Saturday, 16 August 2008

Kelas dan pelajar

Ketika bersiap-siap untuk ke hari pendaftaran Sekolah Malaysia Glasgow.. aku terkenang seketika kenangan masa lalu.. teringat saat mengajar di dalam kelas dulu..

Aku sering mengajar subjek Multimedia dalam Pendidikan. Saban semester berganti kebiasaan subjek ini merupakan subjek wajibku.. setiap semester juga aku akan berjumpa dengan pelbagai jenis pelajar.. baik lepasan matrikulasi.. lepasan diploma dan juga bekas guru (PKPG).. pelajar juga datang dari pelbagai jurusan.. sains, math, biologi, fizik, IT, bahasa melayu, TESL, business dan sebagainya.. setiap semester juga aku belajar perkara yang baru.. dan juga pengetahuan yang baru.. dan setiap semester juga aku jadi rapat dengan mereka..

Entah kenapa aku jadi rindu dengan mengajar di universiti semula.. entah mengapa secara tiba-tiba.. menyusuri hari-hari dengan mengadapi dan melayan kerenah mereka.. kadang tersenyum.. gelak ketawa bersama mereka.. adakala juga membebel dan menasihat pada masa yang sama.

Sejak dulu unsur-unusr motivasi sering aku terapkan dalam pengajaran.. maklumlah subjek multimedia dalam pendidikan.. bukan setakat memperkenalkan elemen multimedia.. malah bagaimanakah elemen itu boleh diterapkan dalam pendidikan dan pengajaran.. selalu juga aku berpesan kepada pelajar...

"Andai satu hari anda semua jumpa murid-murid atau pelajar-pelajar yang kurang pandai.. jangan sekali-kali memandang hina atau memandang rendah.. cuba bimbing dengan sebaiknya.. sebenarnya cabaran seorang cikgu yang paling mencabar adalah cuba mengubah atau meningkatkan prestasi seorang murid dari tidak tahu kepada tahu.. mengajar kelas yang pandai itu kurang cabarannya.. kerana mereka sudahpun pandai.. tapi mengajar kelas yang kurang bijak.. disitulah cabaran anda semua bermula.. gunakan tekbologi.. bahan bantu mengajar yang sesuai.. yang mampu meningkatkan kefahaman mereka.. selami masalah mereka..ketahui permasalahan mereka. dan cuba bantu sedaya mampu.. kita tidak tahu masa depan mereka.. mungkin hari ini mereka 'bodoh' pada pandangan mata kita.. tapi kita tidak tahu mungkin masa depan mereka.. mereka ini mungkin yang paling kaya.. paling berjaya.. paling bertuah.. oleh itu setiap murid dan pelajar adalah unik.."

Sebenarnya aku agak kurang senang bila pelajar yang lemah itu sentiasa dipandang lemah.. dipandang sepi.. selalu golongan ini yang sering aku dekati.. untuk mengetahui apa masalah mereka.. Teringat juga dulu.. ada seorang pelajar bermasalah yang sering menimbulkan masalah dikalangan pensyarah yang mengajarnya.. setiap kelas yang dia daftar.. dia tidak pernah hadir.. kecuali kelas aku.. walaupun kehadirannya tidaklah penuh tetap dia tetap hadiri kuliah hampir setengah semester.. sehinggakan dekan sendiri pun hairan mengapa hanya kelas aku sahaja yang dia hadiri.. sedangkan kelas lain yang dia juga daftar tidak sekalipun dia hadir.. Pernah juga dekan tanyakan persoalan itu kepadaku.. aku hanya diam sahaja.. aku sendiri juga tidak pernah pasti mengapa.. tapi strategi aku sebenarnya.. tiap kali dia datang.. aku pasti akan suruh dia berikan pendapatnya kepada kelas.. mungkin itu menyebabkan dia rasa agak istimewa dalam kelasku.. mungkin jugakan..

Semalam aku masuk ke blog abahnajwa dan terbacakan kisah fobianya dengan subjek matematik.. kenangan zaman sekolahnya dengan subjek add math.. lantas aku terbacakan komen seorang blogger yang juga merupakan seorang guru.. yang mempersoalkan kenapa seorang guru bangsa asing begitu sekali sikapnya pada seorang murid bumiputra.

Sebenarnya banyak juga kisah aku dengan pelajar-pelajar bangsa asing.. pendekatan mereka cara mereka..strategi mereka.. sikap mereka.. kehendak mereka.. dulu waktu dalam kelas aku sentiasa bakar semangat anak-anak melayu dan bumitputra lain.. supaya sama-sama bersaing dalam pelajaran.. jangan tinggal ke belakang dan juga jangan terlalu selesa.. dan terlalu alpa.. apatah lagi memandangkan kebanyakan mereka yang mengambil kelas multimedia adalah pelajar semester 2 waktu itu.. kira masih muda dan junior dalam pendidikan di universiti.. apatah lagi jika mereka adalah pelajar lepasan matrikulasi.. naive.. dan begitu skema sekali.. dalam kelas pasti senyap sahaja.. jika tanya ada soalan? pasti dijawab dengan bunyi aircon atau kipas.. tidak pun bunyi projektor.. sunyi sepi sokmo.. masa tulah aku mula berleter hehehhe.. cabar sikit minda mereka.. bakar sikit semangat mereka..

Masih aku ingat lagi apabila datang sekumpulan pelajar (mereka ini adalah mentee aku)yang ingin menukar subjek luar fakulti dari subjek lakaran (aku lupa nama subjek sebenar)katanya menurut senior.. ramai pelajar yang gagal.. assignment dia banyak.. tough.. dan macam-macam lagi.. lalu aku cabar pelajar berkenaan.. kenapa takut dengan cabaran.. anggaplah itu satu cabaran untuk lebih berjaya.. biarlah sukar tapi hasilnya dan pengetahuan itu lebih bernilai.. setiap cabaran hebat yang datang itu sebenarnya menjadikan kita lebih cekal dan kuat.. jika orang lain gagal.. adakah kita pasti kita juga akan gagal seperti mereka? siapa mereke? dan siapa juga kita? jika kita samakan diri kita dengan mereka.. maksudnya kita juga dah mula gagal seperti mereka.. panjang lagilah syarahan aku pagi itu.. akhirnya pelajar itu bersetuju dengan pendapat aku hehehhe.. itu belum lagi kes pelajar yang ambil kursus pendidikan (jadi cikgu ini) sebab mak dan ayah suruh.. terang-terang cakap dengan aku .. saya sebenarnya tak minat puan.. alahai.. menyirap juga darah aku masa tu.. bukan apa.. aku terkenang.. jika dia nie terus jadi cikgu.. betapa malangnya anak murid dia.. mendapat seorang guru yang langsung tidak ada minat.. langsung tidak ada sedikit pun rasa ingin mendidik.. lalu aku berikan pilihan padanya.. jika benar-benar tidak minat.. baik berhenti sahaja.. ambil kursus lain yang lebih sesuai.. jika tidak mahu berhenti.. belajar untuk meminati.. cari dimana minat itu ada.. jika bukan kursus IT.. tukar kursus yang lebih dekat dihati.. sekurang-kurangnya.. jika kita minat sesuatu kursus itu.. sedikit sebanyak minat untuk mengajar seseorang itu ada..

wahh.. panjang pula bebelan ku petang ini.. entah kenapa aku boleh terfikirkan perkara ini.. hati seolah teringatkan kenangan lama.. teringatkan senyuman pelajar yang pernah dididik.. aku masih ingat seorang pelajar ini.. yang pernah aku selia projek tahun akhirnya.. malah aku juga selia latihan mengajarnya.. dan akhirnya aku jumpa dia kembali mengajar di sebuah sekolah menengah di Besut semasa menyelia pelajar-pelajar praktikum di situ. Masih aku ingat bagaimana dia sanggup tunggu aku selesai penyeliaan semata-mata untuk berbual lama.. aku kenal dia bukan sekejap.. dari projek tahun akhirnya selama 2 semester dan kemudian aku juga yang menyelia pengajarannya.. dan kini sudah pun bergelar seorang guru IT di sekolah berkenaan. Bila berjumpa dengannya.. sedikit sebanyak aku bangga.. dia berjaya menjadi seorang guru yang cemerlang.. Hinggakan sehingga kini aku masih lagi menerima sms mereka tiap kali hari guru.. terharu dan bangga hanya itu yang ada dalam diri.. Doa aku sentiasa bersama mereka.. Insyallah.. aku harapkan perjuangan ilmu mereka akan diteruskan.. tanpa rasa putus asa dan hingga bila-bila..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin