Wednesday, 6 August 2008

Tanaman3

Lagi cerita pokok-pokok yang aku tanam.. sajalah nak tunjuk sebab dah makin rimbun pulak rasanya..


Pokok mint aku dah merimbun boleh jadi hutan rumah aku nie.. tapi nak masak apa ekk.. ada cadangan tak?? sebenarnya tanam saja-saja sebab nak bagi hijaukan rumah dan sejuk mata memandang.. tapi tengok gayanya.. daunnya dah menjalar tak tentu arah.. dah hutan pun.. agak-agak apa yang patut dibuat?? sos mint?? hehehe aku tak makan.. atau apa ekk.. nanti leh bg cadangan apa nak guna.. leh aku potong daun-daun tu sebelum penuh tingkap rumah aku tu..



Pokok daun kesum... makin merimbun.. hari tu dah guna daunnya... aku cucuk balik batang pokok kesum lepas diambil daunnya.. dah nak keluar daun dah.. seronok juga sebab makin merimbun.. pakwe pulak hari-hari tanya dah siram ke pokoknya.. amboi cam ada warning signal je.. pantang je cakap tak siram.. sure kena bebel..



Daun Kunyit.. sehelai daunnya dah nak kuning.. tapi daun lain lak yang naik.. selalu guna pun bila nak masak rendang je.. ehh cam kena masak je nie kan.. sayang nak guna sebab baru sangat tumbuhnya.. tapi tetap seronok sebab experimen berjaya.. alhamdullilah..


Memandangkan pokok-pokok ini diletakkan di tepi tingkap berhampiran tv dan sofa maka hari-hari adalah wajib mengadapnya dulu.. balik rumah hari-hari dari kerja dan universiti.. dari tepi jalan aku dah nampak pokok-pokok aku dari celah tingkap rumah.. dari jauh boleh nampak bayang pokok hijau dari turun bas.. wah bangga hehehe.. sebab rasanya dalam banyak-banyak tingkap kat deret rumah aku tu.. hanya rumah aku je yang ada pokok hijau tepi tingkap hehehe.. eksennya.. ;)

Lepas nie nak tanam serai pulak.. ada gak plan nak tanam pokok cili padi.. tapi tak tau menjadi atau tidak.. yang pasti serai dah tumbuh akar.. kena pindah masuk pasu.. lepas nie tak yah dah beli serai ambik je dalam pasu.. Kalau berjayalah eksperimen pokok cili aku tu.. wah bagus juga.. seronok sebab pakwe pun join tanam pokok.. sebenonya dia yang suka menanam-nanam pokok daun.. tapi aku suka tanam pokok bunga.. Ada beli benih bunga. tapi rasa cam tak muat tingkap je dah hehehhe.. lebih baik tanam pokok yang boleh buat masak ada gak faedahnya.. pokok bunga hehhee.. tahun depan ye summer time ye plan... kot-kot leh buat flower basket ke ;).. aku nak tunggu eksperimen seterusnya.. serai dan cili :)

8 comments:

chinta said...

wah segar bugar tanaman kesum dan mint tu yek..

buat lauk beryani pakai daun mint? ais kirm?

julietchun said...

Tak cukup tepi tingkap ltklah tepi katil gak,celik mata je bleh tgk pokok :D

Kaktiny said...

wallahh... rimbunnyer pokok..
nak try bercucuk tanam gak ler pindah umah nih..hihihi.. (tapi tangan aku semedangnyer tak menjadi ler... hampes tul..)

iina said...

chinta> bagus gak idea tu.. leh try

julietchun> hehehe tepi katil dah sesak benda lain.. jam alarm meja.. telekung.. kotak2 hehehe perfume alat makeup blah22

tiny> bagus tu.. tanam.. susah2 ko minta kat tokma jelah.. tak pun suruh dia tanamkan ;)

akuatik said...

pudina tu buat teh pudina sedap...buat laksa sarawak pun sedap tu

nka mintak sikit ler dedaunan tu..nak tanam gak kat umah aku..

iina said...

akuatik.. nak mint datang ler rumah hehehe.. boleh je kalau nak..

Akak said...

Salam iina...

Segarnya pokok kesum tu..

iina said...

tulah kak.. ramai jeles hehehe

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin