Monday, 18 August 2008

Keputusan

Sudah lama aku tidak bercerita tentang study ku.. mungkin ada yang terfikir bagaimana agaknya progress study ku masa kini.. (ada ke yang nak tau?? ke aku yang perasan je.. muhahaha.. selain dari dekan, UPSI dan KPT, yang memang sah-sah aku kena hantar progress report setiap 6 bulan.. sebab tu kot aku malas nak cite sebab malas nak ingat apa yang aku dah taip dalam report tu) entahlah aku malas nak bercerita sebenarnya.. lagipun malas juga menceritakan kekusutan dan kebuntuan fikiranku.. biasalah cerita pasal study nie kadangkala membosankan.. walaupun hakikatnya aku ada 1001 kerisauan dan andaian.. namun aku sentiasa serahkan kepada Allah.. nantilah bila ada masa dan cerita yang sesuai akan aku nyatakan perkembangannya yang aku pasti sure bosan korang semua nak baca ;)

Selalu aku sering bercerita tentang kerja ku.. mungkin ramai pulak yang fikir aku nie datang sini nak study ke nak kerja... emm jangan mudah buat andaian.. bagi kami yang belajar sambil bekerja adalah perkara biasa bagi kami di sini, memang ramai yang bekerja.. baik suami atau isteri.. namun itu adalah pilihan masing-masingkan.. bagi yang lelaki merangkap suami yang belajar.. bekerja itu biasa kerana lelaki kan ketua keluarga.. tapi apabila melihatkan isteri yang juga merangkap pelajar macam aku.. dapat elaun lagi pastu bekerja, kadangkala timbul juga pelbagai cerita.. nak kerja buat apa?? elaun dapat.. suami kerja.. cukuplah tu.. nak duit banyak mana lagi?? emmm aku malas nak komen.. terpulang pada diri masing-masing.. kehidupan masing-masing.. tenaga masing-masing.. masa masing-masing.. dan kehendak masing-masing..

Petang aku kembali ke tempat kerja.. entahlah aku nie.. nak berhenti kerja ke tak nak nie.. hiss payah rupanya aku nak cakap berhenti.. ketika aku sibuk menyalin bakul sampah dengan plastik sampah baru.. John bertanyakan padaku.. yang membuatkan ku terkejut bukan apa.. ketika itu hampir semua staf ada di meja masing-masing..

"Haslina, are you okay today?"

"I'm okay John"

"You look fresh and bright"

"Thank you, John" kataku sambil tersenyum tersipu-sipu.. ketika ini hampir semua mata memandang padaku.. yang buatkan aku lebih tension John sambung lagi kata-katanya

"So have you decided about the job"

aku?? "not yet John"

"Haslina is leaving us all" kata John sambil disambut dengan pandangan dan tenungan beberapa orang staf lain..

aku?? aduhhh... tension berganda-ganda bukan apa.. semua staf dah tau aku nak berhenti.. macam saja je nak buat aku serba salah lagi..

"so what you think" kata John

aku..senyap tanpa jawapan.. tapi dijawab oleh seorang staf Kate.. "maybe"

lalu aku iyakan.. "yup.. maybe"

lalu aku pantas menjawab.. "I'll let you know end of this week"

kata John lagi.."I can adjust the time for you.. than losing you thou, which make that you're special"

Aduhh lagi aku susah nak jawab hanya mampu aku katakan "Thanks John, I'll think about it"

Entahlah.. aku serba salah balik.. sebenarnya aku tidak ada masalah besar bekerja di situ.. walaupun gajinya kecil dan minimum wages je.. tapi suasana kerja aku suka.. staf di situ semuanya ramah tamah.. baik hati dan mesra.. aku tidak pernah ada masalah bekerja di situ.. sesiapa pun tidak pernah ganggu kerja aku.. aku buat kerja sorang-sorang.. takde supervisor nak monitor kerja aku.. nak tengok atau teliti atau komen kerja aku.. nak buat apa.. tak nak buat semua ikut suka hati aku.. entahlah.. kadangkala bila ada dilema begini memang payah untuk buat keputusan sebenarnya.. hanya masalah utama aku adalah aku letih.. tapi jika boleh disesuaikan masa itu.. mungkin juga aku fikirkan semula.. entahlah susah nak kata tidak.. John cuba buat aku serba salah.. kadangkala bila ada orang menghargai kerja kita.. sudah tentu kita akan rasa serba salah.. aku tidak pernah mengharapkan apa-apa pun selama bekerja.. selama ini pun aku jadi diri aku sendiri.. ada masa aku suka bertegur sapa dan berbual dengan mereka.. taulah aktiviti harian mereka.. cara hidup mereka.. mendengar perbualan mereka saban hari.. tentang keluarga.. percutian mereka.. cara mereka makan.. yelah kan aku bersihkan kitchen diorang hari-hari kan..

Tadi aku berbual dengan boss baru mereka.. mengantikan nicky yang kini cuti bersalin.. yang bagusnya.. hari pertama dia masuk kerja.. ketika aku sibuk membersihkan meja dan menyalin plastik sampah.. dia hulur tangan dia padaku sambil memperkenalkan diri.. kalau nicky dulu emmm... aku lalu pun buat dek je.. muka garang gila.. memang gaya bossy.. kadang-kadang aku malas nak salin bakul sampah dia kalau dia duduk di meja dia. Entahlah mungkin sebab kalau aku lalu semacam je jelingan dia.. tapi aku tau.. biasalah kan boss mesti ada ego dia kan.. tapi boss baru ini aku nampak baik dan humble.. hari pertama itu juga aku tanya.. dia gantikan nicky ke? terus dia cerita tentang perpindahannya dari Edinburgh ke Glasgow.. dulu dia sering travel hari-hari.. penat katanya.. sekarang nie.. dia seronok kerana rumah dan tempat kerja dia juga dekat..

Kadang aku pelik juga.. aku boleh mix around dengan diorang.. heheheh.. mungkin sebab aku pernah bekerja dengan semua golongan.. malah masa kerja dulu semua level staf aku campur.. dari kerani.. sampai pernah ada adik-adik kerani tu ingat aku kerani baru sebab duduk lepak dengan diorang.. bila sorang adik tu kata aku lecturer.. adik yang tanya tu terus segan dengan aku.. aku?? selamba dek je.. aku tak kisah campur dengan sesiapa pun.. sebab itu dulu dengan Nicky walaupun dia ada ego dia.. tapi aku tak kisah.. selamba tetap ada juga.. padaku.. jawatan boss dia tu kira sama je dengan jawatan ketua jabatan atau dekan kat universiti.. apa nak kisahkan.. yang utama aku buat kerja aku.. lainlah aku tak buat.. ada patut juga aku rasa segan.. setakat pangkat atau harta.. emm pada aku semua manusia itu sama sahaja..

Nantilah aku fikirkan semula.. susah betul nak buat keputusan.. ikut hati atau ikut fikiran.. kedua-duanya mempunyai alasan tersendiri.. kedua-duanya ada baik dan buruknya.. ikutkan badan.. aku dah ada jawapan tentunya..

Nantilah aku fikir semula.. agaknya aku nie mudah lembut hati kalau orang pujuk kot.. nak tolak serba salah.. nak terima pun serba salah juga.. tapi idaklah kritikal.. sebab aku tahu apa juga keputusanku John pasti hormat dan faham.. Insyallah kan..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin