Monday 29 December 2008

Aku Masih Ingat..

(Bahagian 1: Zaman Sekolah Rendah)


Aku masih ingat bagaimana aku dan adik berjalan-jalan bersama mak dan ayah di zoo negara.. ketika itu hanya kami sekeluarga masih tinggal di Klang..Bergambar di sebalik patung-patung binatang dan hari yang cukup indah dan menyeronokkan.. kami bersuka ria seperti tiada penghujungnya..

Aku masih ingat mengayuh basikal kali pertama di hadapan rumah di Taman Klang Jaya.. dan sungguh seronok perasaanku.

Aku masih ingat kelas muzik adalah kelas kegemaranku zaman sekolah rendah.. belajar dengan seorang guru cina yang aku lupa namanya.. alatan muzik yang pertamaku alunkan adalah clarinet.. dan antara lagu kegemaranku.. silent night, 3 blind mice.. dan hampir semuanya lagu berbahasa Inggeris.

Aku masih ingat hari kami berpindah ke Banting, mak sedang sarat mengandungkan adik lelaki bongsu.. dan selang beberapa hari mak dimasukkan ke hospital dan melahirkannya.

Aku masih ingat bermain ting-ting, baling tin, baling selipar dan lompat getah dihadapan rumah wak wiji lewat zaman itu.. malah kami turut mengadakan pertandingan nyanyian ketika hujan turun dengan lebatnya.

Aku masih ingat melepak di depan TV bersama burger ayam dan hotdog sementara menunggu cerita Oshin ditayangkan.

Aku masih ingat berangan-angan menjadi pemain bola tampar yang berjaya dek penangan cerita jepun yang mempunyai aksi sumersoutenya.

Aku masih ingat tidur di rumah arwah nenek semasa bulan puasa, malam itu kami (aku dan ijam) bernyanyi lagu raya nyanyian Anuar & Ellina dengan seronoknya.

Aku masih ingat bermain mercun dan bunga api di malam raya.. berlari keliling rumah sambil membawa bunga api dan melihat suasana malam raya bersama sepupu-sepupuku.

Aku masih ingat menerima baju-baju kurung pemberian mak ngah yang merupakan baju kurung arwah sepupuku Nana.. yang meninggal dunia kerana terbakar diri sendiri ketika ditinggalkan sendirian di rumah buat sementara waktu.. satu kisah yang pilu dan sedih buat mak ngahku dan baju kurung itu sebenarnya dibuat mengikut saiz badanku (kerana sepupuku itu terencat akalnya).. Aku sendiri kurang selesa memakai baju itu sebenarnya.. apatah lagi tidak mahu mak ngah bersedih hati tiap kali dia terlihat aku memakai baju itu..

Aku masih ingat disuruh ayah untuk memasak nasi buat pertama kalinya.. katanya anak perempuan harus tahu memasak dan rajin ke dapur.. dan sejak itu mak mula mengajar aku selok belok memasak semenjak umurku 10 tahun lagi..

Aku masih ingat menikmati masakan mak 'lauk lemak kuning nenas' bersama ikan sepat goreng.. itulah makanan kegemaranku.. setiap kali mak memasaknya aku pasti akan makan bertambah-tambah.. Sudah lama tidak aku nikmati masakan itu.. malah memasaknya juga sudah tidak pernah lagi kerana pakwe kurang meminati masakan itu.

Aku masih ingat kali pertama aku belajar memasak.. dan lauk pertama yang aku masak adalah kari ayam.. kuahnya terlalu cair.. hingga terpaksa dipanaskan semula bagi mengurangkan limpahan kuah yang terlalu banyak.

Aku masih ingat lagi pertama kali menggoreng sayur kobis.. gorenganku terlalu sekejap.. sayur yang dimasak separa mentah.. Aku masih ingat airmuka mak semasa memakan sayur gorenganku.. dia tetap menjamahnya tanpa sedikit pun berkata apa-apa dan sayur itu dimakannya hingga habis.

Aku masih ingat melihat arwah tok datang ke rumah ayah dalam keadaan terluka kakinya.. lalu dia membawaku mencari daun senduduk yang tumbuh banyak di seberang tanah rumahku.. dan mengunyahnya.. lantas diletakkan ke tempat luka itu.. kata arwah tok.. inilah ubat luka yang mujarab..

Aku masih ingat dibawa arwah nenek ke sebuah kedai emas.. lalu dibelinya untukku seutas gelang emas yang tebal dan aku diminta memakainya.

Aku masih ingat arwah nenek membelikanku sebuah tudung putih bersama jarum peniti yang berwarna sama di pasar malam kampungku petang isnin.

Aku masih ingat menikmati manisnya air kopi buatan arwah nenek dan wajib ada di atas meja kayu di dapur kerana itu air minuman kegemaran arwah atok.

Aku masih ingat belajar tarian inang bersama sepupuku ijam.. seronok dan teruja saat itu.

Aku masih ingat ketika filem Azura ditayangkan di pawagam.. sepupuku Ijam dan Mamat menontonnya di kuala lumpur dan mereka turut membeli kaset lagu-lagu filem itu.

Aku masih ingat menari joget lambak di malam persandingan pak usu di hadapan rumah arwah nenek bersama sepupuku ijam.. dan kami menari dengan seronok sekali. Dan memang malam itu memang ramai muda mudi yang hadir.

Aku masih ingat cikgu zakaria pernah berkata padaku namaku (Haslina Hassan) diberi kerana mahu awalan nama yang sama dengan nama ayahku.

Aku masih ingat bertungkus lumus menelaah dengan tekun untuk peperiksaan penilaian darjah lima dan kerapnya aku ke rumah cikgu Johari untuk mengikuti kelas tambahan yang diadakan.. aku diharapkan menjadi pelajar harapan sekolah untuk mendapatkan keputusan 5A

Aku masih ingat di rumah cikgu Johari itulah aku belajar memasak nasi goreng hampas kelapa yang diajar kepadaku oleh anak perempuan cikgu Johari.. Sudah lama tidak aku nikmati nasi goreng sebegitu.. malah rasanya masih aku ingat ketika ini.

Aku masih ingat bermain badminton di dewan orang ramai kampungku sebagai persediaan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Aku masih ingat aku membawa air gula semata-mata semasa sesi latihan dan bila aku tawarkan pada rakan sepermainan semuanya muntah balik air tu.. hehehehe sejak itu kalau aku offer je air aku mereka semua taknak dah minum hehehehe (Aku yang silap faham dengan pertanyaan mak.. nak bawa air kosong ke air bergula?.. aku pulak cakap air gula.. dan aku pula bancuh gula dalam air kosong semata-mata heheheh adeihhhh apa ler kan)

Aku masih ingat membawa bekal makanan dan air teh susu berais dalam bekas minumanku ke sekolah agama waktu petang. Sayangnya air teh berais itu pasti habis sebelum sempat waktu rehat kerana diminum oleh rakan-rakan dan aku sendiri. Waktu ini membawa bekal ke sekolah adalah makanan yang paling sedap sekali..kerana lauk masakan mak.. dan bila aku membawa bekal tiap kali ke universiti lewat waktu dewasa ini.. pasti aku teringatkan kenangan zaman sekolah itu.. dan aku rindukan masakan mak.

Aku masih ingat basikalku hilang waktu sekolah rendah dan puas dicari ke sana sini.. dan akhirnya kami temui basikal itu.. rupanya disorok oleh seorang rakan yang kurang upaya (secara mental) dan beberapa rakan berjaya memujuknya setelah menawarkan coklat dan gula-gula sebagai galang gantinya..

Aku masih ingat seorang rakan menunjukkan tangkal mujizat konon-kononnya dapat membantunya menghadapi peperiksaan penilaian darjah lima dengan cemerlang. Aku sedikit cemburu.. hampir juga rasa tidak puas hati.. tapi seorang rakan pernah menasihatkan ku.. katanya.. yang penting usaha kita dan doa yang tidak putus-putus..

Aku masih ingat ketika keputusan penilaian darjah lima diumumkan aku dan Zaleha diumumkan sebagai pelajar cemerlang.. dan kami berdua menerima hadiah cermerlang itu semasa hari anugerah sekolah.

Aku masih ingat mak pernah bercerita denganku.. betapa bangganya mak Zaleha dengan keputusan anaknya.. dan bercerita ke sana sini tentang kebijaksaan anaknya serata kampung dan mak pernah berpesan padaku.. kita tidak perlu berbangga diri.. cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. dan betapa mak bangga dengan pencapaian aku..

Aku masih ingat kali pertama aku menaiki pentas.. sebagai pelajar cemerlang darjah 6 (aku dapat no 1 tahun itu) dan juga pelajar cemerlang bahasa english (yang aku dapat setiap tahun sejak aku darjah 4 bersekolah di situ).

Aku masih ingat bersama rakan-rakan mementaskan sebuah cereka pendek mengiklankan makanan tempe.... heheheh dan memang kami makan tempe itu semasa pementasan itu.. seorang rakan sanggup beli dan goreng tempe itu dan bawa ke sekolah. Memang nampak sangat kami nie orang jawa hehehehe (kecuali aku yang berketurunan Banjar dan Bugis namun bahasa jawa tidak asing bagiku kerana rakan-rakanku 90% adalah orang jawa)

Aku masih ingat setiap tahun aku akan mewakili sekolah ke pertandingan bercerita bahasa english dari darjah 4 hingga 6. Malah mak pernah membuatkanku sepasang baju gaun panjang berwarna merah jambu dan cikgu membeli tiara kecil untuk aku pakai semasa sesi bercerita itu.

Aku masih ingat mengikuti rombongan sekolah ke bandar melaka bersama rakan-rakan sedarjah.. seronok dan kami puas bergambar.. dan cikgu iringan adalah seorang guru india Cikgu Caroline (cikgu english kesukaan kami)

Aku masih ingat mengikuti rombongan rakan sedarjah ke pantai Morib dan aku membawa bekalan nasi lemak yang dimasak oleh mak.. dan semua cikgu menikmati makanan itu tetapi sayangnya kebanyakan rakan seolah tidak sudi menjamah walaupun sedikit.. selepas itu barulah aku tahu rupanya mereka memulaukanku kerana suatu sebab yang tidak munasabah.. namun aku tidak sedikitpun rasa sedih.. kerana bekalan itu akhirnya habis kerana dinikmati oleh guru-guru iringan dan sahabat baik.

Aku masih ingat bunga-bunga cinta yang aku lihat hadir dikalangan rakan-rakan sedarjah.. antara imah dan nawi.. antara midah dan ibrahim hehehehe dan aku?? takde seiapa pun yang aku jatuh cinta.. sebab aku tak minat sesiapa pun ;)

Aku masih ingat seorang guru pernah memberikan aku surat tawaran melanjutkan pelajaran sekolah menengah ke sabah.. dan bila aku hulurkan borang itu kepada mak.. mak menolak mentah-mentah idea itu.. kalau tidak mesti aku dah pergi sana kan ;)

Aku masih ingat aku hanya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah Klang dan duduk di asrama sekolah tersebut manakala rakanku Zaleha pula dapat melanjutkan pelajaran dibawah tajaan yayasan selangor dah ditempatkan di asrama yayasan berkenaan. Zaman itu sesiapa yang mendapat tajaan daripada yayasan selangor dikira hebatlah. Berita aku hanya ditawarkan di sekolah harian biasa menjadi buah mulut hinaan orang.. tapi aku masih ingat hingga kini pesanan ayah padaku.. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah bukan calang-calang sekolah.. ramai pelajar terbilang dan bijak pandai yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke serata tempat.. Aku percaya dengan kata-kata ayah.. hingga kini barulah aku akui kebenaran kata-kata ayah.. Disitulah aku belajar segala-galanya.. dan disitulah aku menimba ilmu dan pengetahuan.. Disitulah aku mendapat keputusan yang cemerlang baik semasa SRP dan SPM malah keputusan ku lebih baik daripada rakan-rakanku yang bersekolah asrama penuh dan MRSM. Bermula dari kejayaan keputusan SPM, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi UKM.

Kisah zaman sekolah menengahku pernah aku jadikan entri dalam 'Dari Banting ke Klang' , 'Dari Banting ke Klang2' dan 'Dari Banting ke Klang3'

'Aku masih ingat' ini telah diadaptasi dari majalah 'reader digest' ogos 2008 yangku baca semasa sedang menunggu giliran temujanji bertemu doktor gigi lewat petang tadi..

Akan aku sambung 'Masih Aku Ingat Bahagian 2 (Zaman sekolah menengahku) jika ada kesempatan nanti ;)

11 comments:

Ungku Nor said...

alamaakkk..ni mesti kes rindu nak balik mesia ni..huhuhuuu

Kaktiny said...

ko buat aku jugak teringat zaman-zaman duluuuu... huhuhuhu...

camner aku nak pi UK nih.. aku ni laggiiikkkk ler sentimental jiwang karat hampes + sengal.. huhuhu... datang bab "Masih aku Ingat" nih.. mau cair ais musim salji kena airmata aku.. hahahhahaaaa.....

julietchun said...

Psttt: ko cabut gigi lagi ke? huhuhu, ilang manis ko, nasib baik ko dah ada pakwe,hhehehehe.

Cikgooden said...

wahh....kuat betui ingatan cikgu, haih...makan tempe kat atas pentas..he he he. teringat kartun kawan aku dulu..pernah buat. Wira tempe.

Cerita tentang budak yg tiba-tiba jadi kuat sebab makan tempe. ha ha ha.

Kecik2 dulu aku suka makan laksa yang bubuh dalam plastik. Gigit bucu plastik..sedut kuah..ha ha ha

n3 hang mencetuskan idea untuk aku buat n3 nostalgia zaman sekolah rendah. nak buat jugak lah..he he he.

ceri masam said...

i'm older than u sebab during my time, saya bertungkus lumus belajar sebab jadi pelajar harapan sekolah untuk dapatkan 4A untuk UPSR... and i did! betapa bangganya abah dan mak! betapa gembiranya guru besar.
sebab belum ada sorang anak kampung tu yang dapat straight As...

best kan bila terkenang :)

SRISUFI said...

salam sis,

sis,coretan ni buat sri flash back balik memori lepas...rindu nyer...dan semua tu takkan pernah berulang kembali...namun segar dlm ingatan...bila teringat akn kenangan itu bisa gugur manik2 jernih dipipi

yani_worldpeace said...

erm...entri ni membuat kite teringat pl kisah dulu-dulu...kisah suka dan duka yang semuanya tinggal kenangan jer...rindu dengan kenangan dulu kan...

Kak Long said...

takkan ada yang boleh dilupa tak kira momen sedin mahupun momen gembira. Panjang betui entry kali nih...bagusla...sebenarnya bila kita menulis semua ni, macam ada satu kelegaan betui tak??? Just for ourself dan orang lain pun boleh share jugak...

iina said...

Kak ungku

Rindu tetap rindu kak.. tapi kenangan tu dtg gak.. kalau balik mesia pun den totap ingat gak

Tiny

Alah.. ini sesaje sentimental sekejap.. ko nie takkan ler setiap waktu nak nangis rindu kg kot..

Happy betday dear ko dpt dak email aku?

Juliet

Aku tetap manis dan cun walaupun ada pakwe atau xde hehehhe ;) aku tau ko jeles

Cikgooden

Silakan cikgu hehehehe buat jgn xbuat tau nnti leh teman baca.. wahh makan laksa ikut bucu plastik.. teman pun takpenah buat hehehhe.. mmg best kdg2 teringat cerita lama

OL

I actually lagi tua dr u sebab zaman u ambil upsr.. zaman I masih lagi penilaian darjah 5 bukan cam skrg nie exam upsr masa tahun 6 (dulu dipanggil darjah bukan tahun cam skrg). I belajar dulu geografi pun masih panggil ilmu alam.. math pun ilmu hisab ;)

Sri

Sis, mmg indah kenangan dulu. Setiap kenangan tu ada suka dukanya kan ;)

Yani

heheheh setiap kenangan itu indah kan lagi2 kenangan zaman kanak-kanak

Kak long

sebeno lanjutan dari artikel yang saya baca adari reader digest tentang seorang actress perempuan yang diinterview dengan ayat 'I remember' tu yang dpt insprasi tu heheheh.. mmg setiap kenangan itu indah.. lagi2 dah rasa cam tua2 nie kan.. mmg mudah sgt indah benda2 lepas ;)

eiyda said...

salam iina..
ohh..cite oshin..dan bola tampar sumersoute tuu..memang best!! eiyda masih ingat..petang2 mesti tunggu depan tv tak sabar nak tunggu episod seterusnya..ermm teringat kisah dulu..huhuhu

KTS said...

kesimpulannya, ko punya ingatan yg kuat :D

kihkihkih

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin