Friday, 15 August 2008

Demam

Pagi semalam aku masih gagahkan diri ke tempat kerja. Mengenangkan janjiku dengan Suthanya untuk ke university health centre maka aku teruskan perjalananku selepas kerja ke universiti. Mengambil masa beberapa jam untuk study, hampir ke tengahari aku jumpa doktor di tingkat 1 ditemani oleh Suthanya.. aku maklumkan dengan doktor yang aku kena asma attack.. katanya kenapa tidak aku ke GP tempat aku tinggal sahaja.. aku jelaskan memandangkan aku dah berada di universiti maka aku putuskan untuk berjumpa dengan GP di universiti. Dia periksa tahap asma aku katanya tidaklah teruk sangat.. aku juga katakan aku juga selsema dan batuk serta sakit tekak.. maka doktor berkenaan berikan aku antibiotik untuk seminggu. Perlu dimakan 3 kali sehari. Selesai jumpa doktor aku putuskan untuk balik rumah.. badan mula rasa semacam je.. panas naik dengan mendadak.. petang aku kena batuk teruk.. tanpaa henti.. aku hampir pengsan petang semalam.. sebab aku terlalu letih dan tak mampu lagi teruskan batuk yang datang tanpa henti. Aku terpaksa telefon John maklumkan aku tidak mampu untuk datang kerja petang itu. Bercakap dengan John juga tidak lancar kerana aku cakap sambil selang seli dengan batuk tanpa henti.

Apa lagi kan aku dah kata kalau aku mula batuk asma aku pasti bermula.. memang aku kena serangan asma yang teruk.. tapi tahap itu masih boleh aku bertahan lagi.. masih aku ingat lagi ketika aku pernah kena serangan berkenaan.. hinggakan untuk melangkah 3 tapak sahaja aku sudah terlalu penat.. mencungap-cungap mengambil nafas.. apatah lagi dengan batuk dan selsema dan hidung tersumbat.. aku terpaksa bernafas melalui mulut..

Aku call health centre Govanhill. Maklumkan yang aku nak jumpa doktor. Mulanya dia nak set appointment berkenaan pada jumaat depan.. lalu aku katakan aku kena serangan asma.. maka person yang menjawab phone berkenaan terus menyambungkan panggilan aku kepada GP dan dia menanyakan aku beberapa soalan pendek berkenaan dengan keadaan aku. Petang semalam juga dia suruh aku datang ambil inhaler.. aku gagahkan juga diri berjalan kaki perlahan-lahan menuju ke klinik.. Akhirnya aku ambil ubatan yang telah disenaraikan..lalu berjalan kaki balik semula. Sampai rumah aku terus tidur dengan susah payah.. dan terlena entah berapa lama.

Pagi ini aku terjaga pukul 2++pg.. aku demam sekali lagi.. batuk kembali semula.. lalu terpaksalah telan ubat demam.. Hati dah mula berbelah bahagi untuk ke tempat kerja. Aku paksa diri.. pergi juga sampai ada juga yang tegur kata aku kelihatan letih sangat.. sebenarnya aku memang tak sihat.. aku pergi kerja dengan keadaan demam separuh baik dan selsema yang masih ada.. asma sudah agak berkurangan.. balik kerja aku tidur semula kerana sudah tidak mampu lagi menahan mata dan badan yang terlalu letih..

Petang aku kerja.. waaaa.. tak ingat diri sakit ke apa aku nie.. badan tak baik lagi tapi aku dah paksa diri kerja juga.. sampai ke tempat kerja.. ramai sungguh yang tanya keadaan diri aku.. John, james.. kate.. agaknya semalam John beritahu mereka aku tak sihat.. sampai john pun datang jumpa aku.. risau lihat keadaan aku.. aku katakan aku dah ok sikit.. dia bising juga denganku.. katanya kalau tak sihat balik awal.. dia tak kisah.. dia takkan beritahu spectrum.. aku angguk-angguk kepalaku.. itulah John yang aku kenal.. dia memang fleksible.. aku kadang jadi terharu dengan dia..

Aku buat kerja perlahan-lahan.. memandangkan semalam aku tak datang.. banyak juga perkara yang aku kena buat semula.. sebab yang take over kerja aku.. buat lebih kurang.. takpelah sekurang-kurangnya dia datang cover aku.. akhirnya pukul 6.10ptg baru aku keluar dari bangunan legal house.. aku ternampak Janice dari jauh.. dia tanya aku dah sihat ke.. aku cakap ok sikit.. Wah ramai sungguh yang tahu aku tak sihat nie.. cam glamour ler pulak..

Alhamdullilah demam dah kebah sedikit.. batuk dan selsema juga sudah kurang.. syukur sudah hari jumaat.. ada peluang 2 hari cuti.. tapi hujung minggu ini penuh dengan aktiviti komuniti.. esok pendaftaran masuk untuk sekolah malaysia glasgow.. lusa pula BBQ dan AGM kelab umno Glasgow.. malas nak pergi pun ada juga nie.. tapi tengoklah.. kena bagi sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding untuk jawatan ajk baru nanti.. Sekolah malaysia glasgow juga akan memulakan persekolahan pada minggu depan.. so aku pun akan mula mengajar pada persekolahan kali ini.. Insyallah..

Selamat bercuti semula.. emmm.. bila aku nak pergi tengok movie The mummy nie.. weekend nie pun full :).. rasa nak larikan diri je pergi berehat tanpa gangguan apa-apa komitmen.. Insyallah coming soon..

Rasa Hati: Kadang-kala kesibukan dan kealpaan bukanlah kerana aku terlupa atau tidak kisah.. atau tidak peduli atau tidak ambil berat.. hanya seminggu ini aku benar-benar tidak sihat sejak weekend lepas lagi.. memang akan ada yang terasa hati seolah-olah aku tidak peduli.. aku tidak mampu berfikir dengan baik seminggu ini. kondisi badan dan fikiran aku tidak sehaluan.. aku hanya mengharapkan pengertian.. bukan satu kesimpulan atau tuduhan tanpa usul periksa dan juga tanpa sedikitpun rasa simpati? Rasa-rasanya kalau aku berikan rasa sakit ini bagaimana agaknya?? mampukah ditanggung atau baru hadir rasa mengerti itu? Dalam sakit-sakit nie pun.. aku tetap nak bebel juga.. Harapnya dia akan mengerti..

3 comments:

CikguZue said...

Salam Iina,
memang kadang bila dah mula kerja kat Uk ni, sayang nak tinggal walau sakit. macam tu la. tapi take care, ok. usah biarkan kehendak melampaui kemampuan manusia yg terbatas dan byk kelemahan. ada masanye tubuh pandai berbahasa.
moga cepat sembuhnye.

julietchun said...

Mcm merajuk bunyinya:D Dpt gaji nanti g shopping ilangkan tensen yek.

iina said...

cikguzue> betul tu..bukan apa just kadangkala nak bercuti boleh tapi saya dari dulu jenis susah nak bercuti.. thanks again

julietchun> majuk? hehehe bukan majuk tapi geram ;) shopping tak yah nak tunggu gaji (ceh mcm byk duit hehehe).. masa je yang takde ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin