahun kadang tidak luak sedikit pun.. malah baki cuti tahun lepas pun tak habis lagi.. aku jarang sangat ambil cuti.. bukan tak nak ambil cuti.. tapi kesibukan outstation, bengkel, seminar, konferens dan menyelia pelajar sudah banyak membawa aku berjalan merata tempat.. KL, Langkawi, Trengganu.. kelantan.. penang.. melaka.. johor..perak.. n sembilan.. selangor.. masa menyelia pelajar inilah aku ambil peluang berjalan-jalan.. apatah lagi kadangkala perlu menyelia hampir 2 minggu di satu negeri.. pakwe sudah tentu kena ikut.. tukang hantar aku pergi sekolah dan tukang ambik aku lepas sekolah.. seronok.. sebab berkesempatan menjelajah negeri orang.. melihatkan budaya mereka.. masuk kampung keluar kampung.. tengok sekolah.. tengok pelajar.. tengok orang kampung.. jumpa orang.. dan macam-macam lagi..

Tapi pengalaman bekerja di tempat baru ini.. aku betul-betul respek.. mana nak dapat tempat kerja yang baru je kerja.. awal-awal dah sound kena ambil cuti.. siap kena remind lagi 2 3 kali pasal cuti nie.. supervisor aku Eilean.. memang baik sangat.. Alhamdullilah.. aku senang dengan dia.. very caring and responsible..

Apa pun aku dah ambil cuti 3 hari.. awal puasa kali ini dapatlah aku masak awal dan berbuka puasa di rumah.. itupun kalau aku tak kerja petang dah.. kalau kerja juga emmm takde makna ye angan-angan ini.. hehehe.. dan masa nie juga aku boleh concentrate study aku dengan khusyuk dan tawaduknya Insyallah :)

4 comments:

julietchun said...

Aku pon nak cuti tapi kena tgu raya cina, waaaaaaa,aku sedih.Besnyer org paksa cuti yek.

Kaktiny said...

wah.. cik abang tulun masak utk berbuka tak nanti?.. hihihi

CikguZue said...

alhamdulillah dpt cuti....lagi2 mula puasa. macam tau2 je,kan.

iina said...

julietchun> cuti jangan tak cuti.. pesal lama sgt baru leh cuti.. raya tak nak cuti ke?

tiny>pakwe.. emmm dia tak masak kot.. sebab time buka tu dia keje.. tapi hehhehe boleh je paksa.. tak kira paksa juga :)

cikguzue> alhamdullilah.. tulah seronok juga.. dapat cuti masa awal puasa

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin