Friday 26 December 2008

Hari ber'boxing'

Seperti semua telah ketahui seawal pukul 8.15 pagi aku telah berada di bandar Glasgow.. hari masih gelap..

Ketika melangkah turun dari bas 66.. suasana sekeliling malap dan gelap.. hanya cahaya neon berbentuk pokok x'mas sahaja yang menyambut kehadiran kami..

Ketika itu hanya beberapa outlet kedai yang dibuka.. orang juga tidak begitu ramai.. yelah siapa sangat yang nak bershopping awal pagi..

Melintasi 'river island' penuh orang..



Menuju ke 'Next' wahhduhhh penuh sesak dengan manusia yang beratur dan sedang membelek-belek barangan...


Menoleh ke 'debenham' seolah tiada orang sangat pula.. tapi bila naik ketingkat atasnya.. ramai juga manusia.. tapi masih terkawal dan tidak begitu sesak lagi..

Lama juga kami di bandar.. kaki pun dah letih melangkah.. dari satu kedai ke satu kedai kami pergi.. dari Argle street menuju ke Buchanan street dan akhirnya ke Sauchiehall street kami berjalan kaki..

Sebenarnya bila membeli belah bersama pakwe.. aku akan membeli lebih banyak hehehehe.. itupun sempat dapat bebelan dari dia.. menyuruhku mencari baju jaket suit sepasang dengan seluar yang padan.. senang nanti untuk aku pakai bila perlu menghadiri seminar.. konferen.. bengkel dan mesyuarat.. malah bukan itu sahaja.. bentuk dan rupanya juga turut dia perincikan.. adeihhh... terkesima aku sekejap.. tak ubah gaya bercakap seperti abah.. mendengar nasihatnya... aku lebih suka diamkan diri dan mengiakan sahaja.. so apa lagi aku ambil satu yang sesuai.. dan mungkin akan ada lagi.. dan lagi..


Dalam perjalanan pulang manusia kelihatannya semakin ramai dan berpusu-pusu.

Semalam aku cuba 'device' baru yang aku beli semasa pulang ke malaysia.. yang memudahkan aku memainkan lagu mp3 secara terus dari pendrive aku.. dengan hanya sambungan ke soket elektrik kereta.. tidak perlu lagi disimpan dalam bentuk DVD atau CD.. dan aku turut membeli pendua soket.. satu untuk sambung ke 'satelite navigator' dan satu untuk sambungan lagu mp3 aku.. Yang seronok aku dapat mendengar ratusan lagu mp3 aku hanya menyambungkan pendrive aku sahaja.. misi berjaya ;)

Akhirnya ini yang kami bawa balik...

Esok? ada sale lagi.. ada rakan sudah mula mengajak shopping lagi.. bodyshop.. mark & spenser, John lewis.. semuanya bermula sales esok hari.. uihhh.. boleh demam shopping kalau begini.. kita tunggu januari sale yang tidak lama lagi.. ada potongan lagi..

8 comments:

Nazali Noor said...

hidup iinaaaaaaaaa

cappuccino said...

wahhhhhh iina..byk borong weh...tadi kami gi serang Junction32 outlet..fuhhhhhh kopak wehhh..esok kami jalan2 ke llandudno,northern wales..cantikt tu weyyyy...kak ina & gengs nk gi serang stoke esok pagi2 buta..harus habis pinggan mangkuk stoke kene borong dek org2 melayu hehehhe...

julietchun said...

Selamat berboxing kataku dgn jeles sekali. Best ke sound mp3 kalo sambung kat keta camtu? Aku teringin nak beli tapi org ckp tak berapa sedap dgr soundnya ataupun bergantung pada brand kot.

KTS said...

sikit sangat tu ko sopping... teruskan lagi... (kataku dlm nada sindir dan jeles)

yani_worldpeace said...

amboi banyaknya barang yang diborong tuh...pastu nak tunggu lagi sale januari??? bestnya...

iina said...

Abah..

amboi abah.. ada join shoping gak ke? hehehe

Rusdi

hehehe sorry ler aku tak dpt ke sheffield ikut nordin.. cik abg aku keje sbtu ahad.. payah sikit ler nak berjalan2.. takat dpt jln dekat2 jek.. borong ekk jgn tak borong.. nnti summer sale ak p ekk heheheh ;)

Juliet

sedap ke sedap aku rasa bergantung pada kualiti mp3 ko sendiri.. kalau sound dia kat nb pun tak ok.. apatah lagik kat keta.. bg aku itu xjadi hal.. sebab kalau dr jenis format audio. mp3 nie namapun kualiti rendah sebab tu saiz fail dia kecik..(uihhh aku dh bg syarahan dah).. pada aku. senang sebab aku leh enjoy lagu2 mp3 aku yg beratus2 dengan hanya bawak aku ye pen drive.. xyah susah2 nak tukar dvd ke cd ke tape ke.. tggl plug n play ;)

KTS

hehehehe tgh nak meneruskan bershopping ler nie ;)

Bonda said...

Salam Ziarah..

Seronok nyer tgk shopping banyak2.. macam best nyer...

iina said...

Yani

time nielah nak rasa bershopping sakan hehehe ;)

Bonda

Shopping dah namanya.. memang ler best giler.. time nielah masa nak shopping sakan pun.. sales sana sini.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin