Wednesday, 31 December 2008

Perbualan dengan seorang wanita tua


Tadi tengahari aku ke bandar.. Menunggu bas 66 agak lama juga.. maklumlah semenjak cuti X'mas lagi jadual waktu bas sudah mula mengikut jadual hari sabtu dan ahad walaupun hari-harinya adalah hari biasa.. hanya bank, pejabat-pejabat kerajaan dan organisasi tertentu sahaja yang masih bekerja.. selainnya cuti selama seminggu lebih.

Ketika kaki melangkah naik ke dalam bas.. bas sudah hampir penuh.. kebanyakan tempat duduk penuh kecuali beberapa tempat duduk di belakang bas. Aku tidak gemar duduk di belakang bas.. selalunya itu tempat duduk kaum lelaki dan sering juga menjadi tempat lepak si mabuk bila malam hari.. dan juga tempat lepak budak-budak nakal yang suka bising dan berbual dengan sekuat hati.. ohhh memang aku elak sangat-sangat.. lebih aku rela berdiri di depan berhampiran pintu..

Kebetulan ada satu tempat duduk yang kosong yang menghadap ke belakang.. tempat duduknya boleh ditarik turun.. dan kebiasaannya menjadi ruangan untuk mereka membawa 'prem' bayi atau kanak-kanak atau mereka yang menggunakan kerusi roda. Di hadapanku duduk dua orang budak perempuan yang agak muda dalam belasan tahun.. selepas hentian bas yang aku naiki, setiap hentian bas seterusnya lebih ramai manusia yang naik.. bas menjadi penuh sesak.. Di kiriku berdiri seorang wanita separuh usia dan di telinganya diselit 'earphone' ipodnya.. wahh sungguh bergayaku kira.. Aku alihkan pandangan keluar tingkap di sebelah kananku.. melihat bangunan dan pemandangan sekitarnya, aku pun mula mengira berapa banyak lagikah hentian sebelum aku sampai ke destinasi.

Selalunya bila ke bandar, ada beberapa hentian yang pasti ramai orang akan turun. Selepas sahaja melintasi jambatan dan sungai Clyde.. hentian selepas itu pasti ramai yang turun.. dan seterusnya hentian di hadapan 'Mark & Spencer'. Aku mula tidak sabar untuk berpindah tempat duduk.. duduk mengadap penumpang bas memang tidak selesa.. apatah lagi aku sendirian di hadapan.. Ketika menghampiri hentian bas di hadapan 'Mark & Spencer' ku lihat seorang wanita muda ingin turun dan dia duduk di sebelah kanan bas (kirinya sebelah kiri aku kerana aku mengadap penumpang dan membelakangkan pemandu bas).

Di sebelah perempuan muda itu adalah seorang perempuan tua. Ketika dia bangun dan berdiri untuk memberikan laluan kepada perempuan muda itu, bas secara tiba-tiba bergerak mengejut.. dalam pergerakan bas yang agak perlahan secara tiba-tiba pemandu bas menekan minyak secara mengejut.. wanita tua itu lantas terjatuh.. aku melihat dia mengambil masa untuk bangun semula.. agaknya terbaring.. aku tidak dapat melihat wanita tua itu kerana kedudukan kerusiku yang agak tinggi. Beberapa penumpang termasuk perempuan muda itu juga turut membantunya untuk bangun. Agaknya dia juga rasa bersalah.. namun kerana bas sudah berhenti di hentian bas, wanita muda itu terpaksa berlalu pergi. Akhirnya dengan bantuan beberapa orang penumpang yang berhampiran, dia mampu bangun semula dan terus dipapah untuk duduk di kerusi bersebelahan.

Aku melihat airmukanya berkerut-kerut menahan sakit dan menahan nafas berulang kali.. entah berapa kali dia menghela nafas.. mukanya seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.. bahunya cuba ditarik ke belakang beberapa kali.. dia masih menahan nafas berulang-ulang kali.. Penumpang di belakangnya mula memegang bahunya dan bertanya. Aku rasa soalannya pasti berkaitan keadaan wanita tua itu dan dijawab dengan baik oleh wanita tua itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku lihat wanita itu sekali lagi cuba menahan kesakitan.. mukanya masih lagi berkerut dan masih juga menahan nafas berkali-kali. Kerana kedudukan kerusiku yang mengadapnya.. dapatlah aku amati setiap pergerakan wanita itu secara terperinci.

Melihatkan bas yang agak lenggang.. aku bergerak pantas ke tempat duduk yang kosong di hadapan wanita itu. Tidak lama aku duduk.. lelaki tua yang duduk di sebelah wanita tua itu pula ingin turun di hentian yang seterusnya. Lantas wanita tua itu terus bangun dengan perlahan dan duduk di sebelahku.

Lantas terjadilah perbualan di antara kami.. Makcik itu sungguh ramah sekali. Aku pun mula bertanya
"Are you okay" sambil memegang tangannya..

Dia senyum sambil memandangku "I'm okay love, thanks for asking"

Aku tersenyum semula dan terus aku tanya lagi "I saw you fell down just now, is anything hurt"

"Oh yes, just my shoulder. It's hurt a bit. I have a dislocated shoulder couple months ago"

"Oh my goodness that must be bad and hurt"

"Yeah, I been coping up and struggling with it ever since" katanya dengan riak muka yang berkerut.

"So where are you going off then?"

"Near the Sauchiehall street, at least I have few more stops before I get off from the bus"

Nasib baik kata hatiku kerana aku juga ingin turun di hentian yang sama. Aku tak nak membuatkan wanita tua itu terpaksa bangun semula dan memberiku laluan kerana kelihatannya dia masih lagi menahan sakit.

Perbualan kami terus berlanjutan.. tentang cuaca..
"I can cope with the cold you know, just that I can't stand with the wind.. ohhh I really hate it.. everytime the wind blow I have to cover my mouth" katanya sambil menutup mulutnya menggunakan kain mafla di lehernya.

"Yeah, until now I can't stand with the cold as well.. especially when you have the rain and the wind and the cold.. ohhh.... it's horrible aye" kataku sambil mengiakan kata-kata wanita itu

Sedang seronok berbual, laluan bas di hadapan George Square ditutup dan pemandu bas terpaksa menukar arah laluannya. Wanita itu terus berkata
"Oh.. they close the road for the new year celebration to night"

Lantas aku memandang arah jalan yang ditunjukkan oleh wanita itu. Baru aku tersedar yelah.. malam ini malam tahun baru.. pastinya ramai manusia akan berkumpul di dataran itu.

Kataku pada wanita tua itu "I'm not going there tonite, it's going to be freezing cold out there and I better off staying home"

Jawapanku disambut dengan senyuman oleh wanita itu "Well you know, when you get into my age.. we used to say that it's passes our time.. lets the young people have a go things like that.. and we better stay at home and have hot vegetable soup beside you"

Kata-kata itu membuatkan aku tersenyum.. ya memang lebih seronok duduk di rumah dengan kepanasan yang sedia ada dari bersejuk-sejukan di luar.. dan bersesak-sesak.. Cukuplah aku lalui malam tahun baru 'Hogmanay nite' semasa aku berada di edinburgh dulu.. Untung sahaja kalau ada bas malam itu.. kalau kena jalan kaki.. memang bercintalah nak balik rumah.. Dari kena jalan kaki malam-malam buta yang sejuk itu, lebih baik aku duduk rumah sahaja ;)

Banyak lagi yang kami perbualkan.. dari tempat tinggal kami, dimana dia tinggal bersama anak perempuan dan suaminya, bagaimana dia mendapat 'dislocated shoulder' beberapa bulan yang lalu, tentang jadual keretapi yang ditutup pada hari X'mas yang lalu dan seterusnya. Seronok berbual dengan golongan tua ini, kebiasaanya mereka amat ramah tamah dan sentiasa tersenyum dan menyebut 'dear', 'love', 'honey' yang sering membuatkan kita rasa selesa dan gembira.

Akhirnya wanita tua itu turun di hentian yang dimaksudkan dan aku mengikutinya di belakang. Sebelum kami turun wanita itu sempat memegang tanganku dan mengatakan

"Happy new year dear, hope you have a wonderful day ahead"

"Happy new year to you to.. and hope you will be fine especially your shoulder"

"Thanks dear and it's nice talking to you"

Dan aku senyum dengan kata-kata itu.. Aku turun di hentian itu bersama wanita tua itu dan dia hilang dari pandanganku.. Sebuah pertemuan yang tidak dapat aku lupakan dan sebuah perbualan sehari sebelum tahun 2009.


Entri ini adalah entri terakhir buat tahun 2008. Selamat tinggal tahun yang penuh dengan suka duka.. penuh dengan airmata.. penuh dengan dugaan dan cabaran.. tahun ini juga menyaksikan pelbagai peristiwa..

Ada pertemuan, ada perpisahan. Ada ikatan persahabatan yang dijalinkan dan tahun 2008 juga menyaksikan aku mula aktif mencoretkan kata-kata nukilan secara aktif saban hari. Blog ini terhasil pada bulan Julai tahun 2007 sehari sebelum hari lahirku. Dan sepanjang tahun 2007 aku agak jarang mengemaskininya dan cerita hanya terbatas pada peristiwa bergambar tentang apa yang aku lakukan dan kemana aku pergi.

Menjelangnya Tahun 2008, aku mula aktif menulis apa yang terlintas dihati.. mencurahkan nukilan rasa jiwa yang hampir setiap hari aku titipkan.. dan tanpa aku sangka banyak persahabatan yang terbina dari blog ini.. dan semakin hari aku tak pernah sangka aku akan dapat sahabat-sahabat baru.. dan juga tidak menyangka ada silent reader yang setia hadir ke blog ini.

Namun pernah juga aku lalui beberapa insiden yang cuba menlenyapkan blog ini.. cuba menjatuhkan aku... membuatkan aku hampir putus asa.. Keluarga aku hingga dihina dikata dijadikan bahan ketawa.. bahan sindiran.. perlian.. Begitu hebat dugaan yang dilalui.. malah pernah menjadi isu besar di komuniti Glasgow ini. Namun Alhamdullilah hingga kini aku masih bertahan..

Saat itulah ramai sahabat yang setia memberi sokongan.. Ada yang menangis bersamaku.. memberi kata-kata semangat baik melalui email, sms, YM dan juga bersua muka.. Namun tidak sekadar itu sahaja aku turut menerima ikatan persahabatan secara virtual dek kerana seorang sahabat pernah singgah secara tiba-tiba ke blog ini dan meninggalkan jejaknya. Sejak itu dia rajin berkunjung dan aku pula mula mengunjungi blognya.. dan di situ aku lihat rangkaian sahabat-sahabatnya yang begitu ramai sekali dan aku mula mengunjungi setiap mereka yang ingin aku kenali.. Tiny.. Engkau memang sumber inspirasiku yang utama.. Sebab itu aku hargai setiap detik masa persahabatan kita ini..

Alhamdullilah.. Aku syukur ke hadrat Allah s.w.t. Aku kenali mereka yang sering rajin mengunjungi blog ini.. Mashi, Rusdi, Zany, Tiny, Kak Long, Juliet, Ku tak sempurna, Kak Ungku, Abah, Cikgooden, Azza_irah, Abah Najwa, Tijah, Kak Anie, Tokma, Kak Piah, Cikgu Ein, One Love, Nas, Kasihku abadi, Chinta, Cik Puan Kesum, Cikgu Zue, Ady kasyah, Badak Biru, Midday, Cikgu Jane, Crazy Beautiful88, Asmida, Mummy Aqeem, Yani, Nas, Eiyda, Sri Sufi, Daffodil, Mel, Ina Seri, Vimmiyasmin, Fajar, Akuatik, Akak, Ctsarah82, Shafa dan semua yang tidak dapat aku senaraikan (maaf andai nama anda tidak tersenarai).. termasuk mereka yang silent reader yang aku tahu adalah dikalangan rakan-rakanku di malaysia, di Glasgow (ramai yang aku tahu siapa mereka yang singgah) dan di merata UK ini.. Terima kasih semua.. Aku bersyukur dan gembira kerana bersahabat dengan kalian semua.. Semoga Ikatan persahabatan ini terus berkekalan hendaknya..

Selamat Tahun Baru buat semua.. Azam baru dan semangat baru ;)

5 comments:

yani_worldpeace said...

semoga kak iina sentiasa tabah dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan...selamat berjuang di 2009 yang baru sahaja menjengah kita....

p/s : ekceli kak iina, kite pun suka gak duduk rumah untuk countdown ke apa ke...ada tv kan, lagi jelas,erm...pernahlah ada pengalaman dulu countdown kat klcc, gi ngan kengkawan...duk berhimpit-himpit dengan orang ramai, lepas tu ada bebudak melayu nih mabuk pula tu n buat kecoh...taubat dah sekarang tanak lagi gi new year celebration tuh...huhuhu

SRISUFI said...

salam sis...
epi nu yer sis...
semoga tabah harungi suka duka kehidupan...

sri ada kad nu yer wat sis...sudi2kalah amik yer sis

Kaktiny said...

airmata 'bahagia' aku menitis di pagi subuh ni..(eh.. subuh ker?.. dh buleh solat dhuha dh nih.. hahhaha)

dan aku nk kau tahu betapa 'tulisan' dan bait2 'ayat' ko lah yg kuatkan aku 'saban hari' saban waktu (membuatkan aku terkejar2 utk 'membuka dan membacanya' kerana aku tahu ada 'kekuatan' di situ..

terima kasih membuatkan aku lebih tabah dan lebih kuat mengharungi pancaroba kehidupan.. semoga kita benar2 utuh dan kukuh berada di atas titian silaturahim ini dan kekal dengan jalinan persahabatan ini..

sayang ko.. muahs muahs muahs...

iina said...

Yani

Terima kasih atas doamu.. akak pun doakan yani juga begitu tabah menghadapi segalanya insyallah.. betul tu.. kali terakhir akak p sambut tahun baru hampir 9-10 tahun lepas di KLCC.. masa tu akak tahun pertama akak kwin.. masih akak ingat nampak mat2 saleh n minah saleh mabuk2 tgh nak lintas jalan sambil tunjuk2 botol arak sesuka hati menjerit bagai org gila menggeleng sekejap kepala akak.. lagi2 pula p sambut new year masa akak kat edinburgh dulu.. situ yg mabuk usah ckp ler.. botol arak bersepah2.. ngeriii ;)

Sri..

Insyallah semoga sri juga tabah hati.. insyallah nnti akak singgah k

Tiny

Alhamdullilah kita dipertemukan untuk memberi kekuatan dan semangat.. teruskan kekuatan diri.. kecekalan hati.. happy always walaupun kdg kala tidak mampu kita sentiasa paksa hati kita untuk gembira namun kita mampu cuba kan ;)

Semoga ikatan persahabatan kita terus berkekalan hendaknya.. Insyallah.. may our friendship last forever ;)

KTS said...

thanx for the story, dear...

aku pun suka gak bila org pggl dear, honey, darling... walau baru kenal, tp rasa mesra...

kat mesia ni tak pernah la lg dorg pggl kita camtu... bila la agaknya kita nak jd penyayang camtu...

taaa, honey

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin