Friday, 22 August 2008

Pukul 6.00petang di Bandar Glasgow

Selesai waktu kerja aku terus bergegas ke city centre.. pakwe minta aku keluarkan duit petang ini juga.. dahlah tu kena keluar note english..

Selalunya di bahagian scotland ini duit pound adalah dalam notes scotland.. masih laku sebagai pound sterling tetapi kebanyakan urusniaga di daerah scotland ini.. duit notes scottish lebih laku dan banyak digunakan.



Sambil berjalan menuju ke HSBC bank..

Aku terlintas untuk merakam suasana petang di bandar besar Glasgow ini.. selalu dah berjalan-jalan di sekitar bandar tetapi aku tidak pernah merakam sekeping pun gambar di sekitarnya.. maka tadi aku ambil kesempatan untuk mengambil beberapa gambar.

Di sepanjang jalan Buchanan street
Gelagat Manusia dan kebanyakan mereka pulang dari kerja dan membeli belah

Ketika menunggu bas untuk ke Sauchiehall street.. deretan kedai di Glasgow ini terlalu panjang.. malas nak berjalan kaki..

Sekitar tempat tunggu bas..



Aku rakamkan gambar bangunan berhampiran


Di sepanjang Sauchiehall Street (selepas turun dari bas 20 di hope street menuju ke Sauchiehall street)

Deretan cafe..



Starbuck coffee


Menuju ke Buchanan Galleries dan John Lewis

Kedai Arts berhampiran


Bangunan Glasgow Royal Concert Hall



Kedai berhampiran

Sainsbury Central Glasgow.. nak beli air dan buah sikit..




Ke University of Strathclyde Sport Centre, temujanji untuk main pingpong..



Akhirnya kami bermain pingpong selama 1 jam.. lama tak beriadah..

Seronok walaupun tak reti sangat main hehehe.. terlebih kuasa lak.. sampai asyik kena smash je.. tapi bagus untuk daya tumpuan sebab kena fokus bola tak boleh keluar dari meja pingpong tu.. menyeronokkan walaupun asyik kena kejar bola pingpong yang terkeluar kawasan hehehe. biasalah baru belajar main.. seronok.. dan akan ada lagi temujanji begini untuk isi masa lapang..

9 comments:

raihan hassan said...

eh2..iina i miss glasgow & edinburgh a lotttttttt..especially pakcik hijau yg berdiri atas batu tu..hari tu nyesal tk posing ngan dia hhehehe...

julietchun said...

Tak jd nak gi sana sbb aku leh dpt mcm2 info dari ko Na.Dah rs mcm aku yg ada kat sana sbb suma ko dah citer & siap ngan gmbr skali.

iina said...

Rusdi> hehehe memang rugi kalau tak gambar dengan dia.. alah nnti leh dtg lagik kan.. kan..

Julietchun> yang ko tengok tu baru 30% je.. banyak gik yang aku tak tunjuk.. kena dtg juga.. sebab masih byk tmpt cantik kat scotland nie.. mesti terpukau dan terpesona mata memandang yelah.. dijamin ;)

Kak Long said...

putih mata nengok

iina said...

apa yg putih kak long.. hehehe.. itu sikit je gmbr ye.. bandar glasgow nie besar.. ;)

fajar said...

lengkap sungguh dan detail gambaran glasgow.

pakcik-pakcik kat george square pun kena ambil jugak. tapi sayang, semua kena simbah dgn najis burung. kenapa lah tidak dimandikan.

:)

iina said...

fajar.. heheh selamat datang.. pakcik kat george square tu penah ambik rasanya.. rasa macam pernah nampak diorg dimandikan.. hehehe alah lagipun kan musim ujan nie.. sure dah kena mandi ujan ari2 ;)

fajar said...

tapi make sure jgn ambik gambar lelaki 'naked' kat depan kedai giorgio armani tu. dekat2 dgn restoren tu. pergh!

iina said...

fajar hehehe.. dah terambik pun hehehe.. awal2 dulu simpan buat kenangan.. mahal tu gambr tu.. ari2lalu jeling2 manja je ahaks ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin