Pagi tadi aku hubungi kampung.. sudah agak lama tidak mendengar perkhabaran dari kampung.. lama juga aku berbual dengan mak.. dari kisah adik-adik hinggalah ke ayah.. malah kisah mak juga aku ketahui.. setiap seorang diceritakan padaku.. dan sememangnya sejak dulu mak memang tidak pandai bersembunyi apa juga perkara dari pengetahuan aku.. pasti mak akan ceritakan.. baik, buruk, sedih, gembira atau apa sahaja.. Dulu bila pulang ke kampung aku pasti akan duduk melepak berbual dengan mak hingga lewat malam.. melayannya bercerita dari satu kisah ke satu kisah memang mengasyikkan apatah lagi, hanya aku tempatnya meluah segala yang terbuku dihati.. walaupun kini aku jauh.. kisah keluarga setiap satunya aku tahu..
Kata mak..
"Adik tu.. dah dapat keputusan PMRnya"
"Apa keputusannya mak?"
Lalu mak beritahu aku keputusannya.. ada A ada B dan ada 1C, oklah padaku.. keputusan yang baik.. dan sebenarnya semasa aku balik ke Malaysia mak ada menyuruhku menyemak borang kemasukan ke sekolah teknik yang telah diambil lebih awal oleh adik. (Adik adalah panggilan kami untuk adik bongsuku).
Dek kesibukan urusan kenduri kendara.. aku langsung tidak sempat untuk melihat borang tersebut dan memberikan pendapat.. berulang kali mak ingatkan aku supaya melihat borang itu.. adik juga kerap kali bertanya pada mak untuk menyuruhku membuat keputusan.. aku terlupa adikku sudah besar panjang.. rasa baru semalam sahaja dia ku jaga sejak kecil lagi.. seolah baru semalam juga aku lihat dia bertatih berjalan.. kini sudah besar panjang.. perbezaan umur yang menghampiri 20 tahun antara kami memang jurang jarak yang agak besar.. selama itu aku anggap hanya aku sahaja anak perempuan di dalam keluarga.. dan tidak sangka akhirnya aku ada adik perempuan.. teringat kata-kata arwah nenek semasa aku membuat panggilan ke kampung semasa aku sedang mengikuti pengajian matrikulasi di KL, "Ko dah ada kawanlah Na.. ko dapat adik perempuan"
Ketika itu aku sudah tahu nama adikku.. yang pasti bermula dengan 'Has' dan tidak jauh beza dengan nama aku sendiri yang membezakan hanya huruf 'N' dan 'Z' sahaja, malah tarikh lahir kami juga berbeza bulan sahaja.. aku 13/7 dan adik 13/9.. unik aku kira.. tapi perangai kami jauh berbeza dan dia sungguh sensitif jiwanya.. dengan aku?? memang dia tak berani melawan dan banyak cakap.. kan aku pernah kata aku kakak yang garang dan tegas.. ini diakui oleh semua adik-adik aku.. malah pakwe pun pernah komen tentang personaliti aku yang satu ini.. di luar lain.. tapi di kalangan keluarga aku lain.. kena fahamlah.. anak sulung kebanyakan begitu ku kira.. perlu tegas dan perlu bertanggungjawab.. namun selalu juga mengalah dalam banyak hal.
Sebenarnya terasa berat juga seketika bila perlu membuat keputusan yang terbaik untuk adik. Perlu teruskan ke sekolah teknik atau buat sahaja SPM di sekolah biasa yang sedang diikutinya sekarang. Malah bidang yang perlu diambil juga perlu aku teliti. Bukan apa terutama zaman kini yang sudah ramai graduan yang menganggur dan tidak ada kerja.. malah limpahan bidang juga sudah terlalu banyak.. Dia tak minat bidang kejuruteraan, katering apatah lagi.. yang dia minat hanya bidang komputer dan perdagangan.. teringat pengalaman aku semasa mesyuarat pemilihan pelajar peringkat diploma untuk mengikuti program ijazah teknologi maklumat di UPSI.. ramai yang memohon hampir ribuan tapi yang boleh kami ambil hanya sekadar 100-200 pelajar sahaja.. ketika membuat pemilihan juga agak sukar.. kebanyakan hanya didominasi oleh sesebuah institusi sahaja..
Lalu aku berikan pendapatku.. boleh ke sekolah teknik jika benar-benar minat mendalami bidang kejuruteraan atau komputer atau perdagangan jika mahu ke politeknik.. tapi aku punya harapan lain untuk adik aku.. aku mahu dia menjadi seorang guru.. cukuplah hanya aku dan adik lelaki bongsu ku pakar dalam bidang teknologi maklumat.. aku rasa kami tidak perlukan seorang lagi pakar IT dalam keluarga.. biarlah dia mengikut jejak langkah ayah.. seorang guru.. dan aku pula cikgu kepada guru hehehehe..
Lagipun aku lebih suka dia tinggal bersama mak dan ayah.. hanya ini sahaja masanya untuk melihat mereka membesar bersama mak dan ayah.. aku juga lalui pengalaman itu dan tahu rasanya.. dan selepas SPM aku tidak pernah lagi tinggal tetap bersama keluarga hinggalah aku mendirikan rumah tangga.. kali terakhir semasa aku di tingkat 5.. itupun dalam meniti usia remaja aku hanya berpeluang tinggal dengan mereka selama 3 tahun.. berbeza dengan adik-adik ku.. hampir kebanyakan mereka tinggal bersama mak selepas sahaja tamat belajar.. aku mahu mereka temankan mak dan ayah.. terutama bila mereka sudah menginjak tua ini.. lagipun bila sampai masa mereka masuk ke universiti.. mereka akan tinggalkan keluarga.. dan bila berkahwin apatah lagi..
Lantas aku berikan pendapat aku.. aku mahukan adik teruskan bersekolah di Banting.. ambil sahaja SPM di sekolah yang sedia ada.. nanti semasa untuk memohon ke peringkat diploma ada lebih banyak peluang dan bidang yang boleh dipohon.. jika ke sekolah teknik terbatas bidang pilihan yang ada.. aku tidak mahu itu.. lagipun aku selalu juga menyelia pelajar ke sekolah teknik.. dan kebanyakan subjek tekbnologi maklumat yang aku selia aku tahu tahap kesukarannya.. bukan aku kata adik tidak mampu lulus cuma aku sedikit kurang percaya dengan kemampuan dia.. aku tahu dia cenderung bidang seni dan kreatif. Seperti aku kata pada mak.. kalau dia nak jadi guru boleh sahaja jadi guru seni atau guru bahasa melayu.. guru pun bagus juga.. lagipun aku tegaskan pada mak.. kebanyakan pelajar cemerlang SPM jarang sekali datang dari pelajar sekolah teknik.. kebanyakan dari pelajar sekolah harian biasa atau mrsm atau asrama penuh.. tak salah jika teruskan mengambil SPM di sekolah biasa.. tak perlu ke sekolah teknik.. yang aku tau adik mau memohon dek ajakan rakan-rakannya.. ini aku tau sangat-sangat dan aku tegaskan kembali..
Selesai memberi pendapat mak setuju dengan pendapatku.. namun keputusannya terpulang pada mereka.. aku hanya mampu memberikan pendapatku.. dan jika boleh aku mahu yang terbaik untuk adik.. tapi ya minat terpulang pada diri masing-masing.. dan kemahuan diri.. jangan pula kerana mengikut kata orang.. maka kita pun mahu mengikut kehendak itu tanpa memperdulikan minat pada diri sendiri..
Bila menginjak tua (heheheh tua ke aku nie) terasa bebanan keluarga semakin bertambah.. dulu aku tidak merasa bebanan begini mungkin usia yang masih muda.. dan aku tahu masih banyak lagi yang perlu aku tanggung.. walaupun hanya anak perempuan.. namun aku tetap anak sulung.. ramai mungkin berkata anak perempuan kalau dah kawin akan ikut suaminya dan tinggalkan keluarga.. bebanan keluarga bukan lagi tanggungjawab dia.. tapi 'TIDAK' dalam kes keluarga aku.. Sejak dulu baik mak atau ayah pasti akan minta pendapatku dalam apa juga keputusan.. ini aku akui.. malah pakwe pun sudah faham tanggungjawab ini sejak dia berjanji untuk bersamaku ke akhir hayat kami.. salah satu perkara yang aku minta dia terima dan turut bertanggungjawab adalah menjaga adik-adikku.. jika aku kakak sulung dia juga jadi abang sulung.. dan alhamdullilah hingga kini semua adik-adik hormati dia seperti kakak sulung mereka.. dan mereka juga segan pada dia.. sama seperti dirinya juga.. dalam adik beradiknya.. pakwelah yang paling mengambil berat hal keluarganya.. malah kebanyakan keputusan keluarga juga dibuat oleh pakwe.. walaupun dia anak ketiga.. sebab itu kami punya rasa tanggungjawab dan kefahaman yang sama.. mudah menguruskan hal-hal keluarga.. seperti mana dia lakukan tanggungjawab abang sulung pada keluargaku.. begitu jugalah aku melakukan tanggungjawabku sebagai 'kak lang' dalam keluarganya.
Masih jauh perjalanan.. tapi usia juga semakin menginjak bertambahnya.. makin melewati usia.. makin terasa usia sudah tiba zon kematangan.. ayah dan mak juga semakin tua.. mereka juga akan pergi.. adik-adik juga mula menginjak dewasanya.. dan tanggungjawabku juga semakin berat dan hebat.. namun akan tetap aku pikul setiap satunya.. kerana itu adalah tanggungjawabku.. dan tidak ada orang lain yang boleh aku harapkan dan serahkan untuk memikulnya..
Aku pasti anda semua pun begitu jugakan.. baik untuk diri sendiri, keluarga, mak ayah, adik-adik, sanak saudara dan juga rakan taulan.. setiap kita punya tanggungjawab masing-masing ;)
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
4 comments:
ehehe..aritu amir nak masuk teknik pun akak tak kasik gak.
sekarang punya masa, asrama tu macam dah sama ranking dgn pulau jerjak je rasanya.
macam2 kes dok kita dengar..huuu..
Remaja skang ni suka ikut kawan,kalo dpt kwn yg baik takpe lah, kalo dpt yg ting tong, kita pun terheret sama.Aku setuju ngan ko,sekolah kat mana pun sama, yg penting diri sendiri kena tentukan hala tuju.
pendapat aku yg tak berapa nak dapat ni la kan, elok je sekolah biasa... sekolah dekat rumah... duk dgn ibu bapa... sebab dorang tgh membesar... remaja... lagipun, biarlah bermesra ngan ibu bapa...
nanti bila dah besar, dah sambung belajar, dah kerja, dah kawin... tak sempat nak bermanja...
tak gitu, kakak yg garang :P
Kak ungku
Betul tu kak.. macam2 dah kisah sekrg nie.. baik sekolah biasa jek.. kalau dpt sekkolah asrama penuh tu lain ler cite.. mau gak den suh poei..
Juliet
Yup bernas idea ko.. alah aku dulu pun sekolah harian biasa jek.. p uk gak aku muahahahha ;)
KTS
ye makcik yang ku tak sempurna.. sebab semua2 alasan tu ler.. aku tak bagi pergi.. duk umah study jek ;)
Post a Comment