Saturday, 30 August 2008

Salam Merdeka

Hari pertama minggu persekolahan untuk matapelajaran Bahasa Melayu.. aku diminta mengajar tahap dua.. taklah ramai pun dalam lingkungan 7 orang sahaja pelajarnya.. aktiviti melukis dan mewarnakan bendera malaysia... terangkan makna warna yang terdapat pada bendera itu.. berapa jalur merah dan putih yang ada.. mengapa ada 14 jalur.. sebab ada 14 buah negeri.. merah makna apa? kuning makna apa? biru makna apa? dan putih makna apa?

30 minit yang terakhir sebelum tamatnya kelas.. satu sesi penerangan ringkas diberikan oleh seorang rakan (Azman). Perkataan 'Jajah' disebut dan muka murid-murid semuanya kelam kabur blur sahaja.. hingga ada yang bertanya..

"Cikgu jajah itu apa?"

Terpaksalah diterangkan dengan cara yang paling mudah.. bagi analogi rumah.. "Rumah kita sepatutnya siapa yang jaga?"

Lantas dijawab oleh mereka.. "keluarga kitalah cikgu.."

"Kalau orang lain yang jaga? suka tak?" dan dijawab dengan gelengan kepala setiap mereka..

"Rumah kita mestilah kita yang jaga kan.. takkan nak orang lain jaga.. suruh kita buat benda yang kita tak suka kan" lalu aku sambung lagi

Lebih kurang itulah makna 'jajah' tetapi kita biasa sebut jajah untuk negara" disambung oleh seorang rakan dengan panjang lebar sedikit.. (Terima kasih azman sebab sanggup datang beramah mesra dengan anak-anak murid ini)


Aku minta mereka lukiskan gambar bendera malaysia.. malah siap tuliskan 31 Ogos 1957 tarikh kemerdekaan negara Malaysia.. dan memperkenalkan bahawa negara kita telah 51 tahun merdekanya..

Selepas waktu sekolah.. aku singgah ke rumah Kak Pah/Abg Shah.. hari ini mereka sekeluarga memuat naik semua barangan ke dalam kontena untuk dibawa balik ke Malaysia. Seronoknya.. mereka juga telah merdeka sebahagiannya.. hanya menunggu tarikh untuk viva yang tidak lama lagi..

Sempat jugalah aku tanyakan makna merdeka pada kawan-kawan

Si 'S' : Merdeka pada aku selepas aku dapat ijazah PhD aku

Si 'Z' : Merdeka pada aku setelah aku dapat capai objektif hidup aku..

aku? : Merdeka pada aku.. menemui apa yang aku cari selama ini.. capai matlamat dan harapan.. merdeka dari belenggu perasaan dan fikiran yang menyesakkan..

anda? nanti bolehlah tolong jawab soalan ini pulak kan..

Apa jua.. salam merdeka dariku di sini.. buat masa ini aku belum merdeka lagi.. diri masih dijajah dengan pelbagai perkara.. walaupun kadangkala cuba juga keluar dari jajahan minda dan perasaan ini.. bilakah merdekanya semua itu..

Merdeka.. merdeka.. merdeka.. ibarat jeritan kuat anak-anak murid aku.. walaupun aku tahu.. mereka pastinya masih belum pasti dan tahu makna merdeka itu.. lalu diberitahu oleh seorang rakan..

"Takpelah kalau tak tahu .. nanti 10 tahun tahulah maknanya.. "

Aku? adakah pasti 10 tahun akan terjawab makna merdeka itu? entahlah.. mungkin makna secara teori dan definisi sahaja.. hakikatnya.. merdeka itu.. hanya diri sendiri sahaja yang dapat menafsirkannya..



Salam merdeka buat semua..

Tanggal 31 bulan 8, 57.. hari yang mulia.. hari bahagia.. sambut dengan semangat merdeka..... Aku nyanyi lagu merdeka ini dengan anak-anak muridku..

8 comments:

zura aini said...

kalau dah cikgu tu kat mana2 pun kena jadi cikgukan.

iina said...

tulah zany.. mula menolak juga.. dan selama nie jadi cikgu backup je.. tapi kerana kekurangan guru.. saya sanggup terus jadi guru tetap.. kalau bukan kita yang sanggup sapa lagi kan

CikguZue said...

salam merdeka jugak...walau di mana kita berada, tetap masih ada semangat merdeka.

iina said...

cikguzue.. salam merdeka.. semangat merdeka tetap ada dimana-mana

Abahnajwa said...

Wahh..kamipun semalam baru habis function Iina..terharu sebab dapat jumpa pakcik2 seafearers yang dah lama bermastautin di sini...rasa cam jumpa arwah ayah jer bila berada di kalangan pakcik2 ni..

Dah tu ada sorang Mat Salleh..Lecturer NUS yang nak terbitkan buku pasal Malays in Liverpool..dia buat research pasal Malays in Liverpool dari 1930s lagik..Teruja dan agak malu dgn orang putih yang minat mengkaji salsilah bangsa kita berbanding dgn kita ni yang tak berapa nak ambik tahu kan? Nak dibukukan pulak tuu..

Iina UPSI ya? Kenal dgn Azah dari Manchester dan Reen di Newcastle?

Ada rumah di Behrang? Dekat dah dgn rumah abah di Ulu Yam tuu..hehehe

Ibnurashidi said...

Selamat menjalani ibdah puasa dibulan ramadhan..cikgu merupakan suatu pekerjaan yg mulia..mengajar dan mendidik umat..semoga anak didik mnjdi insan berguna..

iina said...

Abah> kenal diorg berdua tu.. hehehe ;)

Bagusnya abah dapat jumpa org2 lama di liverpool.. tulah bagusnya kita berkelana di negara orang.. banyak ilmu dan pengalaman yang kita dapat..

Rumah ahah dibehrang 2020.. memang dekat sangat ler dengan ulu yam.. dulu kalau ke kl dengan sorang kawan baik nie dia mesti ikut jalan ulu yam ke kl.. Insyallah ada rezeki dan peluang balik mesia boleh lah teruskan hubungan kan ;)

iina said...

ibnurashid> salam ramadhan.. tidak dinafikan cikgu adalah antara insan yang patu kita hormati dan kerjaya yang mulia..insyallah begitulah tujuan dan niatnya..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin