Monday, 25 August 2008

Rasa dan terasa?

Isnin.. permulaan hari bekerja dan belajar.. bila tiba je hari isnin nie mood pun mulalah tak menentu.. maklumlah 1st day kan.. namun gagahkan jugalah untuk bertandang ke CIS.. buat terkejut lagi.. aku orang yang pertama sampai ke bilik (bilik lain rasanya dah ada orang).. masih banyak ruangan yang masih gelap.. hanya sekali sekala kedengaran suara mesin kopi menghancurkan biji kopi yang datangnya dari bilik 'pantry' di hadapan bilik ku..

Cuaca hari ini hujan semula.. ketika melangkah kaki keluar pintu rumah.. kelihatan hari demi hari semakin lewat terangnya.. selalunya apabila keluar pada pukul 5.50pg.. selalunya pagi agak cerah.. hari ini nampaknya masih agak gelap.. lama kelamaan... pastinya pada waktu itu.. pagi akan menjadi semakin lewat cerahnya..

Isnin selalunya kami akan habis kerja lebih awal.. pukul 9.00pagi berbanding dengan hari lain yang tamatnya pada pukul 9.30pg.. selalu jugalah terkejar-kejar untuk menaiki bas pukul 9.31 atau 9.32.. selalunya kami takkan sempat mengejar bas itu.. nak tak nak tunggulah bas lain selepas 10 minit.. selalunya kami akan berkira-kira siapa yang sampai dulu ke bus stop tu.. selalunya aku pasti sampai agak lewat.. yang lain-lainnya pastinya lebih awal.. hairan juga dengan diorang nie.. berlari ke apa hehehe.. rasa kadangkala tu macam dah keluar awal dah.. tapi mesti sampai antara yang terakhir ke bus stop tu ;) takpelah.. janji dapat naik bas sama-sama.. kan

Cuaca yang mendung, suram, hujan dan berangin seolah sealunan dan serentak dengan mood aku hari ini.. semenjak sedang dalam proses baikpulih badan dari demam, batuk, selsema, asma.. mood juga jadi tidak menentu.. macam-macam rasa datang bertandang.. selera makan juga kurang.. teringin jugalah untuk makan macam-macam.. tapi nak memasak malas.. leceh.. dan sebenarnya tak larat sangat.. minggu lepas aku terbaukan kuah kacang dan rendang ketika sibuk bekerja petang.. entah mengapa bauan itu begitu kuat sekali menusuk ke liang deria bauku.. terus teringatkan mak di kampung.. teringatkan lauk pauk itu yang pastinya mak akan masak bila menjelangnya raya.. aih.. puasa pun belum lagi.. aku dah nak raya dulu ke apa.. entahlah.. aku memang begini.. bila nak baikpulih dari demam sahaja pasti ada sahaja yang teringin untuk dimakan.. dan mulalah badan dan fikiran melayang-layang memikirkan banyak perkara.. selalunya bila baik demam aku pasti akan mencari susu coklat buat minuman.. wajib.. mesti kena beli.. dah semenjak minggu lepas lagi dah berbotol-botol susu coklat ini aku beli untuk mengembalikan seleraku.. sudah terbiasa semenjak remaja.. bila baik demam je.. mesti kena beli susu coklat.. tapi sayangnya susu coklat di sini rasanya agak kurang sedap.. dan juga tidak banyak pilihan dan jenama.. lainlah jika di Malaysia.. jenama dutchlady atau nespray.. pasti menjadi pilihan aku setiap bulan.. inilah.. kan dah kata.. aku dah mula teringin macam-macam..

Sebenarnya.. lewat petang semalam aku sedikit terasa hati dengan seseorang.. entahlah sebenarnya aku malas nak melayan sangat rasa dan terasa hati ini.. kita dah kenal lama.. dah tau perangai masing-masing.. dan apa ada dalam hati masing-masing.. cuma kadangkala hubungan persahabatan itu memang banyak cabarannya.. banyak dugaannya.. kadang teralpa jua.. cuma janganlah berfikir yang bukan-bukan pintaku.. sebenarnya aku kini sudah menjadi orang yang malas untuk terlalu memikirkan sesuatu.. nanti hati ku gundah gulana.. semenjak banyak insiden berlaku.. aku terus ambil sikap malas dan buat tak tahu sahaja.. bukan tidak mahu memikirkan.. cuma kadangkala aku perlu tahu mana yang penting dan mana yang tidak.. dan aku juga perlu utamakan mana yang perlu.. kalau semua nak aku fikir pada masa yang sama.. emmm entahlah.. mahu aku takkan dapat lenakan mata buat beberapa minggu.. yelah semua nak kena fikir kan..

Aku tahu kadangkala aku mendiamkan diri tanpa khabar berita sekian lama.. itu bukan bermakna aku lupa.. cuma kadangkala masa dan keadaan membatasi segala-galanya.. Kadang aku hanya mahukan sedikit pengertian tentang kehidupan aku di sini.. itu sahaja.. cara hidupku di Malaysia dulu dan kini sudah banyak bezanya.. keperluan hidup.. tuntutan tanggungjawab.. rasa dan fikiran yang sedia ada.. kerisauan.. sudah terlalu banyak.. risau dihatiku sudah terlalu banyak sebenarnya.. bebanan perasaan tentang keluarga di kampung sudah cukup buat aku kadangkala lesu dan letih.. bebanan study.. apatah lagi.. kerisauan hati.. jangan cakaplah.. rasanya perkara-perkara ini pernah aku ceritakan dulu.. sebenarnya cerita terkininya tidak banyak berubah masih sama.. cuma aku sudah jarang sekali menceritakan semuanya.. kenapa? kerana aku malas untuk terus memikirkannya..

Biarlah aku tamatkan hari ini dengan rasa untuk ceria dan bertenang lenang.. walau apa juga yang mendatang itu.. seharusnya terus dilalui.. terus dihadapi.. bulan puasa pun tidak lama lagi kunjungnya.. rutin kehidupan juga terpaksa diubah lagi.. masa juga terpaksa dibahagi-bahagikan.. keperluan juga perlu difikirkan.. yang lepas itu lepaslah.. jangan terasa hati sangat.. jangan dilayankan sangat perasaan itu.. dan bak kataku dulu kan.. usah dilayan rasa rajuk dihati.. nanti cepat tuanya ;)

6 comments:

CikguZue said...

salam iina,
dunia seorang perantau memang banyak dugaan dan ujiannye...semoga tabah yea. betul kadang kalau kita terlalu fikirkan masalah2 yg mendatang, ia makin membebankan. just let it go...dan serahkan pada Yg Esa...insya-Allah hidup akan lebih ceria dlm rahmat-Nya.

cikgooden said...

hamvoii haih!...susah beno nak masuk umah ni...

dah lama kepingin!

salam ziarah...selalu2 lah update.

cikgooden said...

maknanya, umur kita dah meningkat seiring dengan sensitiviti hati..keh keh keh.(maksudnya, kita dah menginjak tua..)

Akak said...

Salam Iina...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, semuga tabah & ceria menunuaikan ibadh puasa diperantauan & semuga ibadah yg kita jalani diterima Allah SWT, insyaAllah..

Unknown said...

Usah dilayan rajuk di hati nanti cpt tua,aku suka ayat nih.Maknanya kalo org yg sll merajuk tu dah tua sbnrnya yek.

iina said...

cikguzue> betul tu.. fikir mana yang perlu je..insyallah hidup kita juga akan ceria..

cikgooden>selamat dtg..dah tua.. sensitif hehehe ye kot.. tapi jangan ler sensitif sgt teman tak larat nak pujuk ler

akak> selamat menyambut ramadan juga.. nanti ke pasar ramadan leh ler saya kirim ekk

arylene> hehehe gitu2 ler.. yang selalu majuk je tua.. yang majuk kadang2 muda sikit kot ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin