Thursday, 25 December 2008

Setenang air laut di St Andrews


Hari ini merupakan hari yang agak suram dan mendung.. nampaknya kali ini X'mas disambut dengan cuaca yang pudar cahayanya..

Sepanjang perjalanan dari Glasgow ke Dundee kabus ada dimana-mana.. hampir merata tempat dipenuhi kabus putih.. malah melewati kawasan lautan juga berkabus teruk.. tiada apa yang dapat dilihat dalam jarak pandangan yang dekat.. namun kerana ingin menghabiskan masa berjalan ke sebelah atas Scotland.. kami teruskan perjalanan kami menuju ke Dundee..

Tidak ada yang menyeronokkan kerana kebanyakan kedai dan shopping outlet tutupppppppp.. malah hendak mencari 'washroom' juga tiada.. kesian anak-anak rakan semua sudah tidak tentu arah duduknya.. menjejaki stesen minyak juga tutup.. Akhirnya kami temui sebuah kedai pakistan yang dibuka.. Alhamdullilah mereka kesian dengan kami dan dapatlah kami menumpang menyelesaikan hajat yang tidak terbendung lagi.. Rasa serik juga berjalan ketika hari cuti X'mas begini.. namun masih kami teruskan juga perjalanan kami.. tidak ada rasa kesal dan menyesal.. kami nikmati perjalanan yang sejuk dan berkabus dengan rasa seronok dan teruja..

Tidak lama di bandar Dundee kami menjengah ke Tayport. Berhenti di pelabuhan kapal.. bergambar seketika di situ.. Anak-anak bagai lepas bebas.. ke sana sini berlarian tanpa peduli jeritan amaran dan panggilan cemas..



Sempat kami bergambar seketika ;)

Seterusnya kami ke St Andrews..

Menyusuri tepian pantai di St Andrews.. menikmati pemandangan padang Golf yang terunggul di dunia.. memerhatikan pemandangan indah lautan di sekitarnya menyeronokkan..



Kami berhenti berhampiran St Andrews Castle..



Bergambar di hadapan istana lama itu..



Kami berjalan menuruni cerun bukit di tepi istana lama itu


Pasir berwarna perang gelap dan basah menyambut langkah kami


dan ambil peluang bermain pasir pantai di sekitar kawasan istana.. seronok dan teruja..

Ketika itu sudah tengahari.. masing-masing asyik bergambar



Sepanjang pemandangan indah di sekitarnya



Indah dan tenang





Inilah rupa pasir pantai di sekitar Scotland bersama si ombak yang sedang membelai pantai



Pasir berwarna perang gelap dan batuan yang pelbagai rupa bentuknya


Si anak kecil yang asyik mengumpul kulit siput dan kerang-kerangan



dan kicauan burung-burung laut..



Pakwe pun mencari ilham sama ;)

Yang tidak dapat aku lupa.. aku berkesempatan menunaikan solat di atas batuan di tepi pantai itu.. inilah pertama kali aku berbuat sedemikian.. dengan bunyi ombak yang memukul pantai dan mengadap lautan luas ciptaan tuhan.. solat yang ditunaikan penuh dengan rasa keinsafan.. apatah lagi berdiri dan bersujud di atas batu-batu sejuk.. rasa sejuk seolah hilang seketika.. indah dan tenang sekali..


Kami ambil peluang bergambar bersama..

Aku dan kak haizan



Pakwe dan makwenya ;)


Selesai solat.. Kami bergerak mendaki tangga ke tempat kereta..



Sempat lagi bergambar ya

Kami mencari tempat untuk berhenti makan tengahari.. perut sudah mula berbunyi.. lapar...

Apa lagi kami lepak berhampiran kawasan pelabuhan..

Menikmati sepinggan nasi lemak.. amat nikmat sekali.. sejak awal pagi aku siapkan bekalan untuk kami sekeluarga..

Makan nasi lemak di tepi pantai.. dengan cuaca yang sejuk dan angin sepoi-sepoi bahasa.. memang membangkitkan selera.. entah berapakali kami semua menambah nasi.. sedapp dan seronok..


Menyudahkan makan tengahari.. kami teruskan perjalanan kami ke Edinburgh untuk menunaikan solat maghrib di sana..


Dari jauh kami melihat jambatan yang tersergam indah.. 'Forth Bridge' yang sering dirakamkan dalam setiap poskad jika anda ke Edinburgh..

Edinburgh disebut dengan ungkapan 'aedinbererr' dengan menyembunyikan bunyi 'h' dan bukan disebut sebagai 'aedinbek'.. jika anda sebut begitu di sini.. pasti tiada sesiapa tahu dimana tempat yang anda maksudkan ;)

Sudah lama aku tidak ke situ.. sampai sahaja ke masjid Edinburgh di Nicholson square.. membangkitkan kenangan aku di situ.. dulu aku pernah menelaah pelajaran di perpustakaan masjid itu semasa cuti x'mas kerana universiti ditutup lama.. bersama aku adalah sahabat baik aku Aziza dari Oman.. kami berdua mengambil masa menelaah bersama untuk persediaan peperiksaan yang akan kami duduki selepas sahaja cuti X'mas ketika itu.. tengahari pula kami menikmati makan tengahari di Kebab Mahal.. ketika itu masih belum ada lagi dapur masjid seperti sekarang.. ketika itu kebab mahal kira tempat lepak yang terulung di situ.. kini Edinburgh sudah punya banyak tempat makan halal yang banyak berbanding dulu..

Melalui deretan kedai-kedai halal di sebelah menyebelah kebab mahal.. juga membuatkan aku tersenyum memandang tulisan melayu di kedai 'Bismillah' yang berbunyi "Di sini ada menjual barangan....." tulisan itu hingga kini membuatkan aku bangga menjadi anak malaysia.. mampu melihat tulisan bahasa melayu di paparkan di sebuah kedai.. bukan selalu ada peluang begitu kan.. ;)

Selesai solat.. kami makan malam di dapur masjid.. menikmati juadah nasi dan lauk kari kambing serta air kopi panas membangkitkan selera kami.. teringat tempat makan sedemikian yang menghampiri khemah pengantin di malaysia.. Jika tahun aku berada di situ.. dapur itu sudah ada.. mahu juga kerap kami lepak di situ.. menikmati juadah nasi yang enak dan murah namun ku kira harganya telah naik sejak kali terakhir kami ke situ tahun lepas.. mungkin harga barangan yang meningkat menyebabkan harga barangan juga terpaksa dinaikkan.. (Maaf tiada gambar kerana hari sudahpun gelap ketika itu)

Alhamdullilah selesai semua.. kami bertolak pulang ke Glasgow.. Seronok kerana mampu berjalan ke 3 buah bandar dalam masa sehari ini..

Insyallah mungkin aku akan kembali ke situ.. St Andrews punya ciri istimewanya.. begitu juga Edinburgh.. Tempat aku mengenal dunia barat.. dunia cabaran.. dunia kecekalan dan membina jati diri..

Insyallah aku akan kembali lagi ;)

Esok shopping time.. yeh yeh yeh.. ;)

Akanku tunggu.. dan aku pasti ramai manusia akan beratur di depan pintu kedai seawal pukul 6++ kerana kebanyakan kedai buka pukul 7.00pagi..

Aku?? tak kuasa aku nak beratur panjang depan pintu kedai pepagi gitu.. walaupun hajat di hati tu ada gak hehehehhe.. jomm.. jomm..

7 comments:

KTS said...

jeles
jeles
jeles
jeles
jeles
jeles
jeles
jeles
.
.
.
.
.
.
.
aku tersangat jeles... :P

p/s: janji nak minum kopi kat starbuck... mana ko ni... puas aku tunggu... :P

julietchun said...

Cuti sakan yer. Psstt: apsal pakwe nampak shy2 cat jek bergamba ngan makwenya,hahahahha.Tem sopping tu jgn lupa aku kat sini (dlm maknanya tuh)hahahaha.

chinta said...

xmas masa berjalan2 kan...tp lab masih jgak kena buat..request special permission dr head school, dah 2thn mcm nie...tidak!!

ombak st andrew kuat sgt sampai terpercik2 area parking lot..tp kadang2 dtg damai plak..

btw, kebab mahal tu mmg mahal dan service lembabnye!! pastu tak sedap..kalau dtg sini, cuba try mamaris..sesuai ngan tekak sy dan org mesia lain..heehe

esok berboxing d mana?

SRISUFI said...

salam maal hijrah buat sis dan keluarga...

subhanallah sungguh indah pemandangan sekitar istana lama tu...saujana mata...

solat atas batu sis?seronoknya...alhamdulillah kat mana2pun kewajipan tetap tunaikan...respect lah sis...

Abahnajwa said...

Iinaaaa...

Kalau tak kita dah shopping sesama dah kan Iina...huhuhuhuhu

iina said...

KTS

lerrrrrrrrrrrrr pesal ko p starbuck semalam.. semua kedai tutup lerrrrrrrrrrrrrrrrr.. ko p tunggu memang ler aku takde ;)

jgn..jgnn.. jgn engkau jelesss.. jelesss.. nanti ko gak yang melepesss.. muahahaha

Chinta

kalau parking dekat ngan pintu masuk ke golf coast tu mmg ombak dia tinggi.. nie akak lepak betul2 sebelah st andrews castle.. heaven kat situ..

zaman akak mana de kedai kebab yg lain.. kalau ada pun jauh kena jalan kaki.. situ mmg strategi dan selalu jdi tmpt lepak org malaysia.. service dia dr dulu mmg sloww n lembab.. tapi pakwe akak penah sound diorg dulu.. sejak tu.. kalau nampak jek kitaorg uihh tak penah dah lembab.. smpi kwn2 kitaorg yg ikut mkn ngan kitaorg pun terkejut tgk service tiptop..muahahahha

lain kali akak nak p.. dulu2 masa kwn baik akak ada kat edinburgh ada gak dia bwk akak lepak p mkn but mamaris cam fimiliar name maybe baru buka selepas thn akak balik kot.. bytheway kalau jom andak joe kim salam ekk.. dia kenal ler akak ;)

akak boxing kat glasgow jekk.. heaven sehhh ;)

Sri

Dik.. alhamdullilah.. sejak merantau ke negara org akak dah tak pernah kisah mana-mana nak solat.. asalkan ada tmpt.. itulah namanya musafir.. dan dah tak payah nak bawak telekung leceh.. cukuplah dengan sarung kaki bersih yg sentiasa ada dlm beg.. ada jaket tutup badan pun dah cukup.. akak lebih selesa begitu sebab lebih mudah dan selesa..kdg bersolat dlm keadaan begitu lebih khusyuk rasanya.. lebih selesa dan tak perlu nak carik masjid ke surau ke.. kat mana-mana pun leh solat kan.. (sebab itu elok kita merantau dan berjalan ke negara org byk perkara yang kita belajar dan dapat sebenarnya)

Abah

heheheh ahah idak ari nie kita dah p shopping sakan.. tapi liverpool pun sure heaven gak kan.. lagik2 kat chester oak tu kan bah ;)

iina said...

Juliet

Camna lak aku tak nampak ko ye komen lak nie hhehehhe aku dah rabun ingat nak p shopping kot hehehhe.. dia mmg camtu.. malu2 gitu.. depan org ler.. depan aku muahahahha sendirik mau ingat ler..

Bukan takat cuti sakan.. bakal shopping sakan gak nie ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin