Ketika sedang sibuk mengutip sampah dari setiap tong sampah kecil dari satu bilik ke bilik semalam di pejabat 'staff development service', aku terlihat sebuah bakul sampah ini yang begitu penuh sekali kandungannya.. beberapa buah buku dicampakkan ke dalam bakul sampah ini.. dalam pada itu aku sempat jugalah jeling-jeling mata melihatkan tajuk buku-buku ini sambil memindahkannya ke dalam plastik sampah hitam..
Beratnya.. kata hatiku ketika mengangkat plastik sampah hitam itu.. bila selesai semua bakul sampah itu dikosongkan dan dibersihkan.. aku bawa plastik sampah ini ke tepi bilik stor.. aku belek satu demi satu buku-buku yang dibuang itu.. kebanyakannya adalah buku-buku pengurusan.. ada yang tebal.. ada yang nipis.. ada yang kecil.. ada yang lama.. ada juga yang baru.. aku menggeleng kepala.. sayang sungguh buku-buku ini dibuang begitu sahaja.. kandungannya masih elok dan pastinya memberi manafaat kepada mereka yang berminat..
Apa lagi sesi memunggah buku.. aku belek-belek setiap buku-buku itu.. dan aku simpan di dalam sebuah kotak dalam bilik stor.. sayangnya.. berkali-kali kata-kata itu hadir dalam hati dan fikiran aku.. agaknya kerana buku-buku ini begitu mudah dan murah didapati di sini.. mungkin sebab itu begitu mudah sekali di tong sampahkan..
Sebenarnya sejak aku berada di sini. sudah banyak buku-buku percuma aku perolehi.. ketika mula-mula berada di CIS.. sudah banyak juga buku-buku komputer yang aku ambil kerana kebetulan ketika itu.. library yang terletak di sebelah bilik study aku ini akan dikemas kini dan banyak buku-buku lama akan dibuang dan diganti dengan buku-buku baru.. masa itu.. apa lagi aku ambil peluang membelek dan mengambil buku-buku komputer.. bertuah juga.. dari buku tentang AI, database, Info system, programming dan macam-macam lagi.. aku ambil dan simpan di rak bersebelahan dengan meja study aku..
Itu pun kadangkala.. kami juga sering terima email dari pensyarah-pensyarah di sini yang sedang mengemaskini bilik masing-masing.. jika ada buku-buku yang ingin mereka buang.. kebiasaannya mereka akan email dan memaklumkan kepada kami untuk mengambil buku-buku berkenaan.. selalunya aku dan Suthanya pasti akan sepantas kilat heheheh.. pergi dan membelek satu demi satu buku-buku yang kami minat.. kalau di Malaysia setiap buku-buku itu pasti berpuluh atau beratus harganya.. di sini.. orang buang-buang dan sedekah sebelah mata je..
Apa pun.. masih ada baki 2 buah buku lagi yang aku tinggalkan di bilik stor di Glasgow Universiti. yang lainnya telah aku angkut dan bawa ke CIS.. dan aku letakkan sederet dengan buku-buku komputer di dalam rak berkenaan.. sejak dulu memang aku suka mengumpul buku-buku yang tidak mengira genre dan kategori.. asalkan menarik dan boleh dibaca.. melihatkan deretan buku-buku ini mengingatkan aku tentang sebuah rak buku di rumah mak di kampung.. sejak aku kecil lagi.. rak buku itu telah ada di situ.. semua buku-buku sejak dari zaman sekolah ayah.. ayah simpan dalam rak buku berkenaan.. dan kebanyakannya terdiri daripada buku-buku sastera zaman sekolah ayah.. buku-buku hikayat.. seperti merong mahawangsa.. hikayat hang tuah.. hikayat malim deman.. dan banyak lagi.. dulu buku-buku itu aku khatam membacanya entah berapa kali.. kadang sampai hafal setiap kejadian dan peristiwanya.. itu belum lagi buku-buku puisi.. sajak.. sejarah malaysia.. dan sebagainya.. sikap ayah yang suka mengumpul buku.. dan membawa pulang buku-buku dari perpustakaan sekolah (ayah aku kan cikgu) untuk kami baca di rumah menyebabkan kami adik beradik jadi hantu buku.. tiap kali ayah bawa pulang naskah-naskah buku itu.. pasti kami akan berebut-rebut untuk membacanya.. dan sikap itu terus menjadi ikutan kami hingga dewasa..
Cuma kini bila menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.. masaku untuk membaca buku-buku genre santai.. novel.. dan sebagainya agak terhad.. bukan apa.. sebab rutin harian membaca jurnal... paper konferens.. artikel ilmiah sudah cukup membuatkan aku letih untuk membaca buku di rumah.. cuma kadangkala aku lebih gemar membaca buku masakan.. kerana sekurang-kurangnya aku ada idea untuk mempelbagaikan masakan di rumah..
Siapa yang tak nak buku-buku percuma kan.. dan sikap mensedekahkan buku ini padaku adalah satu amalan yang cukup baik dan bijak.. kadang melihatkan pelbagai buku yang terbuang begitu sahaja.. pernah juga terbit rasa dihati untuk kutip semua dan sedekahkan pada sekolah-sekolah di malaysia.. sekurang-kurangnya ada juga manafaatnya.. nantilah jika ada buku-buku percuma lain.. Insyallah akan aku kumpulkan.. dan bawa pulang ke tanahair.. jika aku tidak lagi mahu menyimpannya.. akan aku sedekahkan pula pada perpustakaan sekolah.. atau balai-balai raya di kampung yang ada.. sekurang-kurangnya.. ilmu itu berterusan dan tidaklah terhenti setakat dalam tong-tong sampah di UK ini..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
4 comments:
Iina..
sampai jugak abah kat pondok ni..lepas sekian lama mencari manalah link nak ke pondok Iina ni..
abah mintak izin linkkan ke blog abah ya?
Iina study apa ya di Glasgow? teringin abah nak ke sana..
Salam abah,
Saya study Phd dalam bidang computer science.. dulu saya buat pasal virtual reality but then later saya buat pasal e-learning..
silakan link ke blog abah.. datanglah scotland.. wajib kena tour scotland terutama time autumn.. saya jamin pemandangannya pasti memukau mata.. itu belum lagi untuk bermain ski dan salji di5 buah tempat ski sekitar scotland ini ;)
Kat Mesia ni buku2 mhl bangat,babtu student kita pakat dok fotokopi je.
julietchun> tidak dinafikan.. tapi sebenarnya kalau nak beli buku2 nie kalau convert.. masih mahal lagi sebenarnya.. cuma bezanya disini buku2 terlalu banyak.. penulis buku lagilah.. sebab itu mereka mampu jual murah kerana persaingan yang terlalu banyak..
Post a Comment