Selesai bersenam di gym hari ini.. aku keluar menghampiri ke pukul 8 malam.. lama juga senaman hari ini.. apatah lagi leka bersembang dengan instruktor.. memang banyak juga senaman yang dipraktikkan.. al-maklumlah.. kali terakhir aku bersenam begini hampir 10 tahun lepas semasa belajar di UKM dulu.. ketika itu badan pun alahai bukanlah seperti sekarang ini.. kalau lari keliling stadium tu berapa round pun masih maintain lagi.. apatah lagi sejak matrikulasi aku pemain hoki mewakili team UKM dan masih aku teruskan hinggalah aku ke tahun 2 di UKM dan aku terus berhenti segala aktiviti sukan apabila menginjak ke tahun akhir.. perlu berikan tumpuan lebih terutama bebanan study yang semakin mencabar..
Itu kisah dulu.. namun kerana pengalaman itu sudah ada bersenam tidak menjadi kesukaran pada aku.. banyak juga senaman lama aku praktikan semula.. tahu sahajalah kan.. kalau sebagai pemain hoki senaman memang heavy dan intensif gile.. lagi-lagi bila kena training untuk tournament peringkat antara universiti.. berkampung selama 2 minggu dengan menjalani latihan dari terbitnya mentari sehinggalah tenggelamnya sudah sebati dalam diri.. lagi pula aku jadi last man (depender).. memang kena kuat stamina nak kejar bola dan defend goal.. namun itu semua kisah dulu..
Dulu memang aku pernah ada azam untuk ke gym.. namun kesibukan kerja dan study dan jua mood yang asyik takde.. menyebabkan aku sering membataskan diri melangkah masuk ke sport centre.. sekarang ini.. aku ambil peluang yang ada.. bila lagi kan.. sementara punya masa dan kesempatan ini.. dan juga ada rakan taulan yang sudi menemani dan bersungguh-sungguh bersenam bersama..
Sepatutnya aku balik menaiki bas no 5.. namun kerana bas no 12 datang terlebih dulu.. maka aku putuskan untuk naik sahaja dan turun di bus stop berhampiran Bowman St.. dan berjalan kaki sedikit balik ke rumah..
Tidak lama duduk dalam bas.. aku mendengar perbincangan hebat oleh 2 orang jejak scottish yang secara- tiba-tiba disampuk oleh seorang pemuda lain yang duduk 2 baris di belakangnya..
Perbincangan yang bermula dengan suara yang perlahan.. makin lama makin kuat.. yang 2 jejaka ini mula berkata itu ini.. yang seorang pemuda ini pula cuba mempertahankan..
Isunya? soal orang asing yang datang ke negara mereka.. isu tentang peluang kerja yang banyak diambil oleh orang asing itu juga disebut.. nampak ketara mereka terlalu racist dengan bangsa lain selain bangsa mereka sendiri.. namun dibalas dengan hujah dari pemuda itu pula.. dia mempertahankan tentang isu kepelbagaian bangsa ini..
Aku tak ikut sangat perbincangan dengan teliti.. bukan apa.. loghat glaswegian ini kalau didengari memang takkan faham butir bicaranya.. mereka bercakap tanpa ada nada full stop.. terus bercakap dalam 1 nafas je.. sepatah haram nak faham pun susah giler.. cuma aku terdengar sedikit demi sedikit tentang perkara yang dibangkitkan oleh pemuda itu.. katanya jiran tetangganya juga mereka dari poland.. chec.. dan asian.. malah isu racist juga disebut-sebut.. suara mereka menjadi semakin kuat.. dan perbalahan semakin lantang.. sehingga makcik tua yang duduk diantara mereka rasa terganggu dan berpindah tempat duduk.. semua orang dalam bas itu saling berpandangan dan merenung 3 lelaki itu..
Aku?? makin lama aku tidak selesa.. hati aku pun menjadi tidak tenteram.. kerana mereka ini duduk betul-betul bersebelahan dengan tempat dudukku.. untuk menoleh memandang mereka pun aku tak ingin.. malas nak dengar perbalahan mereka tentang bangsa asing yang mereka sebutkan.. sebab secara langsung atau tidak aku juga salah seorang dari bangsa asing itu.. dan sudah tentu aku pun sedikit sebanyak terasa hati..
Berbalahlah selama mana pun aku tidak mahu masuk campur.. dan kalau pun nak menegakkan keadilan ke.. pendapat ke.. komen ke.. prinsip ke.. takkan pula dalam bas menjadi medannya.. kan ramai orang dalam bas.. semuanya dalam perjalanan balik ke rumah.. lagipun kalau aku ler.. takkan aku layan orang-orang yang tak betul tu.. kadang mereka nie bukan tahu apa pun.. nama sahaja mat saleh.. tapi kadang mereka pun tidak pernah keluar negara... dan juga lebih dahsyat kadang tidak pernah pun keluar dari Glasgow sendiri..
Pandangan mereka.. seolah kami ini bangsa asing yang bodoh belaka.. kadang begang jugalah.. sampai terpaksa aku sebut jawatan aku di malaysia.. bukanlah nak bangga diri.. tapi untuk menunjukkan yang aku bukannya datang ke sini sebagai pendatang tanpa izin.. dan bukan juga nak merempat di negara orang.. aku sudah ada pekerjaan yang lebih baik.. kehidupan yang lebih terjamin malah harta benda di negara aku.. kadang kalau sudah begang sangat.. aku cakap je.. aku kakitangan kerajaan.. aku pegawai kerajaan berkhidmat untuk negara.. Bila itu yang aku sebut.. maka memang melopong mereka yang mendengarnya.. terpaksa kadangkala bangga diri sekejap.. untuk mematikan hujah mereka dan membuka minda mereka bahawa kita ini bukan bangsa yang merempat di negara mereka..
Masih aku ingat lagi John (Manager tempat kerja lama aku) pernah bertanyakan pada aku.. apakah haluan hidupku selepas aku balik ke Malaysia nanti.. sehingga dia pernah berkata.. "Are you going to be a proffesor in the end" dan aku jawab dengan yakinnya.. "Yes that one that I'm up to in the end of my career" dan jawapan itu mengundang satu tenungan yang mendalam dari John.. malah dia juga pernah bertanya pada aku.. dimana letaknya tempat kerja aku.. adakah di pinggir kota.. kampung atau di bandar besar.. untuk menjawab soalan ini pun aku dah tersenyum sendiri.. alahai mamat ini.. ingat Malaysia tu duduk dalam hutan lagik ke?? cuba datang tengok.. mahu terbeliak bijik mata melihat betapa modennya bandar KL.. dan betapa membangunnya kawasan kampung yang ada..
Aku akhirnya turun dari bas dengan perasaan yang bercampur-campur.. buat pertama kalinya aku rasa tidak selamat secara tiba-tiba.. dan pertama kali juga aku rasa dipandang rendah.. walaupun perbualan itu tadi tidaklah menyerang sesiapa di dalam bas tadi.. namun hujah dan perkataan yang disebut sedikit sebanyak membuatkan aku langsung tidak selesa..
Akhirnya.. aku turun dengan perasaan.. "Bercakap dengan orang mabuk malam-malam sabtu.. hari minggu nie takde maknanya"
Kesimpulanku.. cakap-cakap begitu tidak perlu dilayan sangat.. tapi aku takkan lupa betapa aku rasa tidak selamat tadi.. buat pertama kalinya aku rasa begitu.. dan berjalan sendirian balik ke rumah pun mula mengundang pelbagai rasa dan fikiran.. itulah hidup dirantau orang.. baik-baik membawa diri.. dan baik-baik juga menjaga diri.. dan baik-baik juga memegang jati diri..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
7 comments:
huiiii... takutnya aku...
dorang ni perasan bangsa dorang je la yg paling bagus... padahal... HAMPEH..
aku skang ni tgh dgr taubat nabi yunus kat blog ko... thanx ya... bila sakit, br nak teringat Allah.. memang aku tak sempurna :(
Kalo kat sini orang asing bermaharajalela terutama Indonesia ngan Vietnam, tak tkt langsung ngan kite.
Naa, ko tag aku bahasa omputih, camner nak buat nih, tak paham ler,hahhaa,larikssss sampai glasgow.
ahakss..seriau sehhh..;D
Iina...
Ular menyusur akar tak hilang bisa kan?
Salam dari Liverpool
Abahnajwa
KTS..
Dugaan semua tu.. semalam tu bukan apa.. sebab diorg tu berbalah2 sebelah aku je.. dibuatnya diorg bertumbuk ke apa ke mesti aku kena ye.. tu yg aku rasa tak selamat sungguh risau je hati aku.. rasa time tu jek aku nak turun dr bas.. dan doa nabi yunus tu jugalah yang aku baca berulang kali masa tu.. aku memang risau giler.. sebab diorg bercakap tu.. siap maki hamun semua.. mcm2 perkataan keluar.. uihh tak tergamak aku nak dengar.. memang badan aku dah tak sedap hati sgt2.. tapi aku sabar jelah.. dpt je turun bas.. aku syukur sgt2.. dugaan dan pengalaman aku..
Tulah dah niat nak naik bas no 5 aku p naik bas no 12.. heheheh itulah aku taknak ikut gerak hati aku tu
-------------------------------
Juliet
memang aku tgk bangsa lain lak bermaharaja lela kat tmpt kita.. kita lak yg jadi takut..
oitt bukan english ko skor ke dapat A jgn lak ko wat2 malu2 tak faham lak.. kalau ko lari p glasgow lagik senang aku nak tag ko byk2 lagi hehehhe
------------------------------
Kak ungku
Jangankan seriau.. mcm2 perasaan ada.. terfikir gak nak pakai bodyguard sorg hehehhe ada cadangan ke??
Abah..
ada ular??? mana?? mana?? dimana? mengapa? bagaimana? hehehehe ular semua berhibernasi sebab sejuk.. tak tau lak bisanya ada lagik ke idak nanti den check ngan penjaga kat zoo
Ahah abah takkan martabatnya dengan merendah diri.. tapi bila diri cuba dipandang hina.. (al0maklum ler kita yang keje cleaner nie kan.. kdg sesenang je kena pelekeh sesuka hati) terpaksa gaklah jaga maruah diri gak.. yang penting pandai2lah kita bawa diri kan :)
Post a Comment