Thursday, 4 December 2008

Hidung yang kebas sejuk

Hari ini aku berpakaian therma dari kaki ke badan.. bermula dengan



Stokin,

Long john (seluar panjang.. aku pun tak tahu pesal dia letak nama long john.. agaknya org yang cipta seluar nie nama John kot)



dan baju lengan panjang..

Hanya serkup tudung dan tudung aku je yang bukan therma.. kalau ada ler jual mahu juga aku beli dan pakai..

Sudah seminggu ini cuaca amat sejuk sekali.. 'it's F@#$%&*! freezing cold man..' kata mat2 saleh kat sini.. kalau nampak dan dengar je mereka nie bercakap begitu mesti dengan gaya melompat-lompat sambil menyeluk tapak tangan ke dalam saku seluar jeans mereka..

Buat pertama kalinya aku membeli dan memakai pakaian terma ini.. bukan apa untuk mengelakkan diri daripada cuaca sejuk.. tapi pada aku rasa kesejukan itu tetap ada juga.. cuma kurang sedikitlah berbanding tidak memakai terma ini langsung.. Sebenarnya aku kurang selesa memakai terma.. terutama kalau dah berada di CIS yang sememangnya heater on sentiasa.. Malah dulu semasa berada di puncak gunung Cairngorm pun aku main sledge dengan selamba tanpa baju terma.. ecehhh.. eksen betul aku..

Namun memang terasa ketaranya perubahan suhu yang benar-benar mendadak ini.. dari suhu -4 hingga ke -11 di banyak kawasan sekitar scotland ini.. malah sudah banyak juga daerah yang dipenuhi salji.. memang cuaca unpredictable.. dan aku juga tidak punya pilihan melainkan menyediakan dan memakai pakaian yang kalis sejuk.. walaupun kekalisan itu tetap berjaya ditembusi terutama pada muka (yelah takkan aku nak tutup muka.. camna nak jalan), tapak tangan dan kaki.. walaupun namanya sudah berlapis-lapis stokin dan sarung tangan yang aku pakai.. kesejukan itu masih berjaya menembusi..

Hari ini sekali lagi temujanji dengan doktor gigi yang hensem itu ;) Hanya membuat pemeriksaan andai ada lagi jangkitan pada gigi yang dirawat minggu lepas.. katanya masih ada berbaki sedikit dan terus rawatan diberikan.. minggu hadapan aku perlu jumpa dia lagi.. untuk rawatan susulan.. takde episod yang menakutkan minggu ini.. cuma yang tidak aku gemari.. bila dibius pada geraham atas.. seluruh bibir atas menjadi kebas dan tidak boleh digerakkan..

Keluar sahaja dari klinik gigi itu.. mengharungi cuaca sejuk diluar menyebabkan hidung dan bahagian atas bibir bertambah kebas dan sejuk.. malah seolah tidak ada surutnya kebas itu sejak tadi.. walaupun cuba meneguk air di dalam gelas.. bibir atas itu langsung tidak terasa menyentuh bibir gelas.. puas juga aku sentuh-sentuhkan langsung tidak ada rasa.. malah mengunyah makanan juga seolah hilang deria rasa bibir atas.. mengunyah pun tidak selesa.. makanan yang ditelan seolah tidak terasa hancurnya..

Hingga saat ini, hidung masih terasa begitu sebu.. seolah tersumbat dan sukar untuk menarik nafas.. seolah ada sesuatu yang menghalang saluran pernafasan itu.. malah menyentuh hidung dan mengosoknya berulang kali juga tidak meninggalkan sebarang rasa.. kaku.. bisu.. kebas.. dan sejukk itu sahaja yang aku rasa..

Sejak semalam lagi badan sudah tidak enak.. bermula tengahari.. badan mula rasa seram sejuk.. seolah rasa nak demam pun ada.. aku rasa akibat mengharungi kesejukan yang amat ketara semalam.. pagi tadi pula.. pening kepala yang amat sangat pula melanda.. ditambah dengan tenaga badan yang seolah kejap ada.. dan kejap takde..

Petang aku ada temujanji di gym.. entahkan pergi entahkan tidak.. dah cuti 2 hari dari bersenam.. mesti pakwe-pakwe kat gym tu rindu dengan aku.. (ada ke yang rindu?) hehehehe.. aku nak pecahkan rekod berlari atas mesin tu tanpa henti selama 20 minit...sebelum ini berjaya berlari tanpa henti selama 16 minit.. ecehhh.. cam best je gaya rekodnya.. takpe.. harus bersemangat.. itupun jika aku tidak terlajak tidur petang nie..

Oklah aku nak rehatkan diri.. sejukk oooo kat luar.. cam malass je nak kuwa dah nie..

4 comments:

Abahnajwa said...

Iina..

jgn sejuk2 sangat..nanti susah kalau tak sihat..

nampak gayanya kena cancel nak ke Glasgow kali ni Iina..ada urusan lain yang kena di settlekan..huhuhuhu..sedih nii

cappuccino said...

laaaa...ingatkan ko posing maut ngan long john tu hahhahah...sejuk giler skrg ne kan..aku pn dh start pkai nasal spray dah..nt ko try ler..rase ok sket nk bernafas sejuk2 ne..

iina said...

Abah..

Takde pilihan kena harung juga sejuk tu.. tapi insyallah cuba sedaya upaya menjaga kesihatan.. dan mula ambik vitamin musim sejuk2 nie..

takpelah kalau takdapat dtg.. thn dpn leh je dtg bila2 masa kan.. :)

Rusdi

kaki aku idak ler slim gitu muahahaha... terkejut krg pakwe aku tetiba lak slim melim gitu

aku tak penah lak try guna nasal spray.. just semenjak 2 ari nie je.. lagi pun sebab kena bius ngan doktor gigi kat geraham atas.. so dia cam ada kesan kat hidung.. semacam jek rasanya..

KTS said...

klu aku, kompem dah takde idung... aku ni plak jenis yg tak thn sejuk... heeeeiiiii... tak tahan nyer...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin